PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) Analisa : 'saya terbuka untuk dilawan' dan 'melawan' - Mat Sabu

albanjari | Analisa 1-
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan pemilihan parti Islam itu kali ini yang paling sengit. Ini kerana jelas beliau, jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk barisan kepimpinan tertinggi menyaksikan persaingan nama-nama besar dengan hampir kesemua jawatan disaingi.

Saingan 3 penjuru untuk jawatan timbalan presiden dilihat sangat sengit dan 6 penjuru bagi naib presiden pula bukan satu pilihan mudah untuk memilih 3 yang terbaik. Lihat saja nama calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor 2 itu dibawah :

1. Nasharudin Mat Isa. (sedaya upaya pertahan jawatan)
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (mantan Naib Presiden PAS)
3. Mohamad Sabu( mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat)

Ada kalangan pemerhati melihat perkembangan ini sebagai pertempuran antara 2 golongan di dalam PAS. Golongan pro-pembaharuan dan golongan pro-ulamak. 

Bezanya golongan ulamak kini meletakkan polemik kepada setiap ahli untuk memilih yang terbaik. Jika disandarkan kepada kekuatan calon, Dato' Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasharuddin masing-masing mempunyai kekuatan yang sama rata, cuma yang membezakan antaranya ialah populariti calon lebih dimiliki oleh mantan Naib Presiden PAS yang lalu, iaitu Dato' Tuan Ibrahim berbanding Ustaz Nasharuddin.

Menyorot semula undi yang diperolehi oleh Dato' Tuan Ibrahim pada penggal lalu, beliau telah memperolehi 877 undi daripada 22 anggota yang terpilih duduk di dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat oleh para perwakilan. Undi tertinggi dan calon paling popular untuk jawatan beliau sebagai Naib Presiden.

Mampukah Dato' Tuan Ibrahim mengekalkan undi tertinggi dan popular pada sesi pemilihan baru di kerusi no.2 PAS di sidang muktamar parti pada awal jun depan ? Itulah topik yang kini hangat dibincangkan oleh ahli dan blogger media baru. Apapun, penulis masih belum bersedia untuk meletakkan Dato' Tuan Ibrahim sebagai 'pemenang' pertandingan ini, tetapi lebih lunak penulis meletakkan beliau sebagai calon 'favourite' ulamak yang berpotensi untuk menang bergaya.



Calon Pro-Pembaharuan Bukan Ulamak

Mohamad Sabu kembali 'bersabung'. Jika dikembalikan sejarah lalu, mat sabu yang juga dikenali sebagai 'ayam sabung' PAS pernah mendapat 261 undi mudah dari perwakilan di muktamar parti Ke-55 pada tahun 2009 dibelakang Datuk Husam Musa (281 undi), sekaligus menyaksikan Ustaz Nasharuddin menang dengan jumlah 480 undi. Itu perkiraan masa lalu.

Kini gelora perubahan anak muda dilihat begitu mendesak agar kerusi no.2 itu diduduki oleh calon dari bukan ulamak, dan tokoh yang popular dari kalangan anak muda ini dimilki oleh Mat Sabu. Apapun yang berlaku, undi mutlak hanya ada pada perwakilan untuk memilih. Tidak hairan jika strategi kempen yang diuruskan untuk memenangkan Mat Sabu telah digerakkan lebih awal oleh golongan yang pro-pembaharuan, melalui facebook, blog dan yang terkini merayu undi melalui SMS juga digunakan.

Dalam kenyataan beliau, “ saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," - Malaysiakini, 4 Mei.

Betul, beliau terbuka untuk dilawan, dan 'terbuka' pula untuk melawan ! Dan sokongan dari golongan pro-pembaharuan turut membantu beliau 'melawan' untuk menang kerusi Timbalan Presiden. Apa pendapat penulis ? Penulis bersetuju dan sama pendapat dengan blogger Perakite bahawa mat sabu mampu menang, tetapi akan kalah jika penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa menarik diri dan memberi laluan kepada Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi hal itu tidak berlaku.

Biarpun dari jumlah pencalonan mat sabu telah mendahului yang lain dengan menerima 45 pencalonan berbanding Nasharuddin hanya 42 pencalonan, manakala Tuan Ibrahim mendapat 39 pencalonan, itu belum cukup indah dan selesa untuk 'ayam sabung' PAS mengimpikan kemenangan mudah. Ini kerana faktor undi untuk Ustaz Nasharuddin mungkin akan berpaling kepada Dato' Tuan Ibrahim, bagi mengekalkan tradisi kepimpinan ulamak bagi jawatan nombor satu dan dua parti dari terlepas kepada mat sabu, atau pro-pembaharuan dari bukan ulamak. Dilihat tenang tapi sengit sebenarnya !

Bagi ustaz nasharuddin, beliau bersedia untuk menang dan bersedia juga untuk tewas. Bagi beliau, dia berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia atau habuan yang ditawarkan oleh sesiapa. Ustaz Nasharuddin tetap bersama pimpinan ulamak dan ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang dalam PAS dan wala’nya tidak berbelah bagi kepada PAS. Hubungan dengan PKR dan DAP atau UMNO hanyalah sekadar hubungan politik bukan hubungan jiwa dan roh perjuangan. Ikuti v-tee beliau yg dirakam sebulan lalu dibawah.


Simpulannya, para ahli dan pimpinan diseru agar terus mendokong kepimpinan ulama yang dipersetujui sebelum ini tanpa menimbulkan polemik kepimpinan ulama dan profesional. Ini kerana di antara keduanya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Pilihlah pemimpin dengan rasa dan sifat taqwa, istiqamah dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Setiap keputusan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan cara realistik, bagi mencari keredhaan Allah kerana sesungguhnya Allah merahmati orang yang mengenali pemimpin dan zamannya. Pemimpin perubahan mesti sentiasa berada di barisan hadapan dan berupaya pula memberi manfaat kepada masyarakat dan semua umat.

PANAS BERAPI - Sapa nak jawab ! Barbican Haram...???




Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

(18) Muktamar PAS - Pilih mereka yang boleh diterima semua kaum !

CALON-CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS. SEMOGA PERSAINGAN INI AKAN MEMANTAOOOPKAN LAGI PAS PADA MASA AKN DATANG. Agak-agak yang mana satu jadi pilihan anda ? 

Rasanya anda tentu sukar untuk buat pilihan. GO mat sabu...GO dato tuan..siapapun yang duduk di situ, tetap tidak akan melemahkan jihad jamaah utk tumbangkan UMNO dan BN..takbir !!


53 calon mengesahkan bertanding untuk jawatan AJK PAS Pusat. Hanya 18 akan dipilih menganggotai Jawatankuasa Kerja disitu. Kini negara dapat melihat bahawa PAS mempunyai ramai pemimpin yang cerdik, pintar, berwibawa dan berbakat dan diharap pemimpin-pemimpin ini semua dapat memainkan peranan yang besar dalam PRU-13 dan masa depan parti ini demi kebaikan rakyat dan negara. 

Pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara untuk menangkis serangan-serangan UMNO sangat diperlukan oleh parti dan disini pemimpin-pemimpin seperti Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Mat Sabu menonjol dan menyerlah.

Semoga slogan 'PAS Untuk Semua' akan muncul sebagai satu slogan yang akan dapat dinikmati kesahihannya oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan oleh itu saya harap pemilihan parti yang akan dilangsungkan di Muktamar kali ini akan memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin ini untuk sama-sama berjuang untuk Islam dan juga untuk rakyat seluruh Malaysia.

Semoga Tuhan akan memberi ilham kepada semua perwakilan PAS untuk membuat pemilihan dengan cara yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab. Dibawah adalah senarai 'sejarah' mantan AJK PAS Pusat yang lalu. Sekadar rujukan !




(update) Fenomena aneh Matahari : 'Halo' atau lingkaran cincin !

albanjari | Kg. Milah

Foto yang diambil pada tepat jam 3.30 pm. Manakala foto dibawah sekali adalah foto awal yang diambil sebelum jam 1.30 pm tadi. 

Tony Agus Wijaya, Kasie data dan informasi Badan Metereologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Yogyakarta mengatakan, fenomena tersebut disebut halo, yaitu fenomena dimana matahari dikelilingi oleh pelangi yang membentuk lingkaran cincin yang tebal.

"Itu merupakan hasil reaksi khusus antara awan yang tinggi dengan pancaran sinar matahari," terangnya saat dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, awan yang bisa berinteraksi khusus dengan sinar matahari hingga membentuk halo tersebut berada pada ketinggian 2.000 meter diatas permukaan tanah. "Jadi bukan awan yang ada dipermukaan tetapi awan-awan yang tinggi, uap air yang terkandung di awan itu bereaksi dengan sinar matahari sehingga terjadi pembiasan cahaya daan menghasilkan halo tersebut," tambahnya.(republika.co.id)





Kelihatan jelas awan membentuk kalimah Allah tertera di dada langit ketika berlakunya fenomena 'halo' pada tengahari kelmarin


Artikel sebelumnya - KLIK DI SINI

UPDATE !! Fenomena aneh Matahari : Apakah Tsunami Besar akan berlaku lagi ?

Fenomena aneh yang dapat diambil pada lewat tengahari 45 minit sebelum masuk waktu solat jumaat. Imej matahari yang dikelilingi cahaya kuning dan membentuk lingkaran berwarna yang bukan gerhana atau pelangi.

Imej berwarna merah tidak diketahui. Berdasarkan kepada fenomena tsunami yg melanda Acheh pada tahun 2004 lalu, fenomena itu telah berlaku juga dihari jumaat. Dan tidak sampai 38 jam, tsunami membadai kebanyakan negara di dunia.

Mungkin sekadar kebetulan..Maha Suci Allah !



Foto selanjutnya akan diuploadkan selepas solat jumaat. Insyaallah !



Biarpun matahari terpacak diatas kepala, tetapi tak panas. Tak berbahang seperti kebiasaan. Aneh fenomena hari ini ! Lazimnya, sebelum ini  foto matahari begini wak ambil tiada lingkaran kuning tu, tetapi warna yang jingga yang kemerahan. 

Jam 3.30pm nanti, kita lihat samada fenomena ini telah berubah atau sebaliknya. Foto lain dibawah.

Foto dibawah pula yang diambil oleh facebooker di Kamunting. 



(17) Muktamar PAS - Pro Ulamak lawan Pro Anwar untuk rebut jawatan ?

" Ada yang mengambil pendekatan moden penuh tektikal, yang cuba mempraktikan berbagai teori baru dan ada yang masih mengambil pendekatan konsevertif dengan berlunak dan berdoa atau pun rigid dengan pendekatan lama. Ada juga yang menerima politik itu rencam ke mana dan apa saja boleh diterima pakai asalkan Pas mencapai kemenangan kerana matlamat di dalam perjuangan ialah untuk menang.

Dan tidak semestinya apabila seseorang itu mendapat pendidikan Timur Tengah yang lebih tampak berbudaya Islam dengan perwatakan, pakaian dan budaya, boleh menuduh mereka adalah Islam tulen atau kaedah mereka tepat mencapai matlamat. Ia mungkin baik tetapi kaedah harus disesuaikan dengan keadaan.., "
Ada seorang politik gila bercakap perebutan jawatan dalam Pas yang akan terlaksana pada muktamar ke 57 minggu depan adalah pertembungan di antara golongan ulama dan golongan pemuja Anwar - pro Anwar. Begitu rendah sekali analisa dan pemerhatian orang gila ini. Dia berkata demikian seolah-olah Pas sebuah parti yang diwakili oleh budak-budak yang cacat akal.

Sudah 57 tahun Pas berada di persada negara ni telah melalui berbagai liku dan luruh perjuangan. Pas bukan saja boleh dianggap matang, tetapi dalam sesetengah perkara sudah sampai ke peringkat terlampau matang, sehinggakan boleh membaca kilau di dalam kilat. Atau terkilas saja ikan di air Pas sudah dapat mengenal apakah jantan atau betia atau pun 'husna'.

Jadi apabila orang politik gila ini membuta tafsiran demikian ia adalah menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau sendiri yang tidak dapat mengenali perjungan Pas sebetualnya. Mungkin kerana telah lama meninggalkan Pas maka perkembangan dan perubahan dalam Pas tidak sampai kepada akalnya.

Dia masih teroleng-oleng seperti dulu juga merasa syok sendiri kononnya akulah betul dan cara akulah benar.

Seperti ditegaskan oleh pemimpin Pas, tidak wujud kumpulan atau mana-mana puka tegar di dalam Pas, apa lagi kumpulan pro Anwar. Pas adalah satu kumpulan yang memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran dibawa oleh Umno khususnya. Itulah kumpulan Pas.

Adapun kenapa dilihat ia mirip kumpulan tertentu ialah kerana pendekatan dan aliran yang digunapakai. Ada yang mengambil pendekatan moden penuh tektikal, yang cuba mempraktikan berbagai teori baru dan ada yang masih mengambil pendekatan konsevertif dengan berlunak dan berdoa atau pun rigid dengan pendekatan lama. Ada juga yang menerima politik itu rencam ke mana dan apa saja boleh diterima pakai asalkan Pas mencapai kemenangan kerana matlamat di dalam perjuangan ialah untuk menang.

Tidak boleh nafikan ini berlaku. Saya sudah nyatakan perbezaan ini berlaku kerana latar belakang pendidikan dan terbiah mereka yang berada di barisan depan berbeza. Yang berpendidikan barat akan menggunakan pendekatan ala barat, yang berpendidikan Timur Tengah pula akan menggunakan pendekatan tradisi stail gerakan Islam. Dalam hal ini gerakan Islam di Mesir, Ikhwan Muslimim lah dijadikan contoh.

Kalau dihayati dan dilihat kedua-dua taktik dan pendekatan itu untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu kemenangan Pas bagi membolehkan parti itu merealisasikan aspriasi perjuangan. Baik yang mengambil fahaman barat atau pun fahaman Timur Tengah, keduanya berpaksikan kepada syahadat Islam.

Sebab bagi mereka yang tidak memperakui ketauhidan Tuhan mereka tidak akan masuk ke dalam Pas awal-awal lagi, atau kalau pun mereka masuk dengan tujuan hendak mengucar kacirkan atau menumpang 'mangkok somping' dari Pas saja.

Sekiranya mereka yang berpendidikan sekular, ini tidak sedia akur prinsip dan dasar perjuangan Pas mereka tidak akan bersama Pas. Mereka lebih senang dan mesra dengan Umno seperti setengah kalangan profesional memilih Umno. Bukan itu saja mereka yang sekular yang memilih Islam ini juga kerana di dalam hati mereka sudah tertanam bibit atau kepcayaan bahawa Islam adalah cara hidup.

Bila mereka menerima Islam sebagai cara hidup ertinya mereka menggunakan perencah dan perasa Islam untuk membina negara. Seperti tukang masak bila mereka sudah mengambil satu jenis perencah atau perasa untuk membuat kueh, buatlah kueh itu dalam bentuk bagaimana pun tetapi perasa dan pencecah itu tetap ada. Nah begitulah juga golong sekular di dalam Pas.

Pulak, tidak semestinya apabila seseorang itu mendapat pendidikan Timur Tengah yang lebih tampak berbudaya Islam dengan perwatakan, pakaian dan budaya, boleh menuduh mereka adalah Islam tulen atau kaedah mereka tepat mencapai matlamat. Ia mungkin baik tetapi kaedah harus disesuaikan dengan keadaan di sini.



Kambing atau unta dari tanah padang pasir tidak boleh dipelihara dengan menggunakan keadaan di sini. Maka ia harus disesuaikan dengan membentuk iklim, permakanan dan suasana kehidupan kambing dan unta padang pasir. Sebab kalau kambing atau unta itu dipelihara seperti di padang pasir nescaya akan matilah kambing berkenaan.

Memahami gambaran ini, tidak adalah puak yang pro Anwar di dalam Pas dalam erti kata menerima prinsip perjuangan Anwar. Ertinya pro Anwar bukan menjadi bahaya kepada Pas, kerana pro itu adalah sokongan saja untuk memastikan Pas mendapat keuntungan. Sebagai parti siasah Pas harus bijak bertindak, bijak membuat perhitungan dan penilaian mengikut keperluan semasa. Pas mungkin sudah mengenal pasti bahawa aura Anwar kini kuat dan hebat, maka Pas perlu ikut arus berkenaan untuk menumpang kemenangan.

Saya tidak kira kalau pun Pas menang setelah menumpang pengaruh dan auara Anwar Pas akan rela menyerahkan jawatan kepada Anwar. Kalau begitu maka bodoh amatlah cara Pas berpolitik.

Perkara ini harus difahami oleh ahli Pas dan tidak mudah terjebak dengan lontaran dan dakwaan pihak-pihak musuh termasuk orang gila politik tadi. Kalau orang Pas juga turut berfikir seperti orang politik gila itu maka rosaklah Pas kerana yang nyatanya orang itu sudah lama rosak hanya beliau belum menanggalkan seluar dan bajunya saja lagi untuk berlarian di khayalak ramai.

(sumber : MSO Melayu)

Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno ?

[..] Kerajaan Inggeris membenarkan UMNO untuk berkempen tentang Merdeka. Tetapi ketika orang-orang KMM melakukan perkara yang sama, Kerajaan Inggeris menahan mereka tanpa perbicaraan.

Ringkasannya, Melayu sudah bersatu sejak lama. Dan mereka bersatu untuk melawan Inggeris. Tapi Inggeris telah mencipta UMNO. Dan tujuan mencipta UMNO adalah untuk membahagikan orang Melayu dan membunuh KMM.

Strategi ini sangat pintar. Kerajaan Inggeris juga melakukan hal yang sama di Kerajaan Uthmaniyyah, sekiranya anda mempelajari sejarah Arab. Kerajaan Inggeris mencipta strategi yang luar biasa ini disebut 'pecah dan perintah'. Dan ia berjaya di seluruh tanah jajahan Kerajaan Inggeris.

Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya. UMNO adalah salah satu alat yang membelah belahkan Melayu. Dan, lebih buruk lagi, UMNO memecahbelahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing lari" Inggeris. Dan sekarang UMNO membicarakan bahawa pembangkang telah memecahbelahkan Melayu ? Biarkan Profesor Sejarah Khoo Kay Khim membuktikan saya salah.



Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno
(Sumber: Malaysia Today diterjemahkan oleh GoMalaysian)

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak. Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi. Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur. Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.

“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi.

(16) Muktamar PAS - Sokongan mahasiswa Mesir untuk ulamak PAS


"..Tidakkah kita nampak, hasil didikan tarbiyyah ulamak ramai wakil rakyat yang berfikrah PAS tahan diuji walau disogok dengan jutaan ringgit, dan tidak kurang juga, ada wakil rakyat berfikrah PAS menjual tanah milik mereka semata-mata untuk membantu rakyat di kawasan mereka. Dan ada juga wakil rakyat PAS yang hampir bankrap kerana pengorbanan mereka untuk perjuangan. Semua contoh yang disebut ini merupakan hasil kewibawaan ulamak memimpin Ummah.

Dan inilah tradisi dan keunikan yang dimiliki oleh gerakan Islam yang bernama PAS, bahkan ianya menjadi suatu kewajiban untuk kita bersama-sama mempertahankan kesucian ini daripada dirobek oleh tangan-tangan jahat yang cemburu, yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menafikan kebijaksanaan ulamak memerintah dan mengemudi bahtera parti.

Apakah faktor yang mendorong mereka (erdogan) untuk merebut jawatan penting?...Adakah dengan ilmu agama yang `sejemput`, mereka dapat memberi jaminan kepada seluruh ummat dapat memerintah atas nama Islam melebihi kepakaran ulamak yang sedia ada?...Sedangkankan kepimpinan ulamak telah membuktikan keizzahan Islam sejak zaman berzaman., "



SOKONGAN UNTUK ULAMAK
Kami mewakili mahasiswa Mesir tidak menyokong kepada tindakan beberapa kelompok yang bergerak untuk menghakiskan kepimpinan ulamak dalam tampuk tertinggi PAS Pusat di Malaysia. 


Kerana telah menjadi tradisi parti dan ia terbukti di sepanjang alur sejarah perjalanan gerakan Islam yang terulung di Tanah Melayu iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diterajui oleh kepimpinan ulamak.

Disamping ulamak yang sinonim dengan kefaqihan mereka dalam ilmu agama, sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat untuk memimpin bukan sahaja cekap mengurus tadbir jentera parti malah mereka golongan ulamak ini menjadi jambatan kepada seluruh umat untuk menuju ke suatu destinasi yang dijanjikan oleh Allah iaitu Hari Akhirat yang kekal abadi.

Bagaimana mungkin seseorang itu boleh menceritakan atau mengaplikasikan tentang sesuatu sudut agama secara terperinci tetapi dia tidak mengharungi dan mendasari lautan ilmu agama tersebut. Maka keperluan kepimpinan ulamak dalam tampuk tertinggi PAS tidak boleh dinafikan. Sekiranya kepimpinan ulamak tiada, dan itu akan menjadi masalah besar di dalam PAS sendiri.

Amat mengecewakan, isu untuk mengecilkan peranan dan dominasi kepimpinan ulamak dalam PAS dimainkan oleh pimpinan PAS sendiri, yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS dengan keizinan pimpinan atasan PAS. Dibaratkan kacang lupakan kulit, kerana setelah mereka dapat mencari pengaruh dalam PAS, mereka bertindak di luar kerangka kehendak jemaah PAS itu sendiri. Sepatutnya akhlak dalam berjemaah hendaklah kita bertindak mengikut arahan jangan terlalu bersegera atau menjadi golongan musta’jilun melangkaui ketetapan kerana padahnya memberi implikasi yang buruk kepada masa depan jemaah Islam (PAS) ini.

Malang berganda apabila ada kelompok-kelompok yang mendakwa kepimpinan ulamak antara punca wakil rakyat PAS gagal menonjol dalam aspek ekonomi berbanding komponen pembangkang yang lain. Jika seseorang itu memahami ketegasan Islam dalam pembangunan dan kemajuan peradaban manusia, ekonomi bukanlah menjadi tunggak utama perbincangan perjuangan. Bagi Islam pembangunan dalaman jiwa manusia itu lebih penting dari segala-gala elemen sampingan itu.

Tidakkah kita nampak, hasil didikan tarbiyyah ulamak ramai wakil rakyat yang berfikrah PAS tahan diuji walau disogok dengan jutaan ringgit, dan tidak kurang juga, ada wakil rakyat berfikrah PAS menjual tanah milik mereka semata-mata untuk membantu rakyat di kawasan mereka. Dan ada juga wakil rakyat PAS yang hampir bankrap kerana pengorbanan mereka untuk perjuangan. Semua contoh yang disebut ini merupakan hasil kewibawaan ulamak memimpin Ummah.

Dan inilah tradisi dan keunikan yang dimiliki oleh gerakan Islam yang bernama PAS, bahkan ianya menjadi suatu kewajiban untuk kita bersama-sama mempertahankan kesucian ini daripada dirobek oleh tangan-tangan jahat yang cemburu, yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menafikan kebijaksanaan ulamak memerintah dan mengemudi bahtera parti.

Apakah faktor yang mendorong mereka (erdogan) untuk merebut jawatan penting?...Adakah dengan ilmu agama yang `sejemput`, mereka dapat memberi jaminan kepada seluruh ummat dapat memerintah atas nama Islam melebihi kepakaran ulamak yang sedia ada?...Sedangkankan kepimpinan ulamak telah membuktikan keizzahan Islam sejak zaman berzaman.

Kpimpinan PAS yang dibarisi para ulamak telah menimbulkan suasana kepada dunia, sehingga ianya kadang-kala berjaya menarik perhatian gerakan Islam terulung iaitu Ikhwan Muslimin untuk mempelajari sesuatu daripada PAS, tetapi realiti ini jarang disyukuri oleh anggota atasan dan bawahan PAS, atas kurniaan yang besar Allah SWT berikan, kepada parti ulamak yang memimpin.

Jangan sesekali tindakan kita itu dikendalikan oleh nafsu hingga kita mewajahkan kemampuan kita melebihi kemampuan dan ilmu para ulamak.

HANYA ULAMA : Memiliki kekuasasan yang luar biasa. Tak mengikat tetapi mengendalikan. Tidak menekan, tetapi menggetarkan. Tak mengancam, tetapi mempersona. Tak memaksa, tetapi mencerahkan. Tak menakutkan, tetapi memberi ghairah dalam perjuangan. Kekuasaan spiritual yang menguat sehingga ke struktur. Karisma terbentuk wibawa dan pesona. (ditulis oleh Rosdi Latif as-Syarqawi)

(15) Muktamar PAS - Ulamak main tasbih, mat sabu main SMS !

PANAS BERAPI - Pagi ini layan SMS ini dulu. Strategi kempen mat sabu, Bravo bro ! Ulamak gentel tasbih, mat sabu hantar SMS ! Apa macam ?




(*) Baca tu dulu, sementara menanti artikel berikutnya diterbitkan..!

PANAS BERAPI (pagi) - Yukk ! Nikah di Thailand macam Nurul AF

Lebih baik bernikah di sempadan, dari hidup terjebak dengan dosa dan zina. Dan pilihan itu ditawarkan baik di selatan Thai. Yukkk...!

" suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya., " - Nurul AF



Nurul AF2 bernikah di Thailand
Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.

Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.

Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.

Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.

Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun. (sumber - mimpisenja)

(14) Muktamar PAS - Kem ulamak, sila ucapkan tahniah untuk mat sabu !

albanjari | Kg. Milah
Sekiranya PAS inginkan ulamak berada di kerusi no.2, dan mengelakkan undi pecah, maka diantara 2 calon dari ulamak itu perlu salah seorangnya undur diri. Tidak sukar untuk mencatur ! Andai terus degil, biarkan penulis terlebih dahulu memberi ucap tahniah untuk Mat Sabu ! Nantikan esok tulisan berbisa AB Albanjary di sini - satu pandangan peribadi dari beliau.



Caturan Tuan Ibrahim ‘kelebihan’ Mat Sabu?

ANALISIS, 26 Mei — Selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan mengekalkan jawatannya tanpa saingan, tumpuan kini beralih kepada kemungkinan pertarungan sengit bagi jawatan timbalan presiden PAS yang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Daripada enam calon layak bertanding jawatan nombor dua parti itu hanya penyandangnya Nasharudin Mat Isa (gambar atas), Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu sudah mengesahkan menerima pencalonan.

Pendirian terbaru Tuan Ibrahim (gambar tengah), yang berubah fikiran untuk bertanding jawatan itu, bakal mencipta keputusan luar jangka kali ini walaupun Pesuruhjaya PAS Pahang itu sebelum ini mengumumkan belum bersedia untuk turun gelanggang.

Persoalannya siapa yang akan bertuah untuk berada di sebelah Hadi mulai akhir minggu depan?

Jika dilihat dari sudut pencalonan diterima, Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berpeluang untuk memenangi kerusi itu kali ini.

Melihat kepada prestasi Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sebagai pemimpin utama parti, beliau didakwa gagal untuk mengangkat parti berada di kedudukan terbaik selain tidak membawa lebih banyak perubahan selaku timbalan kepada Hadi.

Nasharudin sudah dua penggal berada di kerusi itu. Mat Sabu cuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim turun julung kali.

Walaupun Tuan Ibrahim dilihat calon bukan pilihan dari segi pencalonan, tetapi ternyata beliau adalah yang paling popular sejak kebelakangan ini.

Di atas kertas, ramai yang berpendapat Mohamad akan memenangi jawatan itu. Namun, ia masih belum menjamin kedudukan itu walaupun mendahului senarai pencalonan.

Persaingan jawatan timbalan presiden PAS kali ini agak unik kerana ia menyaksikan pertembungan dua pemimpin ulama dan seorang dari golongan profesional.

Jika hendak dibandingkan dengan pemilihan 2009, ia menyaksikan dua golongan profesional dan seorang golongan ulama yang membantu Nasharudin untuk mengekalkan jawatan itu.

Adakah undi golongan ulama akan berpecah ekoran keputusan Tuan Ibrahim memutuskan untuk turun gelanggang sekali gus membuka peluang cerah kepada Mohamad?

Ini antara persoalan di kalangan ahli dan pemerhati politik sekarang.

Menurut penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, pendirian terbaru Tuan Ibrahim boleh menyebabkan kedudukan golongan ulama dalam jawatan nombor dua parti itu tergugat.

“Dalam tiga orang ini, di atas kertas Mat Sabu (gambar bawah) akan menang tapi kalau dalam Umno, orang yang dapat pencalonan paling banyak belum tentu boleh menang tapi saya percaya ahli dalam PAS ini jujur, yang mana mereka akan terjemahkan pada pemilihan nanti.

“Bagi saya pecah undi akan berlaku, tapi peluang Mat Sabu untuk menang lebih cerah sebab dalam pertandingan kali ini ada dua pihak dari golongan ulama dan satu dari profesional,” katanya.

Ahmad Atory menambah, “pecah undi, dalam golongan ulama sudah pecah kepada dua calon ini manakala yang selebihnya akan pergi kepada Mat Sabu.”

“Sebagai contoh dalam PAS ini ada 60 peratus golongan profesional dan 40 peratus golongan ulama dan kalau dari sini 40 peratus ini akan pecah kepada dua iaitu kepada Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan yang 60 peratus ini kemungkinan akan pergi kepada Mat Sabu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan golongan profesional dalam PAS semakin ramai ekoran pencalonan yang diterima Mohamad walaupun sebelum ini jawatan itu dimonopoli golongan ulama.

“Secara logik saya katakan Mat Sabu menerima pencalonan tertinggi sebab golongan yang sokong beliau lebih ramai tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pemilihan nanti,” katanya lagi.

Pandangan Ahmad Atory itu selari dengan pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian yang mengatakan penyertaan Tuan Ibrahim akan memberi kesan kepada keputusan pemilihan kali ini.

Tambah Sivamurugan, Tuan Ibrahim berhak untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana turut mendapat pencalonan, namun ia secara tidak langsung membolehkan Mohamad berada dalam kedudukan terbaik untuk menang.

“Beliau (Tuan Ibrahim) merasakan perlu bertanding untuk memenuhi kehendak mereka yang menyokong beliau,” katanya sambil menambah, “tetapi dilema akan berlaku apabila dua daripada golongan ulama berhadapan dengan seorang profesional, maka sudah pasti undi daripada golongan ulama akan berpecah.”

Oleh itu jelas beliau, isunya ialah sejauh mana ia boleh memberi kesan sehingga membawa kepada timbalan presiden daripada golongan bukan ulama.

“Kemungkinan itu boleh berlaku kerana kalau kita perhatikan pertembungan (Datuk) Husam (Musa) dan Mat Sabu dulu (2009), kalau dicampur melebihi undi Nasharudin,” katanya lagi.

“Ketika itu perpecahan undi berlaku antara Mat Sabu dan Husam. Adakah ini akan berlaku kali ini atau golongan ulama akan bersatu memberi sokongan kepada Tuan Ibrahim sehingga membawa kepada kejatuhan Nasharudin?” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, perwakilan PAS perlu mengambil kira faktor jawatan timbalan presiden adalah kedudukan paling hampir untuk menjadi pengganti Hadi.

Justeru kata Sivamurugan, Hadi bersama-sama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memainkan peranan untuk memilih pemimpin untuk membantu presiden.

“Saya rasa Hadi dan Nik Aziz akan tentukan calon mana yang akan menang dan perwakilan harus fikirkan bahawa jawatan nombor dua adalah pengganti paling hampir untuk jawatan nombor satu.

“Tapi pada pandangan saya, ini terletak sejauh mana Hadi akan memainkan peranan signifikan dalam menentukan pola pengundian bagi jawatan timbalan presiden yang boleh bekerja dengan beliau agar PAS akan kekal utuh,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sekiranya pola pengundian tidak pecah, ia akan menyaksikan pertarungan sengit.

“Mat Sabu ada sokongan tetap sebagaimana yang beliau peroleh pada pemilihan 2009, pencalonan yang meningkat kali ini kemungkinan akan ada undi protes yang ditimbulkan beliau, di mana ada ahli yang mahukan perubahan.

“Nasharudin ada peluang, tapi kehadiran pertarungan tiga penjuru akan jadikan ia lebih sengit. Pertembungan antara dua ulama dan seorang profesional,” katanya.

Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berpendapat bahawa penyertaan Tuan Ibrahim tidak akan menjejaskan peluang Mohamad untuk menang.

Namun beliau juga menjangkakan pertarungan sengit akan berlaku.

“Ini akan menjadikan persaingan lebih sengit dan Tuan Ibrahim saya difahamkan dari golongan ulama dan ini akan meneruskan tradisi walaupun beliau mengumumkan pendirian agak lewat.

“Bagaimanapun saya lihat pencalonan yang diterima Mat Sabu amat memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya berpendapat peluang masih kepada Mat Sabu.

“Selain itu, kehadiran Tuan Ibrahim akan memberi persaingan kuat kepada Nasharudin dan Mat Sabu... setakat ini apa yang saya lihat kelebihan masih kepada Mat Sabu,” kata penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Ahmad Nidzamuddin juga menjangkakan pecah undi namun kelebihan dilihat masih memihak Mohamad.

“Akan berlaku pecah undi tapi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada kerana beliau bukan sahaja pemimpin yang sudah lama dan diterima tapi salah satu kelebihan beliau adalah beliau seperti selebriti dalam PAS, semua orang kenal beliau.

“Jadi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada, begitu juga dua calon lain tapi Mat Sabu ada kelebihan dari segi populariti,” katanya.

Seorang penganalisis dengan sinonim dengan politik PAS, Prof Dr A Aziz Bari berkata, beliau tidak nampak satu keperluan untuk Tuan Ibrahim bertanding jawatan itu berdasarkan prestasi pemimpin itu selama ini.

“Beliau memutuskan bertanding tentunya kerana beliau berasa ada peluang. Tidak timbul isu kewajaran kerana beliau berhak dan layak.

“Tetapi dalam konteks kedudukan PAS dalam konteks politik nasional dan Pakatan Rakyat, saya tidak nampak relevannya Tuan Ibrahim kerana beliau hanya jadi wakil rakyat selama sepenggal kemudian naib presiden, yang impaknya dalam politik nasional jika hendak diberbanding Mat Sabu, kurang,” katanya.

Justeru tegas beliau, perwakilan harus membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang layak untuk memegang jawatan itu sekiranya serius mahu melakukan perubahan.

“Jadi kalau perwakilan memilih Tuan Ibrahim atau Nasharudin ertinya perwakilan yakni pimpinan akar umbi PAS mahu parti itu terus syok sendiri dan tidak peduli perlunya PAS dilonjakkan sebagai parti alternatif kepada Umno-BN,” katanya.

Pun begitu katanya, terpulang kepada perwakilan untuk membuat pilihan. “Mereka kena fikir mana yang sesuai untuk parti dalam konteks dan landskap politik sekarang,” katanya. -TMI

(13) Muktamar PAS - Pertandingan kian menarik dan panas !

albanjari | Kg. Milah
Lewat jam 9.37 malam tadi, SMS yang masuk ke henfon 3 kupang penulis memaklumkan bahawa DS Nizar akan tanding kerusi Naib Presiden daripada seorang sahabat. Aku sengih saja membacanya. Nampaknya selain dari kerusi Timbalan Presiden, jawatan Naib Presiden juga dilihat panas dan meriah ditandingi. Nampak kian menarik. Hari ini SAH, bahawa Dato' Seri Nizar bertanding jawatan itu.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.(HkahDaily)
Maka dengan itu, jawatan Naib Presiden akan ditandingi oleh :
1. YB. Dato' Mahfuz Omar
2. YB. Salahuddin Ayub
3. YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin
4. YB. Datuk Husam Musa
5. Ustaz Idris Ahmad
6. YB. Datuk Nik Mohd Omar

Timbalan Presiden pula jika tiada calon menarik diri akan ditandingi :
1. Mohamad Sabu
2. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Ustaz Nasharuddin Mat Isa



(*) Pre-Mortem Awal akan kekuatan dan strategi calon akan disiarkan malam ini.


:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |