PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) The Arts Of War - Kita bakor jer si fasik !

Teknik perang yang ada di seluruh dunia sejak zaman silam adalah hampir sama. Perang pasti menerbitkan kegiatan zalim. Lantaran itu kehadiran Rasulullah juga membawa agenda memuslehkan (membaik pulihkan) strategi perang agar tidak terjebak ke lembah zalim dan melampau.

Negara China mempunyai sejarah yang panjang dalam hal peperangan antara kerajaannya sehingga ramai cerdik pandai yang menjadi penasihat perang atau para panglima harus bertanding strategi untuk memenangkan sebuah peperangan. Di antaranya yang paling terkenal adalah Sun Tzu , Sun Bing , Qin Shi Huang, Liu Bang, Cao-Cao, Zhuge Liang dan lain-lain. Tulisan ini hanya akan membahas 1 strategi perang China zaman dulu yang dikembangkan dan dipraktikkan di serata dunia.

Setelah sampai di daerah musuh bakar kapal dan buang persediaan makan. (Xiang Yu). Maksud dari teori ini adalah :

Ketika seorang jeneral kejam yang bernama Xiang Yu ingin memaksa anak buahnya berjuang mati-matian sampai titik darah penghabisan maka cara yang ditempuhnya adalah dengan mengancam kelangsungan hidup dari para tentaranya dengan membakar kapal untuk mereka pulang serta membuang semua bekalan makan mereka. 

Hinggakan kalau mereka tetap ingin hidup, mereka perlu memenangi perang tersebut kerana jika mereka dapat memenangkan peperangan bererti mereka dapat merampas semua keperluan yang mereka perlukan dari pihak musuh yang kalah.

Strategi ini banyak digunakan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menghadapi krisis kekurangan logam untuk membuat senjata terbaru. Mereka terpaksa menggunakan logam berkualiti rendah, terkeluar dari spesifikasi yang diperlukan, besi yang tidak dirawat-haba dan sebagainya. Kualiti rendah semestinya murah dan tidak selamat. 

Hal ini menyebabkan tentera berjuang hingga mati dan tidak boleh pulang lagi kerana pesawat terbang contohnya, hanya selamat untuk pergi sahaja dan tidak tahan lama untuk kembali ke markaz asal. Logam yang digunakan oleh para jurutera Jepun adalah hasil rampasan barang logam rakyat Jepun sendiri seperti peralatan pertanian, perabot dan barang kemas.

Tentera Jerman dan Jepun diarahkan perang dengan sumber makanan dan kerahan tenaga melebihi 4 bulan. Sebagai contoh ada tentera Jepun yang bertugas di Manchuri sejak tahun 1937, diarahkan pula ke Malaya sehingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan rampasan makanan penduduk yang mereka jajahi serta menghalalkan perhambaan seks yang dahsyat. Islam melarang penghantaran tentera melebihi 4 bulan adalah untuk memenuhi tuntutan manusiawi tentera Islam (contoh tindakan Saidina Umar RA).

Jepun dalam pembunuhan beramai-ramai di Nanking (1937-38), telah melakukan rogol dan bunuh beramai-ramai. Mereka yang bertangunggjawab adalah Jeneral Asaka Yasuhiko, Komender Tentera Perluasan Jepun-Shanghai, Tentera Maharaja Jepun Jeneral Iwane Matsui, Jeneral Komander di China Staff Chief Kotohito Kan'in, Menteri Perang Hajime Sugiyama dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula Amerika menggalakkan tenteranya berperang? Gaji yang diberikan sememangnya tinggi (sekitar US $ 3000). Namun begitu tentera Amerika dihantar tanpa ada tarikh untuk penamatan operasi. Hal ini cukup merungsingkan tentera dan mereka berjuang bermatian untuk mendapat rampasan awam, rampasan wanita untuk habuan seks dan sebagainya. Jika dahulu makanan dan kapal dimusnahkan untuk menaikkan semangat, hari ini, tentera dihantar perang tanpa ada tarikh penamat.

Bagaimana pula dengan Islam? Adakah Islam membenarkan penghapusan harta musuh dan membuat kezaliman? Dalam kes pengkhianatan bani Nadhir, Rasulullah s.a.w menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan Yahudi yang tidak berani bertempur secara berdepan di medan dan mereka hanya berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka. 

Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr yang bermaksud: "Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq."

Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan Yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli, begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah Bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama' mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.

Dalam hal ini penghapusan tamar bukan untuk memusnahkan kehidupan rakyat yang tidak berdosa, sebaliknya bertujuan memusnahkan 'kubu musuh'. Jika musuh berlindung di sebalik kota atau kubu batu, wajib tentera memusnahkannya untuk membunuh musuh. Dalam hal ini, Bani Nadhir menggunakan pokok-pokok sebagai kubu mereka, Nabi terus memerintahkan pemusnahan kubu pokok tersebut. Adapun makanan untuk wanita dan kanak-kanak tidak pula dimusnahkan.

Dalam kes pengawalan sumber, Rasulullah menunjukkan contoh dalam peperangan Badar iaitu pengawalan telaga Badar untuk mengurangkan kemampuan perang musuh. Rasulullah tidak meracun telaga atau membunuh ternakan untuk melemahkan musuh.

Hari ini pengawalan sumber bukan lagi yang dikejar selepas perang, sebaliknya ia adalah fokus (target) sebelum perang bermula. Sebagai contoh, dengan alasan senjata nuklear, Amerika telah melanggar (aggressor war) Iraq. Perang Iraq dianggap oleh penganalisis politik sebagai perang minyak di mana sumber minyak merupakan fokus bagi setiap kuasa besar untuk kelangsungan empayar dan hegemoni politik mereka. Dalam kes Perang Iraq, sumber bukan dimusnahkan (tidak termasuk kemusnahan teruk terhadap mangsa dan bangunan) sebaliknya sumber dirampas dan cuba diambil alih.

Seorang Profesor Undang-Undang Universiti Illinois Amerika Syarikat, Prof. Francis A. Boyle mencadangkan setiap negara menyaman Presiden AS, George Bush di atas jenayah perang yang dilakukan. Langkah itu walaupun mungkin tidak berkesan, tetapi ia sebagai satu usaha untuk menunjukkan bahawa masyarakat dunia tidak suka kepada peperangan seperti mana ditekankan di dalam kertas kerjanya bertajuk Jenayah Perang-Jenayah Menentang Keamanan, Jenayah Menentang Kemanusiaan pada Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 di Kuala Lumpur.

Jika diteliti kembali, strategi perang yang diajar oleh Xiang Yu ini adalah bertujuan memotivasi tenteranya secara aktif walaupun melampau. Sebenarnya perang yang bermotif dan bertujuan adalah satu motivasi yang cukup kuat untuk para perajurit berjuang. Dalam kes Palestin, perajuritnya bermatian mempertahankan wilayah mereka kerana mereka berada di pihak pertahanan (pre emptive war and defence) dan menjadi mangsa perang agresif Israel. 

Dalam Perjanjian Perang Geneva 1949, perang agresif (aggression war) adalah diharamkan walaupun Amerika tetap mengamalkannya melalui kuasa vetonya dalam PBB. Lantaran itu Islam hanya membenarkan perang untuk pertahanan dan hanya bertujuan menjaga keselamatan dan maruah agama bangsa dan tanahair. Itulah motivasi perang yang sejati.

"Amanat Haji Hadi" - isu facelift jajaan UMNO baru !

'Amanat Haji Hadi' (AHH) dari mana terbitnya ? Hmm..! 

Boleh aku kata, bahawa AHH itu adalah sebahagian dari bahan sejarah ? Isu kafir-mengkafir yang panas ditimbulkan di awal tahun 1980an bukanlah waktu yg tepat bermulanya AHH dipraktiskan. Dari sumber yang diyakini, AHH itu hanyalah sebahagian dari petikan ucapan ceramah yg pernah disampaikan oleh TGHH di Banggol, Peradong, pada tahun 1981. Isi kandungan ceramah itu telah dirakam, di cetak dlm bentuk kaset dan dijual dimerata tempat di sleuruh negara. Dan pada tahun berikutnya keluar pula versi cetak dalam bentuk poster yang mengambil sedut ucapan TGHH dgn meletakkan kepala tajuk dgn nama Amanat Haji Hadi. Dan ia jadi sangat popular. 

Boleh dikatakan ramai orang-orang PAS ketika itu memilikinya dimana poster cetak itu dijual dgn harga RM3 ringgit sekeping ketika itu. Lumrah, jika bertandang ke rumah-rumah penyokong/orang-orang PAS akan nampak tampalan poster 'Amanat Haji hadi' didinding-dinding rumah mereka. Malah di rumah mertua aku sendiri pun tidak terkecuali. 

Masih ingat isu solat 2 imam? Isu kafir mengkafir hingga sembelihan umno juga haram dimakan oleh orang islam? Isu kafir mengkafir bermula dari pendekatan PAS yang mahu membetulkan akidah umat islam dengan penjelasan tentang batas-batas iman dan kufur. Ia merupakan sebahagian daripada catatan ilmu islam dan bukan persoalan politik.  Antara penekanannya ialah perkara yang boleh membawa kekufuran ialah apabila mengungkapkan perkataan-perkataan yang memperlekehkan syariat Allah, dan kebetulan dari itu dan ketika itu sebilangan pemimpin2 UMNO khususnya begitu celupar khususnya mengenai hukum hudud. 

Apabila hati sudah hitam, dan kebebalan otak yang tidak dipandu dengan fitrah islam, anehnya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan syariat islam ketika itu, berkaitan hudud..langsung tidak bertaubat, malah mencipta pula isu lain dengan mendakwa  "PAS tuduh UMNO kafir". Dan isu itu menjadi besar bila media UMNO mengambil alih untuk memburukkan PAS. 

(Klik imej untuk paparan lebih besar) Debat UMNO lawan PAS diusulkan. Namun dibatalkan atas sebab keselamatan dan ketenteraman oleh bapak menteri ketika itu. Sedangkan rakyat tahu, UMNO tidak mampu berhujah dan dari stimulasi debat tipu-tipuan yang dibuat oleh UMNO sendiri, UMNO sendiri tewas. Oleh kerana isu yg dicipta oleh UMNO itu sudah membarah menjadi besar hasil sokongan dari media-media kerajaan seperti RTM dan media cetak,   maka imej PAS menjadi sangat teruk. Lebih-lebih lagi wujud pula segelintir pemimpin dan penyokong2 PAS terlebih laju dari kitab, terus menghukum UMNO itu kafir. Itu adalah betul...kerana hal ini berlaku di kampung Titi Gantung, yang ketika itu saya bermastautin disana bilamana kenduri-kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang-orang PAS, begitu juga kenduri orang PAS tidak dipedulikan oleh orang UMNO...malah solat berjemaah jika imamnya orang UMNO maka tidak akan ada makmumnya dari kalangan ahli PAS..gara-gara isu kafir mengkafir. 

Dalam konteks yang lebih besar, wujud pula golongan-golongan yang berjuang berlandaskan nafsu amarah terhadap UMNO, kemarahan yang membuak-buak hingga wujud kuliah-kuliah yang mengalakkan agar memotong kaki orang UMNO dengan pisau tebas, jika ada orang UMNO mati dan dikuburkan di kuburan orang islam maka mayat itu akan merangkak dalam tanah ke jirat cina. Ucapan-ucapan dan ceramah2 mereka yang berapi-rapi itu yang didorong oleh nafsu amarah telah ditegur oleh pucuk pimpinan yang lebih atas namun tidak dihiraukan.

Dengan takdir Allah, golongan yang merapu meraban ini di dalam PAS akhirnya menyertai UMNO atau berada di pentas UMNO untuk membelasah PAS. Diguna semaksimanya oleh pemerintah ketika itu didalam ceramah tertutup Biro Tata Negara untuk mendedahkan 'kesesatan' PAS. Siapa yang tidak kenal CN Al-Afghani. Tokoh terhebat bikinan UMNO kerana berjaya menjulang 'kesesatan' PAS' sedangkan satu masa dahulu ketika didalam PAS, beliaulah yang lantang mengkafirkan orang UMNO dan saudara-maranya. 

Isu kafir-mengkafir (isu kecil yang diperbesarkan) sekitar tahun 80an sebenarnya telah terhapus apabila Presiden PAS ketika itu, Almarhum Dato' Fadzil Noor memperkenalkan program " memasyarakatkan PAS" dan ia menemui kejayaan dimana selepas itu tiada lagi pulau-memulau, solat 2 imam dan sebagainya. 

Hebatnya ketika itu..bila pimpinan PAS memberi pandangan untuk mengutamakan kenduri orang UMNO, jika berlaku pertembungan dalam sebuah kampung itu adanya kenduri orang UMNO dan PAS pada hari yang sama, maka wajar keutamaan hadir ke kenduri UMNO itu, kemudian ke kenduri orang PAS. Ini sebagai strategi untuk menarik orang UMNO untuk memahami PAS. Penyokong UMNO wajar ditarik dan ditarbiyahkan. 

Usaha-usaha yang beterusan itu yang dicetuskan oleh Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor benar-benar berkembang sehingga sekarang, dan jika dilihat sekarang UMNO semakin tenat dan nazak..? Maka dengan itu UMNO melihat pentingnya "Amanat Haji Hadi' itu dibuka semula untuk dijadikan isu, isu yang difaceliftkan bagi memecahbelahkan umat islam khususnya di negara ini. 

Perlu disedari bahawa UMNO kini sedang meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa, apabila isu hudud tidak boleh makan, dibongkarkan semula isu AHH ini untuk mencuri undi orang islam. Kesian JAKIM, baru sekarang nak panggil Tuan Guru Haji Hadi berkaitan isu AHH, sedangkan isu itu telah hampir 30 tahun wujud. Agaknya JAKIM juga tidak terkecuali di faceliftkan semula...kerana JAKIM sebelum ini JAKIM yang hanya tahu tidur dan makan. 

(*) sumber diolah semula dari rujukan tulisan oleh Saudara Zulkifli Yahya.

Ambang PRU13 - Abdullah,angka 13 dan wahyu rusmah !

Kurang dari 60 jam dari sekarang, kita akan meninggalkan tahun 2012. Kita buka lembaran baru, tahun baru bersama harapan baru. Dua Kosong Satu Tiga (2013). Ada orang bilang angka itu mengerunkan. Ada orang lain pula bilang, tahun itu tahun keseronokan. Apa yang pasti maka benarlah sangkaan hubaya-hubaya rakyat bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada tahun yang angkanya turut memuatkan angka 13. Cumanya kita masih berdebar menantikan wahyu dari rusmah, angka tepat untuk Parlimen itu dibubarkan. Apakah pada 13.3.13, atau 31.3.13 ? Setengah sahabat yakin bahawa najib dan rusmah tidak akan membubarkan Parlimen seawal Januari ataupun Februari. Alang-alang dihujung kuasa, kita bedal aja..sampai habis tempohnya..!  

Mulai 2013, bersama azam dan tekad untuk melihat 'perubahan kepada 'kerajaan' baru menerajui negaraku yang tercinta, aku kembali semula menulis. Menulis untuk melemparkan pandangan sendiri. Dan tentunya aku menulis di blog milikanku sendiri, bukan berkongsi-kongsi. Rasanya cukuplah setahun aku bercuti panjang.

Siri Pengenalan ini cukup untuk permulaan aku berkisah tentang  Abdullah Bin Ubai Bin Salul. Kenal ker siapa dia ? Jika belum kenal, bacalah sehingga habis kerana Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sangat berleluasa disekeliling anda sekarang malah kecemerlangan mereka-mereka ini begitu menyerlah ketika hampirnya pilihanraya. Betul..tak percaya ? Teruskan bersama siri-siri seterusnya di albanjari online. 

Bila ada pemimpin juga berperangai munafiq, jangan pula pengikut pun nak dibawa sama ke neraka ! 

Abdullah Bin Ubai Bin Salul.
Di kisahkan bahawa, beliau bersama pengikutnya amat kecewa, seterusnya menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W. 

Golongan munafiq ini merasakan bahawa Rasulullah dan jamaahnya telah merampas apa yang mereka cita-citakan selama ini. Maka tertanamlah di hati mereka perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang sentiasa membara, seterusnya berusaha mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah S.A.W dan umat Islam.

Apabila Islam mencapai kemengan dan mempunyai kekuatan maka mereka pun berpura-pura memeluk Islam. Setiap Jumaat apabila Rasulullah S.A.W duduk di atas mimbar, "Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun bangun bercakap kepada orang ramai untuk berpura-pura ; " Inilah dia Rasulullah berada bersama kamu, dengan sebabnyalah kamu diberi kemuliaan dan kemenangan oleh Allah, oleh itu tolonglah dia, berilah sokongan kepadanya, dengarlah dan taatlah perintahnya". Kemudian 'Abdullah Bin Ubai pun duduk. 

Setelah berlaku peperangan Uhud, apabila 'Abdullah Bin Ubai telah diketahui dan dibuktikan akan 'penyelewengannya', tiba-tiba Abdullah Bin Ubai bangun pada hari Jumaat seperti biasa, tanpa ada perasaan bersalah tetapi orang-orang Islam yang berada di dalam masjid menarik pakaiannya supaya duduk sambil berkata kepadanya ; " Wahai musuh Allah...!!! duduklah.., sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap, kerana kamu telah melakukan kerja-kerja jahat...!!!". Lalu 'Abdullah Bin Ubai pun keluar dan merungut dengan kata-kata yang tidak baik. Seorang sahabat dikalangan Ansar berkata ; "Sungguh celaka kamu ini...!!! Kembalilah bertemu Rasulullah supaya dia beristighfar untukmu." 'Abdullah Bin Ubai menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak mahu dia beristighfar untukku."

"Abdullah Bin Ubai Bin Salul juga terlibat dengan peperangan Ahzab dengan meniupkan propaganda dan provokasi untuk melemahkan semangat umat Islam. Namun segala usahanya itu gagal. Rasulullah S.A.W masih memberi kepadanya peluang supaya sedar dan insaf namun dia terus juga dengan sifat munafiqnya.

Dalam peristiwa peperangan Bani Mustaliq, Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan pengikutnya keluar bersama pasukan tentera Islam, tetapi Allah S.W.T yang telah mendedahkan segala-galanya tentang kedudukan orang-orang munafiq, diantaranya firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-Taubah ayat ke 47 yang bermaksud ;
" Kalaulah benar mereka ( golongan munafiq ) keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan ( kekuatan ) kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan dan keretakkan hubungan ) di kalangan kamu, sedangkan diantara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah maha mengetahui akan orang-orang yang zalim " ( Surah At-Taubah ayat-47 )

'Abdullah Bin Ubai Bin Salul telah mengambil kesempatan daripada satu perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat, seorang dikalangan Muhajirin dan seorang lagi dikalangan Ansar. Ibnu Hisyam di dalam sirahnya meriwayatkan bahawa seorang budak suruhan kepada sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab Radiyallahu 'Anhu yang bernama Jahjah Bin Sa'id Al-Ghaffari telah bertengkar dengan Sunan Bin Wabir Al-Jahri. Mereka berdua di tengah-tengah kalangan orang ramai di telaga Al-Mu'araisi pada ketika Rasulullah S.A.W singgah di situ. Kedu-dua mereka hampir berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Al-Jahri melaungkan ; "Wahai kaumku Ansar...!!!" dan Jahjah pula membalas laungan ; " Wahai kaum Muhajirin...!!!". Rasulullah S.A.W memarahi mereka berdua dengan bersabda ; " Adakah kamu kembali kepada jahiliyyah sedangkan aku masih berada dikalangan kamu ? Tinggalkanlah ia ( jahiliyyah ) kerana ia adalah sangat keji, busuk seperti bangkai." Alhamdulillah, kedua-dua orang sahabat itu menghentikan pergaduhan mereka.

Namun peristiwa itu didengari oleh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul lalu marahlah ia dan dia berkata kepada orang sekelilingnya ; " Apakah mereka ( kaum Muhajirin ) sudah berbuat demikian...sudahlah mereka mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak Quraisy ( maksudnya orang Islam dari keturunan Quraisy ) ini tidak ubah seperti kata orang ; Gemukkanlah anjing kamu nanti dia akan menggigit kamu ( melepaskan anjing yang tersepit ), sesungguhnya demi Allah sekiranya kita pulang ke Madinah golongan termulia akan mengahalau golongan terhina...!!!"

Ucapan jahat 'Abdullah Bin Ubai bin Salul ini di dengari oleh Zaid Bin Arqam, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan memaklumkan peristiwa itu. Kebetulan Sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab ada bersama. Lalu sayyidina 'Umar berkata ; " Suruh sahaja 'Abbad Bin Bisyr pergi membunuh dia." Rasulullah S.A.W bersabda ; " Bagaimana wahai 'Umar, nanti orang akan berkata Muhammad membunuh sahabatnya, biarkan dia pergi".

Berita Ucapan 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sampai kepada pengetahuan anaknya yang juga bernama 'Abdullah Radiyallahu 'Anhu, dia seorang soleh dan benar-benar beriman tidak seperti bapanya yang munafiq. Beliau meminta izin daripada Rasulullah S.A.W dengan berkata ; " Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah." Tetapi Rasulullah tidak mengizinkan 'Abdullah berbuat demikian kerana untuk mengelakkan fitnah.

Adapun 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui bahawa ucapannya itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan terus berjumpa dengan baginda dengan bersumpah menafikan ucapannya itu. Tiba-tiba seorang daripada sahabat di kalangan Ansar berkata ; " Ya Rasulullah.., mungkin budak yang melaporkan berita itu tersalah dengar apa yang sebenarnya di ucapkan oleh 'Abdullah Bin Ubai." Rasulullah S.A.W terus mengingatkanya. Maka Zaid Bin Arqam berdukacita dan merasakan dia telah diperbohongkan. 

Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Adil menurunkan wahyu surah Al-Munafiqun kepada Rasulullah S.A.W mendedahkan perkara yang sebenar dilakukan oleh orang-orang munafiq khususnya 'Abdullah Bin Ubai. Wahyu itu membenarkan kata-kata Zaid bin Arqam yang didengarnya dari 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu.

Firman Allah Ta'ala mafhumnya ;
" Mereka ( golongan munafiq ) berkata ; Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah benar-benar orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Pada hal bagi Allah dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui " ( Surah Al-Munafiqun ayat-8 )

Rasulullah S.A.W telah memanggil Zaid Bin Arqam dan membacakan Surah Al-Munafiqun kepadanya kemudian baginda bersabda ; "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kamu sebagai seorang yang benar.".

(*) SIRI 2 - Mengapa perlu jadi 'munafiq' ? Satu polifisyen politik yang wajib baca. Nantikan ! Kita bongkar..kita bongkar..tetapi tidak perlu sampai mengaibkan orang..itu tak ada etika bro...! Dan boleh membuka jalan short-cut ke neraka...! Ingatt...!!

"etika ? boleh buang dalam longkang..ptuihhh ! "

Kenyataan dari bekas menteri porno ini benar-benar menampar muka blogger2 umno. Apa macam ? Tak kan diam saja..ini la masa nak belasah dan naikkan panji-panji ketuanan melayu yg jadi ratib dan wirid hangpa tuh..! Kata-katanya, itu bukan lagi sindiran, tapi 'penghinaan'...blogger-blogger umno sedang di HINA oleh seorang bekas menteri yang suatu masa dulu digemparkan dgn isu VCD porno. " ini cakap manyak langsi maaa..pailang, lunglang..longkang maa.."

Brengsek luu ! Aku tak "gila","kamu" itu yang gila !

25 tahun yang lalu..! Saat tragis dan tewasnya sekeping hati seorang isteri berdarah bangsawan. Jangan ingat "janda" itu tidak bisa mengegar donia..! Bila seorang janda berada dipuncak tahta, hangpa boleh pueekkkk...laa ! Teruskan membaca..!

Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

FOTO disebelah hanya sekadar hiasan. Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya

Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.

"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.


Tengku Puteri Zainah dan anak-anak. Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon' (berbulan madu) di Eropah. Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka.

Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam. Apakah mereka takut nak buka kisah ini kerana Datuk Najib seorang menteri? Apa akan jadi pada anak-anak, wanita dan para ulama dinegara ini kalau Najib jadi Perdana Menteri nanti?

(*) Untuk bacaan seterusnya..sila ke SINI

Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka !

Petikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Akram tadi, disampaikan oleh Imam Abdul Halim. Beliau menceritakan peristiwa ketika Khalifah Hisyam datang untuk menunaikan haji. 

Sebaik memasuki Tanah Haram, dia berkata kepada pemimpin di Makkah: "Carikan aku seorang sahabat Rasulullah SAW." Mereka berkata, "Wahai Amirul Mukminin, para sahabat telah wafat satu demi satu hingga tak satupun tersisa." Hisyam berkata, "Jika demikian, carikan di antara ulama tabi’in!" 

Maka dipanggillah Thawus bin Kaisan. Thawus bin Kaisan datang menghadap, beliau membuka sepatunya di tepi permadani, lalu memberi salam. "Assalamualaikum wahai Hisyam.", tanpa menyebut "Amirul Mukminin". Kemudian beliau terus duduk sebelum khalifah memberi izin dan mempersilakannya. 

Rupanya Hisyam tersinggung dengan perlakuan tersebut, sehingga tampak merah muka dan matanya. Dia menganggap hal itu kurang sopan dan tidak menghormatinya, terlebih lagi di hadapan para pegawai dan pengawalnya. Hanya kerana dia sedar bahawa di saat itu dia sedang berada di Tanah Haram, maka dia menahan kemarahannya lalu berkata, Hisyam bertanya, "Mengapa kamu berbuat begitu wahai Thawus?" "Apa yang telah saya lakukan?" Tanya Thawus kembali.

"Kamu membuka dan meletakkan sepatu di tepi permadaniku, juga kamu tidak memberi salam kehormatan dan kamu hanya memanggil namaku tanpa gelaran lalu duduk sebelum dipersilakan." Maka jawab Thawus dengan tenang: 

"Adapun tentang membuka sepatu, saya membukanya lima kali sehari di hadapan Allah Yang Maha Esa, maka hendaknya anda tidak marah atau gusar. Adapun masalah saya tidak memberi salam tanpa menyebutkan gelaran amirul mukminin, itu kerana tidak seluruh muslimin membai’at anda. Oleh kerana itu, saya takut dikatakan sebagai pembohong apabila memanggil anda dengan amirul mukminin. 

Anda tidak rela saya menyebut nama anda tanpa gelaran kebesaran, padahal Allah SWT memanggil nabi-nabi-Nya dengan nama-nama mereka, "Wahai Daud, wahai Yahya, wahai Musa, wahai Isa. Sebaliknya menyebut musuh-Nya dengan menyertakan gelaran, seperti Abu Lahab. (“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”). 

Adapun mengapa saya duduk sebelum dipersilakan, ini kerana saya mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, "Bila engkau hendak melihat seorang ahli neraka, maka lihatlah pada seorang yang duduk sedangkan orang-orang di sekelilingnya berdiri." "Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka.

Khalifah Hisyam mendengar penjelasan itu dengan serius, lalu berkata, "Wahai Abu Abdurrahman, berilah saya nasihat!" Lantas Thawus menyampaikan nasihatnya, "Aku pernah mendengar Ali bin Abi Thalib berkata, "Di dalam jahannam terdapat ular-ular sebesar tiang dan kala jengking sebesar kuda. Mereka mengigit dan menyengat setiap penguasa yang tidak adil terhadap rakyatnya.” 

Setelah itu beliau bangkit dari tempat duduknya lalu pergi.

Terkini ! Polis tewas, perompak lolos di Parit Buntar

27 Disember 2012 | Parit Buntar

Rompakan nekad 3 penjenayah bersenjata di sebuah kedai emas ditengah-tengah pusat bandar parit buntar benar-benar mencemaskan warganya lewat tengahari tadi dimana dentuman das bedilan senjata api dari berbagai arah ditembak secara rambang oleh penjenayah kearah orang awam dan polis. Beberapa warga yang lalu di hadapan kedai emas berusaha melarikan diri dilihat tewas akibat peluru sesat. 

Kedai Emas Ridzuan milik seorang peniaga emas dari Kelantan ini diganyang perompak ketika pekerjanya masih melayan beberapa pelanggan dipremisnya. Nekad dan sangat berani, perompak yang bersenjata itu meluru masuk dan memecahkan cermin, manakala 2 perompak yang bersenjata rifel dipercayai 'styr' pula berkawal di luar kedai. 70% emas yang dipamerkan di ruang pameran lesap dirompak. 

Drama cemas yang memakan masa kurang 5 minit ini juga turut mencedera kan beberapa warga yang lalu lalang di situ. Nampaknya polis terus gagal mengatasi aksi perompak itu apabila kesemua perompak bersenjata lolos dan berjaya melarikan diri bersama hasil rompakan. Foto dibawah kredit untuk FB Mohamad Anwar.

Umi Hafilda, " tanahku yang sekangkang.." kini telah dimiliki !

"..maka kecoh lah serata melaya bahawa umi hafilda yang masih dara ini akan berkahwin dengan mamat bangla...harus sungguh untuk orang UMNO patut berasa terkilan akan umi hafilda yang melaungkan ketuanan melayu selama ini, tetapi hanya sekadar retorik dan sandiwaranya belaka sehingga sanggup mengadaikan "tanah yang sekangkang keranya itu" itu kepada mat bangla....kah..kah..kah..hidup melayu umno! * dipetik dari FB Sarip Arip.

Kala Umno rebah..anak cucunya pasti akan meludah..busuk bro !

BILA UMNO MENJADI SEJARAH...ANAK CUCU UMNO KENA TAHU..TAHUKAH KAMU WAHAI CUCU-CUCU UMNO SAKALIAN ALAM...SIAPA INI ORANG  ?? JIKA KAMU CUCU ANAK ORANG UMNO..KAMU KENA BACA..APA MACAM ?

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj/Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA 

Tapi..tapi..errr...kat bawah ni apa hal bro ? Bolehkah kamu-kamu wahai cucu-cucu umno terima kenyataan dibawah tanpa mengutuk dia? Fakta adalah fakta...apa macam ?

DALAM DEWAN BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DAN RASUL UNTUK MEMERTABATKAN ISLAM - ANAK BEKAS PM BELI SAHAM KILANG ARAK SAN MIGUEL TU..APA HAL ?

Mamak 'mamu' bikin lawak, mari la gelak..!

‎"ALLAH PILIH UMNO UNTUK DIBERI AMANAH DAN KUASA..." REEZAL MERICAN

KATA MAKHLUK ALLAH INI..".Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, MEMULIAKAN MELAYU, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya."

REEZAL MERICAN NI MELAYU KE?..

SIAPA YANG BOLEH TOLONG AJAR... BAGAIMANA GELAK YANG PALING BETUL... hehehee.. hahahaha.. hu hu hu ..kah kah kah.. kih kih kih.. kui kui kui... kuang kuang kuang?
  
sumber : bicara che wan FB

Namaku Umno bin Tinggal..apa macam ?

Wahai orang melayu...UMNO sedang mintak tolong tu...kapal mereka dah nak karam...mereka nak lemas...sudikah rakyat tolong mereka...? Kalau UMNO kalah, na'uzubillah, bukan sahaja presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden akan menangis, tetapi pejuang Umno juga akan mengalirkan air mata...kesian kat umno..! Mungkin yang tinggal hanya ini....(lihat dibawah) kesiannnn !!


goblog returned ?

salam warga pembaca blog albanjari. Lama wak tak menulis. Macam biskut. Kejap ada..kejap tiada. Tapi bila dengar 'guruh' baru bilang Parlimen bakal bubar pada awal Disember ini...semangat menulis kembali membuak2 lebih2 lagi isu panas Scorpene sedang maju kehadapan. Hidup Tantuya !! Syok nyer kembali memblog..! Apa macam ?

Alamak..Hassan Jati ker tu ?


No Komen..layan gambaq dulu laa naa..!! Kih..kih..kih !! Kata Media UMNO - Inilah antara mereka yg memperjuangkan Islam; D.Hassan Ali, YB.KJ, D.Ibrahim Ali,YB D.Razali, Sdr.Lokman Adam bersama SHEB membuat bantahan ke atas Filem Innocence Of Muslim di Masjid Kg.Baru. Mereka begitu lantang bersuara apabila ada pihak yg memperlekahkan Islam spt yg dibuat olh Pengerusi DAP Perak baru-baru ini.

Ustaz Nasa kata : Hallo KJ..lu apa macam ? Ptuihhh la lu !!


Jawapan Balas / Penjelasan USTAZ NASARUDIN (Ketua Pemuda PAS) Berhubung Isu Demo Bantahan Berasingan Dengan UMNO

1. Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS terhadap pelawaan pemuda UMNO dalam isu Himpunan membantah Penghinaan Ke atas Rasul saw.

2. Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya apa yang jadi isu ialah penghinaan ke atas nabi saw. Adapun siapa nak bantah filem hina nabi tu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita.

3. Bantahan ini tanggungjawab setiap individu muslim utk nyatakan sikap terhadap penghinaan keatas nabi mrk. Lucunya, kenduri belum lagi bermula, dah ada yang nak berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri kemudian datang dan ambillah mana - mana kerusi dan meja kosong. Apa yang nak bising - bising ? Nak cari publisiti murah ?

4. Kami DPPM sedari awal, sejak Rabu [ 12 Sept ] lalu telah memutuskan dua program utama dalam menangani isu ini :

1. Himpunan Munajat dan bantah penghinaan ke atas Nabi saw di seluruh masjid negeri masing - masing pada jumaat [14 Sept ] selepas solat jumaat. [ Ianya telah berlangsung dengan baik, aman dan jayanya termasuk di Sabah dan Sarawak ]

2. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw dan bantah penghinaan ke atas Nabi saw di kedutaan Amerika pada jumaat
[ 21 Sept ] ini. Solat Jumaat di masjid Tabung Haji .

Semua warga perihatin dijemput hadhir.

5. Kami telah umumkan kpd media 2 program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So apa polemiknya ?

6. Tiba - tiba Isnin lepas [ 17 Sept ] saya dimaklumkan bahawa pemuda UMNO ada mengajak pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 sept ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh - musuh Islam. Kalau 17 sept baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah sebab kami dah setup segalanya lebih awal.

7. Saya pun hairan kenapa isu ini dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan nak tunjuk hero kepada masyarakat ? Kalau nak demo turun saja lah , tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru nak turun demo ? Ini bukan isu politik antara parti umno dan pas, ini isu penghinaan ke atas Nabi saw. Maka usahlah polemikkan perkara ini semata - mata nak buktikan kamilah hero ! Orang kampung semua sudah kenal . Siapa yang serius mahu pertahankan Islam dan kesuciannya dan siapa pula yang hanya mahu mencari political millage dan menggunakan media untuk memposisikan diri.

8. Kami DPPM konsisten dalam membentuk sikap terhadap isu - isu sebegini. Tindakan membantah penghinaan ke atas Nabi saw adalah kewajipan paling minima yang mesti dilakukan. Justeru itu ia bukanlah perbuatan yang sia - sia malah menjadi satu amal yang dikurniakan pahala oleh Allah swt.

9. Saya sekali lagi menyeru seluruh warga perihatin samaada muslim mahu pun non muslim agar menyertai Himpunan Aman membantah provokasi jahat pihak tertentu dengan menghina Islam dan Nabinya saw di hadapan kedutaan US pada Jumaat 21 Sept ini .

10. Fokus pada isu sebenar. Hadir pada 21 Sept ini. Solat jumaat di Masjid Tabung Haji. Sejurus selesai solat, kita berarak ke kedutaan US. Saya tidak mempunyai cukup masa untuk melayan karenah orang yang nak berebut meja makan sebelum masa kenduri. Nak datang , datanglah ... Kenapa perlu buat bising dan cipta polemik ? Jumpa anda di sana .....

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

" Innalillahiwainna ilaihiro ji'un " - Bantulah kepada sahabat sekadar yang termampu !


Menyelongkar kotak email@gmail hari ini, terpaku wak sebentar bila melihat 'musibah' yang kini meladeni rakan sahabat, " Rasulullah bersabda : “Obatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Baihaqi) “Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya bisa dihapus dengan puasa, shalat, sedekah, dan amar makruf nahi munkar.” (HR. Bukhari dan Muslim), apa pun teruskan membaca..

"Ya Allah, barah Hajjar di tahap keempat"

HAJJAR sah menghidapi barah kelenjar limforma (cancer Hodgkin Lymphoma). 

Pakar Himatologi, Dr Lim Soon Kim pada Rabu lepas mengesahkan Hajjar menghidapi barah pada tahap empat. 

Pakar darah dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru itu berkata, sakit Hajjar dikesan berdasarkan pada siasatan perubatan pada tisu tulang sum-sum yang diambil (trephine bone marrow biopsy) pada 6 O.gos lepas. 

Selepas "sihir tuju" yang bersarang dalam tubuh Hajjar berjaya ditawarkan di Pusat Perubatan Nur Wardah, Tangkak menjelang hari lebaran baru-baru ini, saya ingat, 'anugerah' Allah kepada Hajjar kian beransur pulih.

Rupa-rupanya tidak. Jika 'anugerah' ini untuk memuliakan hamba-Nya, saya pasrah dan redha.

Frman Allah yang bermaksud: 

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan? 

"Dan demi sesungguhnya, Kami (yang Maha Mengetahui) telah pun menguji umat-umat sebelum mereka, nyata diketahui Mereka yang benar-benar beriman dan mereka yang berdusta." [Surah Al-Ankabuut: 2-3] 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (hadis riwayat Muslim) 

Dari Wad Kardiotorasik, Hajjar dipindah ke Wad Himatologi. 

Di sini, saya tak terhitung berapa beg air, darah dan platlet yang disalur masuk melalui pembuluh darah Hajjar. 

Rabu lepas Hajjar menempuhi kimoterapi sulung. Masuk beg keempat, Hajjar mengadu sakit yang amat. 

Kimoterapi berikutnya dijadualkan Pada 7 September depan. "Inna lillah..." 

Dr Lim kata, "(kimoterapi sulung) itu dos kimoterapi paling rendah untuk menguji reaksi imuniti badan Hajjar." 

Kata Dr Lim lagi, Hajjar akan menempuhi terapi sebegini minimum selama enam bulan dari sekarang. 

Mendengar konsultansi Dr Lim itu, saya mula berbincang dengan keluarga untuk mencari rumah tumpangan yang murah-murah di sekitar hospital demi memenuhi keperluan asasi Hajjar sungguhpun mengetahui bilik-bilik kecil di sini pun bukanlah murah. 

Buat masa ini, Insyirah yang comel setinggan di rumah ibu saudaranya yang baik hati. Emak Hajjar pun tinggal di situ. 

"Ya Allah, aku bodoh. Aku hina. Aku jahil. Aku daif. Suburkanlah perasaan syukur dan redha dengan segala ujian ini. Permudahkan lah urusan aku sekeluarga. Amin. Ya Rabbal 'Alamin..." 

Saya yang sombong ini dah tak tahu nak buat apa. Jadi, saya doa. 

Awal pagi tadi, saya bergegas bawa Hajjar ke Hospital. Paha Hajjar membengkak. Kaki Hajjar pun membengkak. 

Kedua-dua mata Hajjar membengkak dan mukanya nampak sembab. 

"Takkan baru sehari dibenarkan keluar wad, sudah jadi begini," saya bisik kepada emak. 

Emak kata, itu mungkin bengkak air. 

Tanpa berfikir panjang, Hajjar dikejar ke Bahagian Kecemasan. 

"Sudahlah Dr kata barah Hajjar merebak dari paru-paru ke hati dan limpa sehingga menyebabkan ketiga-tiga organ Hajjar membengkak, takkan buah pinggang pun 'ada masalah'? Ya Allah...sembuhkan dia (Hajjar)!" 

Mendengar kata-kata saya itu, Hajjar kata, "Hajjar barah. Dr pun dah kata, sakit Hajjar ini dah sampai tahap empat..." 

Air mata Hajjar berlinangan. 

Saya tak boleh menangis depan Hajjar sebab Dr kata penawar sakit barah adalah "sokongan moral". 

Kawan-kawan Hajjar yang datang ke Hospital sebelum ini pun damai, tak menangis sebab mereka tabah dalam memberi semangat, harapan dan doa kepada Hajjar. 

Selama ini, saya diceritakan mengenai kawan-kawan Hajjar dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), dari PMIUSM, dari pejabat Tropicana; baru sekarang saya mencuri-curi melihat kebaikan kawan-kawan Hajjar semasa menemani Hajjar di wad. 

Hajjar bertuah. Dalam ujian genting sebegini, Allah menghiburkan Hajjar dengan kawan-kawan yang saling mengasihinya. 

Semoga Allah memberi kebahagiaan berpanjangan kepada semua mereka atas kebaikan mereka ke atas Hajjar. 

Selepas berjumpa Dr. pagi tadi, Dr memberi ubat 'galak kencing' supaya boleh nyah air berlebihan dari dalam badan Hajjar. 

Setakat ini dulu. Saya minta maaf kerana "tak memang taman" nak menjawab panggilan atas balas SMS sebelum ini. 

Terima kasih kepada yang menjenguk dan terus menerus mengutus doa buat Hajjar sekeluarga. 

Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu, Zainulfaqar Yaacob, 164258481533. Tolong SMS saya, jumlah sumbangan. 

Sama-sama kita doa untuk kesihatan Hajjar sebab Rasulullah beranda yang bermaksud, "doa senjata mukmin..."

Salam ukhwah. Wasalam. 

Zainulfaqar Yaacob 
Wad Himatologi HSAJB | 5:19 petang

sumber

Wanita 40an mudah jatuh cinta ke-2, Wow ! Lelaki..?

Kita biasa dengar orang kata life begin at forty. Namun frasa mengenai bermulanya hidup dalam usia 40 biasanya dikaitkan dengan lelaki sahaja. Ia seperti tidak ada kena mengena langsung dengan wanita.

Wanita apabila menghampiri usia 40 lazimnya akan menjadi terlalu sensitif apabila disentuh mengenai usia Malah ada yang marah-marah apabila dipanggil 'makcik' oleh budak belasan tahun yang sememangnya sebaya dengan anak mereka.

Kerana itu, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata supaya dapat dihilangkan imej 'makcik' mereka.

Kalaulah Jabatan Pendaftaran membenarkan ditukar tarikh lahir dalam kad pengenalan dengan bayaran tertentu sebagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan membuka bidaan nombor plet kenderaan, beratus-ratus ribu pun sanggup dibayar agaknya oleh wanita untuk mereka terus muda sampai bila-bila.

Itulah yang saya percaya dan saya pegang daripada pemerhatian sepanjang 40 tahun mengenali dan bergaul dengan wanita.

Oleh sebab itu, apabila seorang kawan - wanita - yang berusia 38 tahun tiba-tiba mengaku dia tidak sabar-sabar lagi hendak mencapai umur 40, saya berasa pelik, sangat-sangat pelik.

Antara percaya dengan tidak akan kata-katanya, saya bertanya: "Mengapa, apa sebabnya you nak sangat umur 40?"

Lalu dia pun menjawab: "Apa kurangnya umur 40? You yang dah sampai umur 40 ni, terasa ada apa-apa yang kurang ke?"

"Lelaki lainlah," jawab saya.

"Orang lelaki, umur 40 bertambah laris, makin ramai yang nak mendekat, termasuk anak dara, jangan buat tak tahu..." kata saya dalam ketawa.

Khusus kepada isteri saya, kata-kata itu semata-mata merujuk kepada orang lain, tidak ada kena mengena dengan diri saya.

"Habis, you ingat, orang perempuan kalau umur 40 sudah tak laku ke? You silap... sangat silap," katanya.

Dan lagi kata kawan saya itu, dia sendiri sudah bersiap sedia untuk jatuh cinta kali kedua apabila sampai umur 40 nanti.

"Fuuhh, siap buat azam lagi. Biar betul you ni!" saya membalas.

Mengenai rakan saya itu, saya akui walaupun dalam usia yang sudah 'petang', punya tiga anak, dia cukup pandai jaga badan. Sebagai kawan yang sudah lama mengenalinya, sejak dia anak dara, saya boleh akui dia lebih 'bergetah' berbanding dulu.

Dengan raut wajah yang tampak matang, tubuh yang sedikit berisi berbanding zaman muda, keanggunannya amat terserlah. Jadi apabila dia berkata, dia sedia untuk jatuh cinta kali kedua, saya tahu itu bukan masalah baginya. Jangankan duda atau suami orang, anak teruna pun boleh datang melutut kalau dia mahu Akan tetapi masalahnya, dia isteri orang.

"You jangan buat pasal la Fiza, you tu isteri orang!" kata saya lagi.

Mendengar kata-kata saya, dia tertawa dan ketawanya agak kuat hingga ada beberapa orang yang sedang makan dalam kedai asam pedas di Seksyen 15 Shah Alam itu menoleh ke arah kami.

Dalam hati saya langsung berkata: "Harap rupa saja lawa, perangai masih tak senonoh walaupun sudah hampir umur 40, buat malu aku saja."

"You ni silap faham, Mat. I bukan nak jatuh cinta dengan orang la."

"Habis tu? Dengan siapa, dengan beruk?" Saya melepaskan geram yang terbuku dek kerana malu dipandang orang disebabkan ketawanya yang kuat tadi.

"Macam ni, biar I explain kat you. Orang perempuan ni, bila sampai umur macam ni, dah ada suami, anak-anak dan keluarga yang bahagia, tak mungkin nak jatuh cinta pada lelaki lain lagi.

"Perempuan setia, bukan macam lelaki. Yang I maksudkan jatuh cinta kali kedua tu adalah pada diri sendiri. Jatuh cinta pada diri sendiri ni macam-macam cara Che Mat oiii, antaranya pasang badan, belajar ugama, mula fikir pasal perabut yang mahal-mahal, macam-macam ..."

Lagi katanya, dalam umur macam sekarang, wanita rata-ratanya anggap mereka sudah capai kesempurnaan dalam hidup, tidak ada apa yang nak dicari atau diburu lagi.

"Sekarang sudah tak susah-susah bangun tengah malam buat susu anak. Tak payah fikir nak bangun awal buat sarapan. Hidup boleh dianggap sudah established, sudah sempurna. Jadi bolehlah jatuh cinta kali kedua, kepada diri sendiri. Boleh ulang alik pergi gym atau belajar tai-chi, jaga badannnn....," katanya dengan nada mahu tunjuk kepuasan kerana berjaya 'mengenakan' saya.

Saya diam sahaja, biar dia cakap sampai puas.

"Orang lelaki tak macam perempuan. Apabila hidup senang sikit, bukan nak diingat orang yang bersusah payah bersama dulu. Masa inilah nak dicari kesempurnaan yang lebih, maklumlah orang sebelah dianggap sudah berumur, sudah tua, tak sepadan lagi nak dibawa berjalan, kena cari yang mudalah."

"Amboi! Ini sudah lebih...," kata saya.

"Mengapa Che Mat, terasa ka?" "Bukan terasa, you mengata lelaki... seolah-olah semua lelaki tu sama.," kata saya.

"Tak, I bukan mengata you, I tau you baik, jarang ada lelaki yang baik macam you ni," katanya sambil tertawa. Mujur kali ini ketawanya tidak sekuat tadi, dan tidak ada orang yang menoleh ke meja kami lagi. Walau apa pun, tidak mudah untuk saya terima kata-katanya yang bersambung ketawa seperti menyindir itu.

Dia kemudian berkata lagi: " I cuma nak ingatkan. Wanita 40an, yang ada belanja cukup, boleh jaga badan, pasang badan, sesetengahnya lebih ranggi daripada anak dara. You perhatilah... jadi suami tu kena jeling-jeling sikit ye!"

Fuuhhh!!! Asam pedas yang selalunya bagi saya 'best in the world' tiba-tiba terasa tidak sedap tengah hari itu.

Kata-kata kawan saya itu tentunya buat mana-mana suami pun berdebar. Inilah agaknya yang ramai isteri-isteri rasa apabila suami mereka sampai umur 40, yang kononnya akan buat saham lelaki lebih tinggi.

sumber : MUHAMAD MAT YAKIM (Sinar Harian)

Sasarkan 1000 facebookers SETUJU SIBAJINGAN ITU DIBUNUH MATI !



Banner 4 X 20 kaki diatas sudah ditempah. Mesej dari facebooker bukan calang-calang. KAMI MAHU PENGHINA NABI INI DIBUNUH ! Itu mesej yang mahu si 'anjing' warga Amarika dengar dan baca. Insyaallah ,seandainya capaian untuk 3 hari terakhir ini benar-benar dimudahkan oleh ALLAH SWT, kita akan capai angka itu yang mahu 'anjing' Amerika ini dibunuh nyah dari bumi Allah ini. 

Sehingga artikel ini ditulis, capaian LIKE di facebook ( DI SINI ) sudah mencapai 378* butang LIKE ditekan oleh warga fesbuk dengan 39 SHARE di wall rakan dan sahabat sejak 25 jam mesej ini disampaikan di wall fesbuk albanjari. Terima Kasih rakan fesbuk semua. AYUH RAKAN SAHABAT, KITA TERJEMAHKAN KEBENCIAN KITA KEPADA PENGHINA NABI INI SEHINGGA CUKUP 1 RIBU LIKE AGAR BAJINGAN INI BENAR-BENAR MATI AGAR CEPAT BAJINGAN INI KITA HANTAR KE NERAKA ALLAH SWT.

Dan pada jumaat ini, pada Himpunan Sejuta Umat, 21 September kita arak banner ini memenuhi jalan dan ruang, kita redah dan rempuh halangan yang ada, kita berarak ke Kedutaan Amerika sambil melaungkan takbir, AllahuAkbar..biar kecut dan takut golongan mungkar yang sewenangnya menghina Nabi Muhamad SAW. Takbir !!

Albanjari Online terus menyeru agar pembaca yang ada akaun facebook teruskan LIKE, terima kasih. 

(*) jumlah kiraan itu diperolehi dengan mengambil kira jumlah LIKE daripada wall ALBANJARI dan juga wall fb sahabat yang turut sama SHARE dimana butang LIKE kini sudah mencapai angka 378 facebookers setuju BAJINGAN ITU DIBUNUH MATI !

Muka cantik, kulit gebu tapi sayang..!!

Kalau tak nak 'anak' tu, bak sini..biar wak yg tolong jaga. Dah ler 'jantan' yg diharap hilang ke mana, kesian hang..muka cantik, kulit pun putih gebu..tapi sayang, kerana mungkin benci sangat pada 'jantan' yang hamilkan hang..hang pi buang@campak baby tu apa hal ? Adoiii..kan lagi besar masalah nak kena pikul..? Guaner..!!

PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.

"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.

Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.

Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.

Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi. (sumber-agensi)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |