PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pra-Pru13 - Surahan Malam : Kerana DAP guna lambang PAS, tokwan hilang, makwan sawan !

radens albanjari | 19.4.2013
Sunway Hotel, Seberang Jaya -


Sketsa malam Sabtu - Entah apa yang tidak kena, makwan hang jadi gelisah. Sejak pagi..tokwan hang masih keras duduk dibawah pokok berlapik pangkin papan. Bercakap sensorang...entah apa yang dibutir surahkan. Makwan tengok tokwan hang dah buat kelaku pelik..ubat tak mau makan, nasik pon dia tak mau jamah..jenuh makwan nak suap...dia tak mau jugak, tak tau pasai apa..dok menung lagu tu sejak pagi tadi...hangpa tak risau kaa ? makwan tanya dia tak mau habaq mai pasai apa...tapi dia ada sebut macam kat bawah tu, mak wan tak faham sangat...!


Lepas maghrib tadi, bergelap tokwan hang keras duduk disitu. Jenuh makwan menjerit suruh masuk, haram dia mau dengar. 

Tadi makwan telpon, dia kata tokwan hang tak dak di pangkin ! Dia pi mana pulak haa..? Ni..kampung, bukan bandaq..gelap gulita hitam pekat...! Makwan pulak sawan. 

Mungkin ini kisahnya, tokwan hangpa hilang. Baca tenang-tenang okay !

Konfrontasi kaum jika Kit Siang menang Gelang Patah – kata Dr M.  Pada 10 April lalu, Tun dalam ucapannya telah menegaskan bahawa,
" Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur, " - ibid, TMI
Hebat ramalan Dr. M dalam usaha menghentam pemimpin pembangkang menjelang PRU13 yang semakin hampir. Apakah kerana beliau terlalu banyak masa senggang hingga mampu berfatamorgana siang dan malan maka Dr. M bisa terus menggambarkan kemenangan Lim Kit Siang akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. 

Kata Tun lagi, “Lim Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya di chedet.cc.

Apa jenis jin yang Tun pakai, memang salute bro ! Ini hal bukan ramalan biasa. Ini peramal hebat. Malah peramal ini yang kini berusia 87 tahun bukan calang-calang peramal, beliau turut dilihat sebagai ketua utama kempen de facto Barisan Nasional, selain kuat meramal Tun juga sangat bersemangat menanamkan kebencian melayu kepada cina berbanding mereka yang lebih muda di dalam BN sekaligus menunjukkan bahawa cabaran kali ini daripada lawan khususnya di Gelang Patah adalah yang paling sengit. Kalah BN di situ, bermakna..berkuburlah hayat BN.

Lim Kit Siang, anak kelahiran Johor, menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung secara 'anak jantan', di negeri kelahirannya sendiri – yang juga tempat lahir parti Umno.

Malah khalayak melihat bahawa Dr Mahathir tidak akan berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai sebuah parti yang tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada dari PAS mahupun PKR. Sayangnya pada hari ini, ramalan Dr. M meleset sama sekali, dimana DAP secara rasminya akan mengunakan lambang PAS kepada semua calon yang bertanding di seluruh negeri di Semenanjung. Satu pukulan knockdown untuk Tun biarpun gelanggang pencak belum dibuka sepenuhnya. 

Kata Tun lagi, slogan “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan oleh DAP sekarang lebih memperjuangkan meritrokasi kaum, sambil mendakwa ia ditiru daripada parti PAP di Singapura, yang kini merupakan parti pemerintah republik itu. dimana taktik itu secara halus akan melemahkan pengaruh kuasa masyarakat Melayu khususnya dalam kuasa berkaitan politik bangsa.

Kebimbangan kepada kehilangan kuasa melayu, dan pemuafakatan melayu-cina di Johor akan berakhir sekiranya BN menerima padah apabila kalah kelak dipalu sehebat-hebatnya oleh Tun dimana beliau menulis, bahawa “Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang kerusi Gelang Patah.”. 

Kepada yang belum tahu, Lim Kit Siang ini merupakan musuh utama Tun di Parlimen sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan perdana menteri malaysia. Diakhir tulisan beliau turut meluah rasa bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, tetapi “konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama” akan menyebabkan pembangunan negara terganggu. Tun, ubat dah makan ker ? Jauh sangat Tun meroyan tu. 

Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang dalam kontinasi paling mantap dan tersusun.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Petang : Gempar Jumaat ! Teresa Kok kini begelar 'ustazah'

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada PAS ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk PAS. Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," - Ustazah Teresa Kok
Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Pagi : Esok yang Dramatik ! BN disabotaj penyokong sendiri ?

radens albanjari | 19.4.2013
Hotel Sunway, Seberang Jaya - 

Kemelut isu yang membelenggu barisan pemimpin Umno/BN yang tercampak keluar dari diberi kerusi bertanding pada PRU13 kian meruncing. Di Pulau Pinang sahaja, tinjauan rambang memperlihatkan lebih 40% bilik gerakan BN kosong tidak berpenghuni sepanjang 24 jam yang lalu. Paling teruk di Tasek Gelugor, dan Sg. Dua.

Mekanisma yang digunapakai oleh Najib semakin dilihat sangat 'cacamarba', tangkap muat, dan gelojoh. Nampaknya tempoh merajuk yang diberikan selama 24 jam akan berlarutan sehingga ke kertas undi 5 Mei ini. Merajuk melayu tidak sama dengan rajuk cina, atau 'hindu'. Rajuk melayu boleh bertimpas ! Eloklah 5 Mei depan 'timpas' undi kalian dari mengundi Barisan Nasional seterusnya melenyap nyahkan terus parti melayu yang zalim dan hipokrit ini. 

Dari risikan sumber yang boleh dibaca di SINI, BN akan tumpas seterusnya akan kalah teruk. Negara akan melakar sejarah. Buku Sejarah Malaysia akan dicetak semula. Panik dan kelam kabut yang berlaku kepada parti bangsa(t) yang dijaja  keramat (opsss..khurafat !) itu juga  telah menyebabkan hampir 20 bilik gerakan BN dan Umno di Shah Alam ditutup (itu yang diketahui melalui sumber dari sini malam tadi). 


Calon tangkap muat, serta barisan calun-calun yang personalitinya boleh mendatangkan keraguan, malah ada calun-calun yang dipertikaikan terus intergriti mereka kini bersarang besar malah semakin selesa sedangkan jeritan protes akan umbi terus melanda bandar dan kampung. 

Esok yang 'dramatik'.
Esok adalah hari 'penamaan calon'. Gurkha-gurkha politik bangsat akan turun seawal pagi sambil berwirid 'hidup melayu, hidup melayu..", dan diantara wirid-wirid itu pula akan diwarnai bersama nyanyian "anak kecil main api...", selain aksi-aksi lucah penyokong mereka yang tanpa malu akan melakonkan aksi-aksi porno yang sangat sebati di dalam parti yang menyokong pornografi total. 

Replika seluar dalam dan sebagainya akan diarak keluar ke jalanraya, beberapa 'perlambangan' berkaitan pornografi akan diaksi saksikan oleh jutaan manusia melalui youtube, facebook, tweeter, dan media sosial lain.., lakonan spontan oleh pelakon dari parti bangsa(t) yang bangang akan ditonton rakyat. 

Khabaran terkini dari sumber yang belum dipastikan, tetapi berlegar sekarang, akan berlaku sabotaj kepada calon yang tidak 'merakyat' khususnya dari penyokong BN sendiri pada hari penamaan calon esok. Andai khabaran ini benar, maka akan tercatat yang pertama berlaku dalam sejarah negara, perarakan calon BN disabotaj penyokong sendiri. 

Jika itu berlaku, apakah plan B menggunakan laskar-laskar impot penyokong-penyokong Umno 'baru' (laskar upahan),  dari  Nepal, Bangladesh, Kemboja, Suluk, Indonesia, Myanmar, Burma, Vietnam, Filipino akan UMNO gunakan seterusnya membanjiri jalanraya dihari penamaan calon ? Jika ada..jangan lupa ..terajang mereka ke longkang ! Mereka itu 'pembangsat negara', Awas...!! Jika sudah terdesak..apa cara terpaksa digunakan..itulah parti pejuang bangsa(t) Umno dan BN.

(*) - Nantikan tulisan Surahan Petang yang lebih panas dan ganas, petang ini ! 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Malam : Kem gerombolan BN seluruh negara kini 'panik' !

radens albanjari | 18.4.2013
Sri Malaysia, Bertam -

Kem gerombolan seluruh negara tiba-tiba terkesima ! Tulisan Lim Kit Siang ini bukan main-main. Jika itu hujah dan sumber rasmi dari risikan yang dipercayai, JAHANAM BANGSAT untuk parti yang berjuang atas nama bangsa(t) ini pada PRU13. Sah mereka akan jadi pembangkang Dusun Kedaung di dewan rakyat selepas 5 Mei ini.

Hey..gerombolan bangsa(t), majoriti 68 kerusi itu besar bro! Lebih besar andai mahu dibandingkan sama nafsu sang katak yang meraung akan menang bergaya(t) di Shah Alam 5 mei ini. Jangan suka berfatamorgana..! Lim Kit Siang berkata, " According to this estimate, PR will win 145 parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68 seats. " , 


Sekejap lagi akan gegak gempita lah portal-portal pencacainya untuk menyangkal sumber risikan yang sangat dipercayai ini. Sumber apa ? DI SINI. atau baca terus dibawah,


I have received information that the Bukit Aman and Defence Ministry intelligence do not rule out the defeat of Barisan Nasional in the 13GE. According to one Bukit Aman intelligence estimate, which I cannot verify whether it is from the police or not, the possible outcome of the 13GE for parliamentary elections is as follows:

Untuk memurnikan lagi kepercayaan tentang jumlah kerusi Dewan Rakyat yang akan bertukar ke Pakatan Rakyat, elok laa..sangat jika penyokong-penyokong BN khususnya dari Umno, MCA, MIC, Gerakan atau sebagainya, tinggalkan sahaja Perikatan atas nama bangsa(t) ini sementara masa masih ada, jangan kelak jadi macam Pak Kaduk kehilangan perahu, mahu bermudik ke hulu tidak tahu, ke hilir pun tak tahu. Akhirnya jadi batang pisang buruk. 

Kepada peyokong UMNO dan Barisan Nasional, tinggalkan, kosongkan saja bilik-bilik Gerakan kalian, tutup saja bilik-bilik operasi yang jelas langsung tidak memberi adil kepada pemimpin kalian. Pemimpin kalian dihina dan dicampak seperti kain buruk. Bila tua langsung tidak lagi berguna. 

Sedarlah..., kalian cuma orang kecil dan hanya melukut di sisi pemimpin Umno. Ubahlah Sekarang, jangan percaya pada taburan gula-gula manis mereka, andai tertelan..merana 5 tahun lagi. Mari kita bersama berganding bahu menolak parti regim, menolak Umno dan barisan Nasional untuk ini kali. Tiada apa yang rugi utk kalian, yang rugi apabila terus memberi mandat dan menyokong mereka. Mereka itu lintah ! Penghisap darah rakyat..!

Nota : Berdasarkan kepada fenomena protes semasa yang dianjurkan oleh penyokong gerombolan yang kecewa wakil dan pemimpin mereka tidak dicalonkan, atau dalam erti kata yang lebih berbahasa, tercampak ke longkang., aku yakin apa yang diberikan oleh sumber risikan itu akan memberi impak yang lebih besar kepada kemenangan PR nanti, bukan hanya dengan 68 majoriti, malah akan jadi lebih dari yang dijangkakan.

"Anak kecil main apiii..., "oppss..hello bro ! anak kecil sekarang tak main api, sekarang mereka main iPAD, tak pun samsung note..! Akai adaa...! 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Petang ! 18SX : HOT !! Satu negara sudah 'geger' !

radens albanjari | 18.4.13
Pearl View, Seberang Jaya - 

Siang yang terang. Tiada langsung mendung di pagi khamis yang damai ini. Namun telinga tidak dapat melayan bingit dan bosan dari kicauan burung ciak yang kelaparan. Mahu dibilang kurang makan...segengam huma telah aku berikan. Nak dikata ada kematian, aku kira bilangan ciak yang turun cukup dan tidak kurang biarpun seekor.


Hey..burung-burung ciak, gerangan apa yang bikin kamu 'geger' pagi-pagi ini haa ? Riuh sekampung..riuh men'ciak', Alam jadi bingit ! Apakah 'geger'an kamu itu beri petanda kamu juga menjadi sang 'protes' pada apa yang berlaku kini ?

Aku kira benar saja. Bukan saja makhluk Umno, malah burung ciak yang menyokong Umno juga bisa bikin 'mulut'nya jadi 'kemam', kelu mahu berkata-kata, yang terpacul cuma hanya 'geger'an protes yang koat kedengaran.

Protes maha dahsyat, kerna khabaran buruk itu menjadi sangat nyata. Gila ! Sangat sukar untuk makhluk-makhluk Umno itu untuk percaya, jauh sekali berupaya menghadamnya terus ke perot tentang apa yang terjadi kepada parti keramat bangsa(t) itu apabila;

(1) Ketua Pemudanya  sendiri tidak langsung ditandingkan dimana-mana kerusi baik DUN mahupun Parlimen. Hey...ini benar-benar lekeh ! Ini juga satu penghinaan. Penghinaan kepada seorang model majalah maskulin. Penghinaan itu sangat trajis. Pukulan 'knockdown' terus oleh Najib untuk Khairy Jamaluddin. Apa sudah jadi ? 

Apakah dosanya kerna menjadi model majalah, Ketua Pemuda Umno yang pernah menjadi 'beruk' di jalanan ketika Bersih 2.0 lalu, langsung di'cap'kan sebagai 'Un-Winnable Candidate" untuk BN ini kali. Hohoho..! Hoo..jang lu ! Jangan macam tu...hal ini hal besar bro..!

Andai taraf pelajaran mahu jadi ukuran, KJ ini bukan graduan dari University 'chow kid road', yang boleh dibeli dengan harga 5 kupang. Ini graduan Oxford,  dan punya Ph.D dari London ! Malang sungguh kamu ! Bila Najib letak kamu sebaris sama makhluk macam rais yatim, bung mokhtar, rosnah shirlin, dan ramai lagi yang jika ditandingkan dengan 'baldi' pun akan kalah. Najib memang tak patut !

*Ralat (*) - KJ disahkan bertanding semula.

(2) Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga bekas ahli parlimen Papar, turut ter'geng' bersama "geng unwinable candidate Umno/BN 2013". Jika kata bos puteri Umno ini tak buat kerja parti, aku lihat  rosnah ni cemerlang orangnya. Mustahil jika dikata, rosnah ini telah di'pancung' oleh rosmah laki Najib. 

Mentang-mentang nama rosmah dan rosnah itu sebutannya jika tersilap boleh jadi terus bini Najib..sangat tak mungkin, lagi pula saiz mereka kurang lebih saja. Maaf..agak keterlaluan, aku bicara bukan soal 'taste' ! Tetapi soal memuaskan hati. Agaknya kerana bimbang 'tertukar' tempat, buat rosmah jadi bimbang.  Demi Najib, sori untuk rosnah. Biarpun di Papar, burung ciak terus menjerit mahukan rosnah bertanding juga. Jangan persoalkan saiz tubuh untuk menjadi 'winnable candidate, adil la sikit. Apa kurangnya Aishah Jempol ? Please, dont judge my size okay..!  Dan ini hanya sekadar telahan aku saja. Jangan emosi. kerna diluar sana lebih emosi berkaitan pilihan najib muktahir ini.

Tapi sumpah, jika ada puteri Umno mahu jadi bini aku, aku reda saja..tapi pastikan puteri Umno itu 'winnable candidate', jika tak, lebih baik aku kahwin dengan 'baldi' saja. 

Matahari diluar semakin panas. Dan hari ini tentu menjanjikan banyak kisah panas dan berbahang. Esok pula hari jumaat.Kepada calon yang 'winnable candidate, atau lebih geger disebut orang sebagai calon 'cable candidate', elok la buka baju luas-luas, biar sedikit dingin...tapi awas jangan sampai 'beku' pulak.

Sekian untuk kali ini. INI KALI..LAH, Asal Bukan ABU !-

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Pagi : Amaran keras 'hindu' di Shah Alam !

radens albanjari | 18.4.13
Pearl View, Seberang Jaya - 

Dari kepala sampai ekor sudah busuk. Amaran 'hindu' jangan dikesampingkan. Tanpa 'hindu' kita tak merasa vaddey, maruku dan sambal nyioq. Bila 'hindu' sudah berbunyi, itu adalah AMARAN. Amaran untuk katak segera meninggalkan tawaran kerusi yang najib bagi. 

Kata 'hindu', BN akan gagal menawan Selangor, malah mungkin terlepas Putrajaya 5 Mei ini jika gabungan itu terus berdegil mengekalkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, tegas S. Vell Paari yang memberi amaran hari ini dalam mesej teks kepada presiden MIC, G. Palanivel.


Pemimpin MIC berkata dengan meletakkan Zulkifli, BN mempertaruhkan undi India, yang katanya mungkin akan menjadi undi penentu dalam negeri-negeri seperti Selangor, kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Menurut mesej teks yang dihantar tetapi bocor daripada sumber dalaman parti, Vell menggesa Palanivel untuk menyampaikan kebimbangan beliau kepada Najib Altantuya dan meminta "tindakan sewajarnya" daripada pengerusi BN, memberi amaran kepada sebuah "keadaan bencana" jika tindakan tidak diambil.

"Kepada Datuk Seri G. Palanivel, perlantikan Zulkifli Nordin menjadi calon BN di Shah Alam adalah satu penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia.

Di mana-mana, semua merasa sangat emosi, "katanya dalam mesej, yang juga telah dihantar kepada semua anggota jawatankuasa kerja pusat MIC.

Anak bekas ketua parti S. Samy Vellu itu mendakwa bahawa terdapat kira-kira 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, dan ramai di kalangan yang didakwanya telah marah dengan pemilihan Zulkifli .

"Kita boleh kehilangan hampir 50 peratus ke 70 peratus undi kaum India yang boleh menyebabkan kerugian bagi calon-calon MIC terutamanya di Selangor tetapi dengan pengundi India menjadi undi penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal menguasai Selangor," kata beliau sambil memberi amaran bahawa sentimen Zulkifli juga merebak ke negeri-negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang buat tak kisah dengan hanya meminta maaf selepas menghina agama dan masyarakat kita.

"Pemimpin-pemimpin kami di jentera kempen BN terutama di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Mesej teks Vell diakhiri dengan mengatakan dia hanya mahu memelihara kesopanan parti dengan mencari tindakan terbaik terhadap pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti."Ini adalah nasihat strategi saya sebagai pengarah strategik parti," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan bahawa dia telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menerima cabaran DAP bahawa beliau keluar parti jika Zulkifli tidak digugurkan daripada senarai calon BN, bagaimanapun, pemimpin parti tidak akan menjawab "ya".

"Saya boleh menimbulkan soalan yang sama kepada DAP. Hari ini, PSM yang mempunyai masalah dalam Pakatan Rakyat atas kerusi dan isu-isu logo. PSM telah menyatakan bahawa 'KEADILAN menggunakan alasan perkauman untuk menafikan hak PSM'.

"Jadi DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat atas penggunaan sebab kaum untuk menafikan kerusi PSM oleh Pakatan Rakyat"? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa membentangkan senarai calon BN negeri semalam, membenarkan BEKAS ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu sedia untuk bertanding atas tiket BN.

Keputusan yang dibuat perdana menteri mendapat kritikan banyak pihak, sebahagian besarnya disebabkan oleh reputasi Zulkifli sebagai kumpulan pendesak Melayu, jawatan beliau sebagai Naib Presiden sayap kanan kumpulan Perkasa dan kontroversi baru-baru ini ke atas penghinaan terhadap masyarakat Hindu.

Sebuah video terbaru membuktikan Zulkifli mengucapkan perkataan "Keling", yang rakyat Malaysia berketurunan India menganggap ia menghina, terus menjadi kritikan panas baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas video yang lain telah dikeluarkan di mana dia mempersoalkan seorang pedagang India pada mengapa tuhan-tuhan Hindu tidak menghalang kedai lelaki itu daripada dibanjiri, menarik kemurkaan kaum itu.

BEKAS peguam bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ini juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN dan mengkritik keputusan pembangkang apabila beliau dipecat daripada KEADILAN pada 6 Mac 2010 setelah laporan polis dibuat terhadap beliau oleh penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Pagi : BN Penang terus bergolak,"Datuk Seri" umum sokong PR

Hj.Anuar Hashim | Perakite 
Tasek Gelugor | 15.4.13 -

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh kepimpinan Umno/Barisan Nasional apabila mengumumkan akan bertanding bebas.

Bekas Anggota Parlimen Tasek Gelugor (2004) itu berkata, oleh kerana beliau tidak disenaraikan, maka beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

Shariff berkata demikian di kawasan rumahnya di Tasek Gelugor semasa berucap kepada kira-kira 2,000 penyokongnya yang turut berjanji akan mengundi beliau.

Shariff berkata beliau akan bertanding kerusi parlimen, manakala dua rakannya Mustaffa Idrus, AJK Umno Bahagian dan Azmi Alang, Naib Presiden Perkasa kemungkinan bertanding kerusi DUN Teluk Ayer Tawar dan Sungai Dua.

Beliau turut mencabar Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memecat beliau daripada kerana menyanggahi keputusan parti. 


Shariff memang berharap dicalonkan kali ini tetapi BN telah menamakan Shahbudin Yahya. Bagi kerusi DUN Telok Ayer Tawar dan Sungai Dua, Umno menamakan Datuk Jahara Hamid dan Muhamad Yusoff Mohd Noor sebagai calon.. Shariff mendakwa Umno tidak berlaku jujur kepada beliau.



" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Petang : Antara darah mamak, hindu dan katak, kongkalikong !

Radens albanjari | 15.4.2013
Kepala Batas, Penang -

Gendang perang dalaman Umno akan bermula kerana ramai veteran dan pimpinan Umno digugurkan daripada menjadi calon. Yang bukan berkenaan pula diangkat menjadi calon Umno. Dalam banyak hal yang langsung aku tidak setuju berkaitan Zul-Kulim, hanya lagu ini aku jadi setuju. Bersetuju kerana lirik yang dicipta oleh katak ini sangat baik utk Umno baling baldi ke muka manusia yang suka bermuka-muka. Sekejap jadi katak hijau, sekejap jadi katak merah, sekarang tukar skin terus jadi katak biru. Bila pulak si katak ni istihar jadi ahli Umno haa ?

   

Jika ada 'hindu' di Shah Alam, jangan harap ada undi dari mereka, jika ada cina di Shah Alam, lu langsi..no undi..! Nak harap pun undi melayu perkasa saja agaknya. Ini kerana melayu islam Shah Alam pun mungkin malu nak undi spesis katak oh katak macam ni. Maka bermulalah perpecahan dalam UMNO dan Barisan Nasional. 

Setelah pengumuman calon Parlimen dan DUN dibuat hari ini. Rata-ratanya semua tidak berpuas hati. Hanya calon yang memiliki sekurang-kurangnya Diploma yang diberi kelayakan untuk bertanding. Mungkin UMNO Mudah Lupa yang, " Tak Semua Berpelajaran Itu Berpendidikan,  dan Tidak Semua Yang Berpendidikan Itu Berpelajaran ". 

* ( Bakuyaa..Tapi Naran ! ) - Di Kepala Batas pula, lain kisahnya...nampaknya 'mamak' gagal untuk menjadi melayu. Walaupun depa kata depa melayu mamak. Umno sana tak mau calon 'mamak'. Hahaha...! Maka gagal lagi mamak menjadi melayu. Kesian Rizal Merican Naina Merican. Unqualified ! Nampaknya mamak hanya mampu tebaq roti dan uli rempah saja di sisi Umno. Apa nak buat. 



Biarpun darah 'hindu' ada bersama mamak, namun yang memaki 'hindu' juga yg menang jadi calon. Tanya Sama Mamak, apa sebab murung, nanti jawab Mamak, Zul-Kulim jugak yang untung.." hahaha...! Apa macam machaaa...! Roti tulur wunnek...!! Kuah kasi banjir...wokey.


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Malam : Hey DAP! Arak free ni hang jamu ker ?

radens albanjari | 14.4.13
Sunway Seberang Jaya - 

Seharian tugasan ku berlegar di Penang hari ini. Sekejap di Kepala Batas, sekejap di Tasek Gelugor, sekejap di Nibong Tebal..benar-benar bikin kolestrol aku mati kejang..rasa kempesss perot  plak aku rasa. Cabaran yang bukan kepalang. Mengharap mendung, tapi terik yang dapat. Matahari mencacak atas ubun-ubun. Sudahlah jalan asyik jem sana dan sini. Adat berjuang, kena telan semuanya..demi untuk UBAH, lautan api akan tetap aku harungi..!

Air ! Jangan cakap..air apa tak aku sedut. Dari air di coffee house, sampai ke air cedok tepi jalan..asal nampak air, memang aku sedut..haus dahaga bro..! Tapi aku panasss bila tahu aku tak dijemput ke pesta minum air FREE semalam di Pulau Tikus ! Cis...memang nak kena titik DAP nih...bikin hati terus jadi dahaga nak memaki.

Anilnetto boleh pulak provoke aku hari panas-panas macam ni. Dia kata bukan setakat minum free, boleh tapaw bawak balik bro...! Hoohohohohoh...! Gila baban macam ni...! Tapi dia bilang, lu boleh minum kaa ini air? aik..apa pasal pulak ! Lu mai tengok...? 


Sori DAP, gue silap..kalo ini air yang depa minum free, gue sudah tahu....sapa yang kasi free dan anjur ini event. Memang baik punya dealed woo itu Gerakan sama sapa..? Caittt...! Mamak kutty yennadeyyyy....! Sikalang lu manyak huntong bergande-gande maaa...mau minum free 1 Malaysia, mesti minum ini brand...hahaha..! Apa ? Tiger..Heineken...Carlsberg.., hohohoho...itu brand boleh pi mamposss...! Big sponsored for this GE13 event ( Free 1Malaysia Dinner ) mesti pilih Amigos Extra Smooth..yoo ! 

Ini baru bisnes pilihanraya. Hey..ini Amigos beer sapa punyer ? Tolong jawab terang-terang boleh ? Itu San Miguel sapa punyer ? Rakyat mau tau maa..! INI KALI MAMPOSS UMNO, MAMPOSS.. GERAKAN, MAMPOSS..BN ! 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |