Bencana Amarah Tuhan ? Angka 2012 dalam Al-Quran
PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.
Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession".
Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
Dan paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada pada 1433H dan apakah Allah mahu menunjukkan suatu kejadian pada tahun ini (2012M) ? Kejadian yang tak tergambar dalam otak manusia, akan dahsyatnya ? sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran.
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu ? Apakah peristiwa penting itu ?
Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam.
Hatan - selamat 'join' DAP !
Gurkah-gurkah politik di'port' yang dah dua kali pilihanraya menjadi ahli parti DAP cuma nak ucapkan selamat datang kepada Hatan, Hatan ker Hata ? Oh..Hata Wahari yang telah menyertai parti DAP kelmarin.
Mengikut firasat gurkah-gurkah ini, selepas hampir 17 tahun dia bersama dengan Utusan Meloya, dan selama 17 tahun juga dia bersama-sama menghentam pihak pembangkang, maka tujuan dia menyertai parti DAP bukan lah dengan hati yang ikhlas tetapi lebih kepada mencari satu platfom mahu membalas dendam, melepaskan geram terhadap Utusan Meloya yang telah 'mene-rajang' dia sebelum ini.
Gurkah-gurkah pun ada juga sedikit perasaan marah terhadap DAP ini kerana semasa mereka-mereka ini 'join' DAP dulu dan mereka juga lah yang merupakan hanya segelintir orang-orang melayu di Pulau Pinang yang ada dalam DAP, mereka tak pernah pun di beri sambutan istimewa, tetapi bila Hata Wahari ni 'join' DAP, Lim Kit Siang pula yang mengetuai sambutan kedatangan Hata ini.
Tetapi bila mengenangkan yang Hata Wahari ni pernah memegang jawatan penting dan pernah jadi orang nombor satu dalam kesatuan wartawan (NUJ), maka gurkah-gurkah di'port' tolak tepi lah perasaan marah itu dan mahu mengucapkan selamat datang kepada dia, cuma gurkah-gurkah nak cakap dekat dia supaya bila dah ada dalam DAP nanti, janji nak berjuang untuk kepentingan rakyat jangan lah lupa dan jangan lah pula jadi 'gunting dalam lipatan' ye?! - sumber blog dollah yankee
dollah yankee - Bila tak banyak orang melayu dalam DAP, minta lah apa pun memang cukup senang dapat
Poketku 'rabak' lagi..!!
Masuk hari ini , hari ke-3, aku tak berupaya nak update blog. Sejak rabu, khamis dan hari ini jumaat. Ada beberapa komitmen yang aku harus bereskan. Atas dasar komitmen, laptop wak terpaksa dikerah ON selama lebih 50 jam tanpa OFF. Solat, makan, tidur depan lappy. Dan akhirnya...ke kedai komputer juga ia pergi. Alhamdulillah, hayat lappy yang banyak jasanya ini kepada wak dapat diselamatkan. Thanks Allah.
Jika sebelum ini, wak agak rimas nak guna cooling fan stand, tapi mulai malam ini nampaknya wak terpaksa beri 'dos' tambahan untuk sejukkan lappy yang cepat panas nih ! Maka rabaklah poket, pasal brand CLIPtec itu bukan murah-murah. X-Perfect PRO lagi tuh !
Agak sedikit sukar dan janggal bila dah guna 'dos' nih. Taip jadi lambat. Apapun sedikit sebanyak mengagalkan juga kelancaran bagi kerja-kerja 'designing' yang melambak-lambak perlu dibereskan, due date customer pun semakin dekat. Huh !!
Dan pada minggu ini juga iklan-iklan yang telah lupus tarikh dan tidak diupgrade akan diLUPOSkan dari blog albanjari. Seperti janji wak, pada tahun ini 2012, wak hanya paparkan iklan di blog hanya dari software Flash Swissmax 3D sahaja. Untuk itu semua langganan dari pelanggan, banner iklan mereka, wak sendiri yang bangunkan menggunakan software terkini ini.
Khidmat banner wak tawarkan PERCUMA sahaja, cuma pelanggan perlu bayarkan sewa tapak bulanan atau tahunan. Pakej yang semurah RM50 sebulan dan semahal RM2400 setahun ditawarkan kini kepada semua pelanggan perniagaan dan perkhidmatan. Yurk..kita iklankan produk di albanjari online.
Hubungi wak di talian 24 jam 012-7125340 sekarang !!
Jahanam sama UMNO ! Busuk sampai ke liang lahad !
Komen jiran Wardina Safiyyah OfficialPage : "Saya jiran Wardina yg menziarahi beliau pada hari tersebut. Selepas kejadian, Wardina menumpang di rumah jiran sebelah rumah beliau sementara menunggu polis menyiasat rumah beliau.
Wardina menggunakan komputer riba yg diletakkan diatas meja yg disediakan oleh jiran beliau itu. Saya sendiri juga memberi pinjam telefon bimbit utk kegunaan Wardina buat sementara waktu hingga beliau dapat memyelesaikan masalah beliau. Kami jiran jiran yg prihatin dan simpati pada beliau. Kejadian itu boleh berlaku pada kami juga. Kami saling bantu membantu. Kepada yang memfitnah Wardina, takutlah anda dengan balasan Allah kelak." -
rujuk : https://www.facebook.com/ Kamibencisaifulbukhari/posts/ 324629784226790?ref=notif¬if _t=share_comment
rujuk : https://www.facebook.com/
Fitnah Tun Faisal, AJK Pemuda UMNO kepada Wardina : "Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran untuk bertwitter ? Logikkah ? Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ? Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ? Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut.... Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ?"
rujuk : http://
Fitnah Puteri UMNO : "Apakah sebenar yang mahu disampaikan oleh Wardina, hidup di Kuala Lumpur sekarang tidak selamat. Kerajaan sekarang gagal jaga keselamatan rakyat.Dia juga berkata dalam twitternya sekarang banyak rompak dan minta rakyat berhati hati. macam wakil rakyat. baca ini"
rujuk : http://gt-puteri.blogspot.com/
Nota : Buat puak2 UMNO yang telah menjadikan FITNAH sebagai mainan hidup lu orang, takutkanlah AZAB ALLAH. (kalau lu orang beriman la). Kepala bana apa Wardina berlakon rumahnya dirompak? Ni baca pengalaman Wardina
rujuk : https://www.facebook.com/
Mudah je sifir UMNO, Altantuya mati sbb bom diri sendiri, Kugan mati sbb pukul diri sendiri, TBH mati, bunuh diri sendiri, Anwar mata lebam, tumbuk mata sendiri, Wardina rumah kena rompak, Wardina berlakon sendiri! WTF!! Pergi jahanam sama UMNO! Busuk sampai ke liang lahad! - angah
LUYOT - Wajah zamry SEBELUM dan SELEPAS ?
FOTO 1 - SEBELUM 'LUYOTT..'
FOTO 2 - SELEPAS 'LUYOTT..', - kulit wajah kembali ke asal. Ini baru Zambry..!!
Nak tahu makna 'luyot', tanya lebai google..!
Rahsia wajah zamry jadi putih lepas tu terbakar !
Sumber kata, poster besar billboard berwajahkan najib dan zambry yang dipasang di Masjid Tinggi hangus kena bakar. Tak tahulah, samada sengaja dibakar atau terbakar sendiri. Dan pada pagi tadi ketika menutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Peringkat Kebangsaan di Parit Buntar zamry sendiri sebut hal yang sama. Aku tumpang simpati. Tapi nak buat lagu mana, dah nak terbakar..!
Nak kata ada yang dengki, mungkin juga. Dengki pasal tengok wajah zamry yang tiba-tiba jadi putih kot? Hingga wajah najib yang fotogenik pun tenggelam akibat keputihan itu. Bab dengki mendengki ni lumrah laa..! Nama pun melayu. Tak dengki, tak melayu la bro !
Aku ingat lagi, anak Toyo yang beli tanah murah di shah alam pun ambik masa hampir 10 tahun untuk me'evolusi'kan wajahnya dari gelap kepada seputih 'tempe'. Tapi anehnya zamry hanya perlu 3 tahun untuk lakukan itu. Tu pasal ada yang dengki dengan Dato'..mungkin kerna tak puashati tu yang billboard tu tiba-tiba terbakar. Sedangkan gelap zamry dan gelap anak Toyo, 3 kali ganda gelap lagi zamry.
Apapun bagi aku, zamry ku lihat sekarang lebih hensem dari zamry yang dulu. Betull..aku tak tipu. Tak percaya ? Tanya Tan Kuda !!
Isu Hassan - Nak selak pekung apa pulak nii..?
Hassan Ali sudah semakin banyak merapu. Kita pun tertanya-tanya sebab apa dia jadi macam tu? ricky punya ricky punya ricky, ropa-ropanya Hassan Ali sudah buka dia punya songkok, sekarang dah tak pakai songkok lagi, dah ganti dengan 'base-ball cap' pula, sebab tu laa dia merapu banyak sangat.
Kenapa sekarang Dato'? Kenapa dalam masa empat lima hari ini Dato'? Kenapa tidak tahun lepas Dato'? Kenapa soal 'gay' yang dibawa dalam sidang akhbar itu Dato'? Ada kah di-sebabkan Dato' sudah tidak ada apa-apa kepentingan lagi dalam parti, jadi Dato' nak 'keronyeh' semua tu??
Tak kan lah Anwar sorang-sorang boleh 'legalise'kan benda tu kot?
Jadi, benda 'gay' ini rakyat jangan lah bimbang dan gundah dan jangan ambik pot sebab semua Ahli Parlimen yang kita pilih tu tahu apa benda yang baik dan apa benda yang tak baik. Tak kan Agong dan Raja-Raja melayu kita begitu bangang mahu membiarkan perkara ini berlaku?
Sudah-sudah lah tu Dato', Dato' sekarang ni sudah pandai nak menghina dan mengaibkan orang. Tak kan orang alim macam Dato' ni boleh mengaibkan orang lain? Dah tertulis di 'Loh Mahfuz' yang rezeki Dato' sebagai orang politik takat tu saja, apa nak buat?!
dollah yankee - Kita kena bagi 'baseball cap' dekat Hassan Ali ni ..!
MESTI BACA - Bertempur dengan iblis dan jin-jin Ayah Pin !
Saudara2ku yang dihormati. Bertemu kembali diruang maya ini, masih ingatkah lagi kisah Ayah Pin yang heboh diperkatakan beberapa tahun lalu? Pasti nama ini takkan dilupakan kerana ia melibatkan masalah akidah dan kesucian agama islam yang kita anuti. Apatah lagi si Ayah Pin ini masih bebas bersama para isterinya dan berkemungkinan besar masih menjalankan aktiviti penyebaran ajaran songsangnya itu. Dibawah ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh Tuan Haji Lokman seorang pakar perubatan dari Darul Syifa Al-Hidayah, Terengganu, kisah yang tidak diperbesarkan oleh akhbar perdana. Silakan membaca dan semoga ada manafaatnya.
Oleh : Hj Lokman
Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar Kerajaan Langit (Sky Kingdom) yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.
Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.
Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.
Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.
Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.
Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.
Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.
Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.
Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.
Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.
Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.
Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.
Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.
Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.
Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.
Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin dan saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.
Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.
Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut. Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.
Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.
Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tak puashati, Hassan Ali akan jelajah Malaysia !
Nampaknya konflik yang melanda akibat pemecatan keahlian PAS telah mendorong DHA ikrar jelajah seluruh tanah melayu untuk jelaskan perkara yang sebenar. Jelaskan perkara sebenar? Agaknya sesi jelajah ini DHA akan guna pentas siapa yer? Jangan jerit atas pentas umnuu sudaa ya dato'. Makin tak cerdik !
TERKINI - Kandungan Sidang Media Hassan Ali pagi tadi
Setelah dipecat sebagai ahli PAS, dan diberi tempoh selama 30 hari untuk merayu, kini belum sampai 30 hari sebelum beliau benar-benar terlucut keahlian PAS, beliau digugurkan pula sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam.
Dalam sidang media di kediamannya pagi tadi, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.
Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan kerana beliau diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
"Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco. Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan,".-sumber
Beban hutang, pikul sampai mati ?
MASYARAKAT Islam yang ingin membuat pinjaman melalui Islamic loan perlu berhati-hati dan teliti ketika menandatangani surat perjanjian jual beli dan pinjaman daripada bank komersil. Ada beberapa perkara yang kita tidak nampak atau tidak diberitahu secara jelas peraturan-peraturan yang ditulis yang kemudiannya akan menjadikan peminjam muflis 'dengan mudah.' Syarat seseorang diisytihar muflis oleh kerajaan Malaysia haruslah hutangnya lebih daripada RM30,000.
Secara sedar atau tidak sedar, perkataan 'Islam' yang dinamakan di dalam pinjaman juga boleh mengakibatkan 'si peminjam' kehilangan harta yang dimiliki walaupun harta tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjaman jika dibandingkan dengan pinjaman secara 'konvensional'.
Bagi institusi perbankan di Malaysia yang mengamalkan pinjaman secara Islam, mereka akan melakukan 'akad' yang menyatakan jumlah pinjaman secara pukal (yang dimaksudkan ialah sejumlah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam jika membayar secara ansuran hingga penghujung tahun pinjaman yang dipohon).
Dalam nota perjanjian juga ada menyatakan sejumlah pinjaman yang akan dibayar oleh si peminjam dari awal bulan ke bulan akhir tahun pinjaman tersebut. Di sinilah bermulanya 'masalah' yang ditanggung oleh si peminjam yang membuat pinjaman Islam 'jika' tidak memahami konsep Yahudi dalam bayangan 'Pinjaman Secara Islam'.
Perbezaan pinjaman 'konvensional' dan pinjaman secara Islam ialah akad. Pinjaman konvensional tiada lafaz akad. Dalam pinjaman secara Islam, apabila 'akad' dibuat, maka sejumlah pinjaman penuh disebutkan.
Contohnya, jika harga rumah yang dibeli adalah RM400,000 dan setelah dikira (mengikut kiraan 'Islam' bagi bank tersebut) maka jumlah pinjaman sebenar menjadi RM950,000. Maka si peminjam harus menyebut dan setuju untuk 'lafaz akad' menerima jumlah hutang sebenar itu (RM950,000) dan inilah yang dinamakan oleh pihak bank sebagai 'Pinjaman Berasaskan Islam'.
Perbezaan jika kita membuat pinjaman 'konvensional' dengan jumlah yang sama, kiraannya masih lebih kurang sama jika si peminjam membuat bayaran setiap bulan dan sehingga bayaran akhir.
Secara jelas, hutang harus dibayar. Malah agama Islam mewajibkan setiap umatnya menyelesaikan semua hutang-piutang yang dibuat 'jika mampu' untuk membayarnya walaupun secara beransur-ansur.
Saya mempunyai rakan - seorang usahawanita yang berjaya meyakinkan pengilang dan pembeli dari luar negara untuk berurus niaga dengannya. Perniagaannya berjalan hampir lima tahun tanpa memerlukan pinjaman dari mana-mana bank.
Oleh kerana untuk bersama-sama memartabatkan kewangan Islam, usahawanita ini dan suaminya telah membuat pinjaman bagi membeli rumah yang diidamkan di sekitar Ampang, Selangor dengan harga sekitar RM400,000 dengan menggunakan tiga nama ahli keluarganya sebagai peminjam dan penjamin dengan bayaran bulanan RM1,700.
'Pinjaman perumahan secara Islam' di salah sebuah bank yang bukan dimiliki orang Islam itu nampaknya turut membebankan.
Bermula pertengahan tahun 2010, musibah telah menimpa peniagaannya. Dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini, akibat dari masalah kekacauan dan pemberontakan rakyat di negara rakan niaga usahawanita ini maka penghantaran barangan diminta dihentikan sementara sehingga negaranya stabil dan ini mengakibatkan usahawanita ini kehilangan punca pendapatan dan bayaran ansuran bagi pinjaman perumahan mula tertunggak serta tidak mampu untuk dibayar.
Namun, usahawanita ini tidak mengelak diri malah bekerjasama jika pihak bank menghubunginya. Oleh kerana masalah bayaran pinjaman sudah tertunggak hingga mencecah enam bulan, pihak bank menggunakan kuasa untuk mengambil tindakan memufliskan si peminjam, walaupun pinjaman tertunggak hanya kira-kira RM30,000. (syarat untuk tindakan memufliskan peminjam/penjamin).
Pihak bank telah bertindak memufliskan dua orang peminjam (anak dan suaminya yang namanya ada di dalam surat perjanjian) bagi pembelian rumah itu.
Ia juga atas 'kesilapan' usahawanita ini kerana tidak ke mahkamah bagi tujuan pembelaan, maka hukuman muflis telah dijatuhi ke atas dua penama dengan setiap orang dikenakan kadar muflis sebanyak hampir RM750,000 seorang atau bersama.
Persoalannya, pinjaman secara 'Islam' ini yang baru dibuat empat tahun itu dengan setiap bulan pinjaman telah dibayar, sehinggalah pada 12 bulan kebelakangan ini (bermulanya tertungak pembayaran pinjaman), apakah hutangnya sudah mencecah RM750,000?
Setakat pengetahuan saya, dalam perundangan Malaysia, rumah yang dibeli atas nama pinjaman haruslah dilelong terlebih dahulu. Setelah berjaya dijual, ditolak pula hutang dan 'jika' masih tidak mencukupi untuk menampung hutang yang berbaki, barulah diambil tindakan selanjutnya iaitu proses pembankrapan.
Namun, kes yang melibat usahawanita ini dilihat tidak adil kerana harga pasaran rumahnya adalah sekitar RM950,000.
Pihak Bank Negara Malaysia kena melihat kes ini dan dibuat kajian di atas sifat 'pinjaman perbankan Islam' ini. Apa yang kita fahami, pinjaman secara Islam agak susah untuk memufliskan peminjam. Apakah kerana ia ditadbir oleh bank yang dimiliki oleh bukan Islam, terma-terma perbankan mengikut syariah Islam boleh dimanipulasi?
Janganlah di sebalik ungkapan pinjaman secara 'Islam' tetapi berlaku tindakan licik institusi perbankan untuk merampas harta- harta orang Islam yang menghadapi masalah membuat bayaran balik pinjaman. Kepada bakal-bakal peminjam baru yang ingin membuat pinjaman secara Islam di bank, berhati-hatilah dan bacalah berulang kali surat perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya.
Oleh Saiful Mohamad Ghazali
(HOT) Pagi - Blogger 'tonggong' umnuuu..yang bahlol !!
Confused nyer aku ! Aku nak tanya ni..tolong bagi pencerahan, Hari Petani, Penternak dan Nelayan Kebangsaan tu program BN ker atau program tahunan Kementerian Pertanian Asas Tani ? Apakah jika Pakatan Rakyat memerintah Negara kelak, maka akan tiadalah Hari Petani, Penternak dan Nelayan Kebangsaan lagi ?
Pasai apa bila ada program yang betaraf 'kebangsaan', puak-puak bangang umnuu 'claimed' tu program BN semua. Depa ingat Malaysia ni mak bapak umnuu yang punya kaa? Puihhh..Puihh ! Jenis muka susah nak malu memang macam pundek. Program Kementerian dan Program UMNO pun tak boleh nak beza. Bodoh sampai ke kote ! Masa sekolah dok baca komik lucah, dah besaq..baca blog porno si gomo, tu pasal hati benak hitam metalik hapah tak guna !
Majoriti petani, di Kerian ini nak bagi tahu, majoritinya orang 'bulan', PAS dalam bahasa betulnya. Dan dia mewakili parti itu sebagai Ahli Parlimen yang sah. Betul kata Mujahid, "takut depa lupa MP Parit Buntar dari PAS". Suka hati korang balun Ahli Parlimen haku naa ! Be Profesional laa mangkuk-mangkuk umngok sekelian..! Jangan jadi macam pokok 'kelentit kering', faham ?
Dan molek sungguh dan aku setuju bila MP aku tu turun tunjuk muka ketika Najib datang 2 hari yang lalu untuk rasmikan Hari Petani, Penternak dan Peladang Kebangsaan. Dia bukan hadir ke Mesyuarat Agong UMNO Bahagian ? Itu hangpa boleh claimed la hangpa punya. Bodoh !!
Kejap lagi aku sambung, alang-alang biar barai macai-macai umngok yang tak reti bahsa ni ! Aku ada kerja nak buat. Puihh punya pencacai !!
(HOT) Pagi - Kak Ijat join Hassan Ali pagi ni ? Perhh..!
Dari sumber, hari ini DHA akan mengadakan sidang khas media di rumahnya. Ada yang kata pukul 10 pagi, dan ada juga yang bilang jam 11. Tak kisah lah jam berapa, tetapi hari ini memang ada Sidang Media di rumahnya.
Sebilangan berkata, akan ada beberapa kejutan yang bakal berlaku di sidang media itu. Ahh..! Suka hang la berapa banyak pun kejutan yang nak dibuat. Nak letak 'gimik' atau mercun pom-pom pun takpa. Manusia yang gemar bercakap, akan terus bercakap. Jika dia tak teruskan bercakap-cakap, nanti jadi tak cerdik pulak. Jadi 'bodoh-bodoh' alang gitu. Meracau meracai..lagi masalah !
Cuma yang menariknya, Sidang Media pada pagi ini, sudah tentu akan diraikan juga oleh tetamu jemputan. Seterusnya jadi tukang hangguk-hangguk di kiri dan kanan. Berahim Al-Kataki, Zolkulum AlKulimi, Harussana-sini, X-PKR Albayan baruni, dan..jeng-jeng..jeng, !!??
Agak-agak ada tak nanti pemimpin PAS akan hadir ? Aku rasa akan ada. Sekadar nak hadir tak salah. macam juga bila najib datang Parit Buntar, tak salah Mujahid Yusof Rawa juga turut hadir atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar.
Yang hangpa kalut sangat tu pasai paa?
Pengugut bunuh TGNA terus bebas lepas ?
Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM Penang, Kampus Kejuruteraan di sini, sudah pun di tangkap. Wokey..la tu !! Tapi mangkuk 'bangang' kat bawah ni dah diberkas ker belum ? Ini nak mintak sapa yang jawab ? Polis ker Perkasa ?? Profile mangkuk bangang (BACA DI SINI) - Puihhh..Puihhh !!
18SX - Gay Umnuu 'balun' Anwar ? Saman mariii !!
9 Jan lalu (901), Anwar diputuskan bebas dan lepas oleh mahkamah. Hari ini 15 Jan 2012, baru jer 5 hari selepas dibebaskan, serangan terbaru untuk 'langgar' Anwar sudah ditiup oleh macai-macai umnuu sekelian alam.
Umnuu ni memang dah gila. Gila yang memang tak ada ubat nak baik. Kritikal sungguh. Macamana bangang-bangang dalam umnuu boleh terpikir nak spin perkara baru untuk 'menyerang' Anwar. Kali ini mereka menuduh Anwar adalah penyokong dan menyokong serta membela hak-hak asasi 'gay' pulak dahh.
Agen umno iaitu akhbar-akhbar harian utama yang malap dibeli rakyat sudah syokk meletakan cerita Anwar sokong dan bela kumpulan 'gay',selepas temuramah Anwar dengan BBC baru-baru ini.
Kenyataan Anwar dalam temuramah itu telah di 'spin', dari 'NO NEED to review the law' kepada 'NEED TO review the law'.
Kata "dollah yankee" - kalo ini macam, ini sudah kes parah bagi umnuu ! Takut sungguh umnuu dengan manusia bernama Anwar ni apa pasal haa ? Puiihhhh..!! Dasar ahli parti yang tak takut sama neraka ! Suka hati bikin cerita karut ! Puihhh..Puihh !! - sumber asal dipetik dari blog dollah yankee
Diantara blogger yang gigih minta AG failkan semula kes Anwar telah pun disaman. APA MACAM ? Itu ler rajin sangat buat fitnah. hambekkkk...!!
Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor. Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012. Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan.
Dengan label mereka adalah laman pro UMNO popular maka UMNO juga disabitkan dengan tindakan-tindakan laman web mereka yang hari ini sudah mula di saman. Melihat perkembangan yang ada penulis-penulis blog kadangkala gagal mengasingkan makna perang saraf dengan apa yang disebut fitnah. Melihat satu kenyataan dari parpukari@Mohd Salim Iskandar dalam isu laporan polis ke atas fitnah papagomo@Wan Mohamad Azri oleh artikulis www.themalaysianinsider.com Amin Iskandar – mereka memaklumkan bahawa tulisan itu adalah hak kebebasan bersuara – satu justifikasi yang amat dangkal.
Teruskan membaca
UMNO dalam isu ini seharusnya tidak terlibat atau campur tangan dalam membela laman – laman yang sebenarnya lebih membawa gambaran buruk kepada UMNO. Namun dalam banyak hal kami dimaklumkan ada sumber-sumber sahih yang mengatakan ada kepimpinan UMNO yang terlampau ghairah dalam penglibatan laman web sehingga UMNO terpalit dengan apa yang negatif dibawa oleh laman-laman pro UMNO ini.
UMNO akibat penulisan beberapa laman web pro UMNO ini akhirnya di manipulasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej UMNO sendiri. Tindakan ini akhirnya meletakkan kita tersepit antara keseronokan menulis dengan usaha untuk menarik lebih ramai anak muda – orang yang tidak berparti melihat UMNO sebagai wadah sokongan mereka. Mungkin sudah sampai masanya UMNO melakukan pembersihan – mengasing diri dari terus dilabel terlibat dalam pendedahan palsu dan menggunakan laman pro UMNO sendiri untuk tujuan peribadi dan politik sendiri.
- http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1362&Itemid=58
(HOT) AHAD - PRU13 pada mac ini ditunda lagi !
Laporan Prestasi UMNO-BN yang langsung tidak menyakinkan, buat Tukang Kompang Negara konar 360 darjah. Pilihanraya Umum tidak akan dibuat pada mac ini. betul..keadaan UMNO-BN kini langsung tidak kuat. Maaf, mereka tiada pilihan kini.
Macam mana kita kata UMNO-BN tidak kuat? Siapa kata demikian? Presiden UMNO dan PM yang kata. SU agung UMNO yang kata. Mereka lah yang mendedahkan kelemahan UMNO dan BN.
Sebab Presiden UMNO beritahu, pilihanraya tidak akan di jalankan selagi reformasi ekonomi nya belum tercapai. Reformasi yang di maksudkan ialah perubahan2 dalam cara ekonomi negara di jalankan.
Apakah benda nya reformasi ekonomi atau Transformasi ekonomi yang di maksudkan oleh PM dan Presiden UMNO itu? kita sebetulnya tidak ada keyakinan keatas model ekonomi yang di warwarkan oleh presiden UMNO. Sebab pada hakikat nya, ETP atau Economic Transformation Plan yang di istharkan oleh PM beberapa tahun yang lalu hanya lah koleksi business plans daripada syarikat2 terpilih. Ianya bukan model ekonomi untuk rakyat tapi model ekonomi untuk pemilik bisnes besar dan elit politik. Model ekonomi yang di laksanakan oleh kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO, ialah suatu skim cepat kaya pyramid. Ianya model niaga ala pak man telo. Yang di bawah buat bisnes, komisyen di salurkan keatas untuk yang berada diatas.
Elit bisnes di beri monopoli mengendalikan program ekonomi negara dan sumbangan di salurkan kepada elit politik. Percayalah bila saya katakan- mana mana projek raksasa yang di istiharkan oleh kerajaan, itu semua hanya excuse atau alasan untuk membuat duit yang banyak.
Seperti kata the Oracle of Syed Putera atau Pendita dari Syed Putera, Najib has lost the plot on how to run this country.
Pemimpin UMNO tidak ada plan atau idea macam mana hendak bangunkan negara. Mereka hanya tahu satu jalan mendapatkan sokongan dan kesetiaan. Dan ianya bukan melalui cara menghidupkan keyakinan dan kepercayaan kepada sesuatu seruan atau cause.Ianya ialah dengan membayar semua orang.
Jika kita pergi ke Semporna Sabah, tempat Shafie Apdal, nak cari klinik pun takde. Cara Shafie Apdal mengurus dan mentadbir Semporna macam seorang lord memerintah fiefdom. Dia duduk atas kerusi dan hulur RM 10 kesetiap rakyat yang sedang beratur hendakkan RM 10. Itu dia cara pemimpin UMNO selesai masaalah dan membangunkan rakyat terutama orang Melayu. Dan yang sedang beratur itu ada yang pengsan pula. Shafie apdal has no inkling how to liberate the thinking of orang orang bajau di Semporna.
Jadi apakah model ekonomi yang di bising bisingkan oleh Dato Najib? Ia model ekonomi yang bergantung kepada elit perniagaan untuk di jayakan. Elit2 ekonomi ini di beri nama yang kehormat dan eksotik seperti PDP- Project Delivery Partner. PDP itu tidak lain dan tidak bukan, ialah syarikat perniagaan yang mengemukakan cadangan2 bisnes. Cadangan2 dari syarikat2 ini diambil sebagai anak angkat atau adopt sebagai ETP. Jadi, bila kita halusi apa dia ETP, PDP dan lain lain lagi, semuanya tidak lain adalah cadangan dari rakan rakan niaga yang rapat dengan kerajaan BN.
Apakah jenis kerajaan yang beroperasi seperti ini? ianya di sebut sebagai Plutocracy- iaitu kerajaan perpaduan antara elit politik dan elit bisnes. Jadi bila pemimpin UMNO dan BN bercakap mengenai kebajikan, ia sebenarnya ialah kebajikan untuk warga korporat.
Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai- maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi bahagikan antara rakan2. Tony Fernandez dapat airline business, anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas, Gamuda dapat infrastructure, Syed Mokhtar dapat itu dan ini, YTL , Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV. Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu.
Kedua, kalau UMNO dan BN kuat mengapa tidak mahu adakan PRU sekarang juga? Jawapan nya, reality nya UMNO dan BN adalah harimau kertas. UMNO mempunyai ahli 3.1 juta. Tahun 2009, SU Agung UMNO, Tengku yang bukan Tengku- Adnan bin Mansor mengistiharkan jumlah ahli UMNO ialah 3 juta lebih manakala warga BN berjumlah 7 juta lebih.Dan Dato Najib sendiri dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO menjerit bahawa UMNO ada ahli seramai 3 juta lebih. 3 juta boleh buat apa? Sejarah mengajar kita kemenangan selalu nya di menangi oleh suatu kumpulan yang kecil.
Jadi, macam mana kita boleh kata UMNO dan BN tidak kuat dengan jumlah keahlian yang hampir sama banyak dengan jumlah pengundi di Malaysia dalam tahun 2008? UMNO dan BN mempunyai jumlah ahli seramai 7.3 juta. Jumlah pengundi 7.9 juta. Lojik nya, jika semua warga UMNO dan BN berjumlah 7 juta lebih, Najib will win the coming elections hands down. UMNO dan BN hanya memerlukan ahli2 BN sahaja yang mengundi.
Dengan jumlah ini, mengapa kerajaan BN masih teragak agak mengadakan PRU? Sebab mereka sedar bahawa jumlah ahli yang banyak tidak menjamin kemenangan. Mereka harus merasuah ahli mereka sendiri untuk mengelak dari di beloti. Ahli BN sendiri pun tidak mahu sokong sebuah kerajaan yang rasuah dan menjalankan skim cepat kaya ala pyramid. ~sakmongkolak47