Sg.Limau(2) - kaki bangkang yang tahan maki !
surahan#politik : Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika posting membodek dan mengampu tetap digemar orang. Macai sangat suka. Ini kali juga aku dokumenkan apa yg sahabat tuliskan sejam yg lalu. Aku setuju...bukan kerana aku kaki bangkang, tapi betul apa yg dia tulis !
" Pilihanraya kecil kerapkali dipengaruhi pertimbangan moral (moral judgement) iaitu pengundi mula melihat beberapa aspek sampingan terutama terhadap calon dan parti. Apa yg dikhendaki seseorang pengundi, suasana semasa dan etika masyarakat setempat akan.menjsdi faktor. sumber foto : facebook
Penentu. Prk Sg Limau akan menjadi ujian besar pd PAS dan Dato Mukhriz. Kekalahan PAS menunjukkan rakyat sudah mula menolak kerjasama PAS dgn DAP, khususnya. Kemenangan BN pula akan membuktikan kewibawaan Mukhris dan gelapnya masa depan PAS di Kedah, khususnya..."
Jika rakyat Kedah, khususnya pengundi DuN Sg Limau merasa aman dan tenang bawah Mukhris, maka segala unsur kempen yg menyerang akan menyebabkn pengundi atas pagar akn berubah. Ingatlah ada kalangan pengundi Sg Limau yg mengundi arwah Ustaz AZIZAN bukan mengundi kerana PAS. Sentimen mncalonkan anak didik arwah itu tepat tetapi hendaklah bijak mengatur.kempen selaras dgn moral judgement itu. - Anuar Hashim
Edisi Kena Baca ! - Jadilah mayat yang eksyen bila di alam kubur !
Tazkirah#blog : Rasulullah S.A.W. pernah bercerita tentang alam kubur mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia . Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kubur lelaki tersebut yang amat dekat dengannya.
Lalu lelaki itu bertanya kepada makhluk tersebut: Siapa kamu wahai makhluk?
Jawab makhluk tadi kepada lelaki berkenaan: “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”.
Berbakti kepada Ibu bapa melalui Al-Quran
Mendengar kata-kata makhluk tersebut, barulah lelaki yang di dalam kubur itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya lelaki itu telah dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah S.W.T. Betapa gembiranya lelaki tersebut setalah beliau dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.
SILA KLIK FOTO SEBELAH UNTUK IMEJ LEBIH BESAR
Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga yang teramat indahnya kepada lelaki itu. Allah juga telah memerintahkan kepada malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.
Terkejutnya ayah dan ibu lelaki tersebut sambil berkata: “Wahai Malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab Malaikat; “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidupnya.”
Masya-Allah… ruginya kalau kita tidak mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidup kita ini.
Baca satu huruf Al-Quran dapat 10 ganjaran pahala
Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W. dan Kalam Allah S.W.T. yang maha suci.
Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan Al-Quran akan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak.
Dalam kisah ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa kita, iaitu dengan membaca Al-Quran.
Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah S.W.T. turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang). Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang. Semoga dengan membaca dan memahami Al-Quran kita akan dapat menentukan Kemana ROH Kita Selepas Mati, InsyaAllah.
Nota:
Kita tak berkira untuk beli rokok sebungkus RM12 sehari atau lebih RM300 sebulan semata-mata untuk nampak maskulin. Kita juga tak berkira langsung beli henfon beribu-ribu untuk nampak berteknologi. Kita juga langsung tak mau kira jika majlis kahwin kita barai berbelas ribu untuk nampak gah dimata manusia..tetapi kita sangat BERKIRA..,
untuk membeli senaskah al quran untuk kita baca yang mana itulah teman kita.. ketika kita di alam kubur. Ingat ! rokok, henfon, ipad..tablet, bini cun..laki macho..tak boleh kita nak bawa jadikan teman bila dah jadi mayat kelak.
PENGHANTARAN PERCUMA MELALUI POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA. DAPATKAN TERUS DARI KAMI SENASKAH AL QURAN DIGITAL PADA HARGA RM250 YANG SAH LULUS SEMAKAN PIHAK KDN.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
Sg. Limau(1) : UMNO-BN tak akan beri muka ini kali !
surahan#politik - macai PAS bilang, " Sg. Limau tetap kekal untuk PAS ! ". Ini lubok PAS..hatta jika cucuq udang pantai Murni yang sedap tu pon diletakkan sebagai calon untuk PAS, ia tetap menang ". Apa macam ? boleh sengugut jantan dengar macai punya konfiden bro ! Alhamdulillah, apa pun.., macai PAS yg cakap begitu turut bersama-sama penyokong yg lain berhimpun di hari 'perayaan' demokrasi hari ini.
Jika tanya aku yang marhaen ini, aku akan cakap, " jangan takbur sangat bro..bimbang kelak bertaburan ke longkang...ini medan perang, siapa yg pandai menipu dan bersilap mata, dia yg akan menang. Sejarah umno dan BN dalam menghadapi PRK sejak dulu lagi memang kuat menipu orang. Tanpa tipu susah depa nak menang. Sg. Limau...walaupun di tempat itu bukan ada sangat pon buah limau manis yg ditanam, tapi limau tetap banyak dijajan di sana.
Tidak ada buah limau yang kita cium..bau tak sedap...semua bau sedap. Itu sifat buah limau bro...! Tapi bila dikopek makan...jangan marahkan Tuhan jika limau manis yg kita beli rasa masam. Begitu juga hal PRK kali ini khususnya di Sg. Limau...asal tempat tu PAS menang sebelum ni...maka pakat-pakat kata BN tak berpeluang langsung akan menang. Dalam satu kuliah agama, naqib pernah berkata, " menipu( tipu helah) dalam perang itu dibenarkan...untuk mencapai kemenangan ". Malah ada satu hadith menyatakan bahawa,
daripada Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata:” Nabi SAW bersabda: ”Peperangan itu adalah tipu muslihat.” (Bukhari dan Muslim)
Bezanya tipu muslihat yang dibawa oleh umno tak tertakluk pada hukum halal haram...! Harusss..semuanya !! Aku tak pula kata PAS tidak guna taktik itu. Itu bohong namanya. Cukup setakat itu...jangan pula tanya aku taktik 'tipu helah' yg diguna pakai oleh PAS plak ! Itu hangpa kena tanya sendiri kat depa.
Setelah Mukriz anak kutty dimalukan kerna mendapat 2 undi di negeri totok johor darul umno, seterusnya tersungkur kalah dalam merebut kerusi Naib Presiden Umno, akan menyerahkan terus kepada takdir Allah tanpa melawan ? Ingat...anak kutty ini bukan macam si 'lembik' tu..!! Macamana kutty macam tu lah anaknya.."bapak borek anak rintik", muslihat apa yang kutty tak gunakan untuk kekal berkuasa selama 22 tahun jadi PM. ? Dan ini kali aku melihat bahawa kutty akan turun habis-habisan bersama pawang 'seru'nya membantu calon BN untuk menang pada PRK kali ini. Untuk mengangkat semula 'muka' mukriz...helah dan tipu harus digembleng semaksima mungkin.
Beberapa hari lagi, aku juga akan turun ke Sg. Limau...meninjau dan meneropong apa yg perlu teropong..baik ke kubu PAS mahupun ke bilik gerakan BN...! Bukan depa kenai aku !! Tunggu...!!
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
Kisah#Bahari 18SX - "kerana tetek awek, cikgu jatuh parit lagi"
Kisah#bahari : aku pun tak tahu pasal apa zaman aku kecil aku begitu teruja dan memuja pemimpin-pemimpin negara ketika itu. Malah dizaman kecil persekolahan ku di sekolah rendah, aku lebih mengenali siapa itu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan beberapa nama besar yang lain. Sungguh aku teruja. Bukan sekadar teruja..malah wajah2 mereka juga kerap menjadi 'mangsa' utk aku lukis, bila ada sabjek "Lukisan" di kelas masa itu. Ingat lagi buku 'Tawarikh' Darjah 4 dan 5 ? Ketika itu buku teks ini menjadikan nama2 besar itu sebahagian daripada isi kandungan wajib tahu dan wajib baca murid-murid di sekolah rendah dan kebangsaan melayu.
Biarpun aku masih kanak-kanak, tetapi aku tahu bahawa trend kacamata tun razak, jadi ikutan cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah2 khususnya di daerahku. Kelasss....gitu ! Sambil menunggang vespa..cikgu-cikgu dizaman itu sangat tampan dilihat bila berkaca mata begitu.
Anak-anak dara kampung yg rumahnya berada di tepi-tepi jalan yg menjadi laluan utama cikgu-cikgu ini pulang dari sekolah begitu sengaja menanti di tepi jalan bersama niat-niat yang aku rasa tergaul bersama berahi mahu berlakikan cikgu. Aku sedar ketika itu, cikgu dan askar jadi buruan buas anak-anak dara kampung untuk dijadikan suami. Ada siapa yg mahu menyangkal ? Betul kan...apa yang aku tuliskan !
Tahun 70an dan awal 80an, kebanyakan jalan-jalan kampung ketika itu tidak bertar. Hanya diturap dengan tanah merah. Bila panas berdebu, bila hujan becak tak ubah macam di dalam sawah. Selalunya jalan-jalan kampung ini di tepinya memang berparit. Orang sekarang bilang 'terusan'. Dan disetiap rumah, bilik-bilik air atau pelantar mandi dibina ditepi-tepi jalan dan mengadap parit. Ada yang berdinding dan ada juga yang tak berdinding. Jika berdinding pun sekadar dinding atap nipah sekeping dua. Parit ketika itu adalah sumber utama orang kampung nak mandi, masak dan basuh berak. Air paip masa tu belum ada.
Dan kelebihan pelantar-pelantar mandi yg 18SX ini diguna sepenuhnya oleh anak-anak dara kampung untuk menonjolkan keseksian mereka ketika mandi manda. Bayangkan...anak2 dara mandi yg hanya berkemban, dengan tetek yg membungkam...kulit putih melepak, rambut panjang terurai...prap...prapp..mencedok air sambil menonggek-nonggek...perh...memang menyelerakan nafsu. Aneh...masa cikgu-cikgu ni balik dari sekolah ler baru mereka sibuk berkemban nak mandi.
Seperti cerita pak non taman semarak, sampai ada cikgu terjun dengan vespa-vespa ke dalam parit gara-gara asyik tengok depa mandi berkemban. Aku rasa cikgu tu tengok 'benda' lain kot ! Kisah bahari. Yang jika diingat semula...bisa mengukir senyum dan sengih mereka-mereka yang pernah hidup dizaman itu. Panjang mukadimah tulisan petang hari ini. Apapun ia tetap menjadi satu nostalgia indah untuk dikenang.
Kembali kepada keterujaan aku kepada pemimpin-peminpin negara ketika itu, Tun Razak antara pemimpin yang begitu aku kagumi. Lagipun ramai saudara ayah dan ibuku menyahut seruan kerajaan menjadi peneroka di tanah-tanah Felda. Kalian tahukan kaitan Felda dan Tun Razak. Tak perlu aku nak cerita.
Disebabkan aku begitu kagum dengan beliau, mendorong untuk aku ingin tahu tentang keluarganya sekali. Dan ketika aku disekolah menengah, orang yg kini ku kutuk dan perli itulah yg pernah aku kagum satu masa dahulu. Nak tahu ? Itulah si Najib Razak bini rusmah.
Adakah pembaca blog ini ingat, disekitar bulan April 1984, majalah Keluarga telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini PM Malaysia selepas Pak Lah).
Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.
Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga. Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".
Tengku Puteri Zainah juga dikatakan bergiat dalam beberapa persatuan wanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil rakyat) dengan rakyat biasa. Beliau berpendapat, hubungan erat dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu". - sumber google
Itulah sebahagian butiran tentang Najib Razak dan isterinya yang aku kenal dahulu. Kenal melalui majalah, ketika belum menjadi perdana menteri. Tetapi kini...jika ada cerita-cerita tentang si najib dan isterinya...boleh bikin muntah darah. Loya berbulan-bulan...meluatnya aku...bukan lagi tipu-tipu. Selamat Membaca dan terima kasih.
*wak albanjari - " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
betoi...kepala hotak hang !!
bicara#marhaen : dah seminggu aku tak ke pasar. Dan hari ni aku ke pasar. Bukan ke pasaraya, atau ke pasar kemboja.., tapi ke pasar awam ! Kat situ hang nak apa..semua ada. Kata orang kalo nak cari bini pun boleh saja, nak anak dara atau janda. Lu suka !
Tapi bukan itu nak aku bukak cerita...bro ! Bukan...!! Aku nak berkisah tentang duit RM50 hengget, marhaen macam aku ini..boleh beli apa. Jom...!!
(A) Situasi meja ikan Apeng :
Ikan Duri RM10 sekilo. Siakap kolam RM16 sekilo. Sardin RM10 sekilo. Ketam kaler oren RM16 sekilo. Ketam Biru RM24 sekilo. Sotong RM16 sekilo. Udang kertas RM25 sekilo. Kerang RM4 sekilo.
"mak aii..kalo macam ni, tak makan ikan aku ! Gila baban punya mahal harga ikan sekarang..! " getus hati. Tapi kalo tak dibeli ikan...apa lauk anak2 aku yg 5 orang kat umah nak makan ? Mana ada dah zaman sekarang ni orang makan nasi lauk garam. Garam pon dah mahal, dulu boleh ler sekati 15 sen. Sekarang ?
Sudahnya aku beli 3 ekor ikan duri, dan bila ditimbang, hambek kau, RM14.50 untuk lauk sebanyak itu. Lauk marhaen. Itu saja yang aku mampu. Alhamdulillah...dan aku bersyukur kepada kerajaan kerana negara ini kekal aman tak macam di Syria atau Iraq. Kalau tak...belum tentu aku dapat ke pasar beli ikan duri.
Ikan duri bukan macam ikan bawal tambak atau ikan kerapu bro ! Ini ikan kategori ikan orang miskin. Rasa daging ikan yg sangat tawar. Tak reti masak, kucing pon tak mau layan. Tak reti basuh..hanyir piang la hang makan nanti. Nak tak nak..buat kari jer yg okay. Nak buat kari kena la sediakan macam kat bawah ni pulak..baru kari ! Jom..!
(B) Gerai Sayur :
Kacang Bendi 1/2 kilo - RM4.00
Rempah Ikan Alagappa 2 pek kecil - RM1.60
Santan kelapa - RM3.00
Jumlah : RM8.60 sen
"bang..tadi anak-anak pesan, depa nak makan buah anggur. Lagipun dah lama abah tak beli buah tu...! " bisik isteri masa aku bayar duit sayur kat apek tadi. " Ye ker ? kalau macam tu jom kita ke gerai buah..! "
(C) Gerai Buah :
Anggur Merah (ada biji) - RM12 sekilo.
Anggur Merah( takdak biji ) - RM15.90 sekilo
Anggur Hijau( takdak biji ) - RM17.90 sekilo
Anggur kusam - RM10 sebungkus plastik.
Mahalnya buah anggur sekarang. Tak macam dulu lagi..tapi bila fikirkan anak2 yg nak makan..lagipun depa tengah ngadap exams..tak sampai hati nak kecewakan bebudak tu, kesian depa. Mau tak mau..kena beli juga...sudahnya aku jinjing juga buah tu sekilo dgn harga RM12.00 Nak harap cukup memang tak cukup puas buah banyak tu kalo 5 orang makan. nak buat macamana...banyak tu jaa mampu aku beli !
Untuk lauk goreng aku pilih ikan keli saja...itupun sekarang sekilo dah cecah RM7 hengget. Apa nak buat...dgn ahli keluarga aku yg seramai ini, sekilo tak cukup bro..beli la aku ikan keli tu 8 ekor, dengan harga RM9.80 sen.
Untuk Hidangan Tengahari ke Malam :
A+B+C+ Ikan Keli = RM14.50 + RM8.60 + RM12 + RM9.80
Jumlah Belanja Pasar rakyat marhaen macam aku = RM44.90 sen untuk sehari. 30 hari ???
Itu belum lagi campur duit parkir swasta Majlis Bandaran kat pasar...kurang2 kena parkir RM2 hengget tu biasa bro..! Adesss...!
Inilah nilai duit RM50 yang kita bawa ke pasar setiap hari. Belanja pasar seorang marhaen untuk bagi makan anak bini. Ada siapa kesah ?
Dengan pendapatan sekadar RM1,800 sebulan, mat bangla lagi mewah duduk di Malaysia hang tau ! Tapi nak buat macamana, cakap lebih pon tarak guna..nanti bapak menteri akan cakap..."kalau tak suka duduk malaysia, pi berambus duduk kat Colombia kaa mana..! " - hang mau ??
Nota#marhaen : Dengan kenaikan harga barang, dan petrol sekarang...rakyat semakin miskin di negara sendiri. Tapi...errr, " alaa...baru miskin...belum sampai tahap papa kedana..kan ! betul tak ? " - betoi kepala hotak hang !!
Foto sekadar hiasan. Sumber : google
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
syoknya mimpi jimak sama wawa, pi mampuih la..politik !
sembang#warung : " Kak jat menang lagi, bang hisyam juga menang..sebelum ni kerry pon menang, ..ahhh....depa2 tu level tinggi bro...level tuhan siva, petik jari...duit pon mari ! " tu kata kawan aku yang duduk sekali menghopi subuh tadi. " awat..hang kecewa kaa depa menang ? bila masa hang kembali minat politik umno ni ? ker hang pon dapat sampul sama ? " aku mengacah. subuh pagi ni aku tak ambik nasi..tapi aku ambik pulut sambal kelapa...memang sedap..lemak dan berkrim.
" aku bukan apa...dulu aku kuat umno, tapi sekarang aku tak juga setuju dengan PAS..pada aku parti-parti ni sama saja...sapa ada duit , dia akan beroleh kuasa...duit dan politik macam isi dengan kulit, macam laki bini..! " dia menyambung sambil asap Kent berkepui-kepui keluaq dari celah mulut. Dasar perokok...ceh !!
" Jika si kamila tu tak gelojoh, aku pasti kak ijat tu tertungging dah. Dia menang pasai yg lawan dia tu, level kambing boer...lain la depa hantaq lembu gunung macam si kamila tu...baru buku lawan ruas...lembu lawan dengan lembu...! ini hantaq kambing...memang tersembam ler bro..." - macam kecewa saja aku tengok muka tok ketua ni. Iyalah..tok nek dia dulu pun memang orang kuat umno...darah dah sebati...kalau pi ke rumah pusaka tok nek dia ni yg dihuninya sekarang..boleh nampak kerih tetap tersisip di dinding rumah kayu. Bukan sebilah..3-4 bilah. Hangpa ada ?
Kasaq sungguh cara dia komen tentang kempen dan sidang 'kerih' kali ni.
"hang tau..bakaq ali menang ketua bahagian woo..., hadi hoki melingkup.." dia menyambung.
Aku bantai, "hmmm..." saja. Bukan apa..malas nak buat2 terkejut. Bukang level aku nak acah-acah macam tu...konon teruja bila tahu bakaq ali menang.
" hang terkejut kaa hadi hoki tu kalah ? hek..elehhh.." hadi hoki tu sapa...? bakaq ali tu sapa ? - ni betul2 aku pulak mengacah. tak sempat dia menyambung, henfon dia berbunyi...! " sapa call ? " aku tanya.." sapa lagi..bini aku laa yg call..tanya nasi lemak yg dia pesan dah aku beli ke belum...! sembang warung pun mati disitu pasal dia gegas balik hantar nasi lemak untuk bini. Dalam hati aku, " baguih sungguh dia ni...untung dapat laki macam dia...perut bini tetap diutamakan...! Itu baru namanya sayang bini..!!
# komen aku dalam hati sebelum angkat kaki dari warung, " sapa pon menang, dan sapa pon kalah...rakyat marhaen macam aku tetap macam tu...udang, ikan, sayur makin mahal di pasar. Duit makin mengecil nilai. melayu kekal seperti melukut..kerana priyayi-priyayi melayu terus erat memeluk "gantang" biarpun perot makin memboroi.
Hangpa kesah ? tak payah laaa...! kena pulak hujan2 macam ni..baik tarik selimut..tido..untung boleh mimpi jimak denganwawah...lagi syok !..opps ..apa ? dia dah kahwin ker...sori yawawah! wak sikit nakal pagi ni.."
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
Kalaulah ostazah che ita yang mai, mau sesak masjid bro !!
Nota Dhuha : " agak-agaknya ramai tak yg nak datang ke kuliah dhuha kat masjid kita pagi ni ? " tanya tok imam masjid masa sarapan subuh tadi di warung pak usop. "pasai pa tanya macam tu kat saya tok imam ? ". Tok Imam cakap lagi, " bukan apa..takut tak berapa nak ramai yg boleh mai pagi ni ! ". Aku tengok muka tok imam masjid jadi kelat. Dia bimbang tu !
habis aku lahap nasi kat pinggan, aku cakap terus kat tok imam," imam..kalau nak sesak orang datang kuliah ilmu agama kat masjid, bulan depan saya mai panggil ostazah 'rozita che wan' bagi kuliah, tuu...memang ramai...kot boleh dia pakai lagu macam ni..memang sesak sampai ke jalan...". " tok imam kenai ker nama yg saya sebut tadi tu ? ". Terkulat-kulat muka tok imam bila saya kata lagu tu. Mampuih pi kat hang..sapa suruh tanya aku..!
Bro..kalau kuliah - kuliah ilmu macam ni, jangan kita mintak 'crowd' macam orang mai sesah program Sure Heboh. Jangan bro...! Bukan kata kuliah ilmu buat kat kampung atau tepi bandar, tak boleh tarik crowd, tapi kat bandar pun sama jaaa...bukan semua masjid di bandar tu penuh dgn jamaah yg rajin dan istiqomah luangkan masa hadir ke majlis ilmu...! Tapi semua hal itu lebih kepada soal 'hati'. Kalau dah hati tu mati, kuliah ilmu depan rumah pun depa boleh tidoq mengangkang bro..! Ada depa nak kisah..!
KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU -
Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan" :
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
Ramai yang tahu..tapi buat-buat macam tak tahu. Akhir zaman, nak buat lagu mana...tu pasal jika yg hadir ke majlis ilmu tak kiralah atas nama apa sekalipun, samada kuliah maghrib kaa, asar kaa...dhuha kaa...yg mai sama saja..tak ramai orang-orang muda, yang ramai itulah geng jamaah yang dah qualified nak jadi jamaah jenazah. Tak percaya..?
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "