PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Kaki Ustaz Azizan disemadi bersebelahan kubur Ustaz Fadhil Noor

Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di tanah perkuburan di KIDU, Pokok Sena. Bersebelahan dengan kubur Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Sama-sama kita doakan semoga Ustaz Azizan serta keluarganya tabah..

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah.. Aminnn...

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dipotong

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

 “Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.

Sebelum ini Bernama melaporkan..
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.
 "Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bersamalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh hendakNYA...
(*) sumber dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Terima Kasih BLACKOUT - boleh "blackout" BN tengok !

Dunia menyaksikan demam pilihanraya semakin hebat dan hangat selepas pilihanraya. Dan hal itu kini berlaku di Malaysia. Meraikan hari blackout 505 begitu mengujakan. Kesatuan kaum dan bangsa turun ke Kelana Jaya untuk menzahirkan bahawa rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat bukan RACIST sebagaimana didakwa oleh regim BN, kerana tidak mengundi BN, kami dituduh racist, itu tak adil untuk kami. Lihatlah..yang datang bukan seorang, 11 Mei, di Pulau Pinang pula..kita gegarkan suara keramat, suara rakyat disana pula..okay !

(*) foto dibawah, nasib baik tak BLACKOUT, kalo blackout, aku rasa sekali ganda lagi ramai tuu...! macam kertas undi...! puihhh !!


LAPORAN LANGSUNG@MALAYSIAKINI

11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.
Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.

11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.
11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.
1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.
10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.
10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 410.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.
10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles10.00pm: Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.
9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

NONE8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm:
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.
8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

NONEOrang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE FROM KELANA JAYA STADIUM - MUST SEE !! Apa yang berlaku sekarang ?

.
What is happening at Kelana Jaya Stadium tonight? Full House Event...
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

5.45pm - Liputan Terkini Ustaz Azizan@ Hospital Pulau Pinang !

Dalam situasi sekarang , doktor tidak membenarkan lawatan, tapi ribuan yang datang tanpa disuruh, tanpa diajak..apa nak buat..Ustaz Azizan pemimpin kita semua, sebaga tanda hormat, sayang, dan menghargai jasa2nya, panjatkan doa agar beliau sihat dan kembali semula bersama kita, InsyaAllah.. 

Terkini - Bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily.

Ustaz Azizan yang dimasukkan ke hospital itu petang semalam mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal. Sama-sama kita doakan agar kesihatan beliau bertambah baik.-HD 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Terkini !! Ustaz Azizan kian stabil !


Tekanan darah Ustaz Azizan kembali normal, pulse rate tachycardia Dan molek, la ni Ustaz Azizan wt 24 hrs hemodylisis... Di CCU png.. Jgn percaya sumber luar., kata blogger jijoi. Jangan lupa tolong doa sama beliau sihat. - 


Bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dilaporkan kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang. Mari kita doakan beliau cepat sembuh. 

" Ya Allah, berilah kesihatan kepada Ustaz Azizan Razak, permudahkanlah kepadanya untuk melalui saat-saat sukar ini. Berilah kesembuhan kepadanya agar dapat terus berjuang memartabatkan Islam di Tanah Air Malaysia tercinta ini "

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Himpunan Kemarahan Rakyat ! Halalkah,haramkah atau haramjadah ?

Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.

"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan.

Selain itu, Ismail berkata polis akan bertindak terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetus provokasi bersifat perkauman susulan pilihan raya umum ke-13 bagi mengelak sebarang pergaduhan atau keadaan huru-hara.

"Jangan cuba timbulkan huru-hara dengan menghasut di laman sosial dengan isu perkauman dan provokasi. Polis sentiasa memantau keadaan ini," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pemilik laman sosial yang cuba membangkitkan kemarahan, termasuk menyebarkan dakwaan berhubung pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus ketika proses penjumlahan undi.

"Bila kita siasat, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang dilaporkan di laman sosial, seperti (yang dikatakan berlaku) di pusat penjumlahan undi di Bentong. Tindakan ini tidak ubah seperti provokasi," katanya.

Ismail turut menyelar tindakan pihak tertentu yang mendakwa polis terlibat membawa pengundi hantu semasa PRU13 dan menegaskan tuduhan itu tidak berasas serta bertujuan memburukkan imej polis.

"Tuduhan ini amat tidak munasabah, mereka tunjuk gambar di laman sosial, gambar trak polis sahaja... kemudian tuduh polis bawa pengundi hantu, tuduhan ini tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau mengulas gambar sekumpulan individu memakai baju-T hitam, dipercayai pelajar Malaysia di luar negara memegang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik yang tersebar luas di laman sosial. " Kita pantau tindakan mereka... kita akan siasat tindakan mereka itu," katanya.
- Bernama

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Suapan Pagi - Kerana "Hitam dan Hijau" - fikiranku jadi gelandangan !

Sejak dulu, sejak dia berkelana di Sri Langka..aku suka bangat akan karya-karyanya. Dan karyanya ini kali sangat menyentuh hati. karya tentang 'bingungnya dia tentang PRU13' ini. Katanya, 

Aku nak kata apa? Aku ni bukan siapa2. Aku cuma rakyat marhein..surirumah yang sibuk besarkan 3 orang khalifah Allah.

Darah aku biru. Begitu juga mak ayah aku dan kaum kerabatku.Si hijau aku tentang! Tapi minta maaf, aku tidak cukup jumud seperti kebanyakkan biru.

Aku setuju hudud. Sebab aku islam. Islam agama yg menyelimut tubuhku sebaik saja aku menjengah dunia. Ajaran islam, makanan rohaniku. Aku usahakan penuhi perintah Rabb. 5 waktu, puasa, dan cuba patuhi segala yg lain walaupun banyak cacat tempangnya amalanku. Ampunkan aku ya allah! Dan....hudud hukum Allah. Siapa aku nak pertikaikan realistik atau tidak hukum itu??

Aku pertikai dakwat kekal, selepas jariku dicalit. Bukan selepas tengok fb kawan2 yang mengundi awal. Susah sesuatu benda yang aku rasakan merepek nak pengaruhi aku. Bila dicalit, aku terkejut ! Darah aku berderau. Apa ini? Meleleh, selekeh di tangan? Darah aku berderau sebab apa? Sebab aku takut yang perkara yang dikecohkan oleh si hijau ada depan mata aku.

Untuk pengetahuan, ketika pilihanraya umum tahun 2010 di Sri lanka, aku berada di sana dan dapat menyaksikan  rupa dakwat kekal sebelum Malaysia guna pakai. Komposisi dakwat kekal sepatutnya standard.

Aku cuma bercakap tentang fakta. Tetapi, lembu biru cop aku sebagai pembangkang. Oh, baru aku tau, kat Malaysia, kita kena angguk sahaja. Aku bercakap atas dasar sebagai rakyat yang membayar cukai. Ada juga cuba buat sarkastik otak senteng, kalo tak puas hati lepas ni, potong je jari, baru kekal. Hai, itu bukan solusi.

Aku cuma pertikai sebab aku membayar cukai, dan duit itu dibazirkan membeli perkara yang pada aku tidak berkualiti. Sebagai pembayar cukai, aku rasa tertipu. Sarkastik bodoh, suruh aku jadi pembekal dakwat yang diimport dari Sri lanka. Aku ketawa kecil. Bukan sebab sarkastik bodoh itu menjadi, tapi aku terfikir kalau dia main game what's my IQ, mesti tak lepas lepas waima stage ke 3 pun. Itu juga bukan solusi.

Hujung hujung bila dah terdesak tak ada point, tanya berapa tax aku bayar. Pada aku, jumlah tak penting. Yang penting ialah pemahaman apa itu tax atau cukai. Cukai adalah duit yang diamanahkan oleh rakyat untuk menggerakkan kerajaan. Jadi semua rakyat malaysia patut tahu ke mana wang pergi.kalau bab cukai rakyat tak payah ambil tahu, apa guna bentang bajet negara tiap2 tahun. Perkara ini tak semestinya org yg belajar ekonomi sahaja yang perlu ambil tahu. 
Yang belajar kejuruteraan, perubatan, dan seluruh rakyat Malaysia patut tahu. Ini asas. Takda sapa suruh kau buat calculation makro, mikroekonomi yang rumit. Berdasarkan jawapan2 kau di atas tadi pun aku yakin kau tak mampu buat jawab soalan pertama subjek microeconomy diploma part. 2 Uitm. Pathetic.

Masalah si biru. Bila cuba bersuara, tiba2 dicop pembangkang. Kalah pengikut Mahendra Rajapaksa aih. Tak boleh tegur dah ke? Tak boleh argue? Maksum barangkali. Kalau 30 juzuk dalam kepala semua pemimpin di Malaysia, insyallah aku tunduk. Sebab aku sedar diri. Tapi kalau tak, kau sama macam aku.

Tiba2 isu kaum yg direpekkan. Untuk keluarga yang mempunyai kaum cina macam keluarga aku, macamna? Tolonglah. Pernah buat karangan UPSR? Sila ulas ikut tajuk. Aku tak bercakap pasal parti. Aku bercakap sebagai rakyat malaysia.dan..tolong...tolong....bezakan kerajaan malaysia dan parti. Jangan malukan parti atas kedangkalan ilmu sendiri.

Bila tengok parti hijau semakin ramai ulama dan intelektual, aku pandang diri aku. Erkk? Aku tersalah buat pilihan ke? Hum....kalau macam ni jawapan2 yang aku dapat dari penyokong parti aku, itu sangatlah kasihan dan kebodohan. Sangat menunjukkan kita di lembah kehancuran, suatu pengagungan kebodohoan yang memalukan. Kita keji bila tengok  parti sebelah sana berhujah fakta, makin aku di sempadan.

Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya. Sebelum ini, undi aku tak perlu dirayu, aku rela hati memangkah kamu. Untuk kesekian kalinya, tolonglah...cubalah raih undi aku. Aku pula merayu !

Untuk melancarkan penghadaman tulisan aku (aku risau, sistem pencernaan lembu ni lain sikit) aku cuma kupas 2 point sahaja. Hudud dan dakwat. Yang lain2 malas. Makan banyak2 lagi susah nak cerna. -

Sekian terima kasih.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Memoir seorang pemimpin, biarpun tewas ada kecekalan diwajahnya !

Awal pagi tadi, aku sempat bertemu mantan Adun Titi Serong yang kalah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Setelah hampir 2 bulan tidak bertemu, sedikit susut aku lihat pada susuk tubuhnya, aku tahu dia memang kuat kerja lebih-lebih lagi dalam tempoh kempen beliau yang padat setiap hari. Lagi pula cabaran kali ini di Parlimen Kuala Kangsar, begitu mencabar. 

Beliau kalah dengan majoriti 1,082 undi kepada calon BN. Kekalahan dalam majoriti yang paling kecil dibandingkan dengan calon-calon Parlimen lain di seluruh negara. Kata beliau,

Keputusan PRU ke 13 memang mengejutkan banyak pihak, kerana itu pada pagi ini saya gagahkan jasad ini untuk berada dihadapan komputer untuk mencatat sesuatu sebagai tatapan rakan seperjuangan.
Paling kurang agar ia menjadi suatu memori kenangan bersama dan peniup kepada semangat yang masih membara untuk terus menyusun strategi bagi menawan Kuala Kangsar dalam PRU akan datang.

Seawalnya saya banyak menerima panggilan dan sms juga ucapan secara langsung dari para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang melihat peluang terbaik untuk menawan Kula Kangsar bila berlaku pertandingan 3 penjuru. Umumnya mereka melihat itu sesuatu yang sangat menarik dan memberi peluang dan kelebihan.

Dengan kehadiran calon Bebas di Kuala Kangsar, Datuk Kamilia yang sangat dikenali umum di situ, dimana pengaruh beliau yang kuat untuk memecah undi BN disandarkan sebagai bonus bagi PAS mencuri kemenangan sulung, tetapi ianya meleset sama sekali. Undi Kamilia gagal diraih dalam skala yang besar  dan calon Bebas itu hanya memperolehi 447 undi dan kehilangan deposit.

Tetapi andai calon Bebas itu berupaya memperolehi undi melayu khususnya dari wanita dan UMNO sekitar 1,500 undi, kemenangan insyaAllah berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dan dibawah catatan beliau di hari pembuangan undi ahad lalu.
Satu Prolog 5.5.2013 - Khalil Idham Lim

Di pagi 5 Mei yang bersejarah saya bergerak dengan 3  kenderaan dari kediaman di Kuala Kangsar ke Pusat pembuangan undi di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang untuk menunaikan amanah sebagai pengundi yang masih berdaftar dalam Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong., itulah kampung halaman isteri tercinta. 
Tujuan pertama ialah balik bersarapan di rumah ibu mertua yang letaknya tidak jauh dari SMK Agama Al Falah tempat kami akan mengundi. Di sana saya sempat untuk solat dhuha dan mohon doa restu dari ibu kesayangan supaya diberikan kemenangan yang diharapkan.
Keyakinan di Kuala Kangsar juga berada pada saudara dan rakan seperjuangan di Parit Tok Ngah yang merasakan kemanangan sudah hampir untuk saya di Kuala Kangsar.
Selepas mengundi kami bergegas kembali ke Kuala Kangsar. Di dalam perjalanan talifon berdering dari seorang penyokong kuat dari Taiping yang sangat berhajat untuk memberi sedikit sumbangan, melihat kepada masa yang ada saya gagahkan bersama rombongan keluar dari tol Changkat Jering dan menuju ke Mesjid Daerah Taiping tempat yang dijanji untuk kami bertemu.
Pelukan dari penyokong kuat itu dan anaknya sangat mesra dan erat sekali sambil mereka membisikan kemenangan yang mereka rasakan sudah hampir untuk saya, demikianlah harapan semua pihak.
Sejak dua hari sebelum mengundi sehinggalah di pagi dan sepanjang hari 5 Mei saya dihujani dengan banyak SMS dan panggilan dari rakan seperjuangan seluruh negara mendoakan kejayaan dan kemenangan yang meraka rasakan akan berpihak kepada saya.
Jam 10.00 pagi saya sampai di pusat mengundi yang pertama dari keseluruhan 23 pusat mengundi yang ada dalam Parlimen Kuala Kangsar yang dijadualakan oleh Bilik Operasi untuk saya lawati semuanya.
Dari pusat mengundi yang pertama hinggalah yang terakhir pada jam 5.30 petang di pusat mengundi SMK Sayong, keseluruhannya memberi jawapan dan harapan yang sama betapa mereka merasakan kemenangan sudah hampir untuk saya.
Antara yang menarik dalam lawatan ke 23 pusat mengundi itu saya sempat di ambil rakaman oleh rakan medai elektronik yang menunggu lawatan saya di SMK Clifford. Selain itu saya bertembung dan sempat bersalaman 2 kali dengan calon BN di SK Talang dan Di Pusat mengundi Ulu Piul Manong. Sempat kami bergambar bersama dalam suasana akrab dan disaksikan oleh penyokong kedua belah pihak.
Dengan rasa pasrah dan berserah kepada Allah SWT bila pusat mengundi ditutup sejak jam 5 petang saya dan rombongan balik ke kediaman.Terima kasih kepada segala harapan doa yang kita panjatkan untuk kemenangan Kuala kangsar. Sesungguh ketentuan dari Allah itulah yang sebenarnya dan saya pasrah kepada Nya. Seperti yang saya nukilkan dalam kenyataan saya semalam,:-

"Saya dengan berbesar hati menerima keputusan tersebut dan juga berharap kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menerimanya sebagai satu lumrah dalam pertandingan. Sebenarnya perjuangan kita memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya. 
 
Alhamdulillah kita sama-sama bekerja keras untuk P67 Kuala Kangsar, N34 Bukit Chandan dan N35 Manong, namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jangan kecewa dan putus asa. "

Selepas berjemaah Maghrib dengan keluarga di kediaman Chandan Puteri saya bergegas ke Bilik Operasi PRU 13 PAS Kuala kangsar yang berada di Bukit Chandan. Walaupun dalam keadaan agak keletihan saya dengan berbaju melayu kuatkan semangat dengan team keselamatan ke sana untuk melihat penjumlahan awal berdasarkan Borang 14 yang dibawa oleh semua petugas UPU PAS.

bersambung..

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

MS805 - Komenter(1) Tsunami rakyat, tapi BN main bangsat !

Di wall politik banjar massa - memetik bacaan  GE13 - Chinese Tsunami and Malays get money !, siapa yang mampu menyangkal ? Jika dikatakan, umpan duit itu sangat berkuasa bagi menentukan undi memihak terus kepada BN ? Mari raikan harga minyak yang tak boleh turun hari ini, 7 mei 2013, maaf aku menulis dalam keadaan muka yang sangat kelat.

Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.

Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.

Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Kita Kalah ! Toljib kena hempuk duit ke Sabah & Sarawak sekarang !!





Tahniah kepada BN kerana menang. Dalam istilah politik hanya ada menang atau kalah tak kira berapa banyak kerusi,walau pun menang satu kerusi tetapi tetap di istiharkan menang. Dalam perkara ini BN sudah menang.

Ini bermakna Najib bukan macam Pak Lah, dia tak tidur macam Pak Lah. Gurkah-gurkah politik di'port' dok ingat yang dia macam Pak Lah ... tidur, tetapi tidak. Dia memang buat kerja sungguh-sungguh dari mula dia 'take over' lagi. Bagi gurkah-gurkah politik pula soal suap, soal julap, soal tabur tidak timbul kerana politik memang macam tu. Politik mana ada jalan betul.

Anwar Ibrahim pula kena lah terima hakikat yang banyak orang melayu masih belum mahu melakukan satu perubahan atau satu anjakan, tidak macam orang-orang cina yang seia sekata, sehati dan sejiwa dalam mahu melakukan satu perubahan pada PRU-13 ini.

Apa-apa pun mulai hari ini Najib kena 'hempuk' semua duit di Sabah dan Sarawak. Kalau dia tak buat macam tu, orang-orang di Sabah dan Sarawak akan sembelih dia. Kalau tak boleh sembelih, mereka akan sumpit !- sumber dollahyankee

dollah yankee - Semua orang terkejut sebab senario sudah menunjukan yang Anwar akan jadi PM baru kita, tetapi dimana silapnya?

 " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Maaf ! hari ini tiada posting, blog aku BLACKOUT !

TERKINI: Pakatan tolak keputusan pilihanraya !

Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). ~ Malaysiakini



Warna warni PRU13 tidak akan dilupakan.

Bangla-bangla di import.
Keajaiban blackout ketika pengiraan undi di banyak tempat.
Peti undi hilang.
Dakwat kekal yang tidak kekal.
Mengundi dua kali.
IC percuma.
TV3 dan Utusan yang brutal.
Tahniah Barisan Nasional.

Jika kemenangan ini telus, saya ucapkan Tahniah.
Jika dengan penyelewengan, saya ingatkan dengan satu firman Allah:

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42).

BLACKOUT ! hari ini tiada posting...jiwa aku pon sama BLACKOUT ! Ada faham !!

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE RESULT PRU13 - The Moment Of Truth : Chegu Bard, Mansor Othman kecundang ?

DUN Sg. Acheh di dalam Parlimen Nibong Tebal : Seperti yang dinyatakan pada awal post pagi tadi, YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN..!

Unofficial - chegu bard tewas di dun sg acheh. Jika campor undi bebas yg calonnya pemuda pas dan undi rosak, PR boleh menang...apa macam ?


DI PERAK - Dato' Seri Nizar menang dengan majoriti 1206 undi! Takbir! Ustaz Radzi Zainon (Dun Sg Rapat) mengalahkan Dato' Hamidah Osman dengan majoriti 3108 undi!

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE RESULT PRU13 - The Moment Of Truth : Kedah gagal dipertahankan PAS ?

Dari apa yang disumberkan, PAS gagal pertahankan kerajaan Pakatan ? Oh..my God ! Unofficial results - BN has retaken Kedah from PAS...! ( BN 15, PR 15..total 36 DUN ) Sengit nyerrrr !! Tak percaya-nyerrrrr !! 

RESULT TERKINI : 


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE RESULT PRU13 - The Moment Of Truth - Bangunan SUK Perak dikawal ketat FRU sekarang !

TERKINI - Bangunan SUK, di Ipoh kini dikawal ketat oleh FRU. Tanda awal bahawa kerajaan Perak bakal kembali ke tangan Pakatan Rakyat. 

Keputusan muttakhir SELURUH MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK setiap saat update LIVE sekarang...di albanjari online. " The Moment Of Truth "

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE RESULT PRU13 - The Moment Of Truth - Terkini 3 negeri@utara !

Keputusan muttakhir SELURUH MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK setiap saat update LIVE sekarang...di albanjari online. " The Moment Of Truth "

Unofficial @ Penang : Sumber hampir sohih, Pakatan Rakyat boleh tarik nafas lega, kerna kerajaan Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan Rakyat. LGE peroleh majoriti tertinggi. Parti iGerakan kalah semua kerusi di Pulau Pinang. Kerusi panas khususnya di Parlimen Tasek Gelugor dan Nibong Tebal - kita tunggu keputusan tak rasmi sebentar lagi.



Unofficial @ Perak : Kerajaan kudeta Barisan Najis gagal mempertahankan 60% kerusi yang sebelum ini dimenanginya. Dari sumber hampir sohih, Pakatan Rakyat melalui parti PAS, DAP dan PKR sekarang mendahului BN dengan majoriti tipis, apa pun beberapa peti undi masih dalam pemantauan kiraan semula..Dari apa yang terlihat sekarang, PErak bakal kembali kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kali.



Unofficial @ Kedah : Kulim Badar Bahru - sumber sedang dikemaskini. 

*NOTE : unofficial R : Gelang Patah LKS - MENANG ! M.Kutty claim, anaknya Mukriz menang seat Air Hitam (state) - 

** Dapatkan result muttakhir keputusan seluruh Malaysia, Sabah Dan Sarawak - sila skrol ke bawah sekarang ..INI KALI KITA UBAH KERAJAAN BARU - KERAJAAN RAKYAT.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

LIVE RESULT PRU13 - The Moment Of Truth...Ini Kali Lah !


Keputusan muktahir SELURUH MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK setiap saat update LIVE sekarang...di albanjari online. " The Moment Of Truth ". Sila skrol ke bawah..


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

ZON PANASS ! Sg. Acheh, Nibong Tebal dijangka PKR KALAH !

Kurang 1 jam lagi semua pusat pengundian akan ditutup. Masa 'prime time' yang sangat merbahaya. Dari info yang diperolehi melalui wall fesbuk DI SINI, bersumberkan dari pegawai tinggi kerajaan, dan dipercayai merupakan maklumat sohih memaklumkan bahwa warga bangla dan indon akan dibawa masuk ke kawasan majoriti Melayu mulai jam 3 ptg tadi, dan DPP mengeluarkan arahan agar semua jentera di arah bersiap sedia. Wow ! Kerja kotor terhebat...! 

 Makin Panasss ! - Status TERKINI : Parlimen PARIT BUNTAR - Peratusan keluar mengundi sangat luar biasa. Dimaklumkan sehingga jam 4 petang, lebih 80% warga di parlimen ini telah keluar mengundi. Kita harap 80% itu solid warga rakyat malaysia yang sah, bukan jadi-jadian. 



DEMI MASA DEPAN ANAK2 KITA !!
Pertama kali dapat gambar melalui hp, saya tak kisah sangat, tapi bila saya tengok alamatnya, saya tahu alamat ini. saya ada kawan cina di sana sebab kampung "batu bakar, bahau" ni dekat je dengan rumah saya. 
Kawan cina saya juga terperanjat kerana 100% kampung batu bakar ini penduduknya adalah bangsa tionghua. Hmmm.. jika betul ini adalah warga negara luar yang di "warganegara" kan.., bagaimana ye anak-anak saya dan juga anak kawan2 yang lain? apakah nasib mereka kelak ?

Pengamatan Awal Penulis sehingga jam 4 petang :
PARIT BUNTAR :

1. Parlimen PARIT BUNTAR - MENANG (PAS)
    (Dr. Mujahid)
2. DUN Titi Serong - MENANG (PAS)
    Ustaz Bakar Husin
3. DUN Kuala Kurau - MENANG (PKR)
    En. Yunos

(*) PR(Pakatan Rakyat) kekalkan kemenangan disemua DUN dan Parlimen. Dan kesemua kerusi yang ditandingi oleh calon BN di Parit Buntar, TEWAS !

NIBONG TEBAL : bacaan awal rujuk di SINI
Parlimen NIBONG TEBAL
(1) DUN Sg. Acheh - KALAH (PKR)

Untuk pengamatan penulis bagi kerusi Parlimen BANDAR BAHARU-KULIM, akan dikemaskini sebentar lagi..! PANASSSS !!

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

ZON PANAS ! Apa sudah jadi Sg. Acheh dan Nibong Tebal haa ?

Tinjauan terus ke pusat-pusat mengundi di DUN Sg. Acheh keseluruhannya dapat dibaca dibawah :

1. Jentera BN menguasai sepenuhnya di Pusat2 Mengundi DUN Sg. Acheh. 

2. Barong/Pondok Panas - perayu undi - langsung tidak kelihatan petugas dari PAS khususnya di kawasan yang dibenarkan untuk merayu undi. Petugas PKR/Keadilan sangat sedikit dan tidak aggresif, sekadar berbual-bual sesama sendiri.

3. Poster calon PAS masih kelihatan di tempat strategik disekitar Nibong Tebal/Sg. Acheh biarpun laluan calon mutlak untuk DUN Sg. Acheh telah diberikan kepada PKR.

4. Tidak ada barong PAS/PKR didirikan dikebanyakan Pusat Mengundi. Hanya wujud barong BN sahaja.

5. Pengamatan awal setelah 2 jam berlegar ke seluruh DUN Sg. Acheh termasuk ke Sg. Chenaam, memperlihatkan jentera BN menguasai sepenuhnya 

RUMUSAN : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Di Kendong KECICIRAN.

Pengamatan Awal Penulis - DUN Sg Acheh di dalam Parlimen Nibong Tebal - kerusi DUN Pakatan Rakyat di situ besar kemungkinan kita TEWAS@KALAH. Keputusan yang mahu dilihat malam ini - berapa ribu undi ROSAK ter-rekod di Parlimen ini kali. Untuk Menang..menang ? unsangkarable..!! 

Update terkini Jam 2 Petang :

Sungai Acheh juga hari ini menyerlahkan imej pertandingan 3 penjuru antara BN, agen parti regim yang berwatak Pas dan PKR. Pas telah membuka barung panas dan merayu undi agar mengundi Pas dan menolak PKR. Tindakan mereka yang bertopengkan PAS ini lebih kepada agen parti regim untuk memecahkan undi bagi berusaha memenangkan Bn. Arahan pucuk pimpinan Pas juga diingkari.

Setakat jam 2 ptg ini kebanyakan peti undi telah tenang dan kehadiran pengundi mula pelahan. - sedutan dari FB Pengarah Media Calon PKR N21 Sg Acheh

Sebentar lagi akan diterbitkan apa kata pengundi DUN Sg. Acheh yang turun mengundi pada pagi tadi. Betullkah berlaku protes dan boikot undi dan calon ? Tunggu sebentar lagi...! PANASSSSS....!!

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

GANAS (18SG) - Umi Hafilda serang Nurul Izzah - orang tua cedera parah !

Apabila akhlak tidak ada, memang celaka, umno memang kurang hajar..., haramjadah..!! 
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Selamat Mengundi Pakatan Rakyat


Selamat mengundi sahabat2 semua...mulakan dengan Bismillah...Niatkan dalam hati kerja ini sebagai ibadah....Kita lakukan demi mendapat redha Allah...kita buktikan kepada Allah yang kita benar2 sayangkanNya....In sha Allah...Hak Allah kita jaga Allah jaga Hak kita...Allah akan tambahkan nikmat yang tak disangka2 melalui ketenangan, rezeki dan kebahagian yang hakiki...In sha Allah...kita bentuk malaysia dengan Al quran dan sunnah...itu lebih menjamin kebahagian sebenar...Mohon sahabat2 berilah undi kepada PR------.> PAS, PKR, DAP, terima kasih sahabat2...lepas ni tak de dah kempen...@Camar Putih/albanjari


Dari wall FB sahabat, BB bilang ;

Kurang tidor sebab terlalu teruja nak pangkah Pakatan Rakyat...Terbayang sudah harga petrol turun, PTPTN dan tol dihapuskan...caj elektrik dan harga kereta turun....Sebab rakyat yang bijak sudah pasti tidak mau anak-anak mereka berhutang sebaik saja tamat pengajian di universiti...terhimpit dengan kos sara hidup yang sekian hari semakin meninggi...Demi memenuhi harapan rakyat mau tidak mau, suka tidak suka, tidak kira apa jua anutan pilitik terpaksa mengundi Pakatan Rakyat...SELAMAT MENGUNDI...UNDILAH DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA.. SAYANGILAH MEREKA DENGAN MEMASTIKAN PAKATAN RAKYAT DAPAT TAWAN PUTRAJAYA.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |