Bloggers@Sarawak : Skuad tangkap JIN musim pilihanraya Sarawak mantap !
Kota Samarahan | albanjari
Awal pagi (lebih kurang jam 7.45am), aku dihubungi oleh editor Buletin Online, abang zali., " JIN yang 'kacau' calon kita dah kena tangkap. Bukan seekor, tapi 4 ekor..bro ! Wak, tolong update ke blog segera.."
Perhh..! Cakap pun dah kalut semacam ! Excited giler pasal dia dapat tangkap jin tu. Aku tanya dia, hang tangkap pakai apa? Dia kata, dia tangkap guna jari 'tengah'..cilakak lu..!! Tak habis-habis cakap serupa Soi Lek.
Habis 1 cerita ! Tapi aku nak update kat mana? Hangpa tengok la situasi tempat aku masa tu, usahkan broadband coverage, kedai makan tepi jalan pun takde. Yang banyak jumpa, kedai makan yg tak berapa nak halal. Lain ler kalau aku spesis macam mamat 'parpu'. Gila ka apa, nak order nasi lemak khinzir...mampuih !
Biarpun agak lewat update, aku tetap akan update. Dan petang ini sehingga esok, aku dah bajet, masa yg ada untuk laporkan berita yang aku dapat.
Jentera kancil yang aku sewa ni, kira mantap lah..! Berbaloi juga dengan sewa sehari RM100 hinggit. Dah nama pun kancil, hutan-hutan macam tu memang lah padang permainan dia. Cuma tak tahan bab minyak jer, pasal DUN dengan DUN yg lain, jaraknya jauh gila. Beratus km bro ! Tak kisahlah...!
JIN DALAM BOTOL. Maaf ! Tu bukan tajuk filem Raja Azmi. JIN tu tak dak kote. Kalau dia ada kote, dah lama dia lawan. Tapi nampaknyer, jin-jin yang ditangkap subuh tadi, jin level 'pencacai' BN aja. Mudah sangat kena tangkap. Apa barang !
Rasanya jin-jin tu belum dapat RM dari BN kot? Tu pasal 'lembik'. Malam ni, di Muara Tuang, misi tangkap jin diteruskan oleh skuad BO. Jangan bimbang, esok pagi pasti kita akan dapat tengok wajah real JIN pulak.
Harap-harap, skuad tangkap JIN malam ni, dapat tangkap jin bermuka Sophia Loren plak..ataupun ber'muka' Pan Asian. Boring aarr..asyik-asyik muka melayu. Apa kelass bro ! Kalau dapat jin-jin macam tu, baru la type mamut ! Betul tak ? Untuk siri kejayaan gemilang skuad tangkap JIN di Sarawak baca dibawah.
KOTA SAMARAHAN - Para petugas pilihanraya dalam DUN N15 Muara Tuang dikejutkan dengan satu gambar objek pelik yang beredar melalui internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).
Gambar yang memaparkan pancaran cahaya berbentuk makhluk itu dilaporkan adalah seekor jin yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol, ketika menganggu ketenteraman beberapa penduduk.
Menurut satu sumber, ia dipercayai 'jin' yang dihantar oleh keluarga Ketua Menteri, Taib Mahmud.
Rata-rata penduduk yang ditemui di sini sedia maklum tentang permainan kotor dan hina menggunakan pawang dan bomoh yang dikatakan menjadi amalan Taib.
Seorang pemuda, Langgi Anak Sanggat, 40, berkata, beliau sudah mendengar kisah Taib menggunakan khidmat bomoh sekian lama.
"setiap apa pergerakan Taib, mesti tanya bomoh, kalau bomoh kata boleh, boleh, kalau tidak tak boleh," katanya ketika ditemui di Taman Desa Ilmu, disini.
Rakan Langgi, Munan anak Sigan, 47, menyokong dan mendakwa, ia adalah antara senjata Taib dalam setiap pilihanraya.
Laman berita Malaysiakini semalam melaporkan, Ketua Menteri paling lama dalam sejarah itu. kini menggunakan khidmat beberapa 'bomoh luar negara'.
Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga bekas Meneteri Pelajaran Sarwak mendedahkan perkara itu.
Salleh dipetik akhbar internet itu, mahu seluruh rakyat Sarawak diselamatkan daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya. (sumber dipetik dr - Buletin Online.net)
Bloggers@Sarawak : HOT !! Terubuk Sebuyau membusuk bersama BN dan Pehin !
Kuching | albanjari
Terubuk masin ori, Sebuyau lah tempatnya. Wajah pekan koboi era kerajaan 'maju' Pehin Sarawak. Menyusuri lorong dan jalan-jalan di pekan ini, tiada yang menarik selain dari rasa kecewa. Kecewa kerana majoriti rakyat yang mendiami Sebuyau dinafikan hak pembangunan.
Lihat saja logo SHELL di pekan koboi Sebuyau. Agak kamu, sudah berapa lama kamu tidak pernah melihat tanda niaga ini ? Jika ada orang bertanya kepada wak, wak cakap, itulah logo SHELL zaman 70an dulu. Ini bermakna Sebuyau 30 tahun mundur kebelakang dari pembangunan.
Premis menjual minyak RON 95 dijual dengan harga RM2.40 sen seliter. Nasib Sebuyau. Rata-rata penduduk hanya punya pendapatan purata RM300-RM500 sebulan. Sudahlah pendapatan kecil, barang dan minyak men'cekik' rakyat disitu. Sedihnya rakyat Sebuyau, negeri terkaya dengan minyak, tapi minyak petrol dijual paling mahal di Malaysia. Hadiah Pehin kepada rakyat. Nak sokong lagi BN ? Boleh jahanam Sarawak !!
Tanda jalan menuju ke Sebuyau. Dari papan tanda ini, jika kamu mahu berkelana ke Sebuyau, sediakan masa kurang lebih memandu kereta, lagi 40 minit meredah jalan seperti dibawah. Suasana di kiri kanan jalan di pendalaman Sarawak. Banjaran Gunung dihadapan adalah milik kerajaan Kalimantan, Indonesia. Kretek Indon bisa saja mudah diperolehi jika kamu smoker tegar.
Sebahagian pekan Sebuyau. Pekan kecil Sebuyau lebih dikenali dengan tangkapan ikan teruboknya, Terubok Sebuyau, yang banyak diperolehi di sungai Batang Lupar (Sebuyau dan Lingga), Batang Lassa (Teba'ang dan Daro) dan Batang Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam). Keunikan terubok Sarawak ini, adalah kerana rasanya yang lebih sedap berbanding pelbagai jenis terubok yang lain. Spesis terubok di sini adalah daripada jenis Tenualosa Toli, yang satu-satunya spesis yang hanya terdapat di Sarawak sahaja.
Majoriti penduduk terdiri dari kaum Melayu, Iban dan Cina. Jualan utama penduduk, Terubuk Masin Sebuyau. Seekor dijual dengan harga RM10 ringgit.
Tangki Air yang hanya wujud di Sarawak. Isu ini dikupas dibahagian 2 dibawah.
Mudik dengan feri. Luas mata memandang. Lebar sungai ini sungguh luas. Nama sungai ini - Sg. Buluh. Arus yang deras. Kalau jatuh atau karam, almarhum ler jawabnyer..!
Oleh : Hj. Anuar bin Hashim
Bahgian 2 : Sebuyau, iaitu kawasan DUN N22 adalah sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil dan terpencil, umpama di hujung sebuah tanjung yang mati. Begitulah pekan yang dhaif dengan segala kepayahan ini bagaikan tidak memberi harapan kepada penduduknya.
Rumah-rumah nelayan kelihatan tersangat dhaif. Namun demikian mereka tetap dengan bangganya menampalkan photo PM DS Najib Razak dan KM TS Taib Mahmud dan lambang-lambang kati di segenap dinding rumah mereka. Ia tidak sepadan dengan kesetian mereka selama lebih 30 tahun kepada Taib.
Khabarnya mereka juga tidak memiliki masjid sejak dua tahun lepas setelah runtuh pada Ramadhan 2009. Meskipun surat telah dihantar kepada Najib, namun terus dibelenggu hampa, malahan tapak masjid juga sudah dikebas untuk projek lain. Bagaimanapun mungkin pilihanraya ini mewajibkane Najib meluluskannya segera..
Perjalanan mengambil masa hampir dua jam dari Kucing ke Sebuyau, melintasi dua buah sungai termasuk sungai Buloh yang lebarnya mungkin 1km. Kesemuanya direntasi dengan feri. Saya redah dengan kancil sambil Raden Albanjari menjadi Co-Pilot (yang juga tak tahu arah mana nak tuju) dan adinda azmi al kijangi.
Aduhai.. terkedu mata melihat Sebuyau selepas dua jam memandu. Ala-ala pekan koboi. Khabarnya sudah 25 tahun Julaihi Narawi (BN) menjadi YB di Sebuyau. Tiada apa yang boleh dibanggakan, malahan pekan kecil dipinggiran pantai itu ketinggalan lebih 25 tahun daripada arus pembangunan.
Masjid usang warisan zaman penjajah yang sudah roboh dua tahun lepas juga belum berganti. Beberapa buah asrama SMK Sebuyau yang banyak berbakti melahirkan generasi baru yang lebih berilmu juga telah roboh lebih 10 tahun lepas. Namun ia juga tidak mendapat perhatian.
Penduduk kini mengguna sebuah surau yang hanya mampu memuatkan 150 jemaah untuk urusan solat Jumaat, sedangkan Sebuyau mempunyai lebih 700 jemaah. Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air dan dua kolah kecil untuk mengambil wuduk.
Julaihi sebenarnya lebih tertumpu di Kucing... begitulah YB-YB BN yang hanya muncul pada musim pilihranya. Julaihi gagal memberi perhatian kepada keperluan rakyat di Sebuyau. Tahap kesemua Sekolah Rendah di daerah Sebuyau juga masih lagi pada takuk lama, sekurang-kurangnya begitulah suara pengundi Sebuyau.
Penduduk masih lagi berurusan dalam hal2 kesihatan di bangunan klinik warisan nenek moyang zaman penjajah. Iya masih digunakan pakai sehingga ke hari ni, meskipun usang. Penduduk juga menghadapi masalah dengan bekalan air bersih. Tangki Takungan Air bersih yg dibina dengan menelan belanja yg begitu tinggi langsung tidak berfungsi. Ia menjadi gajah putih, tersergam tinggi tapi tak berguna. (kelihatan tangki air berkenaan.. entah apa sistem penapis air digunakan.. membazir)
Penduduk juga mengadu mengenai keadaan jalan raya yang meriah berlubang di sana sini. Ia pemandangan biasa bagi Sebuyau yang ketinggalan. Mereka juga berkata, YB Sebuyau.. Julaihi jarang sekali melawat kawasan kaum Iban, maupun menyelesaikan masalah Tanah Adat (NCR) serta mengatasi pencerobohan tanah dan kawasan penempatan orang Iban. Julaihi, katanya sekadar buat pekak sahaja.
Pernah satu ketika, banjir besar melanda daerah Sebuyau dan amat malang sungguh bagi pengundi kerana tempat bergantung harap.. Julaihi menghilang entah ke mana. Bagaimanapun apabila muncul kelibat tokoh lain cuba membantu, Julaihi dilaporkan sedaya upaya menghalang. Pertolongan itu pula disifatkan Julaihi sebagai boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat.
Pada sekitar tahun 2006, Julaihi (menurut laporan penduduk) juga mencampuri urusan dan bertindak secara tidak bijak apabila menyifatkan kes Ketua Pemuda Bahagian itu ditangkap KHALWAT oleh penduduk Kampong Baru Sebuyau sebagai fitnah.
Penduduk mahu membawa kes itu ke muka pengadilan, tetapi Julaihi dengan keras mengguna kuasa dan pengaruhnya sebagai YB untuk membebaskan Ketua Pemuda tersebut. Rintihan penduduk Sebuayu yang dipaparkan adalah sebagai menggesa seluruh pengundi dan penduduk di N22 Sebuyau mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YB Julaihi dan menuntut beliau berundur secara terhormat sekaligus memberi laluan kepada muka baru yg lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan kawasannya.
Dengan anjakan paradigma senario politik semasa, para penduduk menyeru dan merayu kepada pihak berwajib Negeri Sarawak supaya tidak lagi memberi ruang dan peluang kepada Julaihi untuk terus menjadi calon Pilihanraya .
Namun desakan penduduk Sebuyau tidak diendahkan kerana Julaihi terus dicalonkan BN, walaupun menurut penduduk Sebuyau, Julaihi ternyata gagal dan tidak punya kebolehan sebagai pemimpin. (Perakite)
Bloggers@Sarawak : PANAS BERAPI - Pahin dan Bomoh ditelanjangkan?
Kuching | albanjariSeusai solat subuh, (di Sarawak, solat subuh lebih awal setengah dari waktu Semenanjung) team bloggers yang dipimpin oleh Tn. Hj. Anuar Hashim bersama 2 bloggers lain mula meninggalkan bandar Kuching ke Sebuyau. Dalam hangat kisah bomoh dan sihir, kami mencari persepsi cerita yang berbeza buat pembaca. Apapun pantun dulu,
sayang sarawak sungainya sempit,
taib mahmud mulai tersepit,
bomoh dan hantu sudah terbit,
pakatan rakyat sedang mengigit.
Maaf bukan itu yang mahu dibuka cerita. Teruskan bersama wak disini sepanjang pilihanraya Sarawak. Catatan blogger kecil di bumi adat, kisah dan cerita tentang rakyat kecil, dari rakyat untuk rakyat.
Ringkasnya, DUN Sabuyau, sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil yang kaya dengan kemiskinan rakyatnya. Tiada kemudahan mencukupi kecuali kesusahan ketara kaum nelayan aka penduduknya. Taib membiarkan rakyatnya hidup gelandangan. Tapi hidup Pehin Taib Mamut, orang Iban pun benci sama kamu !
Sejak lewat malam tadi, mengerah mata dan keringat dari sisa-sisa tenaga yang semakin mengecil, aku garap jua catatan-catatan perjalanan pilu di tanah Adat ini. Tunggu terbitan siri-siri KHAS dibawah yang akan diterbitkan seawal hari ini juga. Catatan Benar Kehidupan Rakyat dibawah regim Pehin.
Siri 1 : Huma kamik dan tayar-tayar lori
Siri 2 : Kamik 'malu' sama Pehin yang te'lalu'
Siri 3 : Sebuyau, pekan kamik yang di'malu'kan kerajaan
Walaubagaimanapun, catatan perjalanan tn hj. hashim dibawah sebagai bacaan sarapan pagi hari ini. Sebahagian Sarawak mendung pagi ini. Semendung Pehin, bomohnya telah bungkas di"paler" media.
Pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan pilihanraya terutama di kawasan luar bandar, ternyata terhad dan terbatas. Perlahan dan memakan masa. Semalam, awal2 pagi saya, AlBanjari dan Azmi berusaha menyelusuri dari Kucing, melalui beberapa kawasan yang ditandingi DAP sehinggalah ke Muara Tuang yang ditandingi calon PAS.
Mungkin semalam masih awal untuk melihat perang poster tetapi saya terus gagah memandu kancil yang disewa sehingga sampai ke Sebuyau. Sekali sekala tersat jalan. Namun itu dikira ada mengembara di tempat orang. Poster masih kurang kelihatan kecuali didominasi oleh BN.
Kadangkala merasa sesuatu kekurangan kerana langsung tiada bendera UMNO (yang mendakwa sangat berkuasa), kecuali bendera sekutunya PBB yang turut berlatarkan warna merah putih. Ya Umno sentiasa mendabik dada sebagai parti yang berkuasa dan memelihara kepentingan Bumiputera, sedangkan di Sarawak ditolak dadn tidak diizinkan bertapak.
Suasana pilihanraya belum begitu terlatar. Seterusnya BACA DI SINI.
Oleh: Cyberboron | MalaysiaTimes
Pendedahan oleh laman web Sarawak Report membuktikan dahsyatnya kerakusan (kesyaitanan) pemimpin BN Sarawak. Apabila diangkat menjadi orang besar BN, mereka sama saja walau di mana pun berada. Begitulah keadaannya di Sabah dan semua negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka amat rakus, tamak dan tiada sekelumit pun jiwa keadilan dan kesaksamaan.
Laman Sarawak Report mendedahkan pelbagai kategori rompakan harta oleh pemimpin BN khususnya oleh Ketua Menteri Taib Mahmud bersama ahli keluarganya. Taib dan keluarga memiliki empayar perniagaan yang besar seantero dunia terutama di Canada dan Amerika Syarikat. Nilai asset dan perniagaan mereka di luar negara mencecah angka bilion Ringgit Malaysia.
Bagaimana Taib yang berpendapatan RM20 ribu sebulan sebagai Ketua Menteri mampu membiayai modal bagi perniagaan yang sebesar itu? Sehingga kini Taib sudah menjawat takhta Ketua Menteri selama 30 tahun. Kalau dihimpunkan semua gajinya selama 15 tahun sejak mula memegang jawatan Ketua Menteri dan memulakan perniagaan kira-kira 15 tahun lalu, jumlah modalnya ialah RM 3.6 juta.
Mungkinkah Taib mengumpulkan wang gajinya dengan tak berbelanja sedikit pun selama 15 tahun? Sekiranya memang benar begitu, apakah logik dengan bermodalkan RM 3.6 juta itu keluarga Taib mampu mengembangkan perniagaan sehingga menjadi keluarga billionaire setelah berniaga selama 15 tahun?
Itu cerita bisnes keluarga Taib di luar negara. Laman Sarawak Report turut membongkar aktiviti bisnes keluarga Taib dalam negara, khususnya di negeri Sarawak. Di Bumi Kenyalang inilah Taib merompak harta rakyat untuk memodalkan perniagaan keluarganya.
Berikut ini adalah sebahagian (ulang tulis – sebahagian) daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.
- 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
- 750 hektar … di Jalan, Miri.
- 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
- 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
- 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
- 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
- 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
- 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
- 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
- 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
- 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
- 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
- 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
- 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
- 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
- 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
- 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
- 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
- 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
- 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
- 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
- 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
- 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan.
Bloggers@Sarawak : Padah "Sihir Kunci Mulut" ! Jin dan bomoh dikerah bantu jentera BN Sarawak ?
Kuching | albanjari
Sihir Kunci Mulut
Jin dan bomoh dikerah bantu jentera pilihanraya Sarawak ? Ada siapa yang berani nafikan ? Calon wanita PAS, Muara Tuang dipercayai teruk dibomoh. Asal nak bercakap jer..tetiba jadi gagap dan kelu. Asal nak ceramah jer, tiba-tiba mulutnya dikunci. Dari apa yang dimaklumi, 2-3 ustaz terpaksa 'kerja keras' apabila berhadapan situasi sperti itu sekarang.
Sihir Kunci Mulut
Jin dan bomoh dikerah bantu jentera pilihanraya Sarawak ? Ada siapa yang berani nafikan ? Calon wanita PAS, Muara Tuang dipercayai teruk dibomoh. Asal nak bercakap jer..tetiba jadi gagap dan kelu. Asal nak ceramah jer, tiba-tiba mulutnya dikunci. Dari apa yang dimaklumi, 2-3 ustaz terpaksa 'kerja keras' apabila berhadapan situasi sperti itu sekarang.
Malam tadi kena lagi. Lepas ucap salam, tak keluar langsung apa-apa bunyi dr suaranya. Tetapi apabila dipulihkan, seorang-seorang nama 'tukang kunci' mulutnya disebut. Gila punya ganas ! Tak cukup undi pos, hantu..dengan bomoh-bomoh seantero Borneo taib mamut guna untuk kekalkan kuasa.
Apa itu "Sihir Kunci Mulut" KLIK DI SINI
Apa itu "Sihir Kunci Mulut" KLIK DI SINI
2 : Kempen Rumah ke Rumah
Menjadi kepelikan yang maha hairan kepada rakyat Sarawak. Kunjungan rayu undi itu ditafsirkan mereka sebagai mahu 'mengajar' mereka untuk berpilihanraya. Kata kasarnya, `menghina' mereka. Kerna soal pilih siapa dan mahu parti cap apa, itu bukan urusan orang luar dan perayu undi. Itu urusan orang Sarawak.
3. Blogger Trip
Hari ini mula bergerak ke kawasan pendalaman dan jauh dari bandar. Tunggu laporan kami nanti Insyaallah.
Bloggers@Sarawak : N.15 - Politik kek Lapis dan Sarawak !
Sewa kereta boleh tahan mahal. RM300 sewa sehari Proton Saga BLM yang ada masalah "Power Window" (mileage tak sampai 50,000 km) adalah harga "biasa" dalam mana-mana "Musim Perayaan Pilihanraya".
Malam semalam gua cuma lepak-lepak dekat Kuching Waterfront sambil sembang-sembang dengan orang tempatan yang ada dekat sana... macam-macam hal... cerita Kek Lapis Sarawak paling menarik.
Nak buat Kek Lapis Sarawak perlukan kesabaran yang tinggi. bancuhan mau bagus, rasa kena sedap, tukang bakar kena kreatif dan paling penting nak kena tau, masa yang kita perlukan untuk masak Kek Lapis Sarawak ialah sekurang-kurangnya 4 jam. patutla harganya mahal.
Kek Lapis Sarawak dengan Politik Sarawak ada persamaan. 2-2 unik. macam mana susahnya nak buat Kek Lapis Sarawak, macam tu jugaklah susahnya nak paham Politik rakyat Sarawak. hanya anak Sarawak sahaja yang paham Politik rakyat Sarawak yang unik.
Ramai orang tempatan yang gua jumpa cukup-cukup menyampah dekat Pehin. semua survey yang gua jumpa sangat-sangat tahu akan kekayaan anak beranak Rambut Putih. harta anak beranak di sebut 1 persatu. setakat ni tak de lagi yang tak tahu kekayaan yang dikumpul oleh si rambut Putih.
Benci Taib Mahmud, Sayang BN, Sokong Pakatan Rakyat. itu yang gua dapat dalam survey gua semalam. jumlah survey gua dari petang semalam sampai tengah malam berjumlah hampir 100 orang. peringkat umur sama rata dari warga tua hingga para pemuda harapan bangsa.
Malangnya yang dah daftar sebagai pengundi tak sampai 50 orang. ramai anak muda dari bandar dah daftar sebagai pengundi tapi tak dapat mengundi sebab gerak kerja SPR yang sangat efektif. pendaftaran setahun lepas sampai hari ni tak setel-setel. nak kena gerakkan BERSIH 2.0 cepat-cepat kalau nak berubah.
Agak mengejutkan bila aku dapat tahu (dari survey rambang) bahawa sokongan kepada PAS di Muara Tuang agak membanggakan. itu yang aku dapat dari mulut penduduk Muara Tuang sendiri. rupanya kebanyakan penduduk Muara Tuang bekerja di Bandar Kuching dalam pelbagai sektor. sektor buruh paling ramai.
Masalah paling utama yang diutarakan ialah masalah Tanah Adat. agaknya kesungguhan Pakatan Rakyat dalam menangani kes-kes Tanah Adat di Sarawak berjaya menarik sokongan rakyat tempatan yang kebanyakannya mempunyai masalah ini.
Dalam sembang gua dengan sorang warga emas dari Muara Tuang, gua dapat tahu, geran Hakmilik Tanah lebih mudah didapati dan diluluskan ketika zaman penjajahan Inggeris di Sarawak dulu. paling lama 5 bulan dan paling cepat 3 bulan penjajah Inggeris akan keluarkan gerak Hakmilik Tanah pada pemohon yang layak.
Bila Inggeris kena halau, paling cepat nak dapat Geran Tanah ialah sebulan bagi Kroni Ketua Menteri & bagi yang bukan kroni pula kelulusan akan diberikan tak tau bila. nampaknya KERAjaan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sangat mesra rakyat dan sangat-sangat prihatin pada rakyat 1Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai yang tak serik untuk mengundi BN.
Rata-rata penduduk faham banyak perkara dan penyelewengan yang dilakukan oleh BN tapi mereka macam tak diberi pilihan untuk buat perubahan.
Sejak dari dulu dah ditanam dalam kepala bahawa Pilihanraya adalah medan untuk menunjukkan sokongan kepada "Kerajaan" padahal Pilihanraya ialah medan untuk kita memilih parti mana yang akan menerajui Kerajaan.
Mengundi selain dari BN sama macam mengkhianati Kerajaan.
Kalau di Semenanjung Malaysia, pengundi akan mengundi parti selain dari BN jika tak puas hati pada BN dan ahli parti komponen BN pun biasa mengundi parti lawan sebagai tanda protes kalau tak puas hati dengan BN. dekat Sarawak pulak berbeza keadaannya.
Bila penduduk tak puas hati dengan BN, mereka tidak akan keluar mengundi. walaupun tak keluar mengundi, mereka tetap menyokong parti lawan BN... macam mana caranya gua tak paham. mungkin sokong dalam hati.
Memang pening bila kita tau politik Sarawak. orang Sarawak agak terbuka dalam hal politik. tak macam dekat Semenanjung yang dekat setengah-setengah tempat, nak bercakap soal politik pun kena menyorok.
Gua pergi ke Pasar Satok dan cuba sembang pasal politik dengan peniaga dekat sana dan gua agak terkejut bila peniaga-peniaga dekat Pasar Satok boleh sembang hal politik macam jual ikan. tak de nak sorok-sorok pandang kiri kanan. ada jugak yang selamba je pakai baju BN dengan tengkolok dari bendera PKR.
Bila ada geng lalu dia boleh jerit "Hidup BN - Re4maC...!!!" lepas tu yang lain-lain sambut sekuat-kuat hati. aku yang tengok jadi makin pening.
Pening macam tengah belajar nak buat Kek Lapis Sarawak.
Macam mana nak gaul agenda Perjuangan Pakatan Rakyat biar jadi sesuai dengan kehendak rakyat Sarawak yang unik seterusnya menarik sokongan rakyat Sarawak untuk keluar mengundi Pakatan Rakyat, bukan sekadar "memberi sokongan".
Kuching | Topeng Perak
Kuching | Topeng Perak
(*) Wak - Bualan yang mantap yang dibual bersama di meja kopi 'murah' lewat malam tadi, lalu diterjemahkan oleh Topeng Perak itu adalah gambaran benar yang sedang berlaku di Sarawak.
Bloggers@Sarawak : Taib mamut bilang, akulah "david copperfield" kamu !
Kuching | albanjari
Harap bukan heli si jejai sewa itu hari, pi jumpa 'pasak sendat' yang Shafie Apdal ni sewa jumpa orang kampung di Sarawak. Ikut suka dia ! BN kan suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Macam taib mamut ! Tu pasal bekas KM itu terpaksa mengeluarkan kenyataan dan menifesto baru untuk menjadikan semua rakyat Sarawak jadi kaya raya macam dia, jika BN menang kali ini. Hebat sungguh si taib mamut. Jika BN memang, dia akan mampu memberikan kekayaan kepada rakyatnya. Taib mamut ingat dia itu, David Copperfield !
Harap bukan heli si jejai sewa itu hari, pi jumpa 'pasak sendat' yang Shafie Apdal ni sewa jumpa orang kampung di Sarawak. Ikut suka dia ! BN kan suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Macam taib mamut ! Tu pasal bekas KM itu terpaksa mengeluarkan kenyataan dan menifesto baru untuk menjadikan semua rakyat Sarawak jadi kaya raya macam dia, jika BN menang kali ini. Hebat sungguh si taib mamut. Jika BN memang, dia akan mampu memberikan kekayaan kepada rakyatnya. Taib mamut ingat dia itu, David Copperfield !
Hebatnyer taib mamut mahu menipu rakyatnya sendiri ! Anehnya mengapa sekarang baru taib mamut mahu beri kekayaaan untuk rakyatnya.., sedangkan sudah 30 tahun taib mamut jaga Sarawak, apa yang dia bikin? Ohh..dia hanya bikin untuk kayakan dirinya dahulu.
Shafie Apdal mai kempen naik Heli oiii...Banyak duit dia sewa heli..Rakyat duduk rumah senget..Lantai berlubang tunggu masa saja nak sembah bumi..Shafie berkempen perburukkan Tok Guru..Diungkitnya peristiwa 13 Mei..Menteri yang tak kaji sejarah..13 Mei PAS tak terlibat langsung..MANGKAQ ! (Kak Leha)
Bloggers@Sarawak : PANAS BERAPI - Najib dimalukan di Padungan !
Oleh : albanjari
Hebat dan sangat berterus terang. Hebat kerana bahang perubahan menolak BN semakin terlihat. Wajah Najib tersimpul masam. Juraian ketawanya hilang seketika.
Dan itulah hukuman paling sempurna diberikan untuk BN dan kepada seorang perdana menteri. Kurang ajarkah? Oh..tidak ! Rakyat wajar bertanya begitu kepada beliau. Dan itulah ajaran BN kepada rakyat disetiap pilihanraya. Untuk najib, sekarang apa yang kamu rasa? Tentu tidak seenak ais krim 'Mongolia', opps..Magnolia..sorry salah type itu !
Lihat saja apa yang berlaku di Padungan. Tanya rakyat,
"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,"
Apa boleh aku ketawa sekarang? melihat kamu begitu jadi tersipu-sipu menahan malu, bila bajingan kecil menyapa 'keras' priyayi besar negara? Aku juga berhak untuk ketawa. Kerna itu yg terbaik untuk kamu, hingga kamu terus saja segera dibawa beredar oleh hubaya-hubaya jombrotmu yang ramai. Kasihan Najib, nasihatku..., jangan terlalu berdrama dan hipokrit sama orang Padungan yaa..!
(*) Buat SB dan Rais Sudup, sumber itu bukan ciptaan sendiri, aku ambilnya dari SINI. Tolong jangan bikin macam-macam sama bajingan kecil seperti aku di Padungan ini.
Beberapa pekerja parti dari PAS/Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan BN di Muara Tuang. Wajah kelat rakan penyokong BN jelas dilihat kecewa kerana RM yang diharapkan, kipas yang dapat. Lalu terbit kata-kata ini, " bah..kamik mahu bikin apa sama ini kipas..?
Bloggers@Sarawak-18 SX : Jika calon cantik ini BN punya, papagomo masturbat** hari-hari !
She look super young bro ! Baru 20 tahun. Calon DAP paling muda untuk Sarawak. Masih bujang plak tu. åŠ æ²¹ !!!
However, age and size doesn't matter. As long her constituency satisfy her jobs....keep up with your mission.
Hope she also could help out many of the genuine and origin bumiputra there relief from the BN oppression !
Nah..kat bawah ni, large shot untuk pembaca albanjari online. Lim Guan Eng mengiringi bakal calon DAP (kiri) ke pusat penamaan calon pada pagi tadi. Wow bro..!!
Bloggers@Sarawak : N.15 - Paling HARAMJADAH !!
Haram jadah..! Itulah perkataan paling mulia untuk proses penamaan calon Muara Tuang. Lebih haramjadah apabila calon BN yang gagal mengemukakan laporan kewangan diberi masa sehingga jam 1 pm untuk menyerahsiapkan dokumen WAJIB tersebut kepada Pengurus Pilihanraya.
Selepas proses bantahan ditutup pada jam 11 pagi tadi, jelas calon BN telah gagal mengemukakan dokumen tersebut. Oleh kerana aku dah cakap, dah memang haramjadah, maka boleh pulak SPR dengan penuh 'kebaikan' memberi masa yang sama panjang aku mudik ke Sebuyao ikut sungai Rejang, punya la lama..bro ! Hebat sungguh SPR dibawah kerajaan BN Sarawak. Dan akhirnya PAS dinafikan kemenangan di Muara Tuang.
Hairan sungguh aku, dah nampak jelas permainan se'haramjadah' ni di situ, tiadakah peguam-peguam PAS yang berani sehebat panglima perang islam, Saidina Hamzah pergi memancung dan memenggal ketidak adilan ini disitu ? Ker semua dok gentel telor ??
Lazimnya selepas waktu bantahan ditutup, tempoh masa pengumuman calon yang bertanding akan diumumkan dalam tempoh masa yang tidak lama, paling lama 1 jam atau antara jam 11-12 tengahari oleh Pengurus Pilihanraya. Tetapi itu tidak berlaku. Tetapi yang berlaku kronologinya seperti dibawah, memang haramjadah..!
Haramjadah sungguh SPR kerana badan itu tiba-tiba jadi hilang kredibiliti, apabila kelemahan dokumentasi itu, menyebabkan SPR terpaksa mengambil masa begitu lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.
Dari maklumat sohih, Dato' Mohd Ali telah menyerahkan penyata kewangan, biarpun sudah sangat lewat, dan tak pernah berlaku sebelum ini dimana-mana PRK atau PRU atau PRN di Malaysia, hingga menerbitkan soalan besar, mengapa mereka(SPR) perlu ambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata itu telah dihantar?
Lebih hebat lagi, pengumuman mengenai calon telah dibuat oleh Pegawai Pilihanraya yang bertugas, di pusat penamaan calon yang jauh dari lokasi asalnya, iaitu di dewan suwarah Kota Samarahan, pada jam 1.30 ptg setelah mengambil masa lebih 2 jam untuk membuktikan bahawa Dato Mohd Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut. Calon PAS ialah Puan Noraini Hamzah. Lihat..., betapa kotor lagi haramjadahnya mereka untuk mengelakkan calon PAS, Puan Noraini Hamzah diberikan kemenangan tanpa bertanding !
Bloggers@Sarawak : N.15 - 90% PAS menangi 1 kerusi ! BN gigit jari..!
Aljibranya, jika SPR begitu lewat sifatnya mahu isytiharkan calon-calon yang akan bertanding di Muara Tuang maka kejutan besar akan berlaku. Baca di SINI dan di SINI.
Mengapa RO terlalu lewat mahu umumkan? SPR kini menjadi semakin bisu dan pekak di Muara Tuang apabila kes yang begini memalukan calon BN cuba disorokkan. Hei..! Anggota polis yang ramai mula diarah masuk ke pusat penamaan calon itu untuk apa pula? Kemenangan PAS ini wajar diumumkan..! Shall we storm the nomination room now? RO dumb founded still spinning not declaring walkover to PAS. SPR !! Damn you..!
Bloggers@Sarawak : N.15 - PAS menang tanpa bertanding ?
Oleh : albanjari
N.15 Muara Tuang ? Caturan terkini, calon BN bakal menjadi 'lebai malang'. PAS kemungkinan besar menang tanpa bertanding? Keresahan lebih 3 ribu penyokong BN di pusat penamaan calon di sini semakin cemas. Bakal calon mereka yang mahu bertanding, kisahnya mempunyai masalah kerana tidak menyerahkan dokumen perbelanjaannya penyata kewangannya pada pilihanraya yang ditandinginya lewat tahun 2006 yg lalu.
Isunya samada calon lebai malang itu tidak bawa dokumen tersebut ke pusat penamaan calon hari ini, atau dia memang tak buat langsung dokumen itu dan menyerahkannya ke pihak berkuasa tempatan. berita lanjut akan menyusul..
Oleh MSK :
Cuaca mulai panas hari ini. Bahang pilihanraya mulai terasa apabila bendera-bendera mulai kelihatan dijalanraya.Sementara team member yang lain membuat liputan hari Penamaan Calon, aku lebih suka meninjau persekitaran setempat. Penamaan Calon PRN Sarawak memberikan petunjuk tentang trend pilihanraya umum nanti. Sudah kelihatan beberapa perkara menarik berlaku.
Hampir 900 borang pencalonan telah dikeluarkan oleh SPR untuk mengisi 71 DUN di Sarawak. Purata 12 borang untuk satu DUN. Mengapa begitu banyak?
Memang kebiasaannya parti politik menyediakan lebih dari satu calon untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku disaat akhir, tetapi dengan jumlah borang pencalonan yang terlalu banyak ini juga menunjukkan akan terdapat ramai calon-calon yang akan bertanding sebagai Calon Bebas.
Dominique Ng dan Soo Lina sudah pun mengesahkan akan bertanding di Padungan dan Batu Lintang. Soo Lina mungkin tidak akan memberikan impak yang tinggi kepada PKR di Batu Lintang, tetapi Padungan yang akan ditandingi oleh Dominique mungkin akan memberikan kesan yang cukup kuat kepada DAP.
Di Balingian, Taib Mahmud akan ditentang oleh sepupunya, Salleh Jaffarudin, calon Bebas yang disokong oleh NGO Movement for Sarawak Change,dan Suriati Abdullah. Pertandingan sebenar adalah diantara Taib dan Salleh.
Di Ba’ Kelalan, Baru Bian dari PKR ditentang oleh Willie Lau. Peluang PKR cukup cerah disini.
Tasik Biru juga menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara Frankie Jurem Nyumboi dari SNAP,Datuk John Tenewi Nuek dari PKR dan Datuk Peter Nansian Ngusie dari BN.
Beting Maro memberikan peluang kepada Pas untuk mendapatkan kerusi pertama di Sarawak tetapi terpaksa berdepan dengan adik Taib Mahmud, Ali Mahmud. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas mungkin akan mengurangkan peluang Pas disini.
Sementara itu, peranan SPR perlu diperhatikan. Setakat ini lebih 50,000 pengundi telah dikesan berpindah tempat mengundi. Lebih meyulitkan, empat DUN yang panas, Pelagus, Katibas, Baleh dan Asa Jaya tidak mempunyai daftar pemilih terkini. (Setakat semalam). - MalaysiaTimes