PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Mari meniaga air liur sama UMNO !

Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.

Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya ‘akan datang’ tidak lama lagi.

Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang ‘konsultan’, Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan. Kdaily

Note: Kah kah kah kah.. Syarikat mengendalikan projek RM1.8 juta tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. ni syarikat apa ni? Meniaga air liur ke apa ni? woiiiiiiiii syarikat penipu!!! makcik kampung jual belacan pun ada website sendiri la.. Perghh senangnya hidup kat Malaysia ni .. kawan dengan menteri.. daftar syarikat bangang2.. tak payah pekerja tak payah apa.. terus dapat projek RM1.8 juta.. kah kah kah kah .. rakyat yang susah kena kurangkan subsidi untuk bagi duit pada kroni.. apa punya kerajaan ni? .. apa pun tak bolehhhhhhh! (sumber : bujang susah)


PAS in Cambodia ?

Lokasi : Siem Reap St., Vietnam. Foto : Ehsan Zainal Mokhtar


Maharaja Lawak 2011 - Update 12.10 am (Jambu + R2)







Maharaja Lawak 2011 - Update 10.55 pm (Jozan + Nabil)







Maharaja Lawak 2011 - Update 10.42 pm (Sepah Part 1 dan 2)





Nahas korban - AlFatihah !



14 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH 17 Jun – Dua kanak-kanak adik beradik mati tergelek sebuah lori treler manakala datuk mereka cedera dalam kemalangan di Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt. Wan Abdullah Ishak berkata, Norshafikah Abdul Rahim, 15, dan adiknya Mohd Azizi Abdul Rahim, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada 6.15 petang.

Nahas berlaku semasa Mahmud Din, 75, bersama Mohd Azizi, sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas mengambil Norshafikah dari sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Katanya motosikal itu tergesel treler berkenaan yang datang dari arah yang sama semasa berada di sebuah persimpangan menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak dan kedua-dua beradik itu digelek oleh treler itu.

Mahmud dimasukkan ke Hospital Taiping dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis, kata Wan Abdullah.

Foto ihsan dari CIL TV Broadcast yang turut berada ditempat kejadian.

New Myvi 2011 - kereta raya !

Perodua Myvi Elegance 2011 Perodua Myvi Elegance dengan warna Ebony Black dan Mystical Purple


Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).

Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).

Timbul persoalan kini ialah adakah berbaloi untuk memiliki sebuah Perodua Myvi 1.3 liter dengan harga setinggi itu? Itu baru model 1.3, belum lagi model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Passo 2005 vs 20101 Perodua Myvi Elegance dengan warna Ebony Black dan Mystical PurpleBandingkan saiz Toyota Passo 2005 dan 2010 (Sumber – Bloggermiey)

Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu.




















Click image above for an enlarged version









Variant1.3 Standard1.3 Premium1.3 Elegance
ColourSX (MT)EZ (AT)SXi (MT)EZi (AT)SXE (MT)EZE (AT)
SolidRM43,900RM46,900RM46,900RM49,900RM53,900RM56,900
MetallicRM44,400RM47,400RM47,400RM50,400RM54,400RM57,400
Special MetallicRM44,800RM47,800RM47,700RM50,800




The Agenda !



Oleh : MSK (MalaysiaTimes)
Reformasi 99 berjaya menggoncangkan Barisan Nasional dimana pembangkang memenangi banyak kerusi. Terengganu tumbang, Kelantan bertambah kuat, Kedah hilang majority 2/3. Perubahan berlaku kerana rakyat mendapat maklumat daripada internet melalui laman-laman pro-reformasi. Laman Marhaen, Laman Reformasi, Mahafiraun, Web Reformis, Laman Rakyat.

Aku boleh katakan, pejuang reformasi adalah reformis tanpa wajah yang menyalurkan maklumat-maklumat dari dalam.Kita mendapat maklumat dari JPM, dari polis, dari segenap jabatan kerajaan.


Selepas PRU ’99, Barisan Alternatif mula sombong. Siapa yang mengkritik BA akan dianggap SB atau ejen Umno. BA tak boleh dikritik.Siapa yang mengkritik Pas akan dianggap musuh Islam, secular, orientalis, sosialis, komunis. Siapa yang mengkritik Keadilan akan dianggap SB atau ejen Umno.

Penyalur maklumat kepada laman-laman web pro-preformasi ini bukan ahli parti. Malah mereka tetap bekerja di jabatan-jabatan kerajaan. Dan penyokong BA terus menganggap mereka yang bekerja dengan kerajaan ini sebagai anjing kerajaan. Reformasi di ambil alih oleh Keadilan dan menjadi ‘trade-mark’ mereka. Akhirnya, reformasi dipolitikkan untuk kepentingan parti dan politikus.

Menjelang 2002-2003, satu persatu laman-laman web pro-reformasi hilang. Hanya Laman Marhaen yang satu-satunya masih kekal hingga sekarang. Itupun sudah jauh ketinggalan didalam ranking Alexa. Sumbangan Laman Marhaen cukup banyak untuk reformasi, tapi siapa yang peduli kepada orang yang bertanggungjawab terhadap Laman Marhaen? Member nak beli laptop pun terpaksa minta derma.

Menjelang 2004, hampir tiada lagi laman-laman web pro-reformasi. Rakyat seronok dengan Pak Lah, mendengar TV3 dan membaca Utusan. Barisan Alternatif pula merasakan mereka mampu menumpaskan BN tanpa bantuan sesiapa. Akhirnya, BA bungkus tahun 2004…dan seperti biasa, alasan yang diberikan ialah..rakyat tak dapat maklumat.

Pada Ogos 2004, Malaysia Today dilancarkan oleh Raja Petra. Dan kerancakan pro-reformasi kembali dirasakan. Malaysia Today membongkar penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh BN tetapi dalam masa yang sama mengkritik Barisan Alternatif.

Populariti Malaysia Today menjadi pemangkin kepada satu gelombang maklumat yang baru. Satu persatu blog mula muncul termasuk blog Jeff Ooi, Rocky Bru dan beberapa blog lagi yang anti Pak Lah. Malaysia Today berjaya melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh Harakah ataupun Suara Keadilan.

PRU 2008, Barisan Alternatif berjaya membuat pencapaian terbaik dengan memenangi 5 negeri dan berjaya menafikan majoriti 2/3 di Parlimen. Tapi kejayaan ini bukan kejayaan blogger seperti Raja Petra atau rakyat jalanan, sebaliknya yang diwar-warkan dan diagungkan ialah kejayaan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional!!
Pakatan Rakyat sudah diterima oleh rakyat!!
Pirrraaahh!! Pakatan Rakyat pun belum wujud masa itu.

Dan selepas menang dalam PRU 2008, blogger-blogger dilupakan, sama bagaimana webmaster laman reformasi yang menjadi pejuang tanpa wajah dalam Reformasi 99. Siapa yang mengkritik Pakatan Rakyat akan dianggap musuh. Siapa yang mengkritik Pakatan Rakyat akan dianggap ejen Umno. Pemimpin Pakatan Rakyat tak peduli kepada media internet sebaliknya meneruskan tradisi Umno dengan majalah bercetak.

Di Perak, Ustaz Zul dilantik menjadi Pengarah Penerangan Negeri dan usaha pertama Penerangan ialah menerbitkan Citra Perak. Kalau dulu, BN mengeluarkan Suara Perak yang memuatkan cerita-cerita baik BN, selepas 2008, Pakatan Rakyat pula menerbitkan Citra Perak yang akhirnya berlonggok diPusat-pusat khidmat. Internet dan blogger tidak dipedulikan. Raja Petra sudah dianggap musuh kerana menyiarkan artikel-artikel yang kritikal tentang Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila Perak dirampas oleh BN, masa itu barulah peranan blogger-blogger ini diperlukan. Bloggers Network berkampung selama 3 bulan sehinggalah Nizar keluar dari rumah Menteri Besar, dan blogger menumpang di pejabat Pas Gopeng sehinggalah pilihanraya kecil Bukit Gantang.


Semasa perkampungan, Bloggers Network bukan saja membantu menyiarkan berita-berita tentang Perak, malah blog-blog yang bernaung dibawah Bloggers Network juga menjadi tumpuan rakyat seluruh Malaysia. Perak Express dua kali kecundang kerana tidak mampu menampung pengunjung yang ramai. Blog Perisik Rakyat, Albanjari, Cenangau, Manjung Mari merupakan blog rujukan kalau ingin mengetahui perkembangan di Perak.

Blog mampu melakukan apa yang Harakah dan Suara Keadilan tidak mampu melakukannya kerana orang lebih mempercayai blog dan maklumat diberikan dari pelbagai sudut. Manakala bloggers menyiarkan maklumat tersebut tanpa perlu memikirkan risiko.

Bukan saja melaporkan berita, malah Team Bloggers Network juga menghasilkan satu buku tentang kejatuhan Perak. Walaupun pada akhirnya, Bloggers Network tidak dijemput pada majlis pelancaran buku tersebut, malah kami terpaksa membeli buku kami sendiri. Yang dapat nama ialah Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat.

Dan kemuncak kejayaan bloggers Network ialah dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Disaat-saat genting PRK, Ustaz Nasha sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat angkat bendera putih. Haji Asmuni pun sudah mengaku kalah. Dan pada masa itu, tanpa sesiapa mengetahui, Bloggers Network memainkan peranan. Sehari sebelum hari mengundi, gambar Ismail Safian di Danok diedarkan. Dan yang membantu memberikan gambar tersebut ialah orang Umno sendiri.

Blog Albanjari dan Perisik Rakyat berjaya mencapai ranking 162 Alexa pada masa itu. Dan ranking tersebut hanya boleh dicapai sekiraya terdapat lebih dari 25,000 pengunjung sehari.

Tetapi selepas PRK Bukit Gantang, bloggers balik ketempat asal. Pakatan Rakyat kembali dengan ceramah dan risalah. Bloggers Network mula berpecah sebab masing-masing kena cari makan. Ada yang kelaut, ada yang bela kambing, ada yang menjual Tricajus.

Reformasi ’99 menjadi pudar apabila “reformasi” itu diambil alih oleh parti. Reformasi di’bunuh” oleh Keadilan apabila ianya dipolitikkan untuk kepentingan parti.

Bloggers Power menjadi pudar apabila peranan blogger diambil alih oleh parti. Perpecahan pertama bermula di PRK Permatang Pasir apabila terdapat dua kelas blogger. Blogger Pas dan blogger non-Pas. Walaupun begitu, masing-masing masih meneruskan peranan, terutamanya dalam pembongkaran tentang salahlaku calon BN, Rohaizat.

Tetapi selepas Permatang Pasir, blogger seperti sudah tidak terurus, malah ada yang mengambil kesempatan keatas blogger seperti yang berlaku semasa PRK Bagan Pinang.

Selepas itu, setiap kali ada pilihanraya kecil, blogger pro-Pakatan menjadi defensive. Mereka kekurangan maklumat dan hanya setakat membalas dakwaan BN ataupun menyerang peribadi calon dengan dakwaan-dakwaan yang tidak cukup kuat untuk dipercayai.

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, bloggers terpaksa meminta sedekah lagi. Tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan kerana ketiadaan maklumat. Bloggers hanya menyiarkan apa yang berlaku dan ditokok tambah dengan propaganda yang disuarakan oleh pemimpin parti. Maklumat-maklumat hanya boleh diperolehi melalui pihak ketiga seperti Sarawak Report.org. Tidak ada maklumat ‘first-hand’ ataupun ‘inside information’. Ini kerana tidak ada satu Team khas yang boleh dirujuk. Malah Team Bloggers Rakyat yang dianggotai oleh Harris Ibrahim dan Zorro juga tidak bergerak semasa PRN Sarawak. Akhirnya, Pakatan Rakyat tidak mencapai apa yang diimpikan.

Sekarang ini, blog-blog pro-Pakatan sudah banyak yang hilang. Manakala yang masih aktif sudah jauh ketinggalan berbanding blog-blog pro-BN. Bloggers adalah aktivis politik, bukan ahli politik yang meminta balak, pasir atau projek. (sumber : MTimes)

18SX - Tontonan dewasa sahaja !

Tahun 2011 dah mcm ni...bayangkan 10 tahun akan datang 2021...mau bersalaman dah tak guna tangan...guna "anu" je...pergh...masa tu ada yang jadi patung...keras tgh jalan dilaknat Allah...Nauzdubillah...!
Gara-gara melulunya sebaran video lucah versi Mr. T, moral masyarakat terus jadi kacau bilau. Berani mati lorr ! Aksi paling gampang dipamerkan kepada umum oleh pasangan intim ini, mencuit mata siapa saja yang lalu di jalan sibuk kota. Hingga foto 'terlampau' itu di capture orang pun langsung tidak disedari. Benar sungguh ketika sedang asyik begitu, dunia jadi milik mereka berdua. Langsung tidak mahu peduli norma susila agama. 

Asal balak Eropah saja..gila gedik awek ini. Hingga hilang sifat malu sebagai wanita, tahu kamu apa yg dia bikin ? Dia meraba anu lorrr..cilakak punya tangan ! - untuk tontonan dewasa sahaja. 


sumber foto dari email 

PANAS BERAPI - Hackers Rule : Bukan saja rakyat, hitler juga turut marah !





Komen-komen ini tidak akan disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO baik media cetak mahupun media elektronik milik mereka. Inilah akibatnya bila ada pemimpin yang merasakan mereka atau kementerian mereka sudah sangat hebat.. bagaimanapun difahamkan para hackers tersebut tidak memadam apa-apa cuma renamekan file index sahaja.

June 14, 2011 - Setelah dimaklumkan penutupan dan penapisan internet yang berlaku dengan serentak hari ini ramai pengguna internet kecewa dengan tindakan yang sebegini.

“Neofelis Noxkidz ‎”:ku ingin kau tahu(SKMM)sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku(download)buntu fikiran bila BJUTA2 website lucah ko xnak block plak?”

BEBASKAN HAK KAMI UNTUK BERINTERNET.”

Fitri Masaan Statement: Lu abang long ka, ayahanda ka, ini internet hak rakyat haha

Ikanbilis Darat: UNIFI tiada gunanya kalau hanya boleh bukak facebook. bukan gomen yg bayar internet kami..kami bayar MAHAL!!!!!!!!!!!!!

Kapten Amirudin: I want GOV know that,we people, “Pay for Use NOT Use for Pay”. If they are good n clever enough they will know the means.

Redzuan Rizal: we pay not your daddy pay…

Awan Dilangit: We Think of Freedom, We Dont Get It, We Conquer it

Ta’wilul Ahadits: huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^)

Matthew Tan Tan: Give us back our right of FREEDOM to download. NO download NO tax pay next year.

Brado Kapak: katakan tidak pada SKMM?

Adam Danial: TIADA BEE END TIADA NAJIB TIADA BIK MAMA..AKAN DATANG,, SELAMAT TINGGAL UMNO

Shazwan Shukor: saya nak internet saya balik ! by 2012, tak mustahil internet hanya utk melayari laman web 1malaysia.com

Sau Yang: i love u dragonforce though i was malaysian, hack the malaysia websites, mission must be completed, Malaysia government they are nt afraid, they look down other countries, they tot they are very high-tech country. I cant agree more with you, you should hack them ASAP.

Cookiees Love: ‎”1Malaysia Boleh” = “1Malaysia Tak Boleh” Tax rising, Gas rising, Food price rising. They though of us as workers/slave… Getting paid while getting rob by Tax. Staying alive while trying to die. This is the road they choose. A War they started, Now they have to face the consequences.

Matthew Tan Tan: aRe the people ur slave ….. restore our human right …. restore our dignity … restore our download

Hafifi Fatah: Give back our freedom, we are no longer live inside the cave!!!!
Àgent Smith ‎1+1=2? who told you that? your an idiot, think deeper.

Fariq Bin Roslee Dahlah: ngan harga minyak naik harga letrik naik pastu block plak site2 download aq?!! please la fikir dlu sebelum buat something….

Arul Auni: kadar penembusan jalur lebar mende gov buat neh..cam taik! komplot kroni je lebeh.. $$$$$

Princess NoRulez: SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYA…
DENGAN INI SAYA MENYERU AGAR KERAJAAN MENGHENTIKAN PENYEKATAN TERHADAP LAMAN2 WEB. INTERNET IALAH DUNIA TANPA SEMPADAN..SEMUA ORG BERHAK UTK MENDAPATKAN APA SAHAJA DIDUNIA MAYA..XDER GUNA SELOGAN CELIK IT…BELAJAR SUBJEK IT…TAPI KEBABESAN KAMI DISEKAT!!

PLISSS…SILA BLOCK LAMAN2 PORNO KERANA IA MENYUMBANG KEPADA KEMEROSOTAN NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA…

=hackin is not a crime=

Datuk Andy Lullaby: Even Datuk is here to support you guys.. Keep this up.. Tak cukup wang, boleh minta dari Datuk(tapi bukan Datuk ni, the real Datuk) because those Datuks earn a lots of Side pockets money…

Ct Ecca: kami adalah pengguna! kenapa tidak dengar suara kami? kemanakah hilangnya kata-kata “Pengguna diutamakan” kemana semua itu? adakah itu hanya JANJI MALAYSIA?

Genji Serizawa: aku bayar internet untuk download game jer..pas kene block…sapa nak kasi lagi..hahahawell said miss Syahira…..

bayar lebih rm100 sebulan dgn streamyx tu, pastu ko gi naikkan bil2 la plak… korang nak buat sarang burung ke gitu?? Banned2, takkan nak layan page .gov.my je? dail up pun boleh meh!

Khash IronShark: i pulak 24/7 download muvi, series n games….. bayar 100sumthn permonth for facebook n google searches? wtf!

Hafifi Fatah: We go downgrade our internet package to dial up better cuz no need fast internet already

Muhammad’ Umar Rasydan: Nobody Governs the Internet. It is Govern By People’s Choices
Salman Seth aku langgan internet bkn stakat nk bukak FB lah.

Md Rahiman: aku bayar internet gna duit titik peluh aku bkn mnta sma kerajann???wtf?? buat apa byar internet mahal2 klau untk bka fb shittttttF-rul Ally pay us if you want block some web

Alip Aleph: fight for our right..keys to freedom..

Sulphuric Acid: INTERNET IS A NECESSITY AND IT IS PEOPLE’S RIGHT TO HAVE IT OUR WAY!!!!

Eugene Phuah: aku guna internet untuk download drama and anime, kalau takde fs sites… buat ape i bayar RM1xx tiap bulan

Matthew Tan Tan: aku sokong Eugene Phuah aku same gak download aikz xsempat siap download aku ni …. siap lagi utorrent gak kena slow

Hafifi Fatah: ‎Eugene Phuah time to downgrade to dial up already…

Eugene Phuah: ‎Hafifi Fatah biar betul… kita kat IT age , tapi kena ban ini ban itu, memang moving backward la

Nikolai Volkof: internet provider dah nak goyang kaki skarang makan duit haram .. senang hati diorang kita bayar mahal. *skarang kita tak perabis bandwith diorang.. Memang kapitalis

Ceffys Tofu: ini bkn rakyat 1950..ini rakyat 2020..jgn tindas kami..pilihanraya masih ade..ingt!!

Seni Lensa: adakah WIKILEAK ade kene mengena dgn aktiviti aku menDONLOD movie n game setiap hari? aku rase xde kene mengene pon.. ape? GOV igt kami DONLOD game leh jejaskan keselamatan kerajaan ke?kerajaan ke? kenapa xdisekat website2 PORN yg bersepah2… sebulan bayar nk dkt RM 70 tp internet lembab gak..

Ahmad Nabeel Abd Latiff: sebagai rakyat malaysia, dimanakah HAK kami? dimanakah KEBEBESAN kami? Kenapa perlu block web Sharing? kenapa tidak block web PORN? why? “BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK”

Hazieq Daniel Jefrry: We are about to embark upon the great crusade, we are legion. we will not forgive, we will not forget. expect us “

Salman Seth: block la byk2 lagi. lagi byk ko block, lagi byk site ko kne hack dear GOV

Akma Mustafa: Web PORN supaya senang diorang nak upload muvie PORN diorang.. CHINA DOLL ke.. apa ke

Rozita Mohamed Hawari: internet mesia mahal! lol

Fizzy IFx: Sedangkan laman lucah dengan selamba diakses kenapa file sharing yang perlu disekat? Malaysia mmg macam nie ke..? Sekarang.. just sit back and rilex.. lets the hackers do their job.. enjoy the show MALAYSIA..

Ceffys Tofu: pirate bay ade ke cite melayu???????????hahahahahahaha

Blade Xerrorx: ‎” Internet make malaysia maju blocking file sharing make malaysia back to the jungle -.-”

Ahmad Sholahuddin: tesion…dh la wa beli account megaupload lifetime… tension… kasi hack kaw2 bg mereka tau ….

Sharifah Marliana Aida: xfhm..knp smua tu nk block tp laman porno xnak plak block?ke suka budak2 skola tgk bnda lucah semua.saya hrp sgt laman porno di block supaya xde lg gejala kes rogol ke ape.y p block laman sharing knp? kite kn bayar internet utk kemudahan.ape guna kite byr tp xbole nk buat ape2?

Jimie Sulaiman: berlambak porn site kt internet tp KERAjaan xnk block. ape KERAjaan nak suh kat mesia nie ramai anak luar nikah ke?

Inilah serba sedikit yang dapat DF share dari Facebook DF.So apa cerita lepas ni… jom sama2 kita saksikan. (Dipetik dari blog Anak Sg. Derhaka/Sumber asal: Dragon Force)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |