(2) Pecah Panggung PRU13 - Pandir 'panas' calon power rangers PAS ! (Kemaskini)
albanjari
Kelmarin, adalah hari jumaat yang panas. Tempat lain aku tak tahu. Mungkin sama panas macam di sini. Apa pun Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan, kerana panasnyer kelmarin....ikan sepat kering yang aku jemur sejak beberapa hari lalu, in sha Allah rasanya dah boleh digoreng dan dimakan bersama keluarga malam nanti.
Kelmarin, adalah hari jumaat yang panas. Tempat lain aku tak tahu. Mungkin sama panas macam di sini. Apa pun Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan, kerana panasnyer kelmarin....ikan sepat kering yang aku jemur sejak beberapa hari lalu, in sha Allah rasanya dah boleh digoreng dan dimakan bersama keluarga malam nanti.
Orang banjar bilang, " sepat gerinting". Kebetulan musim hujan sekarang, ikan mengamuk di lubuk dan parit. Jika rajin menjala dan mem'bubu', pasti anak bini tak kan kebulur lauk.
Bukan kata di pasar tidak ada ikan. Lumrah bila musim laut gelora dan cuaca yang tak menentu mahu tidak harga ikan akan melambong-lambong sekarang. Alasan - nelayan takut ke laut, takut mati diterajang badai ! Betul juga..siapa nak cari musibah. Agama pun tak suruh. Dengan mem'bubu' di alur parit, dapat aku kurangkan belanja pasar. Orang seperti aku kena berjimat cermat bro..! Aku bukan orang kaya. memang rasa ikan sepat kalau nak masak sweet sour tak kan sama 'rasa' dgn rasa ikan siakap atau merah yang mahal hargaanya.
Lebih-lebih lagi sekolah baru saja dibuka. Belanja sekolah dan segala bagai boleh peningkan kepala jika tidak diurus dengan betul. Setuju atau tidak..duit habis deras macam air hujan turun ke longkang. Memang laju sungguh ! Nasib baik aku belajar dari Rosmah, belajar menabung dari awal..tidak lah mengelabah 'cincin' bila tiba awal tahun dan sekolah dibuka.
Sejak beberapa minggu lalu asal jumaat jer..hujan pun turun..asal hujan turun jer..hari jumaat ler yang paling lebat, sampai tenggelam 2 negeri UMNO di pantai timur. Itu kisah hujan.
Siri Pecah Panggung kali ini, aku ingin berkisah tentang 'panas' beberapa kawasan DUN dan Parlimen yang akan diwakili oleh calon PAS Perak, negeriku. Ini kerana 'calon' yang mahu bertanding untuk kerusi itu masih belum dimuktamadkan. Daripada banyak kawasan yang dilihat 'bermasalah' sebelum ini, yang ketara dan 'panas' dipandirkan diwarung-warung politik ialah DUN Semanggol dan Parlimen Kuala Kangsar. Macam biasa, kita kayuh pelan-pelan. Yang mengarut, kita belasah, yang ok..kita raikan, yang kroni-kroni - tu kena tanya Asmuni !
PAS Larut dan PAS Tapah kini boleh menarik nafas lega..kerana kemelut permasalahan yang membuntu-buntu telah dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga calon-calon yang bertanding di Parlimen Parit Buntar, hampir 99% telah dimuktamadkan dan dipersetujui. Dari sumber kajian terkini yang diperolehi dari Putrajaya, UMNO/BN Perak terus meletakan Parlimen Parit Buntar sebagai 'kawasan hitam' yang sukar untuk mereka menangi. Untuk Pakatan Rakyat, jangan nampak selesa sangat kerna 'karma'nya biarpun 'hitam' baghat serupa MB, tapi belum tentu menjamin Pakatan akan menang !
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa kekal dipilih untuk sekali lagi 'berpencak' melawan UMNO/BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar, yang dimenanginya pada tahun 2008. Beliau menang dengan majoriti besar, 7,551 undi menewaskan calon UMNO/BN, Senator Datuk Abdul Raman Suliman (dan telahpun meninggal dunia pada 28.10.2011 yang lalu). Untuk kerusi DUN Kuala Kurau, YB Junus juga kekal dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan DUN Titi Serong pula akan diwakili oleh calon 'baru', iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengantikan calon PAS yang menang sebelum ini, Ustaz Khalil Idham Lim. - sumber Arkib ABO
N08 - Pengaruh Politik Idham Lim
Sekadar pandangan peribadi, aku melihat bahawa pengaruh YB Ustaz Khalil Idham Lim dilihat semakin merosot khususnya di DUN yang beliau menangi sebelum ini, khususnya di DUN Titi Serong. DUN Titi Serong berada di dalam Parlimen Parit Buntar. Jangan ditanya sebab dan mengapa, kerana aku bukan orang terbaik untuk berpandir tentang kemelut yang berlaku. Kalau mahu tahu, boleh tanya terus orang PAS Kawasan atau YB sendiri. Usaha "character assassination (CA)" dilihat berjaya untuk mengenepikan beliau untuk mempertahankan DUN yang dimenanginya. Dan jika Idham Lim berdegil untuk bertanding pun kali ini, dia juga akan mendapat padah dan kalah.
Aku sangat klise, bila bercakap kepada "pembunuhan karaktor" yang aku sebutkan tadi, ini kerana umum sering mengaitkan makna yang sangat prototype. Asal berlaku saja "CA" mesti wujud dalang-dalang jahat yg berusaha merusak karier dan reputasi. Dalam konteks tulisan ini, sebenanrnyn "CA" itu juga bisa berlaku dari tindakan atau tindak tanduk hasil kesilapan sendiri tanpa sedar yang mana secara langsung bisa membunuh terus reputasi diri akibat pencemaran nama yang terulang-ulang. Dan jika sungguh wujud 'dalang', hanyalah sebagai pelengkap kepada usaha CA itu sendiri yang tercetus daripada pencemaran nama sebelumnya. Ok..kita kayuh lagi !
Biarpun beliau tidak mempertahankan kerusi DUN yang dimenanginya, itu bukan bermakna 'orang-orang' beliau pupus, tidak ! Dalam hal ini, dibimbangkan berlaku kemerosotan undi daripada penyokong PAS sendiri kepada calon baru sekiranya berlaku undi protes. Jangan pula ada yg berani menyangkal hal itu tidak berlaku..!
Kini, usaha untuk membeli 'hati' pengundi dengan meletakkan Ustaz Abu Bakar Hussain (PJ PAS Negeri Perak) bertanding di DUN Titi Serong kian dilihat berjaya, gerakerja berterusan yg dilakukan PAS Kawasan hampir 30 bulan lamanya membolehkan calon 'baru' di kenali pengundi di sini, sambutan dan penerimaan warga rakyat tempatan yang semakin menyenangi beliau terus bertambah-tambah.
Kini, usaha untuk membeli 'hati' pengundi dengan meletakkan Ustaz Abu Bakar Hussain (PJ PAS Negeri Perak) bertanding di DUN Titi Serong kian dilihat berjaya, gerakerja berterusan yg dilakukan PAS Kawasan hampir 30 bulan lamanya membolehkan calon 'baru' di kenali pengundi di sini, sambutan dan penerimaan warga rakyat tempatan yang semakin menyenangi beliau terus bertambah-tambah.
PJ Perak memang seorang pemimpin yang berjiwa 'power rangers'. Jika aku kata, Ustaz Bakar Husain itu 'Power Rangers' pun rasanya okay. Mana ada pemimpin yang berani tukar tempat bertanding yang dia kalah hanya 14 undi ?
Kemudian datang ke tempat baru yang memang agak 'asing', (ikut sejarah, beliau dilahirkan di Kuala Kurau, Perak) malah masih tergagap-gagap untuk bersurah 'banjar' dengan baik, seterusnya dia ambil risiko jadi calon di DUN Titi Serong. Jangan bikin gila bro ?
Tapi itulah risiko yang diambil oleh PJ PAS Perak. Beliau memang seorang yang berani. Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berani, bukan jenis takut hantu atau takut pada bayang-bayang sendiri. Takut tak tentu hala, macam lembu takutkan 'Rafizi"..ker jadahnyer !
Kalau tanya aku, aku melihat 'positif' terhadap Ustaz Abu Bakar Hussain, dia memang seorang yang berani tetapi degil.
Kemudian datang ke tempat baru yang memang agak 'asing', (ikut sejarah, beliau dilahirkan di Kuala Kurau, Perak) malah masih tergagap-gagap untuk bersurah 'banjar' dengan baik, seterusnya dia ambil risiko jadi calon di DUN Titi Serong. Jangan bikin gila bro ?
Tapi itulah risiko yang diambil oleh PJ PAS Perak. Beliau memang seorang yang berani. Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berani, bukan jenis takut hantu atau takut pada bayang-bayang sendiri. Takut tak tentu hala, macam lembu takutkan 'Rafizi"..ker jadahnyer !
Kalau tanya aku, aku melihat 'positif' terhadap Ustaz Abu Bakar Hussain, dia memang seorang yang berani tetapi degil.
Degil kerana tinggalkan DUN yang dia hanya kalah 14 undi. Berani datang tanding DUN baru yang majoriti UMNO/BN hanya kalah dengan 1,149 undi. Lihat carta ABO dibawah.
Cuma pengundi muda bilang, bakal calon ni 'nampak 'tuha'. Tuha tu merujuk kepada tua dan berumur. Aku bilang, tua itu hanya pada angka dan nombor saja, tetapi bukan kepada jiwa dan perjuangannya. Jika masih mampu berkahwin 'baru', jangan suka-suka kata tua..salah tu ! Tak percaya..tanya Asmuni..pasal nampak PJ 'muda' la dia layak diletakkan di kawasan Khalil.
Cuma pengundi muda bilang, bakal calon ni 'nampak 'tuha'. Tuha tu merujuk kepada tua dan berumur. Aku bilang, tua itu hanya pada angka dan nombor saja, tetapi bukan kepada jiwa dan perjuangannya. Jika masih mampu berkahwin 'baru', jangan suka-suka kata tua..salah tu ! Tak percaya..tanya Asmuni..pasal nampak PJ 'muda' la dia layak diletakkan di kawasan Khalil.
Calon baru N08 dan Kemampuan Mempertahankan Kemenangan :
Realnya, aku bukanlah penganalisa pro yang tahu sapa nak kalah dan sapa nak menang. Memang pada suatu masa dulu, ramai yang tak yakin dengan kemampuan PJ PAS Perak ni bila dikhabarkan akan ganti Khalil Idham Lim di Titi Serong. Biasalah, bila soal persepsi digulaikan sebagai hidangan lauk harian, maka jadi lain lah. Sampai ada yang tak yakin langsung bila sebut 'menang'. Perkataan 'menang' tu jadi taboo. Jangan ada sapa-sapa eksyen nak sebut tentang "kemenangan" ketika itu. Jangan carik pasal bro ! Apa pasal ? Pasal Timbalan YDP PAS Kawasan sendiri pun sanggup kata, " ...jika bertanding untuk kalah pun, kita tak ada pilihan..lawan tetap lawan ! ". Itu dulu..cerita 2 tahun lepas.
Ustaz Abu Bakar Hussain bisa memperolehi kemenangan di Titi Serong ! Tetapi bukan kerana popular beliau akan menang bergaya dan jadi wakil rakyat. Tidak ! Beliau tidak popular. Ini hakikat yang benar. Sekadar pandangan peribadi.
Tetapi jika aku ditanya orang, ia sangat berkait dengan 'GELOMBANG' ! Gelombang rakyat yang sangat marahkan UMNO/BN sekarang. Asalkan Bukan UMNO - ABU ! Siapapun calon PR yang diletakkan oleh parti...peratus menang itu dilihat tinggi...! Untung sapa yang jadi calon PR sekarang..tak kiralah PAS, PKR atau DAP. Jangan BEBAS sudahh...tu dah ke lauttt bro !
Bersambung ke Siri (3) - Kuala Kangsar - Nizar bilang, " Khalil calon Parlimen Kuala"..betul ker?
18SX - Iban mengamuk dikala bos menyedap di pelok bini !
" mengapa kau berani memperbodohkan kami, kaum Iban. Ini amaran buat pehin. Jangan sampai iban kejar dengan mata pedang.."
Dengan rakusnya kamu meragut hasil bumi tanah adat, kami kaum Iban. Kamu memperbodohkan ibu dan ayah kami dan seluruh rakyat Sarawak. " angkat meh Bangsa ku iban...sampai bila ketai iban Deka Dikemeli baka ulun ka tik pemadu Hina yang terpaling hina sekali, angkat meh Bangsa ku...! " .
Baca versi asal di SINI
Baca versi asal di SINI
Negara lingkup jika Anwar Ibrahim jadi PM !
Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara. Itu pesan Che Det. Katanya lagi, dalam nada batuk-batuk lepas ambil ubat anti-monopous, " Jangan beri peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan, Anwar itu bahaya..Amma..!!
Itulah ingatan Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan. Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan.
Hangpa nak ka negara lingkup ? kalau tak mau lingkup..pastikan PRU13 ni jangan nak pangkah lambang kati tu, kati tak diguna orang dah...kalo guna jugak..kati tu..memang betul melingkup..!! Puekkk !! (MAAF TERSALAH LETAK GAMBAR...che' kan dah nyanyuk ! maafkan che' naaa....! )
Anda mahu MYVI lebih murah + Aksesori "percuma" ?
Murah dan spesifiasi baik punyerr ! Bukan kereta potong, atau sambung bayar. Tapi kereta 'baru' ! + FREE sport rim. Wow !! Mahu ini kereta..hubungi jurujual MYVI anda di telefon..alamak, malangnya hanya di UK bro !
Oh ya !Baru tahu..mungkin kajian dari kerajaan,taraf hidup orang Malaysia lebih tinggi dari UK itu pasal kereta mahal mahal kat Malaysia nih !
So..untuk merealisasikan rakyat Malaysia mampu menikmati kereta buatan negara, "kononnya.." maka pastikan undi anda untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 ini. Ingat ! Kuburkan UMNO/BN. Pesanan pagi dari tuan punya blog.
" For a limited time only, Perodua UK is throwing in a set of 16-inch Ravenna alloys and tyres for Myvi Sport buyers, at zero cost. The wheel and tyre package, worth over £1,100 (RM5,500), is offered to those who purchase an Ivory White or Ebony Black Myvi Sport or Sport+ SXi. The deal is limited to a selected number of vehicles and works on a first-come, first-served basis.,"
KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.
Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.
“Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:
i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;
iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;
iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);
v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.
“Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan,” ujar beliau.
Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
18SX - "maria ozawa malaysia" terkantoi lagi !
Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.
Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.
Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
Menurut sumber:- Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing. Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan.
(1) Pecah Panggung PRU13 - Ku Is, Kuala Kangsar dan politik lembu !
albanjari | 1.1.2013
Dah tidur ? Atau terus meraikan keseronokan bertahun baru ? Yer..benar, hari ini hari pertama kita menghirup udara nyaman di tahun 2013. Kata orang, tahun ini tahun paling 'puaka' untuk BN dan UMNO. Nak percaya..tak der hal, dan tak nak percaya pun..tak der hal. Namun jika ditanya kepada aku, biarlah betul-betul ber'puaka'. Pasal apa...nanti kita cerita perlahan-lahan.
Membuka jendela, terasa sungguh cuaca sejuk dan berangin. Jika pergi sedikit jauh..akan terlihat warung-warung kopi baik di desa dan kota mulai sesak dihuni warga. Hari ini kan ker cuti umum...menikmati cuti bersama teh tarik sangat mengujakan.
Permulaan, bagi memenuhi janji kepada diri sendiri..aku kembali untuk menulis. Menulis tentang apa saja..ikut suka aku...meraikan perbezaan pendapat itu baik untuk kesihatan, tetapi jika dikalangan pembaca punya sakit jantung yang kronik mohon harap ya..kerana jangan harap ada tulisan aku di sini..berkisah tentang tips kesihatan jantung...atau tips menjaga jantung, blog aku ini bukan blog 'doktor' kerajaan mahupun swasta, jauh sekali doktor berPh.D, bukan..dan jangan dicari di sini.
Hari ini aku mahu menulis tentang bakal-bakal calon PAS Perak peberet pilihan blog albanjari, bukan pasal aku ini ahli PAS seumur hidup maka fokusku hanya kepada calon PAS, tidak..! Slow-slow kayuh..nanti bila aku punya masa akan aku tuliskan pula calon-calon peberet dari PKR dan DAP daripada pandangan tuanpunya blog ini. Aku ler tu !
Gelanggang telah aku buka. Maka hari ini, gelanggangku memilih nama yang sangat popular dan disegani lawan dan kawan. Siapa yang tidak kenal Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Sedikit biodata beliau dibawah :
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB.
Beliau kini menjawat YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar. Beliau juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Memegang portfolio Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia. Mempunyai latar akademik yang baik dari dalam mahupun luar negara, (Degree in Information Technology, International Islamic University, Master in Information Management System, University Technology Mara, PhD Political Science, University Of Manchester). Sekarang mempunya kerjaya tetap sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Petronas.
Nampak ? Kerana aku juga kategori masih 'muda', maka aku suka mulakan pilihan daripada calon muda-muda, bukan makna aku anti calon yg tua bangka, cuma sekiranya kalau sudah tak ada calon muda nak aku pilih..baru aku pergi calon yang tua sikit...sikit saja..bukan tua banyak...sampai nak balik rumah sendiri pun.. nyanyuk sampai sesat banat tak jumpa jalan...itu aku tak mau ! Ada ker calon tu untuk PAS Perak ? Kalau ada katok kepala Asmuni. Menyusahkan pengundi nanti.
Mengapa aku pilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Tentulah kerana dia muda, selain dari dia anak raja. Dan dia juga disebut-sebut untuk lawan UMNO/BN bagi Parlimen Kuala Kangsar. Kuala Kangsar tu kan Bandar Diraja..maka elok sangat bagi kerabat-kerabat raja ajer berentap nasib walaupun ikut sejarah politik tanahair di Malaysia, belum ada calon dari anak raja yang menang pilihanraya khususnya dari kem Pakatan Rakyat@Barisan Alternatif dahulunya.
Walaupun kawan aku tahun lepas ada menulis, Ku Is ini lebih sesuai bertanding kerusi DUN di Kuala Kangsar, dan jika menang katanya senang sikit nak kaw-tim, pasal dia anak raja juga. Kata kawan aku,
" sekiranya Nizar ditolak ataupun tidak diterima oleh Sultan..Ku Is adalah orang yang paling layak untuk berdepan dengan Sultan. Orang UMNO tak boleh kata Pakatan derhaka kat sultan..atau cuba biadap kat raja. Ku Is pun layak duduk istana kalau masyarakat feudal Melayu masih mahukan feudal lord.
Advantage disini ialah..Ku Is boleh duduk semeja..makan setalam. Ku Is juga boleh masuk Istana Iskandariah dan boleh terjun Sungai Perak. Nak cakap pasai raja-raja..Ku Is boleh cakap. Nak cakap pasai ugama pun boleh. Nak cakap pasai akademik pun boleh.
Tinggal lagi..Ku Is kena cakap isu-isu yang lebih intelektual dan universal. Ku Is kena keluar dari imej Tantawi… asyik-asyik tentang konsert dan Valentine’s Day. Sekarang ini…imej Ku Is masih lagi sebagai pemimpin PAS…bukan pemimpin rentas parti. Ku Is kena bawa lebih banyak isu rakyat yang lebih serius… bukan setakat isu moral. Bukan aku nak kata isu moral itu tak penting..tapi isu itu sudah dijaguhi oleh Tantawi. Ku Is perlu menjaguhi sesuatu isu yang lain dari apa Tantawi bawa.." itu kata kawan aku.
Nah...nampak..steady dah tu ! Tetapi..rupanya langit tak selalu cerah. Macam hari ini ditempat aku, sejak pagi dah murung. Mendung laa tu..tanda nak turun hujan. Alam kejap gelap..kejap kelabu..! Rupanya pencak politik pun begitu. Gelanggang sudah dibuka..cuma kadang gelanggang yang tanahnya rata pun dilihat jadi tidak rata..pasal .. banyak sangat "batu", yang berjalan pun boleh jadi senget.
Tulisan di blog yang aku copy paste dibawah..menunjukkan calon pilihanku, Ku Is nampaknya mula diasak. Seperti ada yang tidak kena. Rasanya tak perlulah bersumpah muhabalah...namun pencerahan wajar dibuat. Penyokong PAS juga mahu tahu. Ku Is itu pemimpin besar dan disegani oleh anak muda. Tapi tak moleh dan cantik jika ada cacat dan cela. Itu boleh mengundang padah dan bahaya.
Satu soalan, apakah tulisan itu satu fitnah yang disengajakan atau memang wujud dalang-dalangnya. Hey..PRU13 makin hampir bro...! Jangan buat benda tak senonoh..kerana musuh merata dan melata. Ingat tu ! Apa pun Ku Is perlu jawab untuk elak fitnah menjadi besar.
Petikan ini diambil dari print-screen dari blog Selamatkan PAS, (DI SINI) klik imej untuk paparan lebih besar.
Bagi mengelakkan 'damage' jadi besar, cantik jika Ku Is ambil berat soal fitnah yang dilemparkan. Bukan apa..Ku Is adalah calon pilihan blog ini untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Rugi jika calon yang disebut-sebut sebagai calon 'stand-by', tumbang sebelum bermula acara.
Fitnah sana, fitnah sini, adu-domba sana, adu domba sini, cantas sana dan cantas sini, pancung sana dan pancung sini, bukan satu keperluan utama sekarang..kita telah berada di pusingan akhir untuk melenyapkan kuasa UMNO/BN dari memerintah negara. Alangkah bahlolnya jika di saat ini, kita masih bercakaran satu sama lain. Itu petanda tidak bagus utuk Pakatan Rakyat. Kerana masa yang sedikit ini wajar dan wajib untuk kita menyusun strategi memerangi UMNO/BN. Bukan menyerang kawan-kawan dan pimpinan.
Jika itu terus berlaku dan dihalalkan, nampaknya 'pemain-pemain' wayang politik tak ubah macam lembu, cuma lembu itu buta politik..tapi bodohnya lembu tetap macam lembu...jangan pula ada ahli politik main sandiwara dikala rakyat jelata semakin muak dengan UMNO/BN..dan hangpa pula terikut-ikut permainan 'bapak-bapak' lembu. Faham ker apa yang aku kias ? Tak faham sudah...! Pueekkkk...!!
(*) Sekadar gurauan - pasal apa lembu tu tak nak tengok muka dia haaa ? Jangan ada yg gila pi cari lembu tu pulak pi tanya...nanti jadi bodoh serupa lembu !
(2) The Arts Of War - Perlukah berperang dengan DAP ?
Salam Al Banjari yang dikasihi. Tulisan ini bagus sekali. Ianya ditulis berdasarkan kajian yang berkaitan dengan hal 'the arts of war'. Semoga dapat dimanfaatkan oleh -pejuang-pejuang Islam yang beriman.
Walaubagaimana Pak Sheikh ingin menambah, bahawa selepas dari perang Khandak yang sarat dengan strategi perang Rasulullah S.A.W yang masih bersifat defensive, Allah telah memerintahkan jihad secara offensive melalui beberapa FirmanNya termasuk ayat seperti berikut:
"Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang ada di sekitar kalian itu, dan hendaklah mereka merasakan kekerasan darikalian. Ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa". (QS al-Taubah [9]: 123)
Berdasarkan beberapa kitab tafsir, seperti kitab Tafsir Ibnu Katsir dan beberapa kitab tentang jihad yang ditulis oleh ulama benua India seperti Imam Abul A'la Maududi (Jihad in Islam) dan Sheikh al-kabir Abu Hasan Ali an Nadwi, latar belakang turunnya ayat ini dan tafsiran ayat tersebut dapat diperjelaskan seperti berikut:
Ketika ayat ini diturunkan, perintah memerangi kaum musyrik umat islam ketika itu sungguh teruja kerana telah dibenarkan untuk dijalankan. Ini adalah kerana, saat itu Daulah Islamiyah sudah berdiri kokoh. Surah ini juga termasuk di antara surah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Tafsir Ayat ini pula, Allah Swt. berfirman:
Yâ ayyuhâ alladzîna âmanu qâtilû al-ladzîna yalûnakum min al-kuffâr (Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang ada di sekitar kalian itu). Kata qâtilû merupakan fi'l al-amr dari mashdar kata al-qitâl atau al-muqâtalah. Secara bahasa, kata al-muqâtalah berarti al-muhârabah (peperangan).
Pengertian peperangan yang dimaksud tentulah perang secara fisik. Adapun kata yalûna merupakan bentuk mudhâri dari al-waly yang berarti al-qurb wa al-dunuw (dekat).Kata yalûnakum pun dapat dimaknai dengan yaqrubûna minkum (yang dekat dari kalian). Bertolak dari makna-makna tersebut, ayat ini dapat dipahami sebagai perintah terhadap kaum Mukmin untuk memerangi kaum kafir yang dekat dengan mereka.
Beberapa ayat dalam surah at-Taubah di atas (yakni ayat 5, 29, dan 36) memang memerintahkan kaum Muslim memerangi kaum kafir secara keseluruhan. Akan tetapi, untuk bisa memerangi mereka dalam waktu bersamaan tentu tidak mungkin. Yang mungkin bisa dilakukan adalah memerangi sekelompok di antara mereka terlebih dulu. Karena harus dipilih, maka kaum yang paling dekat dengan merekalah harus didahulukan. Inilah skala keutamaan yang ditetapkan ayat ini.
Ar-Razi, az-Zuhayli, dan ash-Shabuni menuturkan, ketika Allah Swt. memerintahkan kaum Mukmin untuk memerangi kaum kafir secara keseluruhan. Dia pun mengajarkan metod yang paling tepat dan sesuai untuk dilalui , yakni mereka harus bermula dari kawasan/wilayah yang dekat-dekat, kemudian barulah beralih kepada wilayah yang jauh-jauh.
Dengan metod ini, kewajiban untuk memerangi kaum kafir secara keseluruhan dapat tercapai. Metod inilah yang ditempuh oleh Rasulullah saw. dan para Sahabat RaddiahLLah anhum. Dengan yang demikian pada peringkat awalnyabaginda S.A.W , memerangi kaumnya, kemudiannya, bangsa Arab di Hijaz, kemudian, Syam. Dari Madinah, Syam memang lebih dekat dibandingkan dengan Irak, Persia, atau Mesir. Setelah Syam dapat dikuasai pada masa Sahabat, kaum Muslim baru beralih ke Irak, berikutnya kewilayah-wilayah lain.
Selanjutnya Allah Swt. berfirman: Walyajidû fîkum ghilzhah (dan hendaklah mereka merasakan kekerasan dari kalian). Makna ghilzhah adalah dhidd ar-riqqah (lawan dari halus); yang boleh juga dimaksudkan atau berarti syiddah (keras), quwwah (kuat), dan hamiyyah (gagah berani).
Menurut al-Andalusi dan al-Baqa'i, dalam ayat ini, kata ghildhah digunakan untuk menunjukkan syiddah li al-harb (kerasnya peperangan). Menurut lahiriah ayat ini, yang diperintah untuk merasakan sifat ghilzhah adalah kaum kafir. Akan tetapi, perintah itu sebenarnya ditujukankepada kaum Mukmin. Mereka diperintahkan memiliki sifat-sifat yang disebutkan itu, yakni sifat ghilzhah dengan segala makna yang tercakup di dalamnya.
Dengan demikian, ayat ini menggunakan musabab untuk menyatakan sebab. Artinya, jika kaum kafir dapat merasakan betapa kerasnya kaum Muslim, hal itu disebabkan oleh kerasnya prinsip perjuangan kaum Muslim terhadap mereka.
Perintah untuk memiliki segala sifat yang tercakup dalam kata ghilzhah itu amat tepat. Sebab, demikianlah tabiat dan kemaslahatan dalam peperangan. Untuk memperolehii kemenangan dalam sesuatu peperangan, sifat tersebut harus dimiliki kaum Muslim (Lihat juga surah at-Taubah ayat 73).
Ayat ini ditutup dengan firmanNYA: Wa'lamû anna Allâh ma'a al-muttaqîn (Ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa). Di akhir ayat ini Allah Swt. mengingatkan bahwa Dialah Penolong hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Berdasarkan tafsiran ayat ini dan berdasarkan pembacaan Pak Sheikh yang tak berapa cerdik nih, dapat kita petik beberapa pelajaran diantaranya:
1. Jihad offensive.
Menurut ayat ini, jihad yang diwajibkan terhadap kaum Muslim tidak hanya bersifat difâ'î (defensive, membela diri), namun juga ibtidâ'i (ofensive, memulai perang terlebih dulu). Ayat ini jelas memberikan kesimpulan demikian.
Patut dicatat, jihad ibtidâ'i ini harus dilakukan di bawah komando Daulah Islamiyah. Pasalnya, jihad ini dilancarkan dalam kerangka futûhât, yakni upaya memperluas wilayah kekuasaan Daulah Islamiyah dengan cara menaklukkan wilayah-wilayah lain yang sebelumnya dikuasai penguasa kafir dan sistem kufur. Selanjutnya, wilayah yang telah ditaklukkan tersebut diintegrasikan dengan Daulah Islamiyah. Bertolak dari fakta ini, jihad futûhât tidak boleh dilakukan jika tidak ada Daulah Islamiyah.
Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw. dulu. Ketika Rasulullah saw. berhasil mendirikan negara di Madinah, beliau pun mengirim banyak misi jihad dan pasukan perang ke wilayah-wilayah lain. Tidak jarang, baginda S.A.W yang memimpin langsung pasukan tersebut. Selama Rasulullah S.A.W hidup, beliau telah memimpin 27 kali peperangan. Adapun jumlah utusan dan ekspedisi ketenteraan yang tidak beliaupimpin mencapai lebih 60 kali.
Dengan jihad ibtidâ'i inilah wilayah kekuasaan Islam terus mengalami perluasan. Jika di awal berdirinya, luas wilayah Daulah Islamiyah sekitar274 batu persegi (kota Madinah), maka sepuluh tahun kemudian, ketika Rasulullah S.A.W menghadap Tuhannya, luas wilayah Daulah Islamiah telah mencapai lebih dari 1.000.000 batu persegi.
Kewajiban jihad ibtidâ'i ini juga tidak terlepas dari konteks dakwah. Disebutkan bahwa tatkala Rasulullah saw. hendak memberangkatkan pasukan perang, beliau menyampaikan beberapa pesan kepada panglimanya. Di antara pesan beliau:
"Jika kalian bertemu dengan musuh kalian dari kalangan kaum musyrik maka serulah mereka pada tiga pilihan, mana saja di antara ketiganya, selama mereka bersedia memenuhi seruanmu, maka terimalah dan tahanlah dirimu dari menyerang mereka. Ajaklah mereka memeluk Islam. Jika mereka memenuhi seruan kalian, terimalah dan tahanlah dirimu untuk menyerang mereka….Jika mereka enggan (memenuhi seruan kalian), mintalah mereka membayar jizyah. Jika mereka memenuhi seruan kalian, terimalah dan tahanlah diri kalian untuk menyerang mereka. Jika mereka enggan juga, mintalah perlindungan kepada Allah, kemudian perangilah mereka. (HR Muslim).
2. Keharusan bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajiban jihad.
Dalam ayat ini, kaum Muslim diperintahkan agar memiliki sifat ghilzhah dalam perang menghadapi kaum kafir. Ini berarti, mereka harus menyiapkannya secara sungguh-sungguh sehingga kaum kafir dapat merasakan kerasnya pasukan kaum Muslim dalam pertempuran.
Prinsip ini patut ditanamkan dalam diri setiap umat Islam yang beriman. Ini adalah kerana jihad dimedan perang terkategori dalam tindakan menolong agama-Nya, dan bagi siapapun yang menolong agama-Nya dijanjikan memperoleh pertolongan-Nya (QS Muhammad [47]: 7). Umat Islam yang beriman tidak boleh meninggalkan faktor-faktor sababiyyah yang mampu membawa obor kemenangan. Mereka harus mengerahkan segala kemampuan yang kuat sehingga menjadi pasukan yang kuat dan handal. (Lihat juga: QS al-Anfal [8]: 60).
Jika kaum Muslim dapat menunjukkan keperkasaan kekuatan militernya, jelas setiap musuh akan merasa gentar menghadapi kaum Muslim. Rasa gentar ini akan menyebar luas kepada musuh-musuh yang nyata maupun yang ada potensi untuk menjadi musuh, sehingga dapat menjadi sarana yang efektif untuk mencegah kemunculan pihak-pihak yang hendak melakukan kerosakan pada umat ini.
Pasukan Islam pun tidak perlu melakukan banyak perlawanan. Dengan begitu, pertumpahan darah pun dapat dihindari. Inilah yang terjadi pada masa Rasulullah saw. Amat sering pasukan Islam memperoleh kemenangan tanpa mendapatkan tentangan yang bererti dan tertumpahnya darah. Di antaranya adalah peristiwa dibebaskannya Makkah. Makkah dapat dikuasai pasukan kaum Muslim tanpa harus menumpahkan darah. Demikian juga pada saat Perang Tabuk. Ketika pasukan Islam yang berjumlah 30.000 orang sampai di Tabuk, pasukan Romawi-negara super power saat itu-sudah ramai yang meninggalkan daerah itu. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda:
"Aku dimenangkan dengan rasa takut (yang dialami pasukan musuh) sepanjang satu bulan perjalanan. (HR al-Bukhari)".
3. Resepi memperolehi pertolongan.
Dalam ayat ini ditegaskan, Allah Swt. bersama orang-orang yang bertakwa. Sebagaimana dijelaskan para mufassir, ma'iyyah dalam ayat ini bermakna pertolongan dan perlindungan Allah Swt. Itu berarti, siapapun yang ingin mendapatkan pertolongan Allah Swt., dia harus mengikatkan dirinya dengan semua perintah dan larangan-Nya, termasuk kewajiban jihad dengan segala ketentuannya.
Bertolak dari prinsip tersebut, kaum Muslim tidak perlu takut, cemas, ragu, dan khawatir terhadap kekuatan musuh-musuhnya dalam menjalankan jihad, karena Allah Swt. bersama mereka. Jika Allah Swt. telah menjadi Penolong mereka, tentu tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan mereka. Jadi, masih takutkah kaum Muslim mengibarkan bendera jihad melawan musuh-musuh mereka?
Maaflah Raden Wak Al Banjari, panjang sangat ulasan Pak Sheikh. Sebenarnya tulisan ini telah Pak sheikh tulis selepas membuat sedikit kajian(maklumlah, Pak Sheikh bukan ulamak) untuk menjawab seorang Pak aji yang merupakan penyokong geng lembu yang mengunakan ayat ini dalam konteks yang tak betul dalam komennya dalam blog sahabat kita, (teman dah lupa blog yang mana). Seolah dia mengajak umat Islam di Malaysia ini memeranggi setiap orang kafir seperti ahli DAP dan kaum hindu.
Puak ini, mungkin tak baca tafsir dan latarbelakang ayat ini turun, tetapi pandai-pandai dan secara semberono memetik ayat ini untuk meniup kebencian umat Islam di negara ini terhadap agama hindu dan agama lain. Pak Sheikh anggap ianya cukup merbahaya. Dia lupa umat Islam di Malaysia, belum mempunyai sebuah daulah Islamiah. Dan arahan perang secara offensive ini bukan boleh dibuat oleh seorang hamba tuhan, khususnya Pak aji dari geng seret dan pijak kepala lembu tetapi atas perintah Pemerintah tertinggi Daulah Islamiah.
(1) The Arts Of War - Kita bakor jer si fasik !
Teknik perang yang ada di seluruh dunia sejak zaman silam adalah hampir sama. Perang pasti menerbitkan kegiatan zalim. Lantaran itu kehadiran Rasulullah juga membawa agenda memuslehkan (membaik pulihkan) strategi perang agar tidak terjebak ke lembah zalim dan melampau.
Negara China mempunyai sejarah yang panjang dalam hal peperangan antara kerajaannya sehingga ramai cerdik pandai yang menjadi penasihat perang atau para panglima harus bertanding strategi untuk memenangkan sebuah peperangan. Di antaranya yang paling terkenal adalah Sun Tzu , Sun Bing , Qin Shi Huang, Liu Bang, Cao-Cao, Zhuge Liang dan lain-lain. Tulisan ini hanya akan membahas 1 strategi perang China zaman dulu yang dikembangkan dan dipraktikkan di serata dunia.
Setelah sampai di daerah musuh bakar kapal dan buang persediaan makan. (Xiang Yu). Maksud dari teori ini adalah :
Ketika seorang jeneral kejam yang bernama Xiang Yu ingin memaksa anak buahnya berjuang mati-matian sampai titik darah penghabisan maka cara yang ditempuhnya adalah dengan mengancam kelangsungan hidup dari para tentaranya dengan membakar kapal untuk mereka pulang serta membuang semua bekalan makan mereka.
Hinggakan kalau mereka tetap ingin hidup, mereka perlu memenangi perang tersebut kerana jika mereka dapat memenangkan peperangan bererti mereka dapat merampas semua keperluan yang mereka perlukan dari pihak musuh yang kalah.
Strategi ini banyak digunakan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menghadapi krisis kekurangan logam untuk membuat senjata terbaru. Mereka terpaksa menggunakan logam berkualiti rendah, terkeluar dari spesifikasi yang diperlukan, besi yang tidak dirawat-haba dan sebagainya. Kualiti rendah semestinya murah dan tidak selamat.
Hal ini menyebabkan tentera berjuang hingga mati dan tidak boleh pulang lagi kerana pesawat terbang contohnya, hanya selamat untuk pergi sahaja dan tidak tahan lama untuk kembali ke markaz asal. Logam yang digunakan oleh para jurutera Jepun adalah hasil rampasan barang logam rakyat Jepun sendiri seperti peralatan pertanian, perabot dan barang kemas.
Tentera Jerman dan Jepun diarahkan perang dengan sumber makanan dan kerahan tenaga melebihi 4 bulan. Sebagai contoh ada tentera Jepun yang bertugas di Manchuri sejak tahun 1937, diarahkan pula ke Malaya sehingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan rampasan makanan penduduk yang mereka jajahi serta menghalalkan perhambaan seks yang dahsyat. Islam melarang penghantaran tentera melebihi 4 bulan adalah untuk memenuhi tuntutan manusiawi tentera Islam (contoh tindakan Saidina Umar RA).
Jepun dalam pembunuhan beramai-ramai di Nanking (1937-38), telah melakukan rogol dan bunuh beramai-ramai. Mereka yang bertangunggjawab adalah Jeneral Asaka Yasuhiko, Komender Tentera Perluasan Jepun-Shanghai, Tentera Maharaja Jepun Jeneral Iwane Matsui, Jeneral Komander di China Staff Chief Kotohito Kan'in, Menteri Perang Hajime Sugiyama dan lain-lain lagi.
Bagaimana pula Amerika menggalakkan tenteranya berperang? Gaji yang diberikan sememangnya tinggi (sekitar US $ 3000). Namun begitu tentera Amerika dihantar tanpa ada tarikh untuk penamatan operasi. Hal ini cukup merungsingkan tentera dan mereka berjuang bermatian untuk mendapat rampasan awam, rampasan wanita untuk habuan seks dan sebagainya. Jika dahulu makanan dan kapal dimusnahkan untuk menaikkan semangat, hari ini, tentera dihantar perang tanpa ada tarikh penamat.
Bagaimana pula dengan Islam? Adakah Islam membenarkan penghapusan harta musuh dan membuat kezaliman? Dalam kes pengkhianatan bani Nadhir, Rasulullah s.a.w menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan Yahudi yang tidak berani bertempur secara berdepan di medan dan mereka hanya berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka.
Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr yang bermaksud: "Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq."
Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan Yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli, begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah Bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama' mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.
Dalam hal ini penghapusan tamar bukan untuk memusnahkan kehidupan rakyat yang tidak berdosa, sebaliknya bertujuan memusnahkan 'kubu musuh'. Jika musuh berlindung di sebalik kota atau kubu batu, wajib tentera memusnahkannya untuk membunuh musuh. Dalam hal ini, Bani Nadhir menggunakan pokok-pokok sebagai kubu mereka, Nabi terus memerintahkan pemusnahan kubu pokok tersebut. Adapun makanan untuk wanita dan kanak-kanak tidak pula dimusnahkan.
Dalam kes pengawalan sumber, Rasulullah menunjukkan contoh dalam peperangan Badar iaitu pengawalan telaga Badar untuk mengurangkan kemampuan perang musuh. Rasulullah tidak meracun telaga atau membunuh ternakan untuk melemahkan musuh.
Hari ini pengawalan sumber bukan lagi yang dikejar selepas perang, sebaliknya ia adalah fokus (target) sebelum perang bermula. Sebagai contoh, dengan alasan senjata nuklear, Amerika telah melanggar (aggressor war) Iraq. Perang Iraq dianggap oleh penganalisis politik sebagai perang minyak di mana sumber minyak merupakan fokus bagi setiap kuasa besar untuk kelangsungan empayar dan hegemoni politik mereka. Dalam kes Perang Iraq, sumber bukan dimusnahkan (tidak termasuk kemusnahan teruk terhadap mangsa dan bangunan) sebaliknya sumber dirampas dan cuba diambil alih.
Seorang Profesor Undang-Undang Universiti Illinois Amerika Syarikat, Prof. Francis A. Boyle mencadangkan setiap negara menyaman Presiden AS, George Bush di atas jenayah perang yang dilakukan. Langkah itu walaupun mungkin tidak berkesan, tetapi ia sebagai satu usaha untuk menunjukkan bahawa masyarakat dunia tidak suka kepada peperangan seperti mana ditekankan di dalam kertas kerjanya bertajuk Jenayah Perang-Jenayah Menentang Keamanan, Jenayah Menentang Kemanusiaan pada Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 di Kuala Lumpur.
Jika diteliti kembali, strategi perang yang diajar oleh Xiang Yu ini adalah bertujuan memotivasi tenteranya secara aktif walaupun melampau. Sebenarnya perang yang bermotif dan bertujuan adalah satu motivasi yang cukup kuat untuk para perajurit berjuang. Dalam kes Palestin, perajuritnya bermatian mempertahankan wilayah mereka kerana mereka berada di pihak pertahanan (pre emptive war and defence) dan menjadi mangsa perang agresif Israel.
Dalam Perjanjian Perang Geneva 1949, perang agresif (aggression war) adalah diharamkan walaupun Amerika tetap mengamalkannya melalui kuasa vetonya dalam PBB. Lantaran itu Islam hanya membenarkan perang untuk pertahanan dan hanya bertujuan menjaga keselamatan dan maruah agama bangsa dan tanahair. Itulah motivasi perang yang sejati.
"Amanat Haji Hadi" - isu facelift jajaan UMNO baru !
'Amanat Haji Hadi' (AHH) dari mana terbitnya ? Hmm..!
Boleh aku kata, bahawa AHH itu adalah sebahagian dari bahan sejarah ? Isu kafir-mengkafir yang panas ditimbulkan di awal tahun 1980an bukanlah waktu yg tepat bermulanya AHH dipraktiskan. Dari sumber yang diyakini, AHH itu hanyalah sebahagian dari petikan ucapan ceramah yg pernah disampaikan oleh TGHH di Banggol, Peradong, pada tahun 1981. Isi kandungan ceramah itu telah dirakam, di cetak dlm bentuk kaset dan dijual dimerata tempat di sleuruh negara. Dan pada tahun berikutnya keluar pula versi cetak dalam bentuk poster yang mengambil sedut ucapan TGHH dgn meletakkan kepala tajuk dgn nama Amanat Haji Hadi. Dan ia jadi sangat popular.
Boleh dikatakan ramai orang-orang PAS ketika itu memilikinya dimana poster cetak itu dijual dgn harga RM3 ringgit sekeping ketika itu. Lumrah, jika bertandang ke rumah-rumah penyokong/orang-orang PAS akan nampak tampalan poster 'Amanat Haji hadi' didinding-dinding rumah mereka. Malah di rumah mertua aku sendiri pun tidak terkecuali.
Masih ingat isu solat 2 imam? Isu kafir mengkafir hingga sembelihan umno juga haram dimakan oleh orang islam? Isu kafir mengkafir bermula dari pendekatan PAS yang mahu membetulkan akidah umat islam dengan penjelasan tentang batas-batas iman dan kufur. Ia merupakan sebahagian daripada catatan ilmu islam dan bukan persoalan politik. Antara penekanannya ialah perkara yang boleh membawa kekufuran ialah apabila mengungkapkan perkataan-perkataan yang memperlekehkan syariat Allah, dan kebetulan dari itu dan ketika itu sebilangan pemimpin2 UMNO khususnya begitu celupar khususnya mengenai hukum hudud.
Apabila hati sudah hitam, dan kebebalan otak yang tidak dipandu dengan fitrah islam, anehnya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan syariat islam ketika itu, berkaitan hudud..langsung tidak bertaubat, malah mencipta pula isu lain dengan mendakwa "PAS tuduh UMNO kafir". Dan isu itu menjadi besar bila media UMNO mengambil alih untuk memburukkan PAS.
(Klik imej untuk paparan lebih besar) Debat UMNO lawan PAS diusulkan. Namun dibatalkan atas sebab keselamatan dan ketenteraman oleh bapak menteri ketika itu. Sedangkan rakyat tahu, UMNO tidak mampu berhujah dan dari stimulasi debat tipu-tipuan yang dibuat oleh UMNO sendiri, UMNO sendiri tewas. Oleh kerana isu yg dicipta oleh UMNO itu sudah membarah menjadi besar hasil sokongan dari media-media kerajaan seperti RTM dan media cetak, maka imej PAS menjadi sangat teruk. Lebih-lebih lagi wujud pula segelintir pemimpin dan penyokong2 PAS terlebih laju dari kitab, terus menghukum UMNO itu kafir. Itu adalah betul...kerana hal ini berlaku di kampung Titi Gantung, yang ketika itu saya bermastautin disana bilamana kenduri-kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang-orang PAS, begitu juga kenduri orang PAS tidak dipedulikan oleh orang UMNO...malah solat berjemaah jika imamnya orang UMNO maka tidak akan ada makmumnya dari kalangan ahli PAS..gara-gara isu kafir mengkafir.
Dalam konteks yang lebih besar, wujud pula golongan-golongan yang berjuang berlandaskan nafsu amarah terhadap UMNO, kemarahan yang membuak-buak hingga wujud kuliah-kuliah yang mengalakkan agar memotong kaki orang UMNO dengan pisau tebas, jika ada orang UMNO mati dan dikuburkan di kuburan orang islam maka mayat itu akan merangkak dalam tanah ke jirat cina. Ucapan-ucapan dan ceramah2 mereka yang berapi-rapi itu yang didorong oleh nafsu amarah telah ditegur oleh pucuk pimpinan yang lebih atas namun tidak dihiraukan.
Dengan takdir Allah, golongan yang merapu meraban ini di dalam PAS akhirnya menyertai UMNO atau berada di pentas UMNO untuk membelasah PAS. Diguna semaksimanya oleh pemerintah ketika itu didalam ceramah tertutup Biro Tata Negara untuk mendedahkan 'kesesatan' PAS. Siapa yang tidak kenal CN Al-Afghani. Tokoh terhebat bikinan UMNO kerana berjaya menjulang 'kesesatan' PAS' sedangkan satu masa dahulu ketika didalam PAS, beliaulah yang lantang mengkafirkan orang UMNO dan saudara-maranya.
Isu kafir-mengkafir (isu kecil yang diperbesarkan) sekitar tahun 80an sebenarnya telah terhapus apabila Presiden PAS ketika itu, Almarhum Dato' Fadzil Noor memperkenalkan program " memasyarakatkan PAS" dan ia menemui kejayaan dimana selepas itu tiada lagi pulau-memulau, solat 2 imam dan sebagainya.
Hebatnya ketika itu..bila pimpinan PAS memberi pandangan untuk mengutamakan kenduri orang UMNO, jika berlaku pertembungan dalam sebuah kampung itu adanya kenduri orang UMNO dan PAS pada hari yang sama, maka wajar keutamaan hadir ke kenduri UMNO itu, kemudian ke kenduri orang PAS. Ini sebagai strategi untuk menarik orang UMNO untuk memahami PAS. Penyokong UMNO wajar ditarik dan ditarbiyahkan.
Usaha-usaha yang beterusan itu yang dicetuskan oleh Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor benar-benar berkembang sehingga sekarang, dan jika dilihat sekarang UMNO semakin tenat dan nazak..? Maka dengan itu UMNO melihat pentingnya "Amanat Haji Hadi' itu dibuka semula untuk dijadikan isu, isu yang difaceliftkan bagi memecahbelahkan umat islam khususnya di negara ini.
Perlu disedari bahawa UMNO kini sedang meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa, apabila isu hudud tidak boleh makan, dibongkarkan semula isu AHH ini untuk mencuri undi orang islam. Kesian JAKIM, baru sekarang nak panggil Tuan Guru Haji Hadi berkaitan isu AHH, sedangkan isu itu telah hampir 30 tahun wujud. Agaknya JAKIM juga tidak terkecuali di faceliftkan semula...kerana JAKIM sebelum ini JAKIM yang hanya tahu tidur dan makan.
(*) sumber diolah semula dari rujukan tulisan oleh Saudara Zulkifli Yahya.
Ambang PRU13 - Abdullah,angka 13 dan wahyu rusmah !
Kurang dari 60 jam dari sekarang, kita akan meninggalkan tahun 2012. Kita buka lembaran baru, tahun baru bersama harapan baru. Dua Kosong Satu Tiga (2013). Ada orang bilang angka itu mengerunkan. Ada orang lain pula bilang, tahun itu tahun keseronokan. Apa yang pasti maka benarlah sangkaan hubaya-hubaya rakyat bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada tahun yang angkanya turut memuatkan angka 13. Cumanya kita masih berdebar menantikan wahyu dari rusmah, angka tepat untuk Parlimen itu dibubarkan. Apakah pada 13.3.13, atau 31.3.13 ? Setengah sahabat yakin bahawa najib dan rusmah tidak akan membubarkan Parlimen seawal Januari ataupun Februari. Alang-alang dihujung kuasa, kita bedal aja..sampai habis tempohnya..!
Mulai 2013, bersama azam dan tekad untuk melihat 'perubahan kepada 'kerajaan' baru menerajui negaraku yang tercinta, aku kembali semula menulis. Menulis untuk melemparkan pandangan sendiri. Dan tentunya aku menulis di blog milikanku sendiri, bukan berkongsi-kongsi. Rasanya cukuplah setahun aku bercuti panjang.
Siri Pengenalan ini cukup untuk permulaan aku berkisah tentang Abdullah Bin Ubai Bin Salul. Kenal ker siapa dia ? Jika belum kenal, bacalah sehingga habis kerana Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sangat berleluasa disekeliling anda sekarang malah kecemerlangan mereka-mereka ini begitu menyerlah ketika hampirnya pilihanraya. Betul..tak percaya ? Teruskan bersama siri-siri seterusnya di albanjari online.
Bila ada pemimpin juga berperangai munafiq, jangan pula pengikut pun nak dibawa sama ke neraka !
Abdullah Bin Ubai Bin Salul.
Di kisahkan bahawa, beliau bersama pengikutnya amat kecewa, seterusnya menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W.
Golongan munafiq ini merasakan bahawa Rasulullah dan jamaahnya telah merampas apa yang mereka cita-citakan selama ini. Maka tertanamlah di hati mereka perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang sentiasa membara, seterusnya berusaha mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah S.A.W dan umat Islam.
Apabila Islam mencapai kemengan dan mempunyai kekuatan maka mereka pun berpura-pura memeluk Islam. Setiap Jumaat apabila Rasulullah S.A.W duduk di atas mimbar, "Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun bangun bercakap kepada orang ramai untuk berpura-pura ; " Inilah dia Rasulullah berada bersama kamu, dengan sebabnyalah kamu diberi kemuliaan dan kemenangan oleh Allah, oleh itu tolonglah dia, berilah sokongan kepadanya, dengarlah dan taatlah perintahnya". Kemudian 'Abdullah Bin Ubai pun duduk.
Setelah berlaku peperangan Uhud, apabila 'Abdullah Bin Ubai telah diketahui dan dibuktikan akan 'penyelewengannya', tiba-tiba Abdullah Bin Ubai bangun pada hari Jumaat seperti biasa, tanpa ada perasaan bersalah tetapi orang-orang Islam yang berada di dalam masjid menarik pakaiannya supaya duduk sambil berkata kepadanya ; " Wahai musuh Allah...!!! duduklah.., sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap, kerana kamu telah melakukan kerja-kerja jahat...!!!". Lalu 'Abdullah Bin Ubai pun keluar dan merungut dengan kata-kata yang tidak baik. Seorang sahabat dikalangan Ansar berkata ; "Sungguh celaka kamu ini...!!! Kembalilah bertemu Rasulullah supaya dia beristighfar untukmu." 'Abdullah Bin Ubai menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak mahu dia beristighfar untukku."
"Abdullah Bin Ubai Bin Salul juga terlibat dengan peperangan Ahzab dengan meniupkan propaganda dan provokasi untuk melemahkan semangat umat Islam. Namun segala usahanya itu gagal. Rasulullah S.A.W masih memberi kepadanya peluang supaya sedar dan insaf namun dia terus juga dengan sifat munafiqnya.
Dalam peristiwa peperangan Bani Mustaliq, Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan pengikutnya keluar bersama pasukan tentera Islam, tetapi Allah S.W.T yang telah mendedahkan segala-galanya tentang kedudukan orang-orang munafiq, diantaranya firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-Taubah ayat ke 47 yang bermaksud ;
" Kalaulah benar mereka ( golongan munafiq ) keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan ( kekuatan ) kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan dan keretakkan hubungan ) di kalangan kamu, sedangkan diantara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah maha mengetahui akan orang-orang yang zalim " ( Surah At-Taubah ayat-47 )
'Abdullah Bin Ubai Bin Salul telah mengambil kesempatan daripada satu perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat, seorang dikalangan Muhajirin dan seorang lagi dikalangan Ansar. Ibnu Hisyam di dalam sirahnya meriwayatkan bahawa seorang budak suruhan kepada sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab Radiyallahu 'Anhu yang bernama Jahjah Bin Sa'id Al-Ghaffari telah bertengkar dengan Sunan Bin Wabir Al-Jahri. Mereka berdua di tengah-tengah kalangan orang ramai di telaga Al-Mu'araisi pada ketika Rasulullah S.A.W singgah di situ. Kedu-dua mereka hampir berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Al-Jahri melaungkan ; "Wahai kaumku Ansar...!!!" dan Jahjah pula membalas laungan ; " Wahai kaum Muhajirin...!!!". Rasulullah S.A.W memarahi mereka berdua dengan bersabda ; " Adakah kamu kembali kepada jahiliyyah sedangkan aku masih berada dikalangan kamu ? Tinggalkanlah ia ( jahiliyyah ) kerana ia adalah sangat keji, busuk seperti bangkai." Alhamdulillah, kedua-dua orang sahabat itu menghentikan pergaduhan mereka.
Namun peristiwa itu didengari oleh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul lalu marahlah ia dan dia berkata kepada orang sekelilingnya ; " Apakah mereka ( kaum Muhajirin ) sudah berbuat demikian...sudahlah mereka mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak Quraisy ( maksudnya orang Islam dari keturunan Quraisy ) ini tidak ubah seperti kata orang ; Gemukkanlah anjing kamu nanti dia akan menggigit kamu ( melepaskan anjing yang tersepit ), sesungguhnya demi Allah sekiranya kita pulang ke Madinah golongan termulia akan mengahalau golongan terhina...!!!"
Ucapan jahat 'Abdullah Bin Ubai bin Salul ini di dengari oleh Zaid Bin Arqam, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan memaklumkan peristiwa itu. Kebetulan Sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab ada bersama. Lalu sayyidina 'Umar berkata ; " Suruh sahaja 'Abbad Bin Bisyr pergi membunuh dia." Rasulullah S.A.W bersabda ; " Bagaimana wahai 'Umar, nanti orang akan berkata Muhammad membunuh sahabatnya, biarkan dia pergi".
Berita Ucapan 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sampai kepada pengetahuan anaknya yang juga bernama 'Abdullah Radiyallahu 'Anhu, dia seorang soleh dan benar-benar beriman tidak seperti bapanya yang munafiq. Beliau meminta izin daripada Rasulullah S.A.W dengan berkata ; " Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah." Tetapi Rasulullah tidak mengizinkan 'Abdullah berbuat demikian kerana untuk mengelakkan fitnah.
Adapun 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui bahawa ucapannya itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan terus berjumpa dengan baginda dengan bersumpah menafikan ucapannya itu. Tiba-tiba seorang daripada sahabat di kalangan Ansar berkata ; " Ya Rasulullah.., mungkin budak yang melaporkan berita itu tersalah dengar apa yang sebenarnya di ucapkan oleh 'Abdullah Bin Ubai." Rasulullah S.A.W terus mengingatkanya. Maka Zaid Bin Arqam berdukacita dan merasakan dia telah diperbohongkan.
Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Adil menurunkan wahyu surah Al-Munafiqun kepada Rasulullah S.A.W mendedahkan perkara yang sebenar dilakukan oleh orang-orang munafiq khususnya 'Abdullah Bin Ubai. Wahyu itu membenarkan kata-kata Zaid bin Arqam yang didengarnya dari 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu.
Firman Allah Ta'ala mafhumnya ;
" Mereka ( golongan munafiq ) berkata ; Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah benar-benar orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Pada hal bagi Allah dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui " ( Surah Al-Munafiqun ayat-8 )
Rasulullah S.A.W telah memanggil Zaid Bin Arqam dan membacakan Surah Al-Munafiqun kepadanya kemudian baginda bersabda ; "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kamu sebagai seorang yang benar.".
(*) SIRI 2 - Mengapa perlu jadi 'munafiq' ? Satu polifisyen politik yang wajib baca. Nantikan ! Kita bongkar..kita bongkar..tetapi tidak perlu sampai mengaibkan orang..itu tak ada etika bro...! Dan boleh membuka jalan short-cut ke neraka...! Ingatt...!!
"etika ? boleh buang dalam longkang..ptuihhh ! "
Kenyataan dari bekas menteri porno ini benar-benar menampar muka blogger2 umno. Apa macam ? Tak kan diam saja..ini la masa nak belasah dan naikkan panji-panji ketuanan melayu yg jadi ratib dan wirid hangpa tuh..! Kata-katanya, itu bukan lagi sindiran, tapi 'penghinaan'...blogger-blogger umno sedang di HINA oleh seorang bekas menteri yang suatu masa dulu digemparkan dgn isu VCD porno. " ini cakap manyak langsi maaa..pailang, lunglang..longkang maa.."