Tayangan Minggu Ini - Video pak pulisi bro !
Saksikan!! Video yang paling dinanti-nantikan tahun ini!! Video BERSIH 2.0 Versi Polis Di Raja Malaysia. Video 1
Kenapa tidak disiarkan sama video Polis menendang tahanan, Video Polis jahat menumbuk tahanan yang digari dan berbagai-bagai lagi ? - sumber Anak Sg. Derhaka
Perjumpaan Bloggers Rakyat ! Ayuh kita join..!!
“Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional. Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.
Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan. Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.
Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.
Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri. Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat.
Ready? Kita jumpa hujung minggu ini.
Tempat: Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall.
Masa: 8.00 malam.
Tarikh: 23 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat terhad.
Sila hubungi nama-nama dibawah ini untuk pengesahan.
Matsamankati: matsamankati@gmail.com
Albanjari: albanjari_online@yahoo.com
Ikutsukaakuisa:zergdukes@gmail.com
Cenangau: cenangau@gmail.com
Anak Sungai Derhaka:anaksungaiderhaka@gmail.com
Aduka Taruna: adukataruna2008@gmail.com
Kerajaan Rakyat:kerajaan.rakyat@gmail.com
18SX : Buat apa tu bro ? Ermm..I baru buat buah dada !
Klik untuk besarkan imej - Mohd Ashraf Abd Aziz, 25 tahun menggemparkan negara, wajahnya terpampang di muka hadapan akhbar. Perhatikan gambar Ashraf di Harian Metro. Jika tidak mengetahui identiti sebenarnya, pasti kita menganggap dia perempuan sejati. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menolak permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana. Itu fakta !
Saya percaya lebih ramai lagi lelaki berperawakan bak perempuan di negara ini. Sebilangan mereka mendakwa telah menjalani pembedahan menukar jantina samada di Singapura atau Thailand. Jika pembaca melintasi Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur, pada waktu malam, golongan sama bersidaian di tepi rumah kedai, menjaja bentuk tubuh kekadang kelihatan lebih seksi berbanding perempuan sebenar.
Mereka berbangsa Melayu, India dan Cina. Malah kini pondan Indonesia atau digelar 'bencong' di negara asal juga didapati aktif menawarkan servis seks kepada pelanggan, baca di sini. Mac 2010, sewaktu berada di Jakarta, saya bertembung bencong mabuk dan selamba cuba menggoda kru saya, klik di sini untuk membaca kisahnya.
Majoriti pondan bersifat pemalu pada waktu siang. Barangkali kerana solekan pada wajah telah dibasuh manakala coli dan g-string mereka telah dimasukkan ke dalam mesin basuh. Apapun, saya juga yakin bukan semua pondan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Pada masa sama, tidak dapat dinafikan sebilangan pondan menyerlah dalam kerjaya sebagai mak andam dan bidang kerjaya lain. Namun bilangan mereka tidak begitu ketara. Jika diperhatikan, pondan tidak gemar menggunakan nama sebenar. Mereka memilih nama kedengaran manis jika dipanggil.
Tasha, Shila dan Bella, antara nama panggilan dipilih.
"Nama I Tasha, I baru buat buah dada," ujar pondan.
Manis kedengaran ayat itu, berbanding ...
"Nama I Johari, I baru buat buah dada"
'Johari', sekadar nama dipilih secara rawak, tiada kena mengena dengan mana mana individu. Tidak hairan jika pertukaran nama itu amat penting bagi majoriti pondan. Andai dibenarkan sekali, pasti selepas ini, mahkamah akan menerima lebih banyak permintaan sama. - sumber Mazidul
MESTI LIHAT - " i love you FRU..! "
Saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Supt (B) Sulaiman Menga Din ketika berkata "jika FRU bertindak kasar semasa perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari, sudah pasti ramai yang akan berada di hospital atau sebagai pesakit luar".
Saya fikir beliau ada masalah hati. Orang yang bangga dengan perbuatan salah terlepas daripada penghormatan saya. Beliau juga mendakwa FRU menggunakan pendekatan paling minimum untuk menyuraikan perhimpunan dan ia mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP). Saya fikir beliau baru keluar dari gua. Jika seseorang mempunyai akses internet dan melihat bagaimana polis memukul orang yang ditahan dan diikat tangan mereka, dan juga bagaimana polis tidak mempunyai alat untuk membuka ikatan tersebut ketika situasi cemas, cukup untuk menunjukkan bahawa SOP yang dibentuk itu cincai, tidak demokratik dan zalim.
Negara memang perlukan institusi polis, tetapi institusi yang bagaimana itu harus diperhatikan! - (sumber : Budak Hutan)
18SX - PANAS BERAPI : menyedap sudaa..beranak pun sudaa, anak itu biar anjing bawa lari !
Aku malas nak ulas. Namun aku boleh bayangkan 3 aksi 'kangkang'. Kangkang 'sedap', kangkang nak beranak, dan kangkang kena lokap. Semua aksi itu memang perlu 'kangkang'. Nasi 'kangkang' tidak termasuk di dalam aksi ini okay.. ! Opps..jangan ada yang jual 'nasi kangkang' di pasar ramadhan untuk buat hidangan berbuka puasa..jahanam laki hangpa !!
Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di atas but sebuah kereta di Felda Sungai Mas di sini pada Khamis lalu. Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui pemilik kereta tersebut pada pukul 7 pagi dalam keadaan dibalut baju sejuk sebelum laporan polis dibuat.
Foto hiasan : Aksi kangkang Susulan laporan itu, polis menahan seorang seorang wanita berusia 20 tahun dan teman lelakinya berumur 25 tahun keesokan harinya. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, pasangan tersebut ditahan ketika mendapat rawatan di sebuah hospital di sini. Menurutnya, siasatan mendapati, bayi itu dilahirkan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Air Tawar 3 kira-kira pukul 3 pagi.
"Pasangan terbabit sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang menghala ke Kota Tinggi untuk bersalin namun dipercayai akibat tidak sempat, mereka singgah di ladang tersebut untuk bersalin. Mereka kemudian dikatakan berpatah balik ke rumah abang teman lelaki wanita itu di Teluk Ramunia sebelum meninggalkan bayi berkenaan di Felda Sungai Mas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Katanya, polis turut menemui uri bayi berkenaan yang ditanam berhampiran kawasan ladang itu. Kedua-dua pasangan tersebut ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan, katanya. Sementara itu, dalam satu lagi kes, seorang bayi lelaki seberat dua kilogram ditemui di belakang rumah pekerja di Ladang Telok Sengat di sini pada 11 Julai lalu. Ketika ditemui, kata Muhammad, bayi itu masih bernyawa tetapi dikerumuni lalat dan semut. - Agensi
Apa wajarnya layan pendemo Bersih 2 dengan M-16 ?
Bersih 2 itu umpama negara memerangi komunis kah ?
Saya masih ingat buku sejarah itu. Ini kerana saya juga membacanya. Ia buku wajib baca. Katanya Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan didominasi oleh orang cina, membunuh banyak polis atau tentera yang berbangsa Melayu. Tetapi banyak ahli PKM terdiri daripada orang Melayu tidak dinyatakan dalam sejarah tingkatan dua. PKM juga dikatakan mereka ialah golongan yang anti-agama. Komunis sama dengan Orang Cina, yang anti-agama.
Pada masa yang sama, Orang Melayu juga dibina sebagai orang Melayu mesti beragama Islam, Orang muslim ialah Orang Melayu. Ini juga persepsi yang dibina sejak dulu. Di Malaysia, terutamanya masyarakat Cina, apabila seorang cina memeluk Islam, dia akan dianggap sebagai menjadi Orang Melayu. Sebenarnya banyak orang muslim bukan orang melayu, banyak muslim ialah orang cina yang sentiasa dipandang berbeza, begitu juga banyak orang Melayu di Bali beragama Hindu, banyak orang Melayu di Filipina beragama kristian.
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, diracun oleh surat khabar yang sentiasa memainkan sentimen bangsa dan agama, apabila rasa diri akan diancam oleh komunis yang berimej orang cina dan anti-agama wujud di Malaysia, lalu menimbulkan ketakutan atas kedudukan orang Melayu dan Islam yang dimainkan oleh surat khabar setiap hari, maka strategi kuno sering digunakan.
Maka UMNO akan keluar secara tiba-tiba menjojolkan diri. Seperti kepala kura-kura yg keluar dari tempurung. Atas kata memperjuang untuk bangsa, agama dan negara, ia turut mengeronyok bersama Perkasa yang tidak lain untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Slogan pun di'nyanyikan'. Slogan untuk mendapatkan sokongan tetapi menjurus meniup api perkauman.
Dengan menimbulkan situasi yang tidak aman, ini adalah satu alasan yang baik untuk lakukan tangkapan yang haram. Ini bukan kali pertama berlaku. Pada tahun 1987, operasi lalang, banyak orang yang ditahan dibawah ISA dan dilabel sebagai “menyebar ideologi Komunis” dan sebagainya. Lalu untuk apa M16 digunakan disaat semua peserta yang hadir hanya mebawa garam dan air mineral ? Biarpun tiada tembakan dilepaskan. Aneh !!
PANAS BERAPI - Jika ini perancangan jahat, memang sungguh jahat !
“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” - Shuhaimi
Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.
Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.
Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.
Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.
“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya. “Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.
Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.
“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi./kd -Addin
MESTI TENGOK - Dia 'harimau' bro ! editor Berita Harian boleh sasau sekarang !
Ini video bikin editor Berita Harian boleh sasau bro ! Sasau berat..bukan ringan-ringan punya. Empunya badan sudah bunyi bro..dengar apa dia cakap ! Patutlah 2-3 anggota FRU fikir 2-3 kali nak rapat, bodi sasa giler bro !
Lepas solat jenazah di masjid tadi, wak bukak jer fb..ada mesej dari sahabat (Firdaus Nasir) dari Pahang sudah sent ini video kat wak. Jom layan..!
HIMPUNAN FOTO - Perginya sebutir 'mutiara'
Kredit kepada Abah Anas (ehsan foto)
Oleh : Dr. Mujahid Yusof Rawa
Nama Dr Lo’Lo’ agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo’Lo’ beliau seorang yang mudah dan senang bergaul.
Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.Lo’Lo’ tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti.
Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.Lo’Lo’ tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti.
Dr Lo’Lo’ menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo’Lo’ Ghazali. Saya mula mengenali Dr Lo’Lo’ semasa dalam kepimpinan pemuda dalam beberapa program parti.
Kakak saya Aida Binti Haji Yusof Rawa seorang aktivis muslimat memperkenalkan saya dengan Dr Lo’Lo, malah Dr Lo’Lo’ pernah menghadiri perhimpunan keluarga kami bagi meraikan keluarga besar Haji Yusof Rawa. Beliau diberi ruang berucap dan memuju Haji Yusof Rawa sebagai mempunyai keluarga yang besar dan anak-anaknya mampu menghimpunkan seluruh keluarga. Kehadiran Dr Lo’Lo’ dalam majlis kami hari itu cukup menyerikan dan saya masih terkenang itulah pertama kali saya mengenali beliau dengan cara dekat.
Mulai itu saya menjadi rakan seperjuangannya apatah lagi semasa berada bersama dlam AJK Pas Pusat. Banyak masa bersama Dr Lo’Lo’ ialah semasa kempen PRK. Beliau akan senantiasa aktif berkempen secara agresif dan kadang-kadang tak terdaya saya mengejarnya. Selalu beliau akan mengejek saya secara berseloroh: “Macamana ni muslimin (lelaki) dah tak larat, kami muslimat boleh jalan lagi ni” kecuali PRK Bagan Pinang, langkahnya perlahan malah dilihat tercungap-cungap keletihan.
Walaupun saya dah biasa dengan Dr Lo’Lo’ dalam siri-siri kempen, kali ini saya merasai Dr Lo’Lo’ agak keletihan. Beliau menjawab, dia tak berapa sihat, malah dia cuma mampu berada sehari dua sahaja di Bagan Pinang. Saya merasa kekok bila Dr Lo’Lo’ tidak hadir malah pernah menaliponnya, lalu dia menjawab tak berapa sihat.
Saya pernah bersama Dr Lo’Lo’ bermusafir ke luar negara dalam rombongan ahli Parlimen ke Gaza sejurus setelah Gaza di tawan Israel. Semangatnya yang cekal untuk bersama 10 orang ahli Parlimen PAS memang mengkagumkan. Sepanjang perjalanan beliau nampak bersemangat walaupun kami terpaksa beberapa hari di perbatasan Mesir dalam kesejukan. Begitu juga terpaksa melalui jalan darat ke Jordan, Syria, Dr Lo’Lo’ tetap bersemangat.
Sememangnya semangat Dr Lo’Lo’ terhadap perjuangan Palestine memang kental, malah dalam perjalanan beliau membeli mafla bersimbolkan Palestine itu dan memberikannya setiap seorang. Selebihnya saya membeli 10 mafla Palestine untuk saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di Malaysia. Sambil dia mengemaskan saya mafla Palestine dia berseloroh lagi “tak dapat pergi Gaza pun, promosi mafla Hamas pun dah kira pahala tu”.
Ada juga peristiwa lucu ketika kami tersadai di Lapangan Terbang Damaskus gara-gara imigresen yang melambat-lambatkan kami. Dr Hatta yang terkenal kerana gurauannya yang tak kira tempat, berseloroh dengan kami sambil kami duduk di lantai dewan ketibaan.
Kata Dr Hatta sambil menunjukkan tangannya: “Ini orang-orang gaji yang tak ada tuan yang nak ambil depa, yang ini (tunjuk kepada Dr Lo’Lo’) mahal sikit sebab dia putih yang ini (tunjuk kepada Dr Maria) murah sikit sebab hitam . . .” Kami tertawa dengan gelagat Dr Hatta dan Dr Lo’Lo’ menampakkan wajahnya kemerahan nak tergelak dan marah pun ada. Itulah telatah bersama Dr Lo’Lo’ dalam bermusafir ke Mesir, Syria dan Jordan.
Dalam Parlimen Dr Lo’Lo’ sebagai Ahli Dewan Rakyat Titiwangsa, sememangnya lantang dalam Parlimen khususnya dalam soal-soal menegakkan keadilan dan membela isu Kampong Baru yang hendak diperbadankan.
Saya masih ingat semasa kempen GMI atau Gerakan Mansuhkan ISA, Dr Lo’Lo’ dilihat mengedar badge GMI di Parlimen termasuk kepada wakil rakyat BN. Apa lagi, marahlah mereka dalam dewan kerana sikap “persuasive” Dr Lo’Lo’ berkempen. Termasuk ketegasan Dr Lo’Lo’ ialah tentang rokok, saya masih ingat perdebatan hangat di dewan tentang penajaan syarikat tembakau dalam sukan bolasepak.
Dr Lo’Lo’ bertegang leher dengan Ahli Dewan Rakyat Arau, Yb Ismail Kassim yang bertegas bahawa jika tidak ada penajaan syarikat tembakau maka sukan bolasepak khususnya akan bungkus. Dr Lo’Lo’ tetap bertegas bahawa tidak ada bezanya penajaan sukan dan bahaya merokok.
Saya turut menyokong soal rokok ini di mana saya pernah mencadangkan supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, Dr Lo’Lo’ menyokong penuh saranan ini dan telah menjadi berita yang dipetik dalam hampir semua akhbar termasuk akhbar Cina.
Semasa sesi Parlimen terakhir baru-baru ini saya terkejut kerana diminta bertukar tempat dengan Dr Lo’Lo’ yang asalnya berada di blok hadapan dan saya di blok belakang berjiranan dengan konsensus bebas. Kerana keuzuran, ADR Titiwangsa itu terpaksa berkerusi roda dan kerana itu perlu berada di blok belakang dan tempat saya menjadi pilihan menukar.
Saya dan saya yakin, ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan dan BN akan merindui suara lantang Dr Lo’Lo’. Saya yakin pengundi beliau juga akan merindui Dr Lo’Lo’ khususnya kebajikan yang diusahakan.
Dalam parti Dr Lo’Lo’ sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline Kami Prihatin adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo’Lo’ ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo’Lo’ juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan Pas dan sikap keterbukaan Dr Lo’Lo’ amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.
Saya menulis ketika berita Dr Lo’Lo’ meninggal dunia tersebar luas dan saya mahu menjadi orang yang pertama mendapat penghargaan menulis tentang Serikandi ini. Mungkin saya tidak mengenali Dr Lo’Lo’ sepenuhnya tetapi saya yakin tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jikalau saya mengatakan Dr Lo’Lo’ adalah permata dari lautan yang mahal nilainya untuk perjuangan ini. Ramai yang mempunyai nama yang hebat tapi tak ramai yang boleh hidup atas nama masing-masing. Al Fatihah buat Dr Lo’Lo’.
Saat macam ni, ganaz - ganaz gua pun boleh "nguyop" bro !
Nota FB kak leha : " Ribuan muslimin dan muslimat datang ke pemakaman dr lo' lo'...maaf tiada ruang untuk snap gambar untuk tatapan yg tidak dapat hadir...hanya tahlil dan esakkan, " Foto terkini sila ke bawah.
Dalam sesi Dewan Rakyat Mac lalu, Arwah Dr Lo’ Lo’ Ghazali pernah menulis nota kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee meminta untuk berucap, notanya “Tolong bagi saya berucap, saya takut inilah kali terakhir saya berucap kerana tidak sihat.
Ambil duit mak ni..mak dah niat nak buat tahlil buka puasa untuk arwah ayah kamu dengan duit mak, buat kat masjid..mak tak tahu, entah mungkin ini duit mak untuk kali terakhir ...##*&^% (terputus) saat itu dia lain macam bro, bulan puasa, dia ucap pagi, wak lihat dia masih lagi cergas walaupun wak tahu dia sedang tanggung siksa sakit, dan lewat petang wak datang untuk hantar juadah buka puasa untuk mak, tetapi seusai habis solat mahgrib di masjid, wak dihubungi oleh adik wak, nak bawa mak ke hospital..selepas itu dia koma 3 hari seterusnya meninggalkan kami ke alam baqa'. Al-Fatihah utk mak wak, dan arwah dr. lo'lo.
Jenazah Almarhumah ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali sudah selesai disolatkan dan diimamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Al-Akram, Dato' Keramat, Kuala Lumpur. Ribuan hadirin yang memberi penghormatan terakhir tiba di perkarangan masjid itu dengan kawalan Unit Amal PAS yang telah bersedia sejak awal pagi lagi bagi melancarkan aliran trafik di sana.
Terdahulu, pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di dalam masjid untuk sama-sama menunaikan solat jenazah yang melimpah sehingga ke luar pintu masjid. Dr Siti Mariah Mahmud, rakan baik Almarhumah semasa hayatnya menyifatkan Almarhumah seorang yan tegas tetapi sangat berdisiplin dalam menunaikan amanah rakyat dan parti.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberi penghormatan terakhir seterusnya menunaikan solat jenazah bersama-sama puluhan pimpinan Pakatan Rakyat. Almarhum Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir jam 10.15 malam tadi di Hospital Selayang, Selangor akibat barah paru-paru. Jenazahnya akan dikebumikan berhampiran dengan masjid. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat roh Almarhumah moga dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang solehah. AL-FATIHAH (sumber - JalanPulang)
Nujum 'buih' ini bilang PR akan kalah teruk PRU13 ni !
Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan kini telah bertukar menjadi nujum apabila mengumumkan PR akan kalah teruk dalam PRU-13 nanti. Beliau juga dalam masa yang sama menuduh bahawa PR juga mempunyai ahli nujum mereka sendiri yang mengetahui bahawa mereka akan kalah pada PRU-13.
Oleh kerana itu maka perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan terlebih dahulu bagi menyediakan alasan kepada para penyokong mereka apabila kalah nanti. Nampaknya BN membuka topeng sebenar diri mereka kepada rakyat. Mereka bukan saja percaya bahawa duit mampu membeli segala-galanya malah mereka juga percaya pada ramalan pak nujum. Memang ulasan Ahmad Shabery paling lain antara yang lain dan lansung tak masuk akal. (nukilan Warta Shubi)
AL-FATIHAH buat arwah - Jenazah siap tiba di masjid
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.
18SG - nak elak isteri dirogol, ambik ler 'nyah' bro !
Patut ler banyak butik pengantin letak 'auw-auw' jadi krew dan pekerja operasinya. Selain untuk elak kejadian seperti dibawah berlaku ia juga turut menjana peluang pekerjaan kepada golongan itu. Jangan prejudis kepada golongan nyah kerana mereka sememangnya 'kreatif'. Malah tokey butik yang lazimnya dimiliki oleh perempuan yang memang vogue dan cantik akan terlepas dari siksa kes macam dibawah.
Lepas ni boleh difikirkan untuk ambik nyah yer ! Pasti tokey selamat. Korang cuba 'rogol' nyah, silap hari bulan yg nak merogol kena rogol balik, tenaga nyah korang jangan main-main. Rodokan diorang boleh buat hangpa 'gering' 7 hari, belum lagi jeritan jantan yg spontan seperti halilintar tu. Aku..? Aku lari !!
Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek. Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.
"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu. Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol. - Agensi
PANAS BERAPI - perikatan akan guna simbol baru ?
Bulan mei tahun 1974 razak ayah kepada najib telah melawat china. razak telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara china. razak bersalaman dengan pengerusi mao. gambar razak bersalaman degan pengerusi mao. telah digunakan sebagai poster ketika pilihanraya umum pada bulan ogos 1974. poster ini bertujuan untuk mengaut undi china. Perikatan menang besar !
Kali ini najib cuba melakukan dengan dua tembakan. satu bergambar dengan ratu elizebeth dan satu dengan pope.
Dengan elizebeth untuk mententeramkan kuasa anglo-amerika. Dengan pope untuk komuniti kristian yang sering ditibai siang malam. Tapi ratu elizebeth sudah pakai kuning, tak dapat di jadikan poster pilihanraya. Tembakan najib tersasar, pasal najib hanya bawa pistol air.
Jadi terbalik, poster anak razak sembah queen 'kuning' bakal jadi poster pakatan rakyat. Simbol 'kati' akan rakyat terbalikkan. Selepas pilihanraya ke 13 di malaysia lambang parti perikatan akan bertukar. kati tidak lagi releven. parti perikatan akan guna simbol baru. iaitu simbol "batu cincin".
sumber : tukartiub
18SX : PANAS BERAPI - 3 hari 48 "kali" bro, malam ke-4, aku cabut !
Malam pertama 16 kali 'servis'. Malam kedua pun 16 kali 'servis'. Malam ketiga pun nak 16 kali kena 'servis'. Malam ke-4, aku lari !, " bertongkat..bro !Jika di Mesir boleh jugak gagah pi carik minyak bonggol unta atau serbuk Hamada, kalau kat sini hang nak carik kat mana ? Banyak ler lu punya unta kat Malaysia ni. Err..rokok cap unta(camel) tak okay ker bro ? Budusss..! Tu bukan ubat ngok ! Tapi jangan gabra bro..PENYELESAIAN TERBAIK ADA DIBAHAGIAN BAWAH ARTIKEL INI. Hubungi jer wak. Wak boleh bantu, jangan malu..benda baik begini tak perlu nak malu, Insyaallah. Sebelum tu, layan dulu artikel pilihan 'AHAD' dibawah. Model aku kali ini - Afeznaoui Ilham, Rabat Morocco
Penangan bini 'arab' - Aku terpaksa lari malam !
KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.
Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan. Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.
Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.
“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan. Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.
Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman. Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.
Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.
“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya. Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana. Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.
“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri. Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.
Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa. Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka. Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.
Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.
Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.
“Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman. Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan,” katanya. - Metro
Promosi Seluruh Perak dari KEDAI KLIWON - Penghantaran PERCUMA.
Hubungi wak atau SMS ke 012-402 6129 untuk mendapatkan produk hebat ini.
PL PLUS - RM50 termasuk belanja pos(citylink)
PL SUPERGEL - RM50 termasuk belanja pos(citylink).
Produk Terbaik untuk suami dan isteri ini juga boleh didapati di akhbar SINAR HARIAN setiap hari dan HARAKAH.
(*) Bro..lepas ni jangan lari malam lagi yer ! Nak selalu takpa..! Beressss..!!