PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Politik Banjar Blog - albanjari Online yang baru

Kesan serangan MALWARE keatas blog asal albanjari Online(http://politikbanjar.blogspot.com),nampaknya terus buruk dimana ramai pelayar ABO terus gagal melayari blog ini sejak 19 September lalu. Maka dengan itu, satu blog baru telah dibangunkan bagi meneruskan perjuangan menentang Umno dan BN. Segala kesulitan sangat dikesali, insyaAllah ABO - albanjari Online akan kembali menemui pelayar maya setelah semua material dipindahkan ke blog baru dalam tempoh sedikit masa lagi..InsyaAllah.

(*) Semua langkah yang diberikan oleh sahabat untuk menyahkan MALWARE dari blog asal telah dilakukan, namun terus gagal, dan blog terus diblocked oleh pihak google. - albanjari


URL baru : http://albanjarionline.blogspot.com


(*) Kepada rakan blogger sila masukkan alamat blog yang baru di dalam bloglist anda dan padamkan yang asal. Terima kasih.

Melawan hujah biol pencacai !

Terima kasih sahabat dari FZT yang sedia beri komen di blog wak, dan juga terima kasih kerana rajin jawab iktiqad bingai bangang puak pencacai. Apa pun kena juga jawab. Wak penat dah jawab. Selusuri ajer artikel DEBAT di blog wak. Berpuluh siri. Letih..bengap macam tu juga. hati dah hitam, susah nak jadi putih. Curah clorox seluas tasik bukit merah lake town pun belum tentu dapat hilangkan hitamnya tompok puak tu.

Teringat kata seorang amil lantikan MAIAMPk yang telah pergi kerumah penyokong umno baru-baru ini, aku pun tak tahu nak letak apa jenis manusia boleh kata "tak ada duit nak bayar fitrah.." Sedang didepan rumah tersergam kereta besar beb! Rumah 2 tingkat. Lebih pilu, masa tok amil tu sampai, menonong jer minum air. Tak puasa rupanya. Agaknya pasal tak puasa, tak payah nak sibuk bayar fitrah. Gila ! Nak jumpa jemaah di masjid jangan harap. Senja-senja masih dok pakai seluar katok. Orang sibuk terawih, depa sibuk makan kerang. Itu belum yg dok bersidai tepi tembok.

Patut pun hati hitam, gelap gelita. Sudah la hati sanubari jauh utk hadir jemaah ke masjid, sedangkan jarak masjid dgn rumah tak sampai 800 meter. Itu satu hal. Belum lagi yg datang ke masjid carik imam mintak tolong buatkan tahlil utk arwah mak bapak, boleh depa datang masjid pakai seluar katok...! Bila fikir dan ingat itu semua, kena muhasabah ! Letih nyer..jika datang bala Tuhan..mampuih yeop !!

Korang baca jer apa yg sahabat FZT tuliskan dibawah.

FZT - Aku bagi komen kat blog albanjari, tersilap terkasar le sikit, ada yang marah rupanya, kalau nak berhujah dengan umno kena bawak hujah muktabar dan alquran dan juga hadith sohih. Kalau hadith setaraf dengan hadith hassan tak boleh. sejak bila penyokong umno nak dengar hujah muktabar atau hanya sekadar berhujah sebagaimana hujah burung kakak tua. menyelami islam bukan setakat didasar dada itik yang berenang, ia memerlukan pemahaman yang jelas, kalau kita nak islam kena mendalami apa itu agama islam.

Orang umno solat dan orang pas juga solat, ada orang pas solat belakang imam umno dan ada yang imam pas umno solat kat belakang, apakah dikiranya solat umno dah pas adalah sama, semua penyokong umno kata tak ada bezanya pas dan umno. Jadi umno tanya mana bezanya pas dan umno. Kalau ada yang jawab ikut ejaan nanti orang umno marah pulak, lembap le pemikiran orang pas ini, tak moderate langsung tak ada hujah muktabar menyokong bahawa umno dan pas sangat berbeza.

Hujah muktabar ke hujah muktabak yang dibawa oleh tok guru pas selalunya dibakul sampah oleh orang umno. Ini ulamak politik ia akan menggunakan ayat alquran untuk kepentingan peribadi mereka saja. Jadi bagaimanakah orang pas nak berhujah muktabar dengan orang umno, sebelum aku jawab, aku dah lama dalam pas tapi tak pernah sekalipun umno bersetuju dengan hujah yang dibawa dari kitab alquran dan hadith sohih.

Jika pemimpin pas berhujah dengan nas alquran dan hadith mereka akan kata pemimpin pas menggunakan ayat ayat alquran. Jadi umno tak akan menerima hujah muktabar ke atau hujah sohih, yang umno tahu pas perlu ditentang kerana menyalahgunakan nas quran sebagai permainan politik. Walaupun hujah yang dibawa dari kitab yang diluluskan oleh JAKIM sekali pun orang umno tak akan menerimanya. Jika pas berhujah pakal lojik akal mereka marah pulak, jadi orang umno ni biol ke apa, semua yang pas buat tak kena hanya yang kena pemimpin umno.

Aku tak tahu bagaimana orang umno melihat islam dari sudut kacamata mereka, apakah ukuran islam hanya solat, zakat, pergi haji, puasa dah boleh masuk syurga. Apakah hak hak orang islam tak pernah diambil tahu. Siang malam mengatakan umno juga islam. Cuba orang umno perhatikan perwatakkan pemimpin umno adakah melambangkan islam, kalau nak dikiranya bercakap tidak sedikitpun pernah nak menengakkan hukum islam apatah lagi nak melaksanakan walaupun berkemampuan melaksanakan.

Tak faham aku dengan pemikiran orang umno ini. pas dan umno masih dikatakan sama, sama di dalam bidang mana aku pun tak tahu. Jika terkasar bahasa pasti ada umnoan yang melenting, melompat lompat macam beruk kena belacan. habis diucapkan, umno tak faham tazkirah jadi tak perlu tulis tazkirah. tulis diucapkan sahaja. Tu baru sedikit, ada banyak lagi yang telah dihujahkan kepada penyokong dan ahli umno adakah ahli dan penyokong umno menerima penjelasan muktabar atau hanyalah mencari alasan untuk mengekalkan dasar dasar kafir dalam hidup seorang islam bernama umno.

Kalau nak berhujah dengan umno kenalah mencari hujah muktabar, kalau dibagi hujah muktabar dikatakan menggunakan ayat dan nas dan juga hadith. kalau tak mahu menerima apa jua hujah, jenis keras keng, jenis hati hitam tak mahu dia menerima apa jua penjelasan yang diberikan. Akan ada aje alasan yang melingkari pertanyaan demi pertanyaan yang mana tak akan habis sehingga sekarang. Kepercayaan umno yang boleh memerintah malaysia sampai kiamat terus ditanam dalam hati penyokong dan ahli umno. Kejelikkan pemimpin umno tak ada satu yang berbekas dihati.

Apa yang umno buat mesti comel lote da sempurna sekali. Naiklah harga barang sebab kerajaan malaysia tak ada duit, sesak papa kedana merempat tak apa asal dapat sokong umno, dapat duit dana seratus dua dah bising berbulan bulan walaupun dapat belanja seminggu je. Tak kebodoh namanya tu. Banyak blog penyokong pas kerja dia memaki hamun sesama umat melayu yang islam, blog penyokong umno siang malam duk maki mencarut tak apa. Dimana sistem yang dipakai oleh puak puak umno ni?

albanjari online versi asal di godam Malware

Sedutan daripada artikel dari blog asal ABO :


(*) kerja-kerja 'malware cleaning' sedang dilakukan di blog. Maaf atas gangguan ini. Pelayar dinasihatkan menggunakan pelayan Opera atau IE(internet explorer) untuk browsing blog ABO untuk sementara bagi mengelakkan gangguan malware yang cilakak tu.

Malware=Umno : suka bikin rakyat marah maa..!!

Blacklisted on Google ? This site may harm your computer ? Sampai hati malware attack blog wak. Sedeyyy..! Nak update blog pun siksa punya payah..!

Cilakak ! Mozilla dan Google Chrome langsung tak boleh masuk dah..!! Bangsat punya malware !! Yang pakar tolong wak please...!

Sosilawati - Azab sungguh..tapi mulut Sharizat ?


Daripada bacaan akhbar utama pagi ini, dapat disimpulkan bahawa mangsa bunuh di Ladang Ayam Banting itu sememangnya sadis, dan cukup kejam. Pembaca dibuai rasa yang berbagai-bagai bila semua mangsa diperlakukan sekejam itu. Lebih-lebih lagi ketika Ramadhan, tentu semua mangsa yang dibunuh tidak punya daya dan upaya untuk melawan sekumpulan pembunuh keji yang kenyang perut dan mabuk darah.

Menjengah laporan berita Sinar Harian cetak pagi ini : Mangsa dibunuh selepas berlaku pertengkaran dan pergaduhan. Mangsa(Sosilawati) berkeras mahukan wangnya RM4 juta dikembalikan. Mungkin ketika masing2 dalam keadaan marah dan ditipu, pergaduhan mulut melarat kepada gaduh fizikal. Dari laporan mangsa dihayun dengan kayu besbol untuk melemahkan semua mangsa, lalu diikat sebelum dibunuh dan dibakar.

Pernah rasa kena hentak dengan kayu kriket kat kepala? Tak payah kat kepala kat belakang pun dah cukup siksa sakitnya. Kalo kena kat kepala barai beb! Boleh retak tengkorak dibuatnya..Kena kat muka pecah lengai hidung dan mata, bersembur darah keluar dari mulut. Azab hanya Tuhan yang tahu.

Imam tanya wak, enta pernah kena bantai ker dengan kayu tu? Wak cakap, " tak pernah, tapi pernah ler hayun kayu kriket tu kat sebiji kelapa yang belum diparut, pecah barai kelapa tu, bersembur air kelapa tu beb! " Gila !!

Metro cetak pada pagi ini pula berkisah bagaimana semua mangsa dipukul dengan kayu tersebut dan diikat dengan dawai. Setelah diikat, seorang-seorang mangsa dibunuh oleh salah seorang suspek yang berhati paling kering. Seorang-seorang beb ! Memang sangat kejam pembunuh2 itu.

Bila Metro sebut begitu, terbayang macamana rakan lain melihat rakan yang dibelasah sampai mati itu didepan mata dan azabnya mangsa yang dibunuh menemui ajalnya sebelum giliran rakan lain pula dibelasah sampai mati. Depan mata beb ! Diharap semua mangsa bunuh ketika itu tidak putus membaca ayat-ayat suci dan menyebut Allah SWT. Semoga semua mangsa bunuh mendapat rahmat dan sejahtera rohnya di sisi Allah SWT. Allahu Akbar !

Mungkin kerana itu, mungkin juga kerana imaginasi Sharizat yang juga over, maka terpacul dimulutnya (kerana memikirkan keji dan kejamnya pembunuh-pembunuh) melanyak mangsa yang tidak berdaya sampai mati, ayat dibawah spontan tersembol diucapnya;
Neraka Pun Tak Terima Penjenayah yang bunuh Sosilawati, 3 Individu lain-Shahrizat. Oleh SALWA SHA'ARI: Shahrizat menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
Kena jujurlah, biarpun ucapan itu menimbulkan isu, kekeliruan dan persepsi yang berbeza tentang definasi Neraka, harap beliau bukan menterjemahkan ia kepada neraka Allah SWT. 
Bersangka baik, mungkin ditujukan kepada neraka DUNIA mungkin. Walaupun ada yang nakal merujuk kepada neraka UMNO! Titik. Jangan politikkan katannya. Ingat tu !

Apapun jika, terniat untuk kontra tentang neraka Allah SWT, ketika pengucapan itu wajar istighfar, buat Shahrizat dan sewaktu dengannya, manakah lagi siksaan paling dahsyat selain neraka?

Nama-nama neraka menurut Islam:

1. Hawiah (Lubang yang tak berdasar) (Al-Qaariah ayat 9)
2. Huthamah (Yang menghancurkan sampai berkeping-keping) - Al-Humazah ayat 4
3. Jahannam (Bahasa Arab: جهنم) (Ali'Imran ayat 162)
4. Jahim (Asy Syu'araa ayat 91)
5. Saqar (Al Muddatstsir ayat 26)
6. Sijjin (Al Muthaffifiin ayat 7) [1]
7. Ladza
8. Sae'er
9. Wail

وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ (٥) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٦) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ (٧)
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.(7) : (Surah al-Mulk ayat 5-7)

(*) Ada siapa boleh sohihkan berita ini ? - Jangan jadi bangang 40 kali !!


JANGAN POLITIK-KAN ISU. Ingatan buat blogger gerombolan. Sekadar mengingatkan saja. Jenayah tetap jenayah. Dengar tu Gomo !

Musang Bela Ayam ?


"..Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (Umno) ini.." - shahidan kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.

albanjari - Jiwa gelora. Ikut hati, macam mahu esok saja jumaat. Tempoh 4 hari minggu ini rasanya sungguh bosan. Lebih-lebih lagi bila tahu ada 100 ulamak mahu join Umno. Wow ! Bunyi ayat angkuh dan takbur.

Bukan sedikit, 100 beb ! Utusan meloya terpaksa tambah inci koran buruk edisi sabtu. Jika 100 nama ulamak mahu disenarai tulis, mahu 3 jengkal tangan Shahidan baru cukup. Makin tak sabar rasanya nak lihat senarai 100 ulama yang akan menyertai UMNO nanti.

Gempita pencacai, hebat mewar-warkan antara ulama yang akan masuk UMNO itu adalah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, walaupun beliau sendiri tidak memutuskan lagi perkara itu. Nampak gelojoh benar Umno bila digempakkan dengan geng-geng ulamak nak masuk Umno ini. Tak menyabor kata orang Parit.

Bila meninjau seinci jauh ke depan, mungkin ada baiknya golongan ulamak join Umno. Latarnya, pasal jika diimbau zaman Umno era Tunku Abdul Rahman, ramai ulamak duduk dalam Umno sebenarnya.

Tetapi itu zaman dulu beb ! Zaman era Tunku. Tetapi sejarah juga melihat betapa lintang pukangnya golongan ulamak meninggalkan Umno bila Umno sekongkol halalkan loteri(judi). Kecuali ulamak 'gila' saja yang buta mata, dan pekak telinga mengharuskan 'loteri' Umno ketika itu. Yang celik dan takut neraka, cabut siang-siang menjauhi Umno.

Namun kini, timbul persoalannya apakah penglibatan 100 ulamak ke dalam UMNO ini sekadar untuk menyakinkan orang Melayu terhadap UMNO ataupun kononnya mahu mengerunkan parti lawan seperti PAS bahawa UMNO juga mempunyai golongan ilmuan agama?

Sejauhmanakah pula nanti bidang tugas ulama di dalam UMNO ini nanti? Adakah sebagai rujukan bagi segala tindakan pemimpin yang melaksanakan sesuatu dasar? Ataupun adakah kewujudan mereka adalah sebagai 'alat' bagi meng'halal'kan segala dasar yang di putuskan kerajaan yang dipimpin Umno?

Harapnya pemimpin UMNO lebih ikhlas menerima golongan ulamak ini, cadangan menarik golongan ulama ke dalam UMNO sebenarnya bukan lah suatu perkara yang baru. Ramai penganalisis politik, pemimpin parti termasuk parti lawannya dan orang awam sendiri telah menyatakan cadangan supaya UMNO membawa masuk golongan ulamak sebagai penasihat, penegur dan rujukan buat pemimpin mereka, memandangkan sudah terlalu banyak tindakan kerajaan dan pemimpin UMNO yang menyalahi agama dan moral, contohnya isu judi akhir-akhir ini.

Namun, janganlah pula nanti penglibatan ulamak di dalam UMNO sekadar mahu menjaga kepentingan peribadi atau dasar parti semata-mata walaupun ianya bertentangan dengan prinsip agama. Maka jadilah mereka ulamak bangang sebangang-bangangnya.

Ibaratnya, Umno itu 'musang' dan ulamak itu pula 'ayam'. Bolehkah musang dan ayam tidur se'reban' ? Bimbangnya, musang tak beranak, ayam habis dibaham musang. Ulamak mana, sampai 100 orang itu yang nak tidur dengan si'musang' yer, kena tunggu jumaat ini.

(*) sumber adaptasi/ubahsuai dari artikel asal oleh PAS Bukit Katil

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |