PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muktamad - Red Warrior gagal genggam Piala FA !

Tiada Keajaiban untuk Kelantan malam ini ! Tahniah untuk Terangganu. Pandangan peribadi penulis, buruan gol terbaik ternyata Terangganu hebat. Daud Su ? Pasti tak boleh tidur malam ini. Syabas buat semua pemain Kelantan biarpun tak mampu mempertahankan gol keramatnya di minit 80 itu.

Takdir dan karma ! Jangan mudah berpuas hati, kerana ia bisa mengecewakan diri, dan kini Piala FA dijulang buat kali ke-2 oleh negeri tinggalnya TG Haji Hadi. Berjuang habis-habisan - itulah kata Irfan yang tersuntik di setiap dada pemain mereka. Dari semangat itu, Terangganu wajar berada di podium kejayaan. Permainan yang menghiburkan. Dalam hati, tetap terkilan kerana kegagalan Red Warrior meletakkan kemenangan malam ini. Adios ! 


LIVE STREAMING FINAL PIALA FA 2011 di albanjari online sekarang !

Debaran pasti terasa oleh penyokong Kelantan dan Terengganu yang akan bertemu pada perlawanan akhir pada 11 Jun 2011 di Stadium Bukit Jalil.Perlawanan ini adalah penentu segalanya untuk bergelar juara piala FA tahun 2011

Kepada yang tidak dapat bersama-sama merasai keriuhan semangat di Bukit Jalil,jangan risau anda boleh menonton secara langsung di kaca tv melalui Astro Arena saluran 801.

Mesti ada dikalangan kita yang sibuk,anda juga boleh menyaksikan perlawanan akhir Piala Akhir melalui Live Streaming di Internet,dan pastikan kelajuan Internet anda mampu mencapai video streaming.





VIDEO LIVE STREAM FINAL FA KELANTAN VS TERENGGANU 11 JUN 2011


**Gunakan pelayar seperti google chrome atau internet explorer bagi mengelakkan masalah plugin
**Pastikan Internet anda mampu mencapai aplikasi Streaming
**Tunggu seketika untuk paparan video muncul
**Kelancaran Video Streaming bergantung kepada tahap kelajuan internet anda

Cuti Untuk K'tan esok : Prihatin seorang ketua kerajaan berkebajikan !




Ternyata Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz amat prihatin dengan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Buktinya beliau mengisytiharkan cuti umum di Kelantan esok sempena perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu malam ini.

Tok Guru berkata, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu. "Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," katanya di laman Facebook yang saya petik dari laporan Malaysiakini.

sumber : mutaligat


Apabila ulamak dihina dan dicaci !


"..Pemimpin melalui 'ulamak-'ulamak puak dan jahat ini akan mengambil kesempatan terhadap kejahilan rakyat dikalangan umat Islam. Golongan pemimpin yang tidak takutkan tuhan akan terus menipu, menindas dan merampas hak rakyat untuk kepentingan perut dan bawah perut mereka dan keluarga serta kroni mereka juga tidak mustahil menantu-menantu mereka juga. Untuk menutup kebusukan kudis dan bisul mereka ini, mereka akan mencari golongan 'ulamak yang hanya tahu cari makan tanpa rasa takut kepada tuhannya untuk menutup bisul dan kudis pemimpin.."

_
Baru-baru ini ketika wak di Johor Bharu, ada sahabat non-partisan berkata 'ulamak tidak boleh berpuak-puak', merujuk kepada tempias isu Najib seru ulamak yang kalah jawatan di muktamar PAS untuk masuk UMNO.

Merujuk kepada Ustaz AB albanjary, yang dikatakan tidak boleh berpuak pada faham beliau adalah 'ulamak yang tidak cenderong meletakkan suatu ketetapan atau pandangan dan sikap yang lari dari prinsip Islam terhadap suatu isu itu untuk kepentingan mana-mana puak yang berkepentingan dengan mengambil kesempatan terhadap kejahilan masyarakat dengan hujah dan dalil yang mengelirukan.

Oleh itu ulamak yang menyatakan pendirian, pandangan dan sikap Islam atas suatu isu itu untuk dihalalkan tindakkan yang dilarang Islam oleh suatu puak, itulah 'ulamak yang berpuak atau memihak kepada suatu puak atau berpuak-puak. Mereka juga akan cuba sedaya-upaya mengolah hujah dalil-dalil untuk membenarkan tindakan suatu puak yang bertujuan untuk mencari keuntungan disebalik kejahilan orang lain.

Telah dinyatakan bahawa 'ulamak adalah seorang yang mempunyai pengetahuan ilmu yang mendalam tentang ilmu-ilmu Islam. Paling tidak seorang 'ulamak itu mesti mempunyai ilmu tentang fiqh dan usul fiqh, tauhid dan akhlak, hadith dan ilmu-ilmunya, Al-Qur'an, tafsir dan ilimu-ilmu tafsir, dan lain-lain lagi.

Sudah semestinya seorang 'ulamak itu mesti menguasai ilmu Bahasa Arab dari segi Nahu Sorof dan Balaghahnya. Bahasa Arab adalah ilmu alat terpenting bagi seorang 'ulamak untuk memahami dengan betul kandungan Al-Qur'an dan Hadith sebagai sumber utama kerana keduanya itu tertulis di dalam Bahasa Arab.

Kemudian Bahasa Arab juga amat penting bagi seorang 'ulamak untuk mengkaji kitab-kitab hasil ijtihad dan karangan imam-imam besar dan 'ulamak-'ulamak yang muktabar kerana semuanya ditulis dalam Bahasa Arab.

Oleh kerana kecenderungan dan tahap pemikiran manusia adalah berlainan dan terbatas, maka terdapat dikalangan 'ulamak yang menguasai dan mempunyai kepakaran yang khusus dalam agama. Maka 'ulamak-'ulamak Fiqh dipanggil Fuqoha', 'ulamak-'ulamak Hadith dipanggil Muhaddisin, 'ulamak-'ulamak tafsir digelar Mufassirin, "ulamak-'ulamak bahasa dipanggil Lughawiyyun dan sebagainya. Adapun golongan yang mempunyai kepakaran ilmu selain dari ini seperti doktor perubatan dan jurutera adalah tidak termasuk dikalangan apa yang dipanggil sebagai 'ulamak.

Telah berfirman Allah Ta'ala bahawa golongan dikalangan hamba-hamba yang takut pada tuhannya adalah dikalangan 'ulamak. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W pula menyatakan bahawa 'ulamak adalah pewaris nabi, maknanya 'ulamak mewarisi kerja-kerja nabi. Kemudian tokoh-tokoh besar 'ulamak menggariskan bahawa 'ulamak terbahagi pula kepada dua, 'ulamak baik dan 'ulamak jahat ( 'ulamak su'). Adapun 'ulamak yang baik itu dikalangan 'ulamak yang takut kepada Allah, 'ulamak yang jahat pula adalah sebaliknya.

Setelah kita kenal tentang siapa dia 'ulamak, maka hendak pula kita tahu apa persamaan 'ulamak yang berpuak dan 'ulamak jahat ( 'ulamak suu'). Maka bagi saya 'ulamak yang suka berpuak itu adalah juga 'ulamak jahat. Seperti yang saya nyatakan bahawa,
'ulamak yang berpuak adalah 'ulamak yang menggunakan pengetahuan ilmu agamanya untuk menjayakan rancangan dan kehendak suatu puak yang suka melanggar perintah Allah. Dalam hal ini umat Islam akan diperbodohkan mindanya dengan dicelarukan pemikiran mereka agar suatu yang dilarang Allah dan Rasulnya dipandang baik dan elok adanya.
_
Dikalangan puak yang akan menggunakan 'ulamak-'ulamak puak dan jahat ini sudah pastilah dari golongan yang mempunyai kuasa dikalangan rakyat. Golongan yang berkuasa ini akan menjanjikan sedikit habuan dunia kepada 'ulamak puak dan jahat ini sebagai ganjaran atas kerja-kerja keji mereka.

Maka para 'ulamak puak dan jahat ini akan mengeluarkan nas-nas dan dalil beserta hujah juga huraian yang akan mengeliru dan memperbodohkan rakyat untuk menghalalkan tindakan dan dasar yang dimurkai Allah oleh orang yang berkuasa tadi. Kesemua kerje-kerja keji tadi dilaksanakan untuk memaksa rakyat terus taat kepada pemimpin yang melanggar perintah Allah dan menerima suatu perintah itu seolah-olah ia juga adalah suruhan dan perintah dari Allah.

Pemimpin-pemimpin yang menggubal dasar dan melaksanakan pentadbiran yang bercanggah dengan Al-Qur'an dan Sunnah adalah orang yang melawan Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu 'ulamak-'ulamak yang menjadi perisai kepada pemimpin yang dimurkai Allah dan Rasulnya juga adalah golongan yang melawan Allah dan Rasulnya.

Golongan-golongan yang melawan Allah dan Rasulnya akan tergolong pula dikalangan kufur atau munafiq atau fasik. Jika pemimpin dan 'ulamak yang berganding bahu menolak Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sumber rujukan digantikan pula dengan idealogi-idealogi falsafah yang bertuhankan akal semata-mata, dikhuatiri kufur mereka itu.
Jika dikalangan pemimpin dan 'ulamak itu berkomplot dibelakang rakyat dengan menjadi musang berbulu ayam, di hadapan rakyat hebat bercakap tentang Islam dan sebagainya, tetapi dibelakang menyusun strategi meruntuhkan Islam, dikhuatiri munafik mereka itu.
_
Jika pemimpin dan 'ulamak suka melakukan dosa besar dan membiarkan rakyat terus hancur, dikhuatiri fasik mereka itu. Para 'ulamak puak dan jahat sebenarnya tidak takutkan tuhan. Mereka mencari jalan untuk memaksa dan meracun minda rakyat menerima apa sahaja tindakkan pemimpin dengan ugutan psikologi dan mentaliti rakyat melalui hujah dan dalil agar mereka menerimanya seolah suatu fatwa.

Pemimpin melalui 'ulamak-'ulamak puak dan jahat ini akan mengambil kesempatan terhadap kejahilan rakyat dikalangan umat Islam. Golongan pemimpin yang tidak takutkan tuhan akan terus menipu, menindas dan merampas hak rakyat untuk kepentingan perut dan bawah perut mereka dan keluarga serta kroni mereka juga tidak mustahil menantu-menantu mereka juga. Untuk menutup kebusukan kudis dan bisul mereka ini, mereka akan mencari golongan 'ulamak yang hanya tahu cari makan tanpa rasa takut kepada tuhannya untuk menutup bisul dan kudis pemimpin itu tadi.

'Ulamak puak dan jahatlah yang akan berperanan menghiasi dan memberi wangian ke atas bisul dan kudis pemimpin yang terus busuk dan membusuk itu. Buat ingatan pemimpin dan 'ulamak yang tidak takutkan tuhan, sebanyak mana bedak diletak di atas kudis dan bisul yang busuk, wangi bedak itu tidak akan dapat menutup busuk juga kudis dan bisul yang akan terus membusuk dan bernanah. Suatu masa pasti rakyat akan terbau busuk dan melihat nanah serta bisul yang terus bernanah dan membusuk. Begitulah busuk dan buruknya kerjasama pemimpin dan 'ulamak yang memesongkan rakyat dari jalan yang sebenar demi kepentingan perut dan bawah perut mereka.

Adapun para 'ulamak yang baik-baik tidak akan berani melawan perintah Allah dan Rasulnya. Para 'ulamak yang baik-baik tidak pula akan takut menyatakan pendirian agama terhadap pemimpin mereka. Allah telah menyatakan bahawa orang-orang yang takutkan Allah adalah 'ulamak. Sudah tentu 'ulamak yang hakiki adalah 'ulamak yang takutkan tuhannya dengan menyuruh kepada yang baik-baik dan melarang yang jahat-jahat. Apa-apa yang disuruh oleh Allah maka yang baik-baiklah ia, sebaliknya yang disuruh jauh oleh Allah malah jangan dekati maka yang jahat-jahatlah ia.

'Ulamak mewarisi kerja-kerja nabi. Antara kerja-kerja nabi selain dari beribadat dan menyebarkan dakwah adalah menjadi pemimpin keluarga, masyarakat hatta negara. Baginda Rasulullah adalah ketua keluarga, panglima tentera serta ketua kerajaan dan negara. Baginda telah menetapkan dasar bermasyarakat, berekonomi dan berpolitik di bawah naungan wahyu ilahi. Justeru para 'ulamak yang kerjanya meneruskan kerja nabi mesti bersama-sama memperjuangkan sistem sosial, ekonomi dan politik yang telah nabi tinggalkan lebih seribu empat ratus tahun dahulu. Jika tidak, maka saksikanlah bahawa Islam hanya wujud di masjid-masjid, tanah-tanah kubur juga 'name-tag' orang-orang yang namanya bercirikan islam sahaja.

Para 'ulamak yang baik-baik yang menyertai mana-mana badan pertubuhan dan parti politikyang memperjuangkan Islam saya yakini tidak termasuk mereka itu dikalangan 'ulamak puak dan jahat. Para 'ulamak yang bergerak menjalankan aktiviti dan program contohnya Persatuan 'Ulamak Malaysia dan lain-lain bukanlah termasuk dikalangan berpuak.

Matlamat mereka jelas untuk mengembangkan dan tidak berani melampaui batas-batas iman dan kufur dalam memberi pendirian dan sikap islam terhadap suatu perkara. Para 'ulamak yang berjuang untuk mendapatkan kuasa politik kerana dengan kuasa tersebut Islam terlaksana, maka mereka hanya bergerak di dlam organisasi politik yang tidak berani melanggar perintah Allah untuk mencapai matlamat membina negara yang baik-baik, negara yang sentiasa dirahmati dan diampuni dan rakyatnya takutkan tuhan belaka. Para 'ulamak yang bergerak, berpesatuan dan berparti memberi contoh mereka juga adalah dikalangan masyarakat sivil.

Mereka bergerak dan beroganisasi menurut lingkungan peruntukan undang-undang sedia-ada. Jika mereka bergerak dan berjuang tanpa ada persatuan dan organisasi, maka kelak akan didakwa di mahkamah kerana bergerak secara haram pula. Cuma yang membezakan antara 'ulamak yang baik-baik dan 'ulamak puak dan jahat adalah matlamat mereka samada benar-benar menegakkan yang hak dan menolak yang batil atau bersama bersekongkol menggadai prinsip dan maruah agama untuk digantikan dengan harta dunia, termasuk juga dalam golongan ini 'ulamak yang membisu ketika ada pemimpin yang menggadai maruah dan kedaulatan negara.

Untuk tidak menjadikan 'ulamak itu berpuak atau jahat, maka hendaklah 'ulamak itu jujur dan menghormati disiplin ilmu yang telah digali dahulu. 'Ulamak wajib sentiasa takutkan tuhan, suruhan dan tegahannya. Tiada siapa lagi yang layak untuk memberi nasihat kepada pemimpin negara melainkan 'ulamak atau yang paling afdal 'ulamak itu juga adalah pemimpin.

Peranan 'ulamak amat besar kerana mereka ditugas untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh baginda nabi. Dalam konteks berpolitik dan bernegara, 'ulamaklah yang akan memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin untuk menyelesaikan suatu isu menurut pandangan Islam. Negara yang menjunjung wahyu dan sunnah sebagai perlembagaan negara mesti menyelesaikan suatu masalah dengan pendirian Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith.

Dalam konteks perekonomian, masalah pengagihan hasil kekayaan yang terhad terhadap kehendak manusia yang tidak terhad perlu diselesaikan dengan pendirian Islam yang nyata pembahagian menurut persamaan hak yang terjamin dalam sistem sosial Islam. Masyarakat perlu disusun dengan adil sesuai dengan fitrah kejadian manusia tanpa ada kasta dan penindasan, perbezaan bangsa, bahasa dan warna kulit kerana asal usul manusia semuanya sama dari nabi Allah Adam A.S dan Sayyidatina Hawa sebagai ibu dan bapa seluruh manusia.

Pergerakan dan tindakan manusia hendaklah dihadkan agar tidak merampas dan menceroboh hak manusia lain, maka menjadi tanggungjawab pemimpin dan 'ulamak untuk memberi pendidikan yang berteraskan 'aqidah, syariat dan akhlak Islam agar tertanam di hati mereka akan takut kepada tuhan di samping menegakkan sistem perundangan Islam untuk menjamin hak asasi manusia.

Kalau bukan 'ulamak, siapa lagi yang akan menasihati pemimpin dari melakukan penipuan dan penindasan yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita kerana menyerap kerugian hasil negara yang dibolot oleh pemimpin yang rasuah dan 'ulamak yang pekak bisu. 'Ulamak yang suka menggadai agama untuk harta tidak boleh diharap. Kuasa yang ada pada masyarakat juga mampu menyedarkan 'ulamak yang tidak sedar diri untuk pulang ke pangkal jalan.

Malangnya kini 'ulama sering dipersenda oleh pemimpin sekular yang melihat 'ulamak sebagai tidak memberi apa-apa keuntungan bagi pihak perut dan bawah perut mereka dan kroni-kroni mereka. Hanya 'ulamak yang dapat diseleweng ilmunya untuk kepentingan pemimpin sekular yang melihat mereka ini dapat mengekalkan kuasa untuk terus mencuri, menipu, menindas dan merampas hak rakyat dengan bertopengkan hujah-hujah sesat 'ulamak jahat yang tidak takutkan tuhan.

Untuk menuju ke arah itu, tidak dapat tidak, kita mesti terus berusaha untuk menukar pemimpin yang tidak takut kepada tuhan kepada pemimpin yang takut kepada tuhan, kerana pemimpin yang takut pada tuhan pasti akan didampingi oleh para 'ulamak yang takut kepada tuhan juga. Akhirnya, maka teringatlah akan saya sepotong hadith yang mafhumnya menyebut;
sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan menarik semula ilmu dari manusia dengan begitu sahaja, tetapi Allah S.W.T akan menarik semula ilmu dari manusia dengan mewafatkan para 'ulamak, sehingga tiada lagi orang-orang yang 'alim, maka ketika itu manusia akan mengangkat orang yang jahil untuk memimpin mereka, dan mereka itu dikalangan orang yang sesat dan akan menyesatkan.

PANAS BERAPI - Perlukah Happy Father's Day diraikan ?

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya.

Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.

Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak.

Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka? Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14: Maksudnya:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”

besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah.

Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka. Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia.

Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.

Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya :
Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.

Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.

Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:

  1. Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.
  2. Berbuat baik kepada ibu - bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.
  3. Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.
  4. Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya: Maksudnya:
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih  sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)

(*) Teks khutbah oleh JAKIM. Khutbah jumaat disampaikan oleh Ustaz MRK albanjari@penulis albanjari online


18SX - Tayang dalam bas dipenjara, tayang di blog boleh sukaria ! Ptuihhh !!

Dipenjara bro ! Tayang dalam bas kena hukum, tayang di Carcosa Hotel apa cerita ? Itu yang dok siar klip lucah mr.t di blog-blog 24 jam sehari sampai telur dan terung pun dah tak ada sensored tu apa hal pulak? Bangang punya hundang-hundang ? Go Mat Sabu...jumpa di Penaga malam nih..kita tempeleng UMNO ramai-ramai !



PANAS BERAPI : Isu keretapi bukit bendera tak boleh naik ?





Nak tanya Ng. Yen-Yen ker..tanya puak haramjada..tuh ? Haramjadah punya kerja..! Kalau nak tiga suku pun jangan heret sekali rakyat yg tak berdosa. Sendiri berak..sendiri basuh laa..! Ptuihhh !! (Sumber foto : Naz-Shahniefa)



Akhirnya Ng Yen2 bercakap, lepas empat lima hari keretapi bukit bendera dok asyik sat-sat tersadai. Dah Tiga kali tersadai... tourist nak cuba try test keretapi baru tu pun kecewa.

Kena lak musim cuti sekolah... lagi ler frus mamat dan minah yang nak berdua-dua naik ketapi yang menelan belanja puluhan juta tu. Yang tak syoknya.. TV3 suku bukan main tembak kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya CM Lim Guan Eng kononnya yang buat projek ketapi puluh2 juta yang dok punah memanjang tu... membazir pitih rakyat. Hampir giler meroyan penonton TV giler tu mendengor nyer.

Tak salahkan wartawan TV giler tu ler sebab memang depa tiga suku. Menteri berkenaan DS Dr Ng Yen2 buat derk je... tapi tetiba bersuara dengan berkata punca perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera tergendala tiga kali kerana ketiadaan tenaga pakar berpengalaman mengendalikannya.
Yen2 berkata, kumpulan mengendali kereta api itu harus berkemahiran dan berpengalaman.

"Kakitangan Perbadanan Bukit Bendera (PHC) yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan didapati tidak berpengalaman dalam mengendalikan sistem perkhidmatan kereta api elektrik buatan Switzerland itu.

"Hasil perbincangan dengan pihak PHC, kami mendapati hanya syarikat kontraktor Garaventa AG Switzerland, yang membina kesemua sistem berkenaan mempunyai kepakaran dan syarikat berkenaan juga telah menawarkan bantuan untuk mengatasi masalah kerosakan yang timbul beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata PHC akan bekerjasama dengan pihak kontraktor yang akan menawarkan kepakaran teknologi yang ada pada mereka. Agaknya lepas sign kontrak.. takda khidmat susulan. Saper ler yang buat kontrak itu.. tak silap dari kerajaan persekutuan. Nah tanya ler Ng 2 Yen.

Update 11.25pm : Maharaja lawak @ Kuantan




Live streaming maharaja lawak di sini jam 10.20 malam ini !

Update 10.41pm :
Nantikan live streaming maharaja lawak minggu 11 disini jam 10.20 malam hari ini, jumaat 10.6.2011. Pasal astro dah naikkan harga langganan RM15 pada semua pelanggannya, termasuk wak, maka mulai sekarang, kita boikot astro dengan cracked'kan rancangan terbitannya ke internet secara besar-besaran. Lagi ramai yang buleh bikin..lagi ramai rakyat dapat selamatkan duit itu dari disedut terus oleh astro tanpa kesian-kesian. Yukk...!




18SX - Video seks mat sabu di Ampang ?



'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu
sumber : Malaysiakini
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya. Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama." Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang". Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu. Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti. Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

18SX : Mashitah Oh Mashitah ! Lu apahal ?



Kelab Isteri Taat cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej 'taat' kepada golongan isteri dengan cara yang salah.

"Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.

"Justeru saya menduga bahawa kumpulan ini dikendalikan oleh suami mereka dan boleh menghantar mesej yang salah kepada golongan isteri mengenai ketaatan kepada suami mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kota Baru di sini, Jumaat.

Katanya kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan. "Saya bimbang, mana-mana saya pergi pun istilah taat. Contoh pinang isteri kedua, istilah taat itu digunakan oleh golongan suami untuk meminta isterinya meminang isteri kedua dengan alasan jika isteri mengingkarinya maka ia akan dilabelkan sebagai tidak taat, ia akan menjadi senjata sebenarnya untuk putarbelitkan sebahagian daripadanya.

"Ini semacam dari isyarat yang salah yang akan membingungkan masyarakat," katanya. Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Mashitah meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

Mashitah berkata, hubungan seksual suami dan isteri adalah rahsia serta tidak perlu dikongsi dengan pihak luar kerana ia adalah fitrah manusia.

"Kenyataan mereka menyebut tentang kepuasan hubungan seksual, mereka hendak ajar bagaimana mendatangi suami tetapi pada saya hubungan suami adalah rahsia tidak boleh dipecahkan kepada orang luar," katanya.-BERNAMA

PAS atau UMNO yang hilang konsistensi ?



Kenyataan terbaru dari Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah mendakwa PAS hilang konsistensi dalam isu menjaga ketekalan dasar perjuangan parti, menarik perhatian Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Apa yg diperkatakan oleh Khaled membuktikan sekali lagi bahawa umno sangat resah dan gelisah dengan perkembangan terbaru dalam PAS. Saya rasa sampai bila pun pemimpin UMNO tidak akan faham dengan perjuangan parti PAS kerana parti tersebut selesa dengan situasi berada dibawah tempurung besi, jauh sekali untuk memahami apa yg diperjuangkan oleh PAS.

Kalau saya bertanyakan kepada Khaled tentang apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh UMNO diapun tidak mampu jelaskan, bagaimana beliau menyibuk untuk mengulas mengenai PAS.

Selain itu saya melihat mereka sudah buntu untuk memikirkan helah dan cara memecah belahkan Pakatan Rakyat dan parti PAS itu sendiri dengan taktik yang pelbagai

Tetapi saya yakin PAS tidak akan tergugat dengan pelbagai jolokan yang digunakan oleh UMNO bagi mengelirukan rakyat. Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO membuktikan merupakan sebuah parti yang terlalu jumud sehingga enggan menerima perubahan.

Walaupun Perubahan yang berlaku dalam kepimpinan pas bukan terhadap asas dasar parti, tetapi umno dilihat seperti hilang fokus dan menipu kerana telah menumpukan penerangan kepada umum bahawa pas telah lari dari dasar perjuangan.

Pas tetap konsisten dengan prinsip yang ditetapkan sejak awal penubuhan dan akan tetap dengannya kerana Al-Quran dan Hadis menentukan bahawa sebarang bentuk praktikal dalam perjuang dan apa-apa perkara sekali pun perlu bermatlamatkan Allah SAW.

UMNO mengaku bahawa mereka pejuang bangsa Melayu dan agama Islam tetapi bersikap talam dua muka dalam isu seperti yang dimainkan terhadap PAS. Setelah separuh abad, UMNO BN gagal berubah walaupun PAS yang merupakan parti lawan yang sama “tua” telah melakukan lonjakan persepsi yang mana PAS telah berjaya mendapat perhatian dari dikalangan yang bukan Islam.

Kerana itu Umno cemas dengan sokongan terhadap PAS yang meningkat diluar jangakaan itu. Wujudnya kelab penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan PAS dan ini telah menjadikan PAS sebuah sebagai parti bukan untuk satu bangsa dan kaum.

Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 10 Jun 2011.

PANAS BERAPI - Pekida saman David Teoh ? lu langsi lu mati !






PEKIDA SAMAN TOKEY FILEM KONGSI ?
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - mStar

18SX : kerana nak kena pakai seksi, bos puteri hangin bro !

albanjari | Kg. Milah
Bos puteri umno mesia hangin bro ! Hangin bila presiden kelab taat suami semesia bilang isteri-isteri kena seksi maut depan suami untuk elak suami carik lain. Huhuhu !

Aku yakin dia hangin atas alasan munasabah. Munasabah kerana dia tak boleh nak seksi kot? Harap-harap itu sekadar telahan aku ajer. Seksi tu sabjektif.

Kadang..tengok tiang letrik pakai bra tepi jalan pun boleh 'high' tak tentu pasal. Betul tak? tak percaya..pi tanya tok sidang Rahim Kg. Milah. Wakakaka..korang setuju ker? Aku tak setuju..!



Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam. - agensi/media

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |