18SG - Kalau berani sangat...bacalah !!
Sehari selambar benang, lama-lama benang habis. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa. Membujur lalu melintang pukang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan..Perlis Kedah pun tak banjir. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis 'Galas'. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!
Where did this come from? A story....
Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.
Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.
Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.
Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.
Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.
Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.
Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul.
Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.
Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.
Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....
Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!
Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.
Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat.
Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!
Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!
Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.
Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.
Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan.
Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.
Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.
Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.
(*) sumber artikel dipetik dari blog Aidid Mu'addib
Mengapa PAS tewas di Galas - Bahagian 2 ( Wajib Baca)
Setelah PRK Galas berakhir, banyak ulasan yang telah dibuat, kenapa PAS kalah dan kenapa UMNO menang. Namun ulasan dan faktor kekalahan PAS kebanyakan tidak berpijak di bumi nyata. Sejarah pilihanraya di Kelantan membuktikan Galas atau G.Musang merupakan kubu teguh UMNO. PRU 2004 BN menang dengan majoriti +-1700 undi. Namun sesuatu yang ajaib dan mengejutkan PAS sendiri berlaku dalam PRU12, PAS menang dengan majoriti 665.
Ketika menerima berita kekalahan PAS di Galas, aku tersenyum kerana ramalan aku meleset. Dimana aku meramalkan PAS akan kalah melebihi 2000 undi. Namun PAS hanya kalah +- 1100 undi. Satu pujian dan tahniah yg patut diberikan oleh petugas dan penyokong PAS.
Sesuatu yg jarang disentuh oleh pengulas politik PRK Galas adalah tompokan dan pecahan pengundi di DUN Galas. Atas faktor inilah, aku sering menjawab bila di tanya mengenai PRK Galas, " aku tidak hairan PAS kalah di Galas, tapi aku hairan macam mana PAS boleh menang di DUN Galas dlm PRU12 lepas".
DUN Galas mempunyai keunikan tersendiri di Kelantan, dimana gabungan pengundi cina dan orang asal melebihi 40% pengundi. Ini bermakna mana-mana parti politik yang tidak disokong oleh pengundi cina dan orang asal, tipis untuk memenangi kerusi DUN Galas.Ini bermakna PAS mengharapkan tuah untuk memenangi DUN Galas dalam setiap pilihanraya.
Sebelum PRK Galas dijalankan, BN telah menang dgn majoriti 3000 undi. 2000 undi daripada gabungan pengundi orang asal, India dan undi POS. Sementara 1000 undi lagi daripada pengundi cina. Untuk menutup luang yang besar ternganga ini, PAS terpaksa mengharap tuah datang mengolek.
PAS mengharapkan 85% org cina memberikan undi simpati kepada PAS. Namun undi cina ini bukan merupakan sebab untuk PAS menang, namun hanya cukup untuk memberi saingan kpd BN/UMNO. Apabila PAS tidak mendapat undi daripada pengundi cina sebagaimana yg diharapkan, maka PAS terpaksa akur kepada BN. Itu realitinya.
Sementara undi dari orang asal adalah sesuatu yang diluar target PAS. Orang asal tidak mudah untuk menolak sesuatu yang boleh mengeyangkan perut mereka. Dari keputusan PRK Galas, PAS sepatutnya bersyukur kerana orang Melayu Kelantan masih teguh bersama PAS, bahkan bersedia untuk mengundi PAS dalam PRU13 nanti. 4000 pengundi tegar PAS terus bersama PAS. (Allahuakbar!).
Segala kempen UMNO, tidak sedikit pun mengubah pendirian pengundi PAS di G. Musang. Kempen UMNO kononnya bahawa PAS telah dikencing DAP, rampasan tanah, ladang rakyat dan wakil rakyat gemuk tidak mengugat mereka. Bahkan kempen pembangunan dan rumah murah bersabsidi juga tidak dapat mempengaruhi pengundi PAS. Ini bermakna wang yang UMNO habiskan untuk PRK Galas hanya berpusing di kalangan pengundi tegar UMNO.
Dah jelas ker sebahagian sebab musababnyer ? Kalo tak jelas..baik jadi kuli kepada Ku Li sampai mati..! Terima kasih 'otak besi' - hujah yang kukuh dan berpijak dibumi bukan khayal-khayalan.
(1) Mengapa PAS tewas di Galas ? Wajib baca !
"..Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran.."
Terima kasih untuk blogger FZT yang pantas menulis. Pantas menangkis dolah dalih kekalahan PAS untuk Galas. 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul perjuangan di GALAS'. Artikel WAJIB baca untuk tahu butir perkara mengapa PAS tumbang kepada BN di padang tempur yang jelas langsung tidak 'rata'. (radens albanjari)
Hujan lebat dengan petir menyambut kepulangan seorang pertugas yang sudah lama berkampung di penjuru Gua Musang.Hhujan amat lebat menyukarkan perjalanan pulang ke Terengganu.Kkembali dengan semangat yang luntur akibat kekalahan yang sudah diduga sejak awal lagi. Hanya maruah perlu dipertahankan. Islam tak pernah mengajar kita undur walaupun selangkah kebelakang. Biar beribu musuh menyerang. Apakah kita mencari kemuliaan selain kemuliaan islam?
Sebelum berundur dari Galas, Pas sudah tahu ia akan menggalas satu bebanan baru dan akan menerima cemuhan dari ahli pas yang membayar yuran dan tidak membayar yuran. Hujan rahmat Allah terus mencurah ke bumi Terengganu bersama airmata yang juga laju menuruni mata. Menahan sebak dimalam pulang bertugas bukan kerana tak biasa dengan kekalahan tapi kita kalah hanya disaat akhir garisan. Hanya beberapa meter Pas tumbang dengan majoriti 1190. Cukup sebak, sedih dan pilu hanya selawat penyejuk hati
Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran. Pakar pakar strategi akan menulis dan mengaris strategi baru iaitu membuang benda benda lama dalam Pas, menukar dan membuang mana mana pemimpin yang sudah lama berbulu dimata mereka.
Pas kalah bermakna peluang mereka menulis untuk menjatuhkan mana mana pemimpin lebih cerah dan mereka inilah yang berdoa siang malam untuk Pas kalah di Galas. Hebatnya penulis tak turun ke Galas tapi tahu dan sumber maklumat hanya diperolehi dengan menalifon kawan, apa yg diceritakan oleh kawan di Kelantan akan ditulis dan akan ada tulisan dibelakang, saya berharap apa maklumat yang ditulis disini tidak benar. Berharap tidak benar tapi dah tulis, apakah ikhlas dalam dada mereka menyokong islam?
Biarlah orang Pas nak tuduh saya yahudi ke israel ke fasiq ke saya terima, saya menulis untuk memperbetulkan pas, membiarkan orang menuduh kita yahudi fasiq itulah adalah dikira doa, kalau ahli Pas ada sejuta dan hanya separuh menuduh penulis ini yahudi fasiq apakah lama kelamaan penulis tak akan bertukar menjadi betul betul yahudi dan fasiq.?
Kekuatan UMNO
Sejak awal lagi Pas menyedari ada satu kekuatan umno jika bertanding kawasan jajahan Gua Musang, jangan jadi bodoh le greenboc yang memang diketahui bodoh bebal sampai hari ini, hanya perlu duduk depan komputer dan menulis dengan hanya mengutip berita dari lidah umno dan membaca beberapa blog yang menulis benda benda khayal di Galas. Ku li telah beraja di Gua Musang sejak berzaman lagi. Kawasan parlimen Gua Musang menjadi satu kubu kuat umno yang amat kuat hatta jika diletakkan calon itu hanya songkok kuli pun umno boleh menang.
Siapa yang berani menidakkan faktor ku li disini. Arahan ku li ibarat arahan dewa. Umno boleh bersenang lenang disini kerana tidak perlu bersusah payah berkempen. Nama ku li dijual dengan mudah. Pas menyedari hakikat ini dan segala usaha telah digembelingkan dan kawasan hitam umno dapat dikelabukanbiarpun sedikit.
Pemimpin Pas berkampung disini dan penulis blog berkampung di dalam alam maya untuk mengutuk apa saja tindakan pemimpin Pas. Pelbagai gelaran diberikan. sms bertebaran setiap hari mengutuk pemimpin Pas pusat dan kelantan. Pas berhadapan dengan dua situasi dulu hanya perlu berhadapan dengan umno yang telah diketahui licik jahat dan kejam. Tapi semenjak muktahir ini pas berhadapan pula dengan satu puak baru yang ada dalam diri pas sendiri. Membocorkan maklumat kepada musuh pas yang mana nampak seperti menyokong pas.Malu menulis sendiri dan diberi kepada musuh Pas.
Punching bag untuk PAS
Umno berjaya membina satu target baru, batang tubuh tok guru nik aziz dijadikan punching bag, gambar tok guru nik aziz memberi wang kepada saudara baru islam berjaya digunakan sepenuhnya oleh umno dalam usaha menjahanamkan imej tok guru dan Pas. Pas lembap dalam isu disini. Umno amat kedepan dalam isu ini dan berjaya merobohkan satu fahaman dan membina fahaman baru bahawa tok guru juga mengamalkan rasuah dalam pilihanraya. Idea jahat dicetuskan oleh deris jusoh sebagai makhluk yang amat benci kepada ulamak, deris jusoh bijak memanupulasikan isu ini dengan baik dan pihak Pas gagal membalas balik. Inilah yang dinamakan kalah diatas garisan akhir, bukan kalah kerana ustaz abdul halim tak bijak merencanakan strategi disaat permulaan. Betapa bangangnya penulis menulis benda khayal di Galas.
Khidmat agensi menjawab isu untuk Umno
Kali ini SPR berjaya menghalang apa saja tekanan kepada umno, isu rasuah wang berjaya ditangani dengan baik oleh SPR. SPR menyerap tekanan kepada Umno lebih dari separuh. Ini memudahkan umno menjalankan propaganda dan isu rasuah, Umno tak akan menjawab isu rasuah dan SPR yang akan menjawab. Umno dah boleh cuci tangan dalam isu rasuah. SPR dan Sprm berjaya membersihkan umno kali ini. Isu rasuah pilihanraya dapat didiamkan dari terus digunakan untuk menyerang Umno. Semua agensi kerajaan bertugas dengan baik dalam menanangani apa saja isu yang dibuat oleh Pas. Umno hanya perlu nampak baik dan alim. Dan semua isu agensi kerajaan akan menjawab bagi pihak Umno.
Jika minyak petrol dikatakan mahal mail sabri akan memberikan subsidi secepat kilat diwaktu hari berkempen. Orang asli berjaya membeli minyak dengan harga pasaran bukan harga biasa. Jadi soal dan isu yang ditimbulkan akan diselesaikan dihari yang sama. Jadi umno nampak boleh menyelesaikan apa saja masalah rakyat dalam sekelip mata.
Ada nampak kelemahan Umno? Sebut aje apa masalah akan diselesaikan segera. Dan Pas tak ada semua ini kenapa ? Kerana Pas bermain secara adil, Pas bukan menggunakan harta kerajaan menentang Umno di Galas. Pas gunakan harta sendiri. Walaupun kalah Pas masih mempunyai maruah, yang tidak bermaruh hanya penulis blog yang hanya tahu mengutuk dan menulis benda khayal.
artikel dipetik dari tulisan blogger Freezone Terangganu For Rakyat
Konsistenkah undi cina untuk PR ?
Keputusan Galas pastinya memberi impak besar kepada nama KULi. kemenangan di Galas sebenarnya adalah kemenangan Ku Li yang secara langsung memadamkan hasrat umNO baru menguasai Parlimen Gua Musang. jika umNO kalah di Galas, tentunya Ku Li orang pertama menanggung bahananya. Bahkan ia mungkin menjadi perintis menyingkirkan Ku Li sebagai ketua Bahagian Gua Musang dan seterusnya MP Gua Musang.
umNO ternyata gagal dalam ujian mereka terhadap Ku Li. Kemenangan ini langsung tak beerti kepada uMNO selaian mengecewakan mereka yang ingin menyingkirkan Ku LI mungkin termasuk Perda Menteri.
Walaubagaimana pun perubahan undi terutamanya dari kaum Cina sewajarnya dinilai oleh Pakatan rakyat secara jujur dan terbuka. Apakah boleh diharap undi Cina selamanya secara konsisten kerana sikap politik mereka yang bijak dalam mencatur kepentingan mereka. Tempoh masa yang masih baru untuk memahamkan sebahagian masyarakat Cina dalam mengenali perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS mungkin sebahagian faktornya kerana kedudukan Gua Musang yang jauh dari sumber maklumat terkini dan adil.
Jika di Sarawak pengundi Cina mengalih perhatian kepada Pakatan Rakyat, di galas sebaliknya. tentu ada faktor yang perlu dikaji selain luar bandar. apapun ia menjadi keyu pengukur dalam mengatur startegi buat Pakatan Rakyat khususnya dalam menilai peranan badan yang didakwa bebas. (anak sengat)
(*) Wak masih menanti tulisan dari blogger FreeTerangganuZone yang lebih telus melihat apakah yg sebenarnya berlaku di Galas dari kacamata beliau yang tajam.
(4) LIVE feed result from GALAS dan Batu Sapi
PAS TEWAS ?
Jangan putus asa kepada sapa2 yg rasa kena keja teruk untuk menangkan PAS tapi last2 kalah jugak..Sabaq2, itu ujian Allah utk kita..Apa yg berlaku bukan ketentuan BN tapi ketentuan Allah SWT..BN menang pon kelantan tetap PAS punya..Apa2 pon kita tgk projek2 yg BN janjikan..Depa tunaikan ka atau dak??? ( Imran A. Baihaqi)
Lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.
Difahamkan terdapat seorang 'ustaz' di dalam bilik tempat duit diberikan. Setiap orang yang datang mengambil duit akan diberitahu "Kita bagi ni bukan rasuah, ikhlas ni, jangan pk bukan-bukan" katanya. (sumber - Irsyad Sidi)
(3) Update foto 4 GALAS - Wartawan ini apa cerita ?
Siapa berani membuat 'pencerahan' atas cerita dibawah bersama bukti tawaran itu? Mencari yang telus itu bukan semudah jari-jari menulis blog. Jangan sampai cerita begini memakan diri dan memudaratkan perjuangan. Jika zakat boleh dilabelkan sebagai rasuah, adakah yang mustahil pula untuk cerita ini ?
Untuk tidak menjadi fitnah, yang mencungkil berita ini perlu dibawa untuk pembuktian..! Sekadar meletakkan nama ' wartawan kita' itu belum menjamin kekentalan fakta. Sedutan yang dipetik dari Harakahdaily - tolonglaaa...!! Wartawan tu berani ker ??
"..Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.
Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut. Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka..." Harakahdaily.
Wajah penutup untuk Galas. Bravo TP..!!
Antara senyum dan sumbing - menanti kalah ?
(*) Musim banjir semua boleh jadi..kot ?
(2) Update foto 4 GALAS - Ibu Pejabat PAS terbakar ?
Kerana panasnya suasana di Galas, ibu pejabat PAS di Jalan Raja laut terbakar pagi ini. Laporan harakahdaily menyatakan tingkat bawah dan 1 terlibat dalam kebakaran tersebut. Foto update Galas ehsan dari fesbuk Tai Kai Swee.
Update foto 4 GALAS - PAS For ALL
Foto ehsan blog Parlimen Kota Raja
10 pagi - Insiden yang tidak mahu dilihati dikatakan sudah berlaku pagi ini. Penyokong BN dan penyokong Pas bergaduh di antara satu sama lain. Kejadian pertama berlaku di Taman Wangi di mana kedua penyokong bertumbuk dipercayai kerana provokasi.
Kejadian kedua berlaku di bandar baru Gua Musang. Kejadian bermula seawal pagi bila mana penyokong Pas dikatakan memasuki kawasan UBN. Ekoran kejadian menyebabkan polis terpaksa campur tangan.(sumber - MSOmelayu)
kredit foto untuk YB Idham Lim yg kini berada di Galas.
2 kuburan bakal terpacak buat UMNO/BN hari ini !
Kerana MURKA Tuhan, UMNO/BN bakal kalah di Galas dan Batu Sapi. Tunggu saja saat itu !! Kerana rakyat kian meluat dan benci. Hari ini rakyat Galas dan Batu Sapi mula menghukum 'kamu' diatas kertas undi. Selebihnya serahkan saja urusan itu kepada Allah swt bersama doa yang tidak putus dari kami warga rakyat.
Selamat mengundi buat rakyat Batu Sapi Dan Galas...berikan petunjuk kepada BN bahawasanya rakyat amat tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak, dan cadangan pembinaan bangunan 100 tingkat. Murka rakyat makin membuak-buak. 2 kuburan bakal dipacakkan untuk UMNO/BN hari ini. Takbir !!
(*) foto ehsan fesbuk Imran Ahmad Baihaqi
(*) foto ehsan fesbuk Imran Ahmad Baihaqi
Puteri UMNO ini tidak sekaya Azalina !
Rumah Bekas ahli dan pejuang ketuanan melayu. Atau nak lebih jelas sebut saja PUTERI UMNO. Ketika kroni UMNO lain berlumba2 membina mahligai, rumah uzur ini sekadar kaya bersama janji2 mulus Wanita UMNO satu waktu dahulu.
Asar kelmarin, Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.
Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.
Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.
Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.
Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.
Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.
"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.
Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. [rujukan foto sila klik ke sumber laman asal dibawah]
Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru. Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.
sumber asal dipetik dari - http://msomelayu.blogspot.com/2010/11/langsung-dari-galas_03.html
Galas - Tunggulah saat murka Allah untuk kamu !
Isu wang zakat dilabelkan sebagai wang rasuah - buat rakyat makin meluat dan benci kepada Umno dan BN. Kerana politik - Umno dan 'perkakas'2nya (SPR) sanggup menghina suratul At- Taubah. Hebat Umno..! Ayat Allah pun sanggup dilanggarnya buta tuli..! Tunggulah saat murka Tuhan wahai Umno !!
“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah, dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 60)
Blogger Umno blogger pelawokk deh..!!
Minta maaf, orang-orang di-Galas tak baca internet. Jadi kalau blogger-blogger yang pro BN/umno rasa kempen-kempen mereka melalui media elektronik atau melalui blog-blog politik boleh meng'saiko'kan kepala otak pengundi-pengundi Galas untuk memancing undi, mereka silap banyak. Jadi, blogger-blogger yang pro BN/umno boleh tulis apa pun, boleh cakap apa juga benda yang tak baik tentang Pakatan Rakyat/PAS, pengundi-pengundi Galas tak akan tahu pun.
Kalau kem BN/umno di Galas rasa media-media cetak kepunyaan mereka mampu mereka-reka cipta benda-benda tak betul untuk tatapan pengundi-pengundi Galas, juga mereka silap sebab orang-orang di Galas tidak mesra akhbar-akhbar harian yang ada. Mereka 'fobia' dengan cerita-cerita yang dibuat-buat didalam akhbar-akhbar harian yang pro BN/umno ini. Senang cakap, orang-orang di Galas tak baca paper.
Blog dan internet mereka tak baca, paper juga mereka tak baca, jadi sumber dari mana mereka dapat berkenaan dengan isu-isu semasa politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya??
Orang-orang di-Galas hanya dapat maklumat melalui kempen ceramah-ceramah yang telah diatur oleh Pakatan Rakyat, dan dalam ketika mendengar ceramah-ceramah itu lah risalah-risalah seperti Galas Kito, Buletin Darulnaim serta Harakah yang memuatkan cerita-cerita benar berhubung dengan isu royalti minyak, kepincangan pentadbiran kerajaan persekutuan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, pengundi hantu, Tengku Li hilang masa hari penamaan calun dan macam-macam lagi isu-isu yang besar dan kotor dalam BN/umno menjadi pengganti kepada paper dan internet untuk diedar kepada pengundi-pengundi di-Galas dan mereka begitu gembira untuk membacanya dengan senang hati.
Di khabarkan juga oleh gurkah-gurkah politik di'port' yang akhbar Berita Hairan dalam usaha mereka untuk membantu BN/umno berkempen dan untuk 'counter-atack' risalah-risalah dri PAS/Pakatan Rakyat itu, juga telah mengeluarkan risalah-risalah tentang salah tadbir kerajaan PAS Kelantan TG Nik Aziz, tapi oleh kerana orang-orang Galas tak baca paper, maka risalah dari Berita Hairan itu banyak tak terusik, dan hanya diedar kepada kalangan penyokong-penyokong dan petugas-petugas pilihanraya BN/umno dari luar sahaja. Ini menunjukan yang orang-orang di-Galas tak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari kem BN/umno itu dan tak termampu mereka untuk cuci kepala otak pengundi-pengundi DUN Galas.
"Demo buat lawok dehhh..!!" itu yang orang-orang dan pengundi-pengundi di-Galas kata bila menatap risalah-risalah yang telah di keluarkan oleh Berita Hairan untuk BN/umno.
"Kito mesti ikut amanat Tok Guru wehh..!!" kata yang lain selepas 'meng-keronyok' risalah-risalah dari Berita Hairan yang diedarkan kepada mereka.
Cina-cina di Galas pula kata "PAS/Pakatan Rakyat perlukan undi orang-orang cina jika mahukan Putrajaya, jadi kita akan bagi laluan kepada Dr.Zulkefli".
dollah yankee - Yang nak pangkah pada PRK ini adalah orang-orang Galas, bukan BigDog.com, bukan Rocky Bru, bukan Tukar Tiub, bukan Kuda Kepang, bukan Parpu Kari, bukan Gomo dan bukan juga dollah yankee...Kah..Kah..Kah..!
[..] sumber dipetik dari blog dollah yankee
(*) Wak - Cool kerana undi dan sokong PAS makin bertambah setiap hari - Tahniah buat semua pejuang2 fi sabilillah PAS yang sedang berjuang di bumi Galas..Takbir !! Allahu Akbar..!