PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Foto Adukak selepas kena 'tibai' !


Foto Adukak setelah dibelasah ? Atau mata aku yang semakin rabun? Adukak sewaktu projek langgar Hadi petang kelmarin, masih boleh tersenyum lebar dan relax di sofa yang empuk sambil dengar ceramah Pak Wahab. Foto ehsan tampalan terus dari blog penembak babi.



Arkib TERJAH HADI 2011 :
1. Aduka dibelasah. LINK
2. Projek Langgar Hadi bawa padah. LINK
3. Foto mengapa Adukak ditibai di Rhusila. LINK

Foto mengapa Adukak di 'tibai @ Rhusila !

Masih panas. Bara belum padam ! Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian lu jawab sendiri bro ! Tak perlu mintak org lain tolong jawab. Adhoc lagi..! Mati-mati aku hingat adoka profesional. Tapi bila bikin kerja, adhoc juga yg dia pilih. Nii..Butiran kesilapan adoka yg sempat disenaraikan oleh penembak babi. Relevan tu bro !

Bhai, dedulu, dalam tahun 70an-80an, Rhusila adalah tempat 'keras'..lu orang jangan buat memain kat sana...Macam jugak kat area Tanjung Kapor, dgn Bus Stand...setiap malam musti ada kes bergaduh sesama geng. Alhamdulillah, Tok Guru Haji Hadi telah berjaya mentarbiyyah mereka ini, 'Jemaah Rhusila' yang taat dan tekun kembali kepada masjid...bukan lagi melepak dan bertelagah sesama sendiri.

Wa tersenyum sorang diri bila membaca n3-n3 provokasi cipan++ dan edyes, pasal nampak sangat kerakusan aduka membawa padah! Luorang ingat 'jemaah Rhusila' tak baca blog?? Lu ingat 'jemaah Rhusila' tak tahu IT? My ass! Lu silap bro! Kalaulah mereka tak baca blog, tak tengok internet, macamana Adoka kena lanyak?? Bhai, meh sini, meh dekat-dekat. 

Kesilapan 1

Wa anggap, luorang kurang cerdik (atau kata len bodoh bertingkat-tingkat!), tak kesah lu nak pakai apapun bila nak jumpa Hadi. Malah wa sendiri pun berjumpa dgn Hadi pakai jeans, rambut panjang dari Poji Black Metal lagi...tapi wa hormat Tok Guru...Wa ikut protokol..(wa ada gambar, wa boleh scan, kalau tak percaya...huhuhu)

Masalah lu kena hentak, bukan sebab rupa lu macam dayak atau budak serabai baru keluar tong sampah. Tapi, jemaah Rhusila hangin dekat lu sebab lu tak faham adat dan tak hormat permintaan Tok Guru. Satu lagi, lu kena chek balik lu punya entri pasal Hadi. Lu ingat tak apa yang lu kondem pasal Hadi...

Lu kata: Hadi boroi/bangang/suka poligami/lembab dan pelbagai lagi kalimah bangsat lu letak kat Hadi...wa pun hangin, apatah lagi jemaah Rhusila. Tapi bila lu dah melampau melukis gambar Hadi 'kencing' pengikut..itu klimax bhai !  Mulut lu macam c*bai, tak sayang mulut! Hangin la member.

Kesilapan 2

Lu bergerak tak ikut arahan...lu dah janji ngan batu api nak jumpa kat masjid tingkat satu dulu, baru bertemu Hadi..Neh terus rakus nak jumpa Hadi apsal! Budus kuasa 500! Wa ingat niat batu api baik, dia nak bawak lu sendiri jumpa Hadi...sebab dia tahu, lu dalam keadaan tak selamat sekarang. Lu kena escort bhai. Katakan Hadi sibuk, paling kurang lu boleh jumpa batu api...apa daa!

Jadi wa tak heran lu kena hentak, dan kawan-kawan yang protect lu lari lentang pukang tinggal lu sesorang....ini ke kawan??..huhhu. Hancuss lu bhai..!

Program Rai Bloggers - nak saja aku carut !

4 Safar 2011 | radens albanjari.

Tirai 2011 bulan ini nampaknya sendat dengan program pimpinan PAS buat program untuk bloggers. Itu juga tanda bahawa bloggers tetap relevan. Juga boleh disebut, bahawa 'petanda' PRU13 makin hampir. Bila sudah dihimpun, tentu akan terbit 'agenda-agenda' dan teknik-teknik baru dari corong mulut bloggers, bagaimana nak men'GASAK' Umno dan BN melalui media baru.

15hb. Januari 2011 - dimaklumi bahawa ada 2 event besar melibatkan bloggers. Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan di Hotel Green Park Temerloh Pahang diantara lain katanya mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter. Itu di Temerloh Pahang. 


Musykhilnya mengapa event sebesar itu(baca di peringkat Kebangsaan) diagendakan di Pahang? Tidak direncanakan di Kuala Lumpur ? Hairan ! Tak bolehkah di'centralise'kan di KL kerana tajuknya 'peringkat kebangsaan'. Mudah untuk blogger seantero malaya turun. Hairan ! Mungkin Ketua Pemuda PAS ada jawapannya kot?

Juga pada tarikh yang sama, 15hb. Januari 2011 itu telah sedia dimaklumi bahawa TGNA melalui Sekretariat Penerangan Negeri Kelantan pula mengadakan Majlis Makan Malam dan Perjumpaan Bersama Bloggers di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. 

Tak ker menyusahkan bloggers namanya tu ! Andai program di Temerloh itu diadakan pada waktu siang dan tamat pada jam 4 petang, mahu ada bloggers yang kebas kaki 'merempit' semula ke KL kerana mengejar event bersama TGNA pada jam 8.30 malam pula, yang jaraknya lebih 100 km dari Temerloh. Itu satu hal, tak terfikir ker mereka-mereka yang meng'agenda'kan event tu bahawa 'minyak' kenderaan sekarang dah naik. Nak ajer aku carut !

Dan pada 20hb. Januari 2011, (cuti Thaipusam) dikhabarkan juga akan ada satu lagi perjumpaan blogger-blogger di Taman Melewar dianjurkan oleh Penerangan PAS Pusat dimana setiap negeri perlu menghantar 3 nama bloggers ke program tersebut.

Hebat sungguh nampaknya usaha-usaha meraikan bloggers muttakhir ini. Sehebat kerajaan Umno BN menaikkan harga minyak petrol sekarang. Meriah..! Meriah kerana agenda itu berturut-turut dan atur tarikhnya juga rapat-rapat. Program hebat ! Tapi..bloggers macam aku jelas terkulat-kulat. Memikirkan poket yg semakin kering, lebih-lebih lagi penggal sekolah baru saja bermula. Sedangkan semua event itu 'penting' dan mustahak bagi seorang bloggers yg menyokong hasrat Pakatan Rakyat menumbangkan BN untuk hadir. 

(*) sekadar menulis kerana tak sanggup nak mencarut melihat program yang diatur untuk bloggers PAS@Pakatan Rakyat macam tak profesional. Adhoc sana sini. Jangan dah tawan Putrajaya semua agenda untuk rakyat dan negara pun hangpa buat macam tu jugak..adhoc ikut suka hati ! Mampuihh macam ni..!

Projek Langgar Hadi bawa padah. Adukak dimakan 'tulah' ?

Sajian pagi sabtu yang hot. Sejuk2 pagi macam ni bagus jugak ada yang boleh bagi 'hot'. Kurang sikit gigil-gigil malas nak pi mandi pagi. 

Tapi pada yang baru nikah tu, lepas 'langgar' bini di subuh yang sejuk lagi dingin ni, tak bagus sangat kalau malas-malas mandi 'hadas' lewat-lewat, jangan ada pulak yg buat 'jamak' mandi hadas tu terus dibuatnya lepas zohor atau asar. Pakat tak solat subuh belaka laa !

Apapun dibawah ini laporan 'kesihatan' tahap 3 untuk dibaca bersama. Laporan 'dinihari' C++ : Insiden Langgar dan Belasah. Dikutip tampal terus dari blog C++. 

Kronologi Ter'belasah' 
1. Pukul 12.30 Aduka Taruna dan rakannya sampai di Rusila. Bersarapan dan makan tengahari (merangkap dua dalam satu) di sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Rusila.

2. Makanan boleh tahan la sedap.. dan tak mahal mana... Aduka Taruna offer nak belanja tapi akhirnya dibelanja oleh gua.

3. Hampir pukul 1 tengahari... Aduka Taruna dan kawan-kawannya sampai di Masjid Rusila ... Tiada siapa perasan akan Aduka Taruna walaupun agak lama Aduka Taruna berlegar di kawasan mengambil wudhu' dan di pintu masjid... Malah BatuApi dan Unit IT Pas Rusila pon tak kelihatan dimana-mana... Nak kata Aduka Taruna tak dikenali agak mustahil... sebab... hanya Aduka Taruna dan rakan-rakannya sahaja yang tak berbaju Melayu serta berjubah.. Aduka Taruna dan rakan-rakannya berpakaian jaket serta berseluar jeans... Takkan susah orang nak perasan dan kenal kot???

4. Aduka Taruna kemudian membuat solat sunat Tahhiyat'ul Masjid terlebih dahulu sebelum Azan pertama Jumaat dilaungkan. Aduka Taruna dan rakannya berada di saf tiga bahagian tengah masjid.

5. Setelah Azan pertama berkumandang agak lama.. dan setelah ramai orang usai melakukan solat sunat .. barulah kelihatan TGHH masuk ke ruang solat dan naik keatas mimbar untuk melakukan solat sunat..

6. Seusai solat sunat.. TGHH naik keatas mimbar dan memberikan salam (pembukaan) khutbah Jumaat. Suasana dalam masjid agak kelam.. Banyak lampu tak dibukak... Maybe nak menjimatkan elektrik... Kelihatan ramai jamaah berada dalam keaadaan mamai dan separa mamai, maybe sebab suasana dan pencahayaan tak kondusif... Masjid kalu suasana tak best mesti orang mengantuk dan tidor masa khutbah jumaat.... hahaha

7. TGHH memberikan Khutbah Jumaat ... tapi nampak macam tak bertenaga... tambah pulak suasana hujan antara renyai dan lebat diluar ... ramai jemaah terlelap disudut Masjid...

8. Seusai khutbah Jumaat...solat Jumaat pon diadakan... Suara TGHH membaca surah tak berapa kelihatan... Maybe sistem siaraya Masjid Rusila tak bagus.. atau Unit Siaraya PAS Rusila tak buat kerja... Suara TGHH langsung tak kedengaran time baca doa lepas solat... tau-tau abis jer doa tue...

9. TGHH dan ramai lagi buat solat sunat lepas Jumaat .. Aduka Taruna bergerak ke saf 5 untuk menunaikan solat sunat.

10. Setelah selesai solat sunat.. TGHH terus beredar di satu lorong hadapan mimbar untuk terus kerumah beliau. Dikala ini Aduka Taruna telah sempat menahan TGHH untuk meminta memberikan ruang masa 5 minit untuk Aduka Taruna menanyakan beberapa persoalan. Rakaman video ada dilakukan kala ini. TGHH mengatakan bahawa beliau tiada masa dan ada urusan lain yang lebih penting. Dengan lajunya TGHH bertindak mencapai payung dan terus keluar dari kawasan bangunan Masjid.

11. Aduka Taruna dan rakannya berkaki ayam telah mengejar TGHH sambil meminta diberikan sedikit ruang masa untuk bertanyakan beberapa soalan. TGHH dengan suara yang agak tinggi menolak permohonan tersebut atas alasan sibuk. Walaupun begitu sibuk kononnya... sempat pula TGHH bersalaman dengan beberapa jemaah Masjid ketika itu...

12. Ketika Aduka Taruna dan rakannya berada di depan sebuah rumah (disebelahnya ada sebuat kereta SUV), terdapat beberapa orang penyokong PAS disitu yang nampak macam tercengang-cengang dengan kehadiran pemuda (Aduka Taruna) yang dengan sopannya beberapa kali meminta peluang untuk bertanyakan soalan kepada TGHH. Namun selepas mereka melihat TGHH dengan suara yang tinggi berkata "tak boleh.. tak bolehlah" tak semene-mene penyokong PAS tersebut menahan Aduka Taruna.

13. "Mu lah cakap banyak dalam blog.. Mu lah buat fitnah banyak" kata seorang penyokong PAS disitu sambil tangannya dengan kat memegang tangan Aduka Taruna. Dalam pada masa yang sama seorang lagi penyokong PAS telah mengarahkan supaya rakaman video tidak dilakukan... malah dengan kasarnya mengugut untuk merampas kamera video. Pada masa tersebut pemuda yang telah memegang Aduka Taruna telah berjaya merampas telefon bimbit Aduka Taruna dengan tujuan supaya rakaman audio yang dibuat oleh Aduka Taruna dapat dipadamkan.

14. Aduka Taruna kemudian diarakkan kembali (ditarik jaketnya) oleh beberapa penyokong PAS kembali kearah perkarangan bangunan Masjid. Kedengaran suara suara jahat yang menyuruh dibelasah sahaja Aduka Taruna. Upacara tarik baju dan pegang sana sini Aduka Taruna lu orang jangan kira la.... nasib tak koyak baju tue... Malah ramai yang menuturkan kata-kata "PAS tak perlukan bloggers la", "Bloggers Tak Penting", "Pergi mampus sama bloggers", "Takder Bloggers pon PAS boleh menang" .. Yang paling lawak tue rupa-rupanya ramai yang tak tau blogger itu apa dan siapa Aduka Taruna.... memang kayu la penyokong PAS nih... buta IT... hahaha

15. Rakan Aduka Taruna yang mengambil rakaman video juga dikepung dan ditarik bajunya oleh beberapa penyokong PAS... Nasib baik kamera video tidak jatuh atau rosak...

16. Aduka Taruna dikepung lebih dari 100 orang penyokong PAS didepan pintu masuk Masjid .. dikala ini Aduka Taruna dihamburkan dengan kata-kata kesat malah ada yang mengambil peluang menerajangnya dari belakang. Masa ini rakaman video tidak dapat dilakukan kerana jurugambar telah diasak dan dipegang kamera video... Walaupun begitu .. ramai jugak penyokong PAS yang mengambil video sama ada dengan telefon berkamera mahupun dengan camcoder...

17. Seorang jurugambar (kemungkinan Unit IT PAS Rusila) telah berada didepan sekali dan membuat rakaman. Permintaan masa 5 minit oleh Aduka Taruna untuk bertanyakan soalan kepada TGHH masih lagi disuarakan oleh Aduka Taruna.. namun semua pihak dengan kasarnya tidak memberikan kerjasama dan layanan.. TGHH ntah pi mana... makan tengahari kot... BatuApi langsung tidak kelihatan.. malah tidak ada seorang pon bloogers lain selain Aduka Taruna dan C++ (gua la tue) yang berada disana... Wei BatuApi.... takdak telur ka? Hahaha...

18. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seseorang memberikan telefon bimbit Aduka Taruna kepada gua untuk dipadamkan rakaman didalamnya. Gua beri alasan tak pandai nak padamkan. Masa ini gua cuba buat rakaman video sekali lagi namun dihalang sambil ditarik baju. Gua dengan pantas mengeluarkan kad memori dari dalam camcoder dan disimpankan ditempat lain. Gua masukkan kad video kosong kedalamnya sebagai ganti sebab gua saspek yang mesti ada pihak akan rampas kad memori camcoder gua nih.

19. Tetiba ada seorang datang rampas kad memori camcoder gua... gua bagi jer dier amik sendirik... tapi yang kad memori kosong la... hahaha... dier mintak gua kasi telefon Aduka Taruna tue... gua kasi la.. tapi bukan telefon Aduka Taruna.... hahaha.... gua kasi telefon spare yang gua ader... jenama cap ayam yang takder simcard langsung tue.... hahaha... dier ambik tanpa banyak songel ... nasib la lu... hahaha .. Siapa yang amik tue gua langsung tak kenal... tapi dier pakai vest warna hitam (maybe biru gelap)....

20. Masa nih Aduka Taruna dibawak ketingkat atas bangunan Masjid Rusila... dan disini juga Aduka Taruna dibelasah secara curi oleh penyokong PAS... er.... time beramai berani la diorang nih... kalu sorang-sorang sure takder telor kot... Kalu BatuApi kata dier ader di Tingkat 1 selepas solat Jumaat tue... memang la dier nih munafiq... sebab takkan dier tak tau Aduka Taruna ader kat Tingkat 1 masa tue... kecoh bhai masa tue...

21. Dalam kelam kelibut tue... gua menyelinap blah dari kawasan masjid... camana gua chow... jangan tanya... dan gua selamatkan kad memori video (tak banyak video dapat amik sebab banyak kali kamera ader kat tangan penyokong PAS) dan jugak telefon original Aduka Taruna... gua pas kat member sorang lagi pada mulanya... tapi kemudian amik keputusan untuk letakkan kat satu tempat yang selamat... hehehe

22. Gua dapat dikesan oleh penyokong PAS dan diarahkan masuk balik kedalam kawasan Masjid... tapi masa ini semua rakaman dan telefon Aduka Taruna dah takder kat tangan gua... letak kat tempat yang selamat... Dekat pukul 3 Aduka Taruna diarahkan keluar dari Masjid dan Aduka Taruna mengambil keputusan chelah pi balai polis buat laporan...

23. Dekat pukul 3.30 baru gua dapat chow dari kawasan Masjid biler mana penyokong PAS nih tak dapat cari apa yang diorang nak cari dari gua... Gua drive arah ke Kuala Terengganu... ader kereta dan motorsikal mengekori.. cadang asal nak pi Maidin... tapi adjust pusing masuk kat Pantai Batu Buruk... masih ada yang mengekori... gua chelah pi pusing kawasan bandar.. dan rempit kat area bandar kawasan traffik light... dapat lepas dari diekori... pas tue ikut jalan lain pusing dalam bandar... ubah ikut laluan kawasan rumah orang kaya-kaya kat Batu Buruk dan akhirnya chelah pecut balik kawasan gua...

24. Aduka Taruna call ke henfon dier... Gua angkat.. dier kata dier ader kat balai polis Marang,... buat report... pastue akan pi HKT untuk medical checkup... dier mintak gua antar barang dier ke balai.. tapi gua saspek mesti ader yang akan cuba tahan gua serahkan barang tue ... jadi gua terus chelah... dan selamatkan mana yang ader...

25. Video rakaman yang tak banyak tue ader ... urusan upload dan sebagainya biarlah Aduka Taruna tentukan sendirik... bukan aper.. gua tak nak memandai mengupload... sebab nanti maybe akan merendahkan kredibiliti TGHH dan PAS... hahaha... sebab perangai budus penyokong fanatok nih.... Pasai tue la PAS kalah di Terengganu dalam keadaan ditempat lain PAS menang.... hahaha

Aper-aper pon ... pandangan peribadi gua.... "mengata dulang paku serpih".... "mengata orang kita jugak lebih".... gua tujukan kepada para penyokong fanatik PAS yang keterlaluan tiada adab sopan di kawasan masjid .... selama nih kita kutuk penyokong UMNO fanatik melampau... tapi tak sangka... penyokong PAS pun 2 kali 5..

Kalu belum menang pon dah susah nak bertanyakan soalan ... dan banyak helah... tentulah akan jadi "kaduk naik junjung" biler dapat jadi Menteri Kabinet kalu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU13... mmm... ini macam kalu.. jangan mimpilah nak humban BN dari Putrajaya.... Lupakan sajer....

Lagi satu.... ramai-ramai beranilah diorang nih belasah Aduka Taruna secara sembunyi... tapi kalu one to one... for sure takder telor punya... macam BatuApi yang langsung takder telor nak jumpa Aduka... Alasan ada di tingkat 1 dan perjumpaan pukul 3 sure tak valid... sebab Aduka Taruna ader pi Tingkat 1 dan berada di perkarangan Masjid sampai pukul 3 lebih.. Gua pulak ader sampai pukul 3.30...... poodah la BatuApi... tulur yillekk.... hahaha

Akhir kalam... tak professional langsung Presiden PAS nak handle siri terjah... itu baru Aduka Taruna dan kengkawan dier..... kalu CNN dan sebagainya buat siri terjah macam mana lah pulak... hahaha... CNN, Al Jazeera dan lain-lain cukup suka buat siri terjah nih... hahaha..

Gua rasa aaa.... patut lepas nih Aduka Taruna dan kengkawan gunakan khidmat Nas Ahmad (Melodi) atau Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) biler time buat siri terjah akan datang...

Oh yer... Program Langgar Hadi tue adalah program "TERJAH"... ini gua nak kasi penyokong PAS yang tak pass SPM tahu la... sebab pada diorang Program Langgar Hadi nih adalah program bawak kereta untuk langgar Hadi.... hahahaha... budus...

Sekian terima kasih... hehehe. Wei... gua pon ahli PAS gak... seumur hidup.. tapi takder la berperangai budus dan tak bertamadun macam nih... buat malu ahli PAS yang lain nih... hehehe .. PAS perlu di reformkan... PAS Reform adalah perlu..... untuk terus relevan... atau tenggelam terus tak relevan... sekarang nih takder nampak macam nak lead... Buat malu Ustaz Fadhil Noor jer... Arwah dulu selalu singgah cybercafe gua tiap kali lalu area gua punya cybercafe...

Laporan TERKINI
3 Safar 1432H | FZT
Rhusila : Laporan pagi insiden 'laggar' dan 'belasah' :

Batuapi kena tinggal dengan dukkang di tingkat satu. Majlis akan bermula pada pukul 3 tapi dukkang dah start langgar sorang diri, sebelum 2.30 dah bermula acara, hebat tu, orang ada kat tingkat satu pun siap lagi nak sambut. Tiba tiba dah lari macam tu aje. Persiapan jadi lain sebab dukkang lari meninggalkan majlis yang akan bermula pukul 3.00 petang. Batuapi belum sempat nak bagi ucapan pun. Semua kamera dah bersedia nak snap muka batuapi, yang tak nampak suhaimi embong, mungkin suhaimi embong dah operate muka kot.

Sekonyong-konyang hati Batuapi jadi malas nak ulas sebab nak tunggu ulasan dari dukkang dulu. Tok guru haji hadi dah bersedia untuk ditanya tiba tiba yang bertanya terus lari tanpa sebab. C++ mohon tarik balik kenyataan tuduhan bahawa tok guru haji hadi terlibat dalam soal tu.

Apa-apapun kena tunggu ulasan dari dukkang sendiri, dia saja melanggar tanpa lesen yang diberikan. Jauh jauh batuapi datang tapi tak sempat nak kenalkan diri pun. Aku pun tak sempat nak kenal Batuapi. Hujan hujan ni sedap gak kalau dapat duk tepi batuapi..boleh panas sikit. Belum apa apa lagi dah cabut macam tu. Pelbagai versi akan muncul sebagaimana kata batuapi. kita tunggu ajelah versi dukkang yang genius itu. Hits laman dia akan meletup malam ini.

Aduka dibelasah ?

Dari laporan blog cipan,tapir dan tenuk memaklumkan 'adukak' dibelasah teruk. Sejauhmana 'teruk' tidak dapat dipastikan. Apapun diharapkan tidak ada titisan darah ter'tetes' di rhusila.

Maaf foto disebelah hanya sekadar hiasan saja. Foto ini dipilih kerana foto ini juga datangnya dari tempat adukak sendiri. Serupa tapi tidak sama ! Serupa kerana orangnya dari negeri yg sama, tetapi wajah antara duanya jauh berbeza.

Adakah semacam foto dibawah, adukak dibelasah ? Seterusnya kita tunggu ulasan se'lari' dari blogger

1. cipan,tapir dan tenuk
2. BatuApi@FireStone
3. FreezoneTrangganu

s

sumber foto adengan 'gaduh dan belasah' ehsan dari encik google.

MB Mahkamah : Zamry ada berani kaa ?

Apapun yang akan berlaku, biarkan rakyat kita lihat pada tarikh 13 Februari 2011 nanti apakah Zamry akan hadir di kerusi panel bersama DS Nizar di Diskusi Terbuka atas tajuk seperti yang disebutkan didalam surat dibawah. Tempat akan dimaklumkan kemudian. 




(*) Radens - tak tahan perut gelak beb, bila zamry terus disebut sebagai MB mahkamah. Bukan wak yg kata..surat diatas pun kata begitu !

Selangor ada 2 sultan ?

2 Safar 1432H | MalaysiaWaves

Hairan dengan tiba-tiba sahaja Dato Munir Bani keluarkan kenyataan menafikan perkara yang diperkatakan oleh Baginda kepada Menteri Besar sendiri. Dato Munir berlagak sebagai Sultan Selangor mempertahankan pendapat Baginda Sultan Selangor mempunyai suara melantik Dato SUK Selangor.

Padahal Baginda Sultan Selangor sendiri menyatakan kepada Tan Sri Khalid, bahawa Baginda tiada kuasa melantik Dato SUK. Soalnya sekarang, adakah Selangor mempunyai SATU atau DUA Sultan?

Dan Dato Munir Bani juga menunjukkan kebodohan beliau dalam Undang-Undang Tubuh Selangor apabila beliau mengatakan Baginda Sultan mempunyai suara dalam menentukan siapa menjadi SUK.

Padahal pakar perlembagaan seluruh Malaysia menyatakan tiada satu pun peruntukan Undang-Undang yang membuktikan dakwaan tersebut. Hanya pendapat Dato Munir Bani semata-mata.

Mayat & Iktibar : Bunyi 'aneh' dari dalam kubur

1 Safar 1432H
radens albanjari |.


Siri Mayat dan Iktibar diteruskan semula bermula pada minggu ini. Terima kasih atas sokongan dan email-email pembaca yang mahukan agar siri ini terus dimuatkan di albanjari online. InsyaAllah, setakat ini siri ini kekal dan terus menemui pembaca pada setiap hari khamis. Untuk makluman siri kisah ini diperolehi dari kisah benar yang berlaku.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. ***

Seusai talqin habis dibacakan, hadirin yang berada di tanah perkuburan itu saling pandang memandang antara satu dengan lain. Tok Imam Saufi yang tadi mengusap wajahnya dari kedua belah tangannya mengakhiri bacaan doa jua turut terdiam.

Imam Hamid diam memasang telinga. Maaf tok Imam, tok imam dengarkah apa yang saya dengar? tanya imam Hamid kepada Imam Saufi. Yaa..ana juga dengar..! Semakin lama..semakin kuat bunyi itu dapat didengari.

Bunyinya seperti dari dalam kubur ini..., tok imam !" balas imam Hamid sambil memandang wajah imam Saufi. Beberapa orang yang hadir di sisi kubur 'aneh' yang baru menerima jenazah petang itu mula bergerak menjauhkan diri, cuak dan takut barangkali. Hanya tinggal tok imam, beberapa orang saja lagi bersama waris2 si mati.

Betul tok imam, bunyinya dari dalam liang kubur arwah si Kadeer(nama sebenar dirahsiakan) ini..!! Cuba tok imam tekapkan telinga tok imam ke tanah..dan dengar betul-betul..! arah imam Hamid.

Bunyi ketukan seperti orang mengetuk pintu jelas sungguh dapat didengar. Bezanya ketukan itu seperti ketukan orang meminta tolong, bunyi ketukan papan keranda diketuk bertalu-talu dari dalam kubur. Aneh !!

Habis apa kita nak buat tok imam? Imam Hamid mula gusar. Setelah berunding dengan waris si mati, perkara aneh ini kena bawa kepengetahuan pejabat agama. Beberapa ahli waris mula mempertikaikan samada jenazah yang dikebumikan ini betul-betulkah sudah mati? atau masih hidup? Orang mati tidak akan ketuk keranda seperti meronta-ronta mahu keluar dari lubang kubur, mustahil sungguh..hal ini hanya orang hidup saja boleh buat.

Oleh kerana jenazah ini dikebumikan pada jam 3 petang, maka urusan menghubungi pejabat agama daerah masih upaya dibuat. Beberapa orang dari pejabat agama yang turut datang membuat tinjauan ke kubur itu juga mengesahkan bahawa mereka juga mendengar akan bunyi 'aneh' ketukan dari dalam kubur arwah.

Suasana di tanah perkuburan makin kecoh bila mana waris mendesak agar kubur arwah ini dikorek segera. Beberapa ahli mula tidak puas hati. Ini kerana bunyi ketukan itu berterusan dapat didengari.

Setelah rundingan dibuat, permit mengorek semula kubur ini perlu diperolehi dari pihak polis. Waris si mati makin mendesak. Tiada pilihan nampaknya. Ketika permit polis bagi mengorek semula kubur diterima, jam sudah menunjukkan jam 7 malam. Suasana ditanah perkuburan itu mula dibanjiri oleh orang ramai. Tak sampai 3 jam kisah ini sudah mula diketahui, naik kecoh satu pekan di bandar kecil ini dengan cerita bunyi dari kubur.

Kelihatan beberapa anggota polis yang datang bertindak menyuraikan orang ramai agar tidak menganggu tugas2 bagi mengorek semula kubur arwah. Ruang perkaranga masjid terus dibanjiri orang ramai.

Macamana ni tok imam, nak korek sekarang ker? " tanya siak. Yer..jawab tok imam. Sebelum itu jangan lupa bawa generator ke kuburan. Dah hampir malam sangat ni..! Elok saja peralatan untuk mengorek dan lampu dilimpahkan ke kawasan kubur arwah, kerja-kerja mengorek semula pun dilakukan oleh 4 orang termasuk 2 siak. Bunyi ketukan terus berbunyi. Elok saja mata cangkul mencecah tanah kubur arwah, azan maghrib pun berbunyi dari corong masjid.

Tiba-tiba siak Majid menjerit kuat, cangkul yang dipegangnya terlepas dari genggaman dan spontan pula melompat ke tepi kubur seperti menahan kesakitan, seraya melaungkan kalimah Allahu Akbar ! Semua yang ada dipinggir kubur arwah tergaman tanpa suara..! Masing-masing terkejut. " tanah nya panasss...!! " hanya itu yang terpacul dari mulut siak Majid

II
Untuk pengetahuan pembaca, seperti yang diceritakan kepada penulis bahawa arwah Kadeer ini berketurunan india muslim atau sekarang dkenali dengan panggilan 'mamak'. Sewaktu hidup arwah bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran milik rakannya di sebuah pekan kecil. Pekan kecil ini pula terletak di utara Perak, dipinggir sempadan negeri Kedah. Hanya dipisahkan oleh sungai. Oleh kerana ketika itu tidak banyak restoran dibuka di pekan kecil ini, maka sudah pastilah tumpuan orang ramai ke restoran Kadeer bekerja itu sangat luar biasa.



Antara masakan yang menjadi kegilaan pelanggan hasil tangan Kadeer tentulah masakan karinya yang sangat popular. 25 tahun lalu, lokasi restoran yang cukup strategik memang membuatkan pelanggan ke kedai makan itu tidak pernah putus. Diseberang jalan pula tersergam sebuah bank ternama, siapa yg tidak kenal bank yg berlambangkan harimau atau dikenali sebagai Malayan Banking.

Apa yang menghairankan rakan-rakan pekerja restoran itu, semua lauk-pauk yang berpuluh jenis itu hanya dibereskan olehnya seorang diri sahaja. Itulah hebatnya Kadeer. Oleh kerana hebatnya Kadeer dalam ilmu memasak, restoran itu begitu maju dan sentiasa beroleh untung berlipat ganda, rakannya yang menjadi taukeh sudah melihat bahawa aset penting restoran ini, tidak lain tidak bukan, Kadeer.., itulah aset penting dan tunjang majunya restoran ini, untuk tidak mahu Kadeer beralih arah, maka rakannya yang juga taukeh restoran ini telah menjodohkan adik perempuannya kepada Kadeer. Dengan adanya ikatan ini, sudah tentu Kadeer tidak akan kemana-mana lagi.

(*) Kerja-kerja mengali semula kubur arwah disambung semula selepas Maghrib. Orang ramai semakin ramai menumpu ke tanah perkuburan. Di dalam masjid, bacaan Yaasin untuk arwah juga turut diadakan. Waris arwah juga turut berada di situ. Bunyi ketukan masih kedengaran dari arah dalam kubur.

Mulut Imam Saufi tidak putus-putus kumat kamit dengan bacaan ayat-ayat suci. Juga kadang-kala beliau berdoa sambil menadah tangan mohon dipermudahkan urusan ini. Kini sudah lebih 20 minit tanah dicangkul dan dikorek. Permukaan papan keranda mula kelihatan.

III
Papan keranda pun dibuka. Imam Saufi, pegawai polis, doktor juga orang dari pejabat agama kini mengambil alih tugas. Yang peliknya, ketika papan penutup keranda dibuka, tidak langsung dilihat bahawa mayat ini 'hidup'. Cuma kedudukan mayat ini saja sedikit berubah. Hampir 15 minit kerja-kerja pengesahan dilakukan keatas mayat. Dan akhirnya mayat itu kekal disitu dan dikambus semula. Ada beberapa 'aib' yang tidak dapat dituliskan untuk bahan bacaan pembaca ketika mayat diselongkar dari kuburnya. Penulis memohon maaf.



Jam 9.30 malam, semua urusan berkaitan jenazah yang dianggap 'hidup' itu selesai sepenuhnya. Cuma bunyi 'aneh' itu terus kedengaran apabila kubur itu dikambus semula. Tidak siapa yang mampu menjawabnya. Ia terus menjadi misteri. Apa yang diketahui selama 40 malam bacaan Yaasin berterusan telah dibuat di masjid itu.

** Dari apa yang diketahui, arwah Kadeer ini sebenarnya 'membela' beberapa ekor jin sewaktu hayatnya. Kerana itulah ketika arwah hidup dan berada di dapur, tidak seorang pun pekerja restoran dibenarkan oleh arwah untuk masuk membantunya. Malah jika ada yang mahu tunjuk rajin mahu membantu, habis diherdik dimarahinya.

Ketika menyediakan makanan dan masakan, dipercayai Kadeer memasukkan 'benda-benda' kotor hasil bantuan jin belaannya ke dalam makanan. Kerana itulah rasa dan enak masakan Kadeer sangat luar biasa. Ketagihan pelanggan itu yang membuatkan restoran Kadeer ini cukup maju, masakan tidak..setiap lauk yang ada tidak mengambil masa lama untuk habis.

Ada orang kata, masakannya bercampur dengan air kencing jin. Itu yang jadi sedap dan jadi ketagihan kepada orang ramai nak makan di kedai mamak. Wallahu aklam.

Sebulan selepas kematian arwah Kadeer, restoran itu agak kurang dikunjungi pengunjung. Malah pelanggan-pelanggan tetapnya dahulu banyak yang sudah lari ke kedai lain. Masakan yang dihidangkan juga tidak lagi se'hebat' masakan Kadeer. Malah ketika waktu malam, ramai pekerja-pekerja nya cabut lari kerana tidak tahan melihat bayang 'Kadeer' yang sering berada diruang dapur restoran. Tukang masak yang mengantikan Kadeer yang cukup teruk di'ganggu'. Dari apa yang dimaklumkan kepada penulis, gangguan2 itu adalah kerana jin-jin belaan Kadeer kini tidak lagi 'bertuan'. Sebab itulah pekerja-pekerja restoran itu selalu bertembung dengan 'Kadeer' di dalam restoran itu ketika waktu malam. Selalunya selepas kedai ditutup. Memang menakutkan.

Seorang ustaz sekolah agama juga menceritakan pengalamannya ketika makan direstoran itu lewat 15 tahun yang lalu kepada orang 'perantara' yang menceritakan kisah ini kepada penulis bahwa beliau dapat melihat beberapa ekor 'jin' yang mulutnya terjelir dengan muntahan lendir berada disekeliling periuk letaknya lauk-pauk yang dihurung pelanggan. Sejak dari hari itu ustaz itu tidak lagi menjejakkan kaki ke restoran tersebut.

Selang 5 bulan kemudian, restoran mamak yang sangat popular di pekan kecil itu ditutup dengan rasminya. Ini kerana restoran itu tidak lagi dikunjungi pelanggan. Malah kematian Kadeer turut mematikan terus perniagaan restoran itu. Oleh kerana perniagaan resotran yang tidak lagi berdaya maju, maka pemiliknya telah menjualkannya kepada seorang cina.

Jika sekarang, restoran yang pernah menempatkan restoran mamak paling maju di pekan kecil ini satu masa dahulu, kini telah berubah menjadi kopitiam. Dan kematian Kadeer membawa bersamanya 'misteri' yang sehingga sekarang tidak terjawab oleh ramai orang.

Kepada yang gemar makan dikedai mamak, berhati-hatilah. Tidak mustahil apa yang 'Kadeer' miliki turut dimiliki pula oleh tukang masak mamak yang lain. Jangan sampai kita termakan 'najis' dan muntah jin. Ia lebih kotor dari najis yang kita keluarkan setiap hari. Wallahuaklam

(*) Kisah ini diceritakan oleh seorang pegawai agama(sudah pencen) kepada penulis baru-baru ini untuk slot Mayat dan Iktibar di albanjari Online. Siri akan datang : Mayat dan Iktibar 2011 - Siksanya mayat pemakan riba

Sekiranya Robengah itu se'hebat' syaiful !

Andai air mani 'perogol' Robengah itu dapat disimpan oleh mangsa dan tidak luput tarikh selama 5 tahun didalam 'anu'nya, mungkin kes ini lebih mudah diselesaikan sebagaimana yang syaiful lakukan sebelum ini. Untuk pengetahuan pembaca, syaiful telah berupaya 'menyimpan' air mani didalam 'gudang' kunyit hampir 72 jam. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak pulak meleleh-leleh melata.


Sewajarnya mangsa rogol wajar belajar dengan syaiful tentang teknik 'mengapungkan' air mani didalam 'anu' agar tidak tumpah untuk tempoh yang lama. Ilmu itu jarang-jarang dipunyai orang !

Sekiranya Robengah itu sehebat syaiful..! Tetapi hal itu tidak terjadi. Mana mungkin air mani dapat disimpan rapi selama 5 tahun di dalam 'anu'nya. Apapun tidak mengapa, di masyar nanti, 'anu'nya akan berkata-kata..dengan jelas lagi fosih! Dan ketika itu, tiada lagi penafian atau err..er..err ! Lu tanggung ler dosa lu ! 


Apapun perogol itu BUKAN RAIS ! Orang lain..! Mungkin namanya saja kebetulan ada 'rais'. Kepada mereka yang punya nama ada 'rais' sila bersihkan nama anda sekarang. 


Err..Kalau Julia "Rais" plak camner wak ?



Bukan Rais !  
Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.


"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Wajah terbaru Robengah ?

Dipercayai foto disebelah kononnya merupakan foto terbaru Robengah. Berbeza dari foto asal yang sebelum ini leluasa dipaparkan diinternet nampak wajahnya ketika itu sangat klise dengan raut wajahnya yang ke'indonesia'an.

Namun wajah terkini Robengah seperti wajah gadis 'kaya' aja. Yang 'kaya' yaa..bukan yang kayap !

sumber foto : email


(*) Betul ker ? Ada siapa boleh sahkan?




Perkosa Robehah : Bukan Rais ! Suspek baru ditemui !!

Bukan Rais ! suspek baru perkosa robehah sila lihat foto dibawah. Percayalah !! Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.



Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

Ancak tiang lampu?

Kadang-kadang macam-macam cara orang nak tarik perhatian. Jika di Singapura, trend sekarang rakyatnya gemar berbogel tepi tiang traffic light. Biarpun telanjang, tak der pulak terdengar kereta teruk eksiden depan lampu tu. Maknanyer mungkin budaya itu sudah mula diterima masyarakatnya yg semakin hari semakin teruk akhlaknya.

Di Perak pula, lain kisahnya. Apapun kena berterima kasih jugak laa kat dia. Biarpun tak pernah dibuat orang sebelum ini. Ni kira 'pioneer' lah. Tahniah kepada makcik hamidah kerana sudi merasmikan lampu isyarat.

Diharap selepas ini semua lampu2 jalan, pargola, pasu bunga, hatta apa saja yg ada ditepi jalan boleh jemput makcik hamidah datang rasmikan sebagai simbolik gitu!


Radens - lawak sungguh bila baca komen sahabat, " Nasib baik Midah, kalau alkazamrai, dah di ancak nya tiang traffic tu. Wakakak..!

Idea 'kurang ajar' untuk mengajar BN !


Isu Khusrin : Biar dia rasa apa yang kerajaan Pakatan Perak pernah rasa ! Mereka 'mengajar' untuk menjadi 'kurang ajar'. mbnizar ! Wa cayaa luu..!!


Listen!

Sultan dan kuasa esekutif ? Tanya Umno !


Tan Sri Khalid berkata kuasa yang ada pada istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan itu ditarik balik oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993, ketika krisis Perlembagaan.

Langkah itu diambil selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpendapat baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan yang dilantik terus oleh Putrajaya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri.

Tapi bila tukang karut cerita dalam koran buruk(Utusan) pulak, lain jadinya..! Kuasa Esekutif mana plak ni yeop ! Bukan ker kuasa tu dah Che Det campakkan ke longkang oleh Umno dulu. Usaha membodohkan orang kampung oleh Utusan Meloya. Terang-terang menipu tu..!. 

Tanggang dalam PAS ?

Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai “Ops Gerhana”. Katanya kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan “Kaum Si-Tanggang” – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Zulkifli mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu. Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.

“Apa yang lebih memeranjatkan teman ialah sudah adanya satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan PAS yang dikuasai oleh para ulama sekarang kepada golongan yang dikenali sebagai “Kaum Si-Tanggang” pada Muktamar Agung PAS Jun 2011 nanti “Teman mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.

Dikatakan juga kumpulan itu lebih bersifat moden dan profesional menggantikan kepimpinan “serban jubah” yang kelihatan kolot dan kekampungan yang jelas bagi para Pak Tanggang ini akan memalukan untuk dibawa bermahkota di Putrajaya nanti ” katanya. Pemilihan dua tahun sekali PAS dikatakan tidak akan ditangguhkan walaupun ada cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 diadakan tahun ini.

Dalam blognya hari ini bekas ahli PAS dan PKR ini berkata “bila teman tengok di kalangan pak jangoat di Parlimen pun dah jelas. Ramai di kalangan mereka dah malu nak pakai kopiah walaupun sebelum ditabal sebagai YB kopiah tak lekang dari kepala."

“Hari ni tinggal beberapa kerat sahaja yang mahu berkopiah yang lain dah jadi YB Tanggang dah pun ” katanya lagi Zulkifli yang dipecat PKR awal tahun lalu menambah dalam perancangan itu beliau diberitahu bahawa beberapa nama telah disenaraikan untuk menandingi semua jawatan utama termasuk presiden timbalan presiden dan naib-naib presiden.

“Dan jawatan setiausaha agung serta bendahari agung juga akan dilantik daripada kalangan kaum tanggang ini Siapa mereka insya-Allah tiba masanya akan teman dedahkan “Namanya telah pun diberikan kepada teman cuma teman perlu buat beberapa rujukan dan ‘counter check serta double check’ sebelum teman dedahkan ” katanya.

Wakil rakyat Konsensus Bebas ini berkata beberapa mesyuarat dan perbincangan sulit telah pun mereka adakan untuk merancang dan melaksanakan konspirasi “Ops Gerhana” “Jika konspirasi sulit ini berjaya dilaksanakan teman cukup percaya dan yakin prinsip dan semangat perjuangan PAS akan berubah daripada negara Islam kepada Putrajaya demi memahkotakan pemimpin yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan “Sebab itu teman namakan konspirasi ini sebagai ‘Ops Gerhana’ pakatan untuk menggelapkan lambang bulan purnama PAS dengan perjuangan negara Islamnya Semoga perkara itu tidak terjadi na’uzubillah ” katanya.

Ulasan Anak Sengat :

Tengah meroyan nak naikkan nama ! Belasah PKR depan belakang kiri kanan. Sapapun tak peduli. Jadi cover muka depan akhbar beberapa hari lepas tu tenggelam nak mampos. Kali ini..try pulak nak campur urusan PAS. Ni le masalahnya orang tak de rumah tangga.

Ada rumah kena halau .... Bile nak tumpang rumah orang, resam 'tumpang' selayaknya diletakkan depan pintu tandas aje..padan muka... Akhlak lebai kat kepala dan janggut sejemput dah jadi topeng cari makan. Ni le perangai Zul Kulim... YB Haram yang gadai undi orang.

Tak pasal pasal sentuh pasal rumahtangga PAS. Aku tak kisah kalau umNO yang sentuh sebab umNO ada rumah tangga sendiri. Yang ko tu merempat depan tandas orang...nak sibuk pasal PAS yang tengah berbulan madu....apa hal? Muka jenis tak malu betul.

Zul ni jenis yang tak boleh control...sebab tu duduk dalam PAS dulu tak lama... PKR ambik masa dia tengah meraban merabun ! dan bagi jadi YB, dah menang..dengan kerusi kerusi dia bawa lari... Kalau istilah kampung aku...bodoh sombong... bodoh tak boleh di ajor...cerdik tak boleh diikut.

Pandai pandai je bagi label kat orang..bahlul, orang merempat yg tak tahu asal susul.

(*) Wak - apa khabar Kulim Bandar Baru Zul, dah lama mike tah turun jumpa rakyat yg bagi undi sampai mike menang dan dapat pulak sedut elaun MP tiap bulan. Dari hang layan hal rumahtangga org baik hang pi jenguk selalu Parlimen hang. Org kampung kata, ada ahli Parlimen tapi macam tak dak..! Betul ker?

TP - Aku ambil risiko kali ini !

Perisik Rakyat® | 4 Jan

Risiko paling besar dalam bidang penulisan ialah apabila kita menulis atau mengeluarkan sesuatu pendapat yang kita tahu ianya amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling kita.

Hari ni aku berhajat untuk mengambil risiko tersebut memandangkan pendapat aku dalam hal ini diyakini amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling aku. Perkara pertama yang menggembirakan aku dalam minggu pertama tahun 2011 ialah apabila terbaca berita dibawah:

Nasrudin tawar Khairy masuk PAS KLIK DI SINI

Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang.

Mungkin KJ dan wang adalah kembar seperanakan. yang tu aku tak tau. kena tanya mak dengan bapak KJ.

Balik pada topik.

Kehadiran KJ didalam PAS pastinya akan mendapat tentangan daripada para pemikir-pemikir "ortodoks" ala-ala "taliban" dan juga "extremist" didalam PAS. dosa-dosa silam KJ akan berkumandang dicorong-corong media tidak rasmi dan juga kedai-kedai kopi dan pasti aroma wang akan kembali subur dibibir para forumer-forumer bebas dimana-mana sekiranya KJ memohon dan diterima menjadi ahli PAS...

Jangan lupa... istilah "beruk" akan kembali hangat dipasaran... beruk, beruk, beruk..!

Aku tak nak ulas panjang hal-hal remeh-temeh (bagi aku la) dekat atas sebab untuk menguasai Putrajaya, PAS & Pakatan Rakyat perlukan seorang yang berfikiran "fresh", "berkarisma" & juga "praktikal" seperti KJ.

Kalau nak harap dekat Ketua Dewan Pemuda PAS & Ketua AMK yang ada sekarang, jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin boleh sampai tanpa bantuan pemandu bas express. sesat dulu la baru sampai beb...

Pada aku, KJ ada semua kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menarik sokongan anak muda, baik yang jantan, mahupun yang betina. cuma nasib KJ dalam Pemuda UMNO kurang baik sebab sokongan agak berkurangan kerana tradisi UMNO ialah "pauk kau", "puak aku" tak leh campur-campur walaupun dalam 1 parti. biasa la... UMNO... United Monkeys National Organisation... Organisasi Kera terbesar di Malaysia... jadi kena paham...

Orang yang punya kepala otak bagus macam KJ ni kalau masuk dalam PAS, akan bawa 1 perubahan yang besar dalam politik Malaysia. cuma risiko paling besar yang bakal KJ hadapi sekiranya menyertai PAS ialah - bersedia untuk menjadi "punching bag". bukan mudah bagi seorang yang pernah bergelumang dengan kerja kotor berada dalam PAS.

Cukup-cukuplah berada didalam UMNO yang sudah berada di akhir zaman tetapi masih tak sedar diri. berjuanglah diatas nama Islam dan bukan MeLAYU.

Kisah Cinta - Siapa Aimie Harmelia ?

Apek & Aimie Harmelia~
(Kisah cinta meraka sangat menarik, ibarat cinta Mawi dan Ekin.)


Seperti yang kita maklum, bahawa Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ialah sepasangan kekasih yang bercinta. Meraka bercinta ketika Apek masih belum lagi dikenali ramai. Dahulunya, hubungan mereka biasa sahaja, tiada siapa pun yang peduli akan hubungan mereka berdua.Namun kini, setelah Apek mendapat jolokan Penjaga gol nombor satu negara, hubungan mereka seolah-olah tidak direstui sesetengah peminat kaum wanita. Sehinggakan ada yang terang-terangan memaki hamun teman wanita Apek.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah hak meraka untuk bercinta. Dan yang paling memalukan,bila ada artis wanita yang muka tak malu, secara berani di FB terhegah-hegah meminta Apek untuk menghubunginya. Dan mujurlah Aimie tidak cepat melatah dan dia pernah memberitahu bahawa dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

Kepada para peminat wanita diluar sana, tidak salah untuk anda meminati Apek, namun janganlah sampai anda memalukan kaum anda sendiri dan waraslah dengan fakulti akal yang anda diperolehi itu. Minat pada bola, minat pada individu, tidak semestinya hadir dengan perasaan cinta, ia boleh disemai dengan rasa minat atau rasa sayang. Jika hati Apek sudah pun dimiliki, usahlah menyimpan rasa cinta pada batang tubuhnya lagi, cukuplah rasa cinta dan sayang pada anugerah bakatnya itu yang dianugerahkan oleh yang maha ESA itu.

Sama-samalah kita berdoa semoga merpati sejoli ini akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat dan MGDC berimpian untuk "Melukis Gambar Apek & Aimie Harmelia Dengan Cahaya Di Atas Pelamin Mereka"(diangkat dari fesbuk TP)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |