PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(3) HOT Issue@Perak - 18 setan 'hitam' akan hilang kerusi di Perak ?

HOT Issue@Perak
raden albanjari | 5.20am - 13 Sept.,2012

Kelmarin sambil makan mee kari berasap sama cendol mantap..aku duduk bersembang dengan satu orang koat Umno Bahagian. Kebetulan orang koat Umno itu juga merupakan ada bau-bau bacang saudara dengan keluarga sebelah mertua. Tanpa berkias atau berpantun-pantun deras dia bagitau bahawa 18 kerusi Parlimen di Perak dalam kategori 'hitam', yang maknanya peluang untuk BN menang sangat tipis malah ada kawasan yang langsung  sudah 'swing' 360 darjah. Untuk pengetahuan pembaca, Perak kini mempunyai 24 kerusi Parlimen.

Statisitik yang diberi, sedikit bikin aku jadi gelisah. Mana dia dapat ini figur haa ? Zamry yang bagitau. Wow !! Hebat juga 'kulaan' seorang ini. Zamry bagitau dia apabila dia sendiri yang bertanya dan itulah yang keluar dari mulut Zamry Pasola ketika dia hadir di majlis terbuka aidil fitri di Telok Medan, Bagan Serai Perak baru-baru ini.


Ingatkan 15 rupa-rupanya 18 kerusi Parlimen yang ditandingi oleh BN di Perak pada PRU akan datang langsung tak selamat. Aku hanggukkan saja. Kalo dia nak menipu, maka tertipulah aku. Jika Zamry nak menipu dia, memang hati 'hitam' sungguh si Zamry. Dan aku yakin Zamry tak menipu. Mana mungkin 'syaitan' yang dikenali sanggup menipu sesama syaitan...lainlah jika tipu itu dilakukan kepada 'malaikat' yang langsung tak dikenali. 

Kita tinggalkan sebentar persepsi 'hitam' yang kini terus membelenggu Umno di Perak. Biarkan dia dimamah oleh hukum 'karma' akan dosa-dosa silamnya yang dilakukannya kepada rakyat Perak. Biarkan..Biarkan !

Sabotaj calon 'agamawan' ?
Dalam suasana Umno Perak yang terus kebingungan dan bercelaru untuk mencari kemenangan pada PRU13 akan datang, terbit pula suara-suara nyaring yang apabila diamati suara-suara itu bukanlah suara yang datang nya dari 'Gunung' betul-betul bikin hati jadi tak syiok. Faham ker apa yang aku kias kan ni ? 

Pendek cakap, ada usaha untuk meremehkan dan menolak beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding di Parlimen dan juga DUN di negeri Perak khususnya dari PAS yang dilihat tidak menepati piawai dan spesifikasi dari kacamata  mereka. Namun beberapa 'serangan' awal telah pun dilakukan menerusi media maya. Apapun aku masih mengambil sikap 'tunggu dan lihat'. Jika terlaku 'keterlaluan' maka sesuatu tindakan harus dilakukan segera bagi membendung 'fitnah' atau kisah yang belum tentu benar yang didokong jaja pula oleh 'malaikat* ' yang dikenali dari kalangan (*)penulis-penulis 'bohong' yang tidak berparti di negeri ini. Apa macam ?

HOT Issue@Perak - Macam 'keling' ?

HOT Issue@Perak
raden albanjari | 3.20am - 12 sept.

Macam keling ! Tapi itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku. Umno pun tak mampu untuk nafikan. Zamry ? MB Pasola tu ? Punggung dia sedang 'terbakar' sekarang. Panassss...!! Hebat juga penangan MIC Perak. Akhirnya Umno yang 'kerek' terpaksa juga mengalah dan melepaskan kerusi Parlimen Sungai Siput biarpun pada PRU12 yang lalu, bos besar MIC kalah kepada pembangkang sekaligus membungkus MIC Perak. Itu kisah 4 tahun lepas. Samy pun dah hilang terus, balik India jadi Duta kerajaan. Kesian pada MIC Perak. 

Terkini, 4 kerusi DUN milik MIC pula nak dirompak Umno. Alasan kuat..kerana pada PRU12 semua kerusi yang ditandingi oleh MIC, semua kalah, kalah teruk dan ditolak oleh kaum sendiri. DUN Behrang, DUN Pasir Panjang, DUN Sungkai dan DUN Hutan Melintang. 

Ironinya DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang yang majoriti pengundi adalah pengundi melayu benar-benar beri masalah kepada MIC. G Palanivel makin 'hitam' wajahnya merayu agar Umno jangan rampas 2 kerusi DUN yang diberikan kepada MIC sebelum ini. Kesian dengan MIC. Tapi MIC lupa..bahawa setakat 'hitam' wajah Palanivel, 'hitam' lagi wajah Zamry...dan se'hitam' itu juga niat Umno berkeras mahu rampas 2 kerusi DUN yang mereka ada harapan boleh letak calon Umno bertanding pada PRU13 nanti. Umno semakin terdesak sangat sekarang. 

Lebih-lebih lagi Zamry sudah terima mesej dari Hj Najib. Mesej untuk 'kenang budi dan jasa' lalu. Pening Zamry. Zamry bukan tak tahu, bahawa dosa Hj. Najib kepada rakyat Perak bukan sedikit kepalang. Benar ! Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR dibawah 'Pakatan Rakyat' untuk memerintah negeri Perak.

Tapi dah namanya parti 'syaitan', bukan aku yang sebut tapi aku petik dari apa yang Mahadet sebut, Barisan Nasional sedaya upaya bekerja untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Hj. Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. 

Itu pasal boleh dikatakan semua agensi-agensi kerajaan di negeri Perak telah disalahgunakan oleh mereka untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat tumbang juga. Tumbang apabila  3 orang wakil rakyat 'Pakatan Rakyat' berjaya 'dibeli' oleh Hj. Najib.

Perbuatan jijik yang dilakukan oleh Hj. Najib itu merupakan satu kesilapan maha besar yang telah dilakukannya kepada rakyat Perak. Dan beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu terus menghantui Barisan Nasional sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap  apa yang telah dilakukan oleh Hj. Najib, Zambry dan ADUN-ADUN katak yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada rakyat dan pengundi sendiri.  untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara ini. 

Rakyat Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka kembali berkuasa melalui ' pintu jamban '. Dan segala onar dan sengketa yang berlaku kini adalah 'kifarah' untuk Hj. Najib dan Zamry yang berdosa kepada rakyat Perak. Kemelut perebutan kerusi antara Umno dan MIC juga satu 'pembalasan' dari Tuhan. Nah...ambik kau ! Dalam persengketaan yang semakin merumit itu, rakyat Perak tetap sabar menunggu hari mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat kepada yang 'hak'. 

Hj. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak. Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Kerana cemas akan situasi itu, maka habis kerusi-kerusi yang boleh Umno rampas dari rakan-rakan lain khususnya MIC, dan MCA - atas alasan kalah teruk dijadikan wirid untuk meletakkan calon baru dari Umno. 

Orang Perak tak akan lupa, dan kerana ketakutan dan cemas itulah maka Hj. Najib terpaksa 'turun padang' banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program, mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil hati rakyat Perak. Hj. Najib kian terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana beliau sedar tentang kesilapan dan dosanya yang telah dilakukan olehnya. Dalam 'road show' Najib sebelum ini, Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam PRU13.

Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin ke seluruh negara. Jumlah ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac 2012, yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu telah ditaburkan di negeri Perak. 

Kesimpulannya sangat jelas bahwa Hj. Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Jika tidak, masakan beliau terpaksa tanam 'modal' besar di Perak. Hj. Najib semakin tidak yakin, itu pasal dalam satu majlis hari raya yang dianjurkannya baru-baru ini, dia terlupa step yang diajar oleh Bini Rosmah, tetiba boleh menari sumazau, mamai ler tu ! Satu lagi ikut matematiknya jika beliau yakin BN boleh terus dia tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Apa macam..ada yang nak sanggah hujah ni ? Silakan..!!

(Siri 2) - Maafkan aku jika artikel ini macam gampang !


Blog dan Sayembara
Raden albanjari | Sept 2012
3:22pm

Blogger itu suara anak muda. Pengaruh mereka besar. Bukan suara tin kosong. Suara mereka suara MASSA untuk mendokong perubahan kepada Malaysia yang lebih baik. Bukan dipinggirkan ! Dan juga bukan seperti daun kari..! Jika ada pimpinan berani menyanggah bahawa peranan blogger itu kecil dan hanya dicelah gigi yang ronggak. Wak cabar di sini untuk dihujah buktikan. Benarkah demikian ?

Mengcungkil sejarah. Di era pemerintahan PR Perak, satu masa lalu, boleh satu exco kerajaan (tak perlu sebut nama) memperlekehkan peranan blogger PR. Dengan membawa hujah sinis, berapa kerat sangat rakyat baca internet dan buka internet. Nasib baik tak sebut depan aku, kalau tidak mau ku tampar si pukang(bekas exco PR) tu hidup-hidup.

Tak sampai 6 bulan hujah beku lagi bodoh itu dilampiaskan oleh exco dunggu itu ke muka bloggers PR Perak, Kerajaan Pakatan Perak RUNTUH. Pada masa itu, media apa yg boleh diharapkan untuk mencetus dan mengalirkan berita peristiwa yang berlaku ? Mahu diharapkan kepada Utusan dan Berita Hairan ? Hari-hari, siang malam PR digodam dan dicelapakkan oleh media mainstream dan pimpinan PR dihinakan semahu-mahunya oleh mereka. Padan muka !

Jam 1.30pm. Hari tu hari jumaat. Berlaku pada bulan februari, lewat 2 tahun yg lalu. Apabila aku menerima panggilan terus dari MSK untuk datang ke Ipoh..dan minta kumpulkan beberapa lagi sahabat blogger yang boleh ikut, aku jadi terpana ! Sehelai sepinggan aku turun ke Ipoh bersama Cenangau. Bawa kereta laju nak mampus. Nasib baik tak mampus ! 1 jam bro..!

Dan tiba di rumah rasmi Nizar ketika itu...dan terus dikerah untuk berkurung di bilik belakang rumah rasmi yg dikawal ketat oleh Unit AMAL. 5 hari tak mandi, tak tidur, tak salin baju dan seluar..! Blogger-blogger inilah yang berkerja keras siang dan malam menyampaikan maklumat terus dari pusat operasi buat tatapan seluruh rakyat Malaysia dan dunia melalui blog.

Bro..ingat syiokk ker tak mandi, tak salin baju 5 hari. Bau dah macam bau longkang.! Nasib baik Dugong Darat sudi bagi aku baju free, baju adik dia untuk aku salin dan pakai.,gedebeh..gedebeh lah..apa nak aku kesah..kalau tidak 2 minggu aku pakai baju dan seluar yg sama. Kerja gila ! Dan kisah2 yang tragis lagi hebat itu telah banyak dituliskan di blog-blog bagaimana muktahir dan pantas nya berita dan peristiwa disampaikan oleh blogger-blogger dalam menguruskan sumber pemberitaan telus lagi benar dari situasi dan tempat kejadian.

Di bilik (baca saja ia sebetulnya MARKAS BLOGGER PR) dimana semua sidang media pimpinan teritnggi parti, negeri juga turut diadakan, dan disitu jugalah berkumpulnya nama-nama blogger seperti Ciberboron, Mat Saman Kati, Wak albanjari, Cenangau daun kari, Ummi Hani, Dugong Darat, Sya Reformis(Ketua Srikandi Keadilan), ManjungMari, dan Perisik Rakyat. Memikul tanggunjawab dan amanah penuh aggresif. Cerita lama.

Hakikatnya sekarang, semua orang (baca rakyat) kini menumpukan kepada janji-janji politik, tapi semakin kurang yang memberikan tumpuan kepada pelaksanaan janji. Baik pada PRU12 mahupun di PRK yang melahun banyaknya sebelum ini, semua pihak menabur janji. Sana janji sini juga janji, tapi sedar atau tidak janji-janji yang ditabur semasa PRU 12 dulu pun masih banyak yang tertunggak. Dan kini PRU13 pula hampir menjelang tiba. Tak lama dah ! Mungkin kurang 3 bulan dari sekarang.

Ingat ?? Apabila Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak lepaskan jawatan. Cubitan kuat dari Wak albanjari. Sudah ada yang melihat dengan mata dan berfikir dengan otak bahawa ia bukan perkara yang sengaja dibuat atau ditampilkan suka-suka. Jika tidak dicubit kuat begitu, mana mungkin Harakahdaily akan keluarkan cerita betapa perlunya peranan blogger itu digembleng.

Asal Bukan Umno. ABU ! Itu maknanya revolusi. Revolusi massa untuk berubah. Merubah kerajaan oleh rakyat agar tidak terus didunggukan kerajaan yg ada sekarang. Dan perubahan itu akan pasti dilakukan oleh rakyat. Bukan sahaja rakyat yang perlu dimomokkan untuk berubah, pimpinan , bloggers juga wajar sama untuk berubah dan berani berubah.

Kepada bloggers, adakah kita akan hanya terus memblog….atau mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu? Apa yang patut dibuat? Apakah kita hanya menunggu dari ‘pemimpin’ untuk berbuat sesuatu? Adakah kita akan terus mengkritik “pemimpin” kerana tidak melakukan apa-apa? Ataupun terus mengampu ‘pemimpin’ untuk mencapai matlamat diri sendiri ? Tepuk dada tanya hati..! Hati tidak bisa untuk berbohong.

Keduanya, Apakah blogger perlu terus menjadi ‘party-centric’ atau pun ‘leader-centric’? Persoalan ini timbul kerana kebanyakan blog-blog pro-Pakatan Rakyat setiap hari bercakap tentang apa yang kerajaan BN-UMNO dan PR buat ataupun mengulas tentang apa yang pemimpin BN/PR buat. Tetapi tidak banyak yang bercakap tentang permasalahan rakyat ataupun inisiatif untuk memperkasakan rakyat. Bersambung..lagi esok.   SIRI 1 DI SINI !

HOT !! Antara sakit dibantai peluru dan lobang peluru sebesar 'anu' !


Betul ker imej yang dipaparkan oleh akhbar The Star hari ini menunjukkan seorang lelaki dipercayai 'bodyguard' DSAI sedang mengacu pistol ? Kamoonnn la brader..jangan ler spin gambar tu mcm wartawan tak sekolah. Mai sini jap aku nak sekolah kan kau !

1. Khalayak pon tahu, 'bodyguard' tu berbadan gempal. Hoi..ingat senang ker orang gempal-gempal nak kuar dari pintu kereta. Hang ingat pintu 'camry' tu besaq geduaq macam pintu bank ? 

2. Lihat posisi tangan kiri yang 'macam' acu sesuatu, tetapi sebenarnya tangan tu tak pegang apa pun..dari foto yang kabur-kabur macam otak kelabu asap umngok-umngok perkasa..aku yakin 'bodyguard' tu terpaksa guna siku dia utk tunjal tubuhnya keluar..manakala tangan kanan tolak pintu..kereta bagi memudahkan dia keluar. 

3. Jika dia nak acu dan nak tarik picu 'pistol'  tenenggg kat geng bangang 'sure' dia akan guna 2-2 belah tangan untuk genggam bagi kemas bro..! Ada nampak lengan kanan 'bodyguard' tu genggam 'sesuatu' ? Tak der kan...! Tak payah nak spin ler..sekali aku tengok pon dah tahu bahawa isu 'acu' pistol hanya sekadar provokasi orang-orang parti  yang tengah tenat sakit. 

4. Foto terbitan akhbar itu jelas berniat jahat. Busuk !! Pasal apa dia tak berani nak 'zooming' dekat-dekat foto tu..sedang teknologi digital boleh melakukannya..? Pasal nak kasi rakyat marah dan biarkan BN terus berkuasa macam anjing..macam tu ? Puihhh laaa...!! 

5. Apa macam ? Kalo berani..sanggah ler hujah aku yang tak pakai kacamata nih..? 

(Siri 1) - Maafkan aku jika artikel ini macam gampang !

Raden albanjari | Sept 2012
9:42pm

Assalamualaikum kalian. Jika dikira berdasarkan kepada kitab pendita, maka..sudah berbelas purnama aku tidak menulis di sini. Jika dihitung kepada perjalanan masa ciptaan orientalis Rome, maka sudah berbelas bulan jua aku tidak mencoret rasa di sini. Lama sungguh aku mengantung 'jari' dan 'keyboard'. Desakan hidup buat aku terpaksa menjauhkan sementara kerja-kerja penulisan. Kepada rakan sahabat maya, dan blogger yg pernah 'too closed' sama aku dahulu, maaf yaa..kerna banyak pertanyaan kalian tidak ku jawab. Sengaja ku biarkan pertanyaan itu 'kering' dan 'kusam' kerna sejujurnya aku tak punya jawapan tulin saat itu, mengapa aku menjauhkan diri terus dari dunia blog yg satu saat dahulu sangat mendarah daging ditubuhku. 

Aku serius menulis blog sejak lewat tahun 2006 lalu. Namun menulis blog politik dibawah nama 'politikbanjar' hanya terbit pada bulan Januari 2008 dan aku berlindung dibawah nama kecil 'albanjari', tidak siapa yg kenal aku saat itu. Dengan kunjungan hits kurang dari 40 visitors..bukan satu perkara yg seronok mahu dilihat mata. Blog aku blog yg sangat 'baru'. Malah kunjungan 40 visitors itu aku sendiri yg 2/3 melawatnya. Gila..!! Itulah sejarahnya hari pertama aku berblog. Blog NO2UMNO adalah blog paling top saat itu. Dan itulah blog yg menjadi 'guru'ku. Aku suka kerja 'seni' bloggernya. 

Sedikit demi sedikit aku belajar dengan 'guru'ku dengan mencuri dan merompak cara dan kaedah ia menulis dan mencuri tumpuan pembaca maya. Dan eksperimenku ternyata memberi hasil lumayan. 6 bulan selepas itu hits pembaca yg melayari blog 'politikbanjar' telah menjangkau lebih 4 ribu sehari. Itu sudah bagus untuk aku terus bersemangat menulis. Untuk terus menulis, aku harus dan wajib menanamkan kebencian paling hitam dibenak hati kepada umno dan kerajaan BN ketika itu. Hanya dengan rasa kebencian yg menyala-nyala, baru dapat aku lahirkan penulisan yg juga menyala-nyala api kebencian yg tiada tara. Memang aku benci sungguh kepada umno. Tanpa rasa benci dan emosi - tulisan yg digarap akan hilang tulen dan aslinya. Sehinggalah jatuhnya kerajaan PR di Perak pada Februari 2009..kebencian dan hitam gubuknya parti bernama umno tidak dapat ku gambarkan lagi. Jika umno itu seekor binatang buas, memang lunyai ku bunuh ! Malah jika mampu ku makan, akan ku makan sampai habis biar jadi tahi. Titik !

2009 : Tahun paling gemilang buat blogger Pakatan Rakyat terutamanya blogger Perak. Ikuti sambungan kisah peribadi wak albanjari ketika mendepani krisis Perak tahun 2009 esok. 



Kenangan memblog..! Sumber dipetik terus dari arkib google readers 'politikbanjar' yang telah dihacked oleh hackers kerajaan. Tapi dapat ku carik semua penulisan ku yang lebih 10 ribu artikel yg diterbitkan di blog sebelumnya. Apa macam ?



:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |