PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

MESTI BACA : TERKINI dari ladang ! - entri tanpa tajuk !



Bersih 2.0 - Facebooker pertama di tahan polis !

Ustaz Zakaria yang ditahan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu kelmarin terpaksa tidur dalam Lokap di IPD Kota Bharu dekat Pengkalan Chepa. Maklumat dari Peguam beliau mengatakan bahawa beliau dilokap kerana kegiatannya mempromosi BERSIH 2.0 di dalam Facebook beliau dan kerana enggan bekerjasama (gua tak tau kerjasama macam mana, mungkin kena tukar promote PERKASA, Silat Lincah atau Patriot) beliau dilokap.

Ustaz Zakaria adalah Facebooker pertama ditahan polis berkaitan dengan BERSIH 2.0 - sumber di sini

SILA PATUHI  ARAHAN PIHAK BERKUASA AGAR ANDA TIDAK TERLIBAT DI DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 9 JULAI INI. KEPATUHAN ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN. Terima kasih - editor


Bersih 2.0 : I.S.A akan digunakan !

Tiada lagi rundingan. Amaran keras polis ! Mereka yang degil tetap akan ditahan. Mereka yang memprovokasikan juga akan ditahan awal. Akta ISA akan digunakan ! Bubarkan 'BERSIH' ! Kandungan lanjut baca dibawah. 



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.

Beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - malaysiakini

Brahim ! Hang ingat tu 'jambatan Tendong' tempat mu ker?

PERKASA: Tutup jambatan, jika demo diteruskan - kata Brahing Ali. Dia ingat 'jambatan Tendong, Pasir Mas' ker apa? Ker dia masih dok mimpi ? Orang tua dah pesan, jangan suka cakap dengan katak, kan dah jadi bodoh mcm katak ?

Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad. Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong - Bernama


Siri Tangkap Hantu albanjari - Misi Tangkap PELESIT !

Oleh : albanjari
Sejak wak siarkan kisah ‘toyol’ tahun lalu, respon khalayak sangat bagus. Kalau nanti ada anak2 cucu wak tanya tentang ‘toyol’, tak ler wak gagap nak bercerita. Habis cerita toyol, cerita lain pulak yg timbul.

Apa tak nyer, wak ke pasar, ada orang tanya bab toyol, wak minum kat warung, ada org yg kenal wak, terus nak interview wak pasal toyol, tak cukup dgn tu, yg calling2 wak pun ada. Adeh..wak ni bukan broker tangkap ‘hantu’ beb !! Tapi yg sedey, ada pulak yg mahu wak jadi ‘consultant’ utk tangkap hantu. Hoi..kalau nak belagak jadi ‘konsultan’ tangkap hantu, baik tak payah..bukan buleh nak kaya..!! Silap2 kena sampuk, naik hantu dibuatnya..kecoh 1 kampung..pakat bersawang la blog.

Kalau nak tolong tu boleh la runding-runding. Minggu lepas, lepas pekena ‘cendol’ pulut, ada sahabat ber’hajat’. Cukup ler wak namakan sahabat tu dengan pak aji cendoi. Katanya dia ada masalah, dah lama dah..sejak dia balik ke kampung isterinya di KK., dan duduk dirumah pusaka arwah mertua dia. Apa yang jadi..kalau hang nak tau, ni nak bagi tau..kut2 boleh bantu. Dah tak tahan..! ‘benda’ tu hanya mai, bila bini dia tak dak kat rumah, arakian bila bini pi ziarah ke rumah anak2 dia kat KL atau kat mana2 lah..dia.., ‘standard’ laa..mana nak buleh ikut, dia kan meniaga..nanti lari kustomer, sapa nak bagi soru ! Meniaga cendoi bukan macam meniaga ‘streamyx’.

Seminggu bini dia tak dak, pakat seminggu la dia tidoq dalam kereta depan rumah..nak masuk rumah takut ! macam2 dia dok tengok..macam2 dia dok rasa, bulu roma asyik tegak memanjang, pasai apa ? dia pun rasa ‘pasai’ ada ‘benda’ laa..tapi tak tau nak buat macamana ! Wak pendekkan kisah ni, ini semua pasal ‘saka’. Tau kaa..’saka’ tu apa ? bukan sakai noo..! Wak nak bagi tahu, ‘saka’ tu,

” saka tu asalnya dari jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama ehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Dan ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak, kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendakinya, pendek kata..ikut suka jin tu la dia nak dok dengan sapa..!!

Selalunya ‘saka’ ini jadi masalah apabila nenek moyang pembawa saka itu telah meninggal dunia…ini kerana ketika mereka hidup, toknek hangpa(mereka) bukan toknek wak..hahaha.. telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya itu adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan…”

Panjang jugak wak bagi definasi tentang saka ni, kalau tak faham jugak..memang sah, yg dok baca jenis otak cap ayam !! Dari apa yang wak rasa, sahabat yg nak dibantu ini, sebenarnya mempunyai masalah dengan ‘saka’ iaitu jenis jin dari kategori ‘palesit’. Tau ka pelesit tu apa pulak ? Adeh..nak kena bukak wikipedia la jawabnya..takpa..wak tulis kat bawah ni,

[..] Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang..[ wikipedia ]

Oleh kerana sahabat ini begitu berhajat, maka wak dan tok aji beserta Bang Li akan cuba dengan segala ilmu dan kederat yg ada, memusnahkan ‘saka’ yg menjelma sebagai hantu ‘pelesit’ tu pulak. Maka misi ‘tangkap’ hantu dah masuk ke siri ke-2 pulak, yang lebih mendebarkan. Wak rasa pun dah berdebar, tu belum betui2 lagi.

Maka..InsyaAllah, misi menangkap hantu ‘pelesit’ ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos nanti, lepas kita demo Bersih kat KL lah..! Misi ini lebih bahaya dari misi tangkap ‘toyol’. Wak namakan misi ni ‘misi pelesit’. INGAT !! Pelesit ini adalah jenis jin yang mudah merasuk dan menyerap ke tubuh manusia…kepada yg lemah semangat, pi tidoq dgn bini lagi baguih…!!

Juga, wak tawarkan kepada sesiapa yg mahukan pengalaman ‘ngeri’ berhadapan dengan puaka dari jin dan syaitan ini, untuk bersama-sama menganggotai ‘MISI PELESIT’ ini, ANDA dipelawa dengan tangan terbuka. Risiko tanggung sendiri. So..kepada yang berani tu, sila tawarkan diri dan hantarkan pengenalan diri anda ke email wak, albanjari_online@yahoo.com, tuliskan butir2 lengkap seperti NAMA, NOMBOR TELEFON RUMAH, TELEFON BIMBIT, WARIS TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI (penting ni..mana tau kot kena sampuk dek pelesit kaa..senang nak call waris..untuk dapatkan hujung jari bagi di cucuk agar darah yang keluaq, buleh kami titik kat mulut laki hangpa..! ) dan hanya untuk LELAKI sahaja. Perempuan tak diterima untuk join team ini. Wak hanya terhadkan kepada 30 orang sahaja.

Cepat hubungi wak melalui email, siapa cepat dia dapat join !! Jangan malu..bila lagi nak jumpa ‘pelesit’, kena pulak jenis pelesit muka macam Maya Karin..sapa nak jawab..mantappp !!!

(*) Bulan Ogos, selain dari MISI PELESIT, ada lagi misi tangkap HANTU RAYA di Simpang Lima, Parit Buntar, wak akan perincikan misi tersebut dalam entri yg akan datang !!


Jangan sebut himpunan 'bersih', sebut..'himpunan haram' !

Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya. - malaysiakini

BERSIH - Puluhan Agensi berita luar negara seperti CNBC, CNN, Al Jazeera (English) akan membuat liputan secara langsung besar2an pada 9 Julai ini sempena hari Kebangkitan Rakyat di Malaysia. Diramalkan 500ribu org akan hadir perhimpunan.



Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos. - malaysiakini

'Pencegahan bukan untuk menakutkan rakyat'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan polis menyoal individu yang dipercayai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Sambil menegaskan ia langsung tidak tergelincir daripada landasan demokrasi, beliau sebaliknya berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dipilih secara sah dalam pilihan raya dan diberikan mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada menjadi kucar-kacir.

"Mandat yang diterima ialah untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara. Ini salah satu tanggungjawab kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Apa yang kita lakukan ialah melaksanakan amanah rakyat supaya tidak berlaku sesuatu kejadian yang boleh menjerumuskan negara kepada keadaan huru-hara, kehilangan dan kerosakan nyawa serta harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keperluan menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan haram itu, Najib menegaskan, ia terpulang kepada polis untuk melakukan yang terbaik demi keamanan dan ketenteraman awam.

"Ia terpulang sepenuhnya kepada polis untuk menimbangkan keadaannya kerana telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sebenarnya dalam sistem demokrasi yang diamalkan sekarang sudah mempunyai jaminan bahawa sesebuah kerajaan itu tidak boleh melampaui batas.

"Jika kerajaan BN melakukan sesuatu bersifat kejam dan zalim, maka rakyat akan bertindak dan mengajar kita. Dalam sistem ini kita tidak boleh langsung bersifat kuku besi kerana rakyat akan marah.

"Langkah pencegahan (halang demonstrasi jalanan) langsung tidak bermaksud kita jauh daripada amalan demokrasi kerana kerajaan akan tetap mengadakan pilihan raya dan ia sudah menjadi lumrah akan ada pihak yang menang dan kalah," katanya.

Tambah Najib, rakyat kena faham bahawa semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat dan langsung tidak bertujuan menzalimi serta membangkitkan kemarahan rakyat.- Agensi

Lanyak Bersih 2 : Silat Gayong beri kata dua pada Mahaguru Omar Din !

" mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah, " - huh ? 

Tunggu respon geng 'parang terbang'(klik) sg. manik pulak. Risau bro..! Kalo ini geng sudah 'bunyi', lain macam.. bro ! Aku takut nanti tak pasal-pasal ada kipas heli putus kat atas tu, dilibas parang yang terbang macam bertih punya banyak. Gayat..yeop !!



Kenyataan Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakannya

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa(gambar) berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura. PD

Kumpulan Parang Terbang - " jangan bikin main, " bro !

Cerita pasal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang mana setengahnya di tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik sangat mengujakan. Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman.

Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Saleh yang menyelamatkan orang melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. Kami tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato', cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan di rekodkan dalam sejarah negara.



Parang Terbang kiyai Salleh

"Pada tahun 1940an...heboh seantero negeri perihal keajaiban parang yang berterbangan melibas mangsanya. sapa yang dikatakan terlibat? siapa lagi kalau bukan Kumpulan Selendang Merah. diceritakan orang bahawa kumpulan silat ini bertapak di daerah Muar dan Batu Pahat Johor.

Kumpulan ini juga turut terkenal di Sungai Manik Perak. kumpulan ini diketuai awalnya oleh Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim yang turut dikenali sebagai Kiyai Salleh Selempang Merah...Panglima Salleh Selempang Merah dan Guru Salleh Parang Panjang.

Pada hujung 1945 dan awal 1946 Kiyai Salleh telah memimpin sekumpulan pejuang sukarela yang mahu menentang kekejaman Bintang Tiga di Muar Batu Pahat dan Pontian. kalau tengok pada mata kasar nampak macam parang terbang melibas bunuh orang tetapi sebenarnya menurut cerita...parang itu dipegang oleh ahli kumpulan Selendang Merah yang ghaib dan hanya parang sahaja dilihat terbang.

Di Perak pula...mereka tidak menggunakan parang sebenar. mereka menggunakan daun kelapa yang diletakkan dalam sejadah dan dibacakan zikir kalimah Allah dengan niat Fisabilillah. ketika bertempur ia kelihatan seperti parang dengan fungsi libasan yang sama."

1. Pedang Kiyai Salleh(KS) - boleh melentur dan dibelit dipinggang menyerupai tali pinggang merupakan pemberian seorang tua dari sungai simpang kiri. Ada yang mendakwa pedang tersebut pemberian Dato' Bahaman. Wallahualam...

2. KS mempelajari ilmu dan amalan dari serata tempat. Amalan beliau yang terkenal adalah "ayat empat" dan disertai pemakaian "selempang merah".

3. Ayat 4 tidak membuatkan pedang atau parang mane2 pahlawan "terbang"...tetapi ianye berlaku :
(a) Si yang melihat pengamal ayat empat...tinggi setinggi pokok kelapa.
(b) Si yang Melihat hanya nampak senjata manakala empunya senjata dighaibkan Allah. Disinilah bermulanya kisah parang terbang. Padahal musuh tak nampak si pembawa senjata...bukan parang tu terbang dengan sendiri...

4. Selempang merah hanya simbolik untuk pengamal supaya mudah mudahan...si pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan dari Allah. Selempang itu cuma kain biasa yang telah didoakan keatasnye...moga2 pemakainya dilindungi Allah.

5. Ayat Empat
a. Lailahailla anta subhanainni kuntum minazzalimin
b. Wallahu ngalibun alal amri
c. Ya haiyu ya qaiyum ya ilahana wailahukum ilahauwahidan......... ada lagi sambunganye
d. Yazal jalali wal ikram

6. Air(dalam tempayan) yang diminum oleh para pejuang pada sehari sebelum serangan...akan beramal dengan ayat empat tersebut disertai dengan bacaan surah yaasin....airnya diminum oleh setiap pejuang sebelum dipakaikan selempang merah untuk membakar semangat para pejuang.

7. Pantang setiap pejuang mengambil harta benda musuh mahupun makanan...kecuali senjata...tujuan pantang tersebut bagi mengelakkan mereka terpesong dari tujuan asal untuk berjuang di jalan Allah.

Kun faya kun kate Allah...semua yang tak terjangkau dek akal boleh berlaku.
(sumber - email group)

Muka pantat buat-buat terkejut pulak ! Macam sial jer !!

Aku sempat tonton berita 1.30 ptg tadi di tv 3 suku. Gemuruh sungguh puak Umno dengan muka langsung tak boleh nak percaya tu bilang, kesalnya depa pasal kejadian yang menimpa pejabat depa di simbah cat dan dibaling ayam busuk. 

Kepala hotak lu laa...! Kalo nak bikin drama, bikin ler nampak real bro ! Nampak sangat, sendiri baling cat, sendiri buat-buat muka macam pantat terkejut..!



Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan supaya ahli akar umbi tidak melatah kerana perbuatan tersebut bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara. - malaysiakini

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT ‘KUNING’ KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH. - blog umno cheras

Perhatikan betul betul ayat Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur. mana dia tau tujuan si bangang yang nak baling ayam dan simbah cat tu? dia ada deria ke enam macam gua ke? ke..sendiri baling sendiri lepas tu baru cipta tujuan? kah kah kah!

Apa kaitan ayam sembelih dengan kemarahan melayu? setahu gua melayu paling alergik dengan babi. patutnya umno bersyukur kerana ayam tu dah disembelih. tinggal nak buang bulu, cuci dan potong secukup rasa.boleh juga buat makan makan. dengarnya umno cheras dapat empat ekor. peh!

notasemut kata - jangan ingat orang lain bodoh macam umno la. ini semua taktik bangang semulajadi yang diwarisi umno sejak turun temurun lagi. dulu dekat pejabat dap sg. chua pun ada kes gantung ayam mati juga. yang tu tujuan apa pulak? gantung ayam mati dekat pejabat dap untuk bangkitkan kemarahan melayu? bangang! - sumber asal

Bersih 2.0 : Ketua Polis beri Amaran lagi KERAS hari ini !! Huh !!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menggunakan semua langkah pencegahan yang ada untuk memastikan perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini tidak akan berlangsung.

Ini kerana katanya, polis telah mengumpul maklumat yang menunjukkan bahawa terdapatnya elemen dalaman dan asing yang akan mencetuskan huru-hara sewaktu perhimpunan itu nanti. Ismail untuk kesekian kalinya, sekali lagi mengingatkan semua pihak tidak kira dari sebelah mana sekali pun bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sebagaimana yang dirancang.

Keutamaan polis adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, katanya. “Terdapat beberapa kumpulan sama ada secara terbuka atau secara rahsia merancang untuk mengumpulkan beribu orang semata-mata untuk mencipta huru-hara dengan cara menghasut orang ramai agar berkumpula pada 9 Julai nanti,” katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Aman pada Rabu.

Katanya, setakat ini polis telah menahan 101 orang di seluruh negara kerana didapati cuba menghasut atau menyeru orang ramai agar menyertai perhimpunan yang dirancang itu. Dari jumlah itu, katanya, 45 daripada mereka masih lagi ditahan untuk tujuan disoal siasat atau membantu siasatan berikutan terdapatnya 1,830 laporan buat yang dibuat oleh orang ramai di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu.

“Berdasarkan maklumat yang polis perolehi hasil daripada siasatan, jika perhimpunan itu dibiarkan untuk diteruskan ia boleh mencetuskan huru-hara, kerosakan kepada harta benda awam, kecederaan dan juga kebarangkalian akan berlaku kehilangan nyawa.

“Maklumat risikan yang polis perolehi menunjukkan bahawa terdapatnya usaha daripada pihak tertentu termasuk elemen-elemen asing yang mungkin mengambil peluang daripada perhimpunan tersebut untuk mengeksploitasikan keadaan,” katanya lagi. Ismail menegaskan, sekiranya situasi ini tidak dibendung dari awal, ia akan mengancam keselamatan awam dan juga negara.

“Oleh yang demikian pihak polis tidak akan sama sekali membiarkan situasi ini berlaku dan tidak akan membiarkan mana-mana individu mahupun kumpulan mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk mencetuskan kekacauan dan juga anarki di dalam negara.

“Maka polis akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak atau individu yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini,” kata Ismail. Ini termasuklah keatas mereka yang menghasut atau memakai kemeja atau menunjukkan apa juga bahan yang boleh ditafsirkan sebagai mengajak atau meminta orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.


Bersih 2.0 : Polis kata, jangan datang KL 9 julai..!!

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh. Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana. Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.

“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu. - MKini

Suami seru ikut islam, bik.momma terus dendang lagu 'selimut putih' ? Wow !

Najib seru umat islam menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.

Foto disebelah sekadar hiasan. Di percayai foto itu diambil ketika trio Lady FuFu sedang asyik mengalunkan lagu ' selimut putih ' dendangan asal El-Suraya, secara berkumpulan., ketika sambutan majlis Israj Mikraj di sebuah kampung di negara atas angin lewat 2 tahun lalu.

Katanya, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk peribadi Muslim yang patuh pada syariat bagi menjadi tonggak kekuatan individu serta umat Islam.

Baginya, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan kelompok yang taat suruhan Allah, serta meninggalkan segala larangan seperti yang terkandung dalam kitab suci, maka ianya akan menatijahkan keharmonian hidup rakyat sesebuah negara.

''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan hiburan, membuka aurat dan tidak gemar menjaga solat, malah bencikan segala kebaikan orang lain. - Agensi   


PANAS BERAPI - Asmuni, AJK Pas Pusat dilempar selipar ?



BANYAK betul isu ditimbul dalam Blog Kapak Jangak (Blog yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim pemilik Mingguan Wasilah - Editor) yang tak berjawab. Satunya menyangkut hal Pembangunan Bandar Peranginan Sigar di kawasan seluas 943.80 ekar (381.94 hektar) tanah di Lojing, dalam Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Gua Musang.

Saya dah semak sendiri untuk tahu kebenaran cerita. Dalam Harakah 16-30 April 2007 bahagian Fikrah muka surat 2 dan 3 tulisan Dato' Husam Musa ada menyebut hal ini.

Lampiran 3 menyebut projek ini dimohon oleh Sikada Sdn Bhd pada 27/05/2004 dan kelulusan dasar projek diberi kepada Sikada Sdn Bhd pada 06/05/2005 (ambil masa setahun untuk lulus, lewat 4 bulan dari yang disebut penyampai.

Keluasan sebenar yang disebut Dato' Husam Musa ialah 414.5 hektar atau menyamai 1011.38 ekar (lebih luas dari yang disebut penyampai).

Sesudah menyemak di tempat lain didapati betul juga pemegang syer Sikada Sdn Bhd ini ialah:
1. Asmuni Awi: 1,150,000 syer.
2. Frances Liew Sze Mee: 562,500 syer
3. Teh Kim Eng: 562,500 syer
4. Rossitah Mohd Yusoff: 125,000 syer
5. Henry Sik Woo Lien: 50,000 syer
6. Khoo Chooi Thuan: 50,000 syer

Dan Ahli Lembaga Pengarah Sikada Sdn Bhd ini juga seperti disebut iaitu:
1. Henry Sik Woo Lien
2. Khoo Chooi Thuan
3. Asmuni Awi
4. Rossitah Mohd Yusoff

Kebetulan pula, dalam Harakah 16-30 April 2007 itu juga (nasional, muka surat 3) ada temubual dengan Asmuni Awi dalam ruangan personaliti tajuk "Asmuni pernah dilempar selipar ketika jadi hakim".

Asmuni Awi menyebut, "mengahwini Rossitah Mohd Yusoff, dikurniakan empat anak, semuanya lelaki, dua sedang belajar di luar negara, seorang di sini, yang bongsu empat tahun".

Jadi betullah Rossitah Mohd Yusoff itu isteri Asmuni Awi. Begitupun, walau sedikit terkejut kerana tak menyangka mereka banyak wang untuk beli syer-syer tersebut, saya masih tak nampak apa cacat cela mereka menjadi pemegang syer dan pengarah Sikada Sdn Bhd sehingga perlu dijadi isu?

Nota Editor: Komen diatas ditulis oleh Anonymous (tidak bernama) dalam komen no. 7 pada 30 Dis 2007 jam 8.38 AM dan direspon oleh Ramli Abdul Halim dalam Blog Kapak Jangak pada 30 Dis 2007 pada Respon 95.

Umno boleh kekalkan Perak jika pilih calon terbaik

" Ini macam kalo, bukan 33 kerusi, 59 kerusi pun BN boleh sapu ! Kerja 'BERSIH' SPR paling keji ! Hoi..zamry ! Lu tarak percaya sama SPR punya kerja kaa ? BN boleh menang 59 kerusi, suka mak bapak lu cakap cuma 33 ! machaa...lagi tidoq kaa !! Sebelum baca di SINI, baca dulu di bawah.



PRU13 : 33 kerusi kekal untuk BN  - kata UMNO Perak 
Umno Perak yakin ia boleh memperoleh sehingga 33 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang jika dapat menurunkan calon-calon terbaik, berdasarkan usaha memperbaiki perjuangan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin bahagian Umno Perak rasa meluat untuk berkempen atau mendaftar pengundi baru melainkan mereka pasti mengenai calon-calon yang mungkin akan diturunkan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang sehingga 33 kerusi tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak akan bergerak kecuali mereka atau calon-calon pihak mereka dipilih,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi yang ada pada pilihan raya umum 2008. Ia memenangi 27 kerusi dan satu lagi oleh MCA.

Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan negeri itu pada awal 2009 ekoran tindakan melompat parti tiga wakil rakyatnya. Kelmarin, Najib yang mengetuai Umno berkata Barisan Nasional akan meletakkan muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

Pengundi kalangan muda menjadi segmen pemilih penting yang memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pendirian Najib itu boleh menyebabkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno yang mahu mereka diturunkan sekali lagi sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan dalam 12 bulan akan datang.

“(Kepimpinan) Umno sudah mula meminta pemimpin-pemimpin bahagian agar menyediakan bilik-bilik gerakan dan mengadakn kempen pendaftaran pemilih, tetapi ada yang enggan berbuat demikian.

“Mereka mahu duit atau jaminan bahawa merek akan menjadi calon,” kata seorang pegawai Umno Perak kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Umno Perak masih menyenaraipendekkan kemungkinan calon tetapi keputusan akhir terletak pada Najib dan syor datang daripada ketua negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. “Ini sukar bagi ketua parti di peringkat. Mereka perlu tangani yang ini dengan baik bagi mengelak sabotaj seperti 2008,” katanya lagi. April lalu, Zambry melahirkan keyakinan bahawa BN boleh menang kebanyakan kerusi dikuasai pembangkang.

Bagaimanapun Ahad lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat boleh menawan balik Perak dan 10 negeri yang lain dalam pilihan raya umum akan datang dengan memastikan peralihan lima peratus undi. (sumber : M-Insider)

BERSIH 2.0 : Jalanraya bukan ancaman, ia sebagian dari 'the politics of the ordinary' !


Gelombang Kuning di jalan raya sering menjadi sejarah politik banyak negara. Jika di Indonesia, cerita ini dimulai di tahun 1808. Untuk persiapan perang, Daendels membangun ”jalan raya pos” sepanjang 1.000 kilometer antara Anyer di Jawa Barat dan Panarukan, kemudian disambung sampai Banyuwangi di Jawa Timur. Ia, seorang opsir tinggi kerajaan Prancis, yang diangkat Maharaja Louis Bonaparte untuk memegang kekuasaan di Jawa, berencana membuat infrastruktur militer buat memperlancar gerak pasukan bagi menghadapi serbuan Inggeris.

Secara kuku besi, Daendels memaksa agar projek itu siap dalam setahun. Ribuan rakyat di Pulau Jawa mati karena dikerahkan untuk kerja keras dan berat. Pemberontakan timbul tapi dipatahkan soldadu. Kita tak akan melupakan kekejaman itu—seraya memanfaatkan hasilnya. Jalan yang disebut Daendels La Grande Route itu kini sebuah monumen tentang kekuasaan yang efektif dan brutal.

Jalan raya adalah sejarah politik dan kebrutalan. Di sanalah kekuasaan dikukuhkan, seperti dilakukan Daendels dan para penguasa di abad ke-20 dan 21. Tapi di sana pula kekuasaan disanggah. Di tahun 1966, di Jakarta, para mahasiswa ”turun ke jalan”, sebuah istilah yang kini masuk ke dalam kamus politik Indonesia, dan sejak itu aksi yang serupa berkali-kali terjadi, menjatuhkan rezim Soeharto, menggagalkan rancangan undang-undang ini dan itu. Selamanya dengan korban : ada yang mati ditembak, lunyai dipukuli, malah tidak sedikit bangunan yang dirusak.

Ketika kota bertambah penting dalam percaturan politik, jalan raya jadi arena tersendiri. Di sana mereka yang ingin mengubah kehidupan menemukan pengeras suara alternatif, ketika forum yang tersedia (parlimen, mahkamah, media) tapi terus gagal memberi akses benar kepada orang ramai.

Tema ini tak cuma ada dalam cerita Indonesia. Sejak jatuhnya monarki di Mesir, sejak Nasser memimpin, di Timur Tengah para analisis politik selalu memasang radar mereka ke arah ”the Arab streets”. Kata ”streets” di sini sama dengan ruang tempat rakyat berdesak-desak, bersua, bertemu, mendengar, bicara, bergembira, marah, benci, tentang segala sesuatu yang menyangkut negeri mereka, bangsa mereka, kelas mereka. Mereka tak membentuk partai, tak berwujud ”NGO”. Tapi mereka sebuah faktor yang tak dapat diabaikan. Di Arab Streets, tak ada tempat bagi para politikus di parlimen yang bukan dipilih, juga bagi kepala negara yang kehilangan legitimasi. Revolusi bisa meletus dari kawahnya.

Sejarah politik tentu saja tak hanya terdiri dari kejadian yang gemuruh dan spektakuler. Asef Bayat mengamati satu gejala dalam politik Iran yang tak banyak dilihat. Dalam Street Politics: Poor People’s Movements in Iran (terbit di tahun 1997), ia menyebutnya the quiet encroachment of the ordinary.

Dalam uraian Bayat, proses itu tak punya dampak politik yang langsung. Tapi masuknya kaum miskin dari pedalaman ke Teheran, yang sering tak mendapat tempat dalam lapangan hidup dan percakapan, diam-diam telah membawa perubahan tersendiri. Para penguasa yang di atas dengan sendirinya guyah. Tapi di bawah, tulis Bayat, ”praktis yang sehari-hari dan bersahaja itu mahu tak mahu akan beralih mengancah politik.”

Saya ingat sebuah esai pendek Orhan Pamuk setelah ia berkunjung ke Teheran. Ia menyewa mobil dengan seorang supir. Di tengah lalu lintas yang kacau itu si supir mengeluh di kota itu semua orang tak patuh aturan. Anehnya kemudian dia seindir melanggar hukum dengan memotong jalan, sebuah tindakan yang terlarang.

Begitulah, kata Pamuk, di arus lalu lintas Teheran itu justru ”kehadiran agama” paling terasa : tiap kali ribuan orang tak mematuhi hukum, tiap kali mereka berhadapan dengan para ayatullah yang menerapkan dalil Kitab Suci buat segala segi kehidupan. Mereka sedang berkonfrontasi dengan hukum syariah yang mengawasi perilaku mereka terus-menerus. Nah, tatkala di belakang tabir itulah, kata Pamuk, mereka mendapatkan satu-satunya saat untuk bisa menafikan semua itu—sebagaimana orang-orang Teheran yang diam-diam menikmati alkohol haladan percakapan bebas di ruang privat mereka.

Dengan kata lain, Pamuk juga telah menunjukkan bagaimana jalan raya adalah sebuah arena politik—setidaknya the politics of the ordinary. Sayang, Pamuk tak memandang perkara ini lebih jauh; ia tak melihat bahwa politik dari hal-yang-biasa-saja itu adalah bagian dari gerak sejarah yang selalu menggagalkan keserakahan. Ketika para sopir Teheran melanggar aturan lalu lintas, mereka sebenarnya menunjukkan bahwa ambisi Negara untuk menertibkan hanya sia-sia. Mereka sebenarnya menolak sikap para mullah yang tak puas-puasnya menghendaki ”ketaatan” atau ”kesucian”. Tapi mereka juga memprotes sikap rakus para pengendara mobil (ternyata juga mereka sendiri) untuk merebut tiap celah avenue.

Jalan raya adalah sejarah politik—yang sebenarnya juga sejarah keserakahan dan perebutan. Dengan kata lain, sejarah nafsu dan kuasa. Kota-kota di Indonesia kian lama kian dirundung sesaknya lalu lintas. Kesesakan itu adalah indikasi bahawa jalan tak cukup—sebuah kegagalan akibat gagalnya para penghuni kota membebaskan diri dari jeratan ”empat-M” yang menggerakkan kota-kota Indonesia: modal, milik, mobil, dan mode.

Adapun modal juga yang membuat mobil berubah: ia tak sekadar sebuah alat transportasi; ia juga sebuah pesona. Dari waktu ke waktu mobil tampil seakan-akan baru: ia berubah karena sebuah ”musim” berubah dan konon selera juga berubah. Pada saat yang sama, komoditi yang memancarkan pesona itu bertaut dengan hasrat untuk memiliki. Dan karena pesona itu selalu merangsang kekurangan, ada dorongan untuk terus-menerus memiliki—tak hanya satu.

Maka lahirlah ketidakpuasan hati. Sejarahnya belum selesai. Di jalan raya, keserakahan masih berkibar, perebutan ruang masih berlangsung. Pergolakan politik untuk membebaskan diri dari ”empat-M” masih akan terus. Mungkin sampai akhirnya jalan raya musnah, lingkungan runtuh, dan orang berteriak: ”Kita celaka!”


:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |