PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Corak fikir politik bangsa Melayu – Analisis Sarawak

BN/UMNO bijak bermain dengan strategi kotor ini. Yang memberi ialah kerajaan BN atau kerajaan UMNO. Yang memberi ialah menteri BN atau wakil rakyat BN. Yang memberi ialah Bahagian atau Cawangan UMNO. Maka perlulah dibalas jasa itu dengan menyokong dan membantu kerajaan BN/UMNO. Mesti sokong menteri BN. Mesti sokong UMNO dan sokong lain-lain parti komponen BN.
Ciberboron | MalaysiaTimes
Bila bercakap atau menulis tentang Melayu, terasa bimbang juga kalau terbawa-bawa dengan jiwa perkauman. Kalau bukan kerana sentimen perkauman pun, orang yang bercakap atau menulis tentang bangsa memang terdedah kepada risiko dituduh bersifat perkauman.

Sentimen atau emosi perkauman itu boleh jadi kerana membenci kaum lain atau terlalu mengagung-agungkan bangsa sendiri atau memperlecehkan bangsa sendiri. Kebetulannya persekitaran kita memang sarat dengan sentimen dan emosi ini.

Sebaik saja selesai pilihanraya negeri Sarawak, perbahasan tentang ‘bangsa’ berkumandang lagi. Dr. Mahathir menyalakan api itu dengan ulasannya bahawa DAP telah berjaya mengembangkan politik perkauman dari semenanjung ke Sarawak sehingga menang bergaya di 12 kerusi daripada 15 yang ditandingi oleh parti itu.

Benar atau tidak dakwaan bahawa politik DAP adalah politik perkauman kaum Tionghua masih boleh dibahaskan panjang lebar. Calon DAP mengalahkan calon SUPP. Secara umumnya kedua-dua parti itu adalah parti orang bangsa Tionghua walaupun DAP turut dianggotai oleh sejumlah kecil orang bangsa lain. Dengan perkataan lain, apa yang berlaku di Sarawak itu ialah parti Cina mengalahkan parti Cina.

Dakwaan perkauman ini tidak pula berlaku apabila calon PAS mengalahkan calon UMNO di semenanjung. Tidak pula dikatakan bahawa kejayaan PAS itu kerana memainkan sentimen perkauman bangsa Melayu. Begitu juga halnya apabila calon Melayu PKR mengalahkan calon Melayu UMNO.

Bila Melayu PAS/PKR mengalahkan Melayu UMNO, isunya ialah politik kebencian, politik putar belit, politik janji kosong, politik agen asing, politik peralat agama dan politik janji syurga.

Waktu BN tumbang di Pulau Pinang pada pilihanraya umum 2008 dulu, nyalaan api perkauman ini juga ditiupkan oleh UMNO sehingga kini. DAP mengetuai kerajaan baru Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Guan Eng mengambil alih tempat Su Koon. Parti Cina DAP mengalahkan parti Cina Gerakan. Ketua Menteri Cina DAP menggantikan Ketua Menteri Cina Gerakan.

Tetapi di mana saja apabila DAP menang maka akan muncullah ugutan berbaur perkauman tak mengira sama ada yang dikalahkan itu SUPP, LDP (Sabah), MCA atau Gerakan.


Benarkah DAP memperjuangkan kepentingan perkauman bangsa Tionghua sama ada secara tersurat atau tersirat? Jika benar, apakah ianya satu kesalahan berdasarkan mana-mana undang-undang negara atau nilai sejagat? Apakah agenda perkauman DAP itu terbukti atau terlihat kelibat hasrat untuk menganiaya bangsa lain? Soalan-soalan ini perlu dibahaskan dengan disiplin ilmu dan kewarasan yang tinggi.


Kalau benar DAP memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bangsa Tionghua, apa bezanya dengan UMNO yang juga terang-terangan mendabik dada sebagai juara memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bangsa Melayu? Bahkan UMNO sampai ke tahap memperjuangkan atau mempertahankan hak bangsa Melayu sebagai ‘tuan’ negara ini. Sangat jelas pula betapa ketuanan Melayu yang dijaja ke sana sini hari ini turut membawa pelbagai mesej amaran kepada bangsa lain. Tidakkah langkah ini bersifat perkauman yang merbahaya?

Merujuk kepada pilihanraya negeri Sarawak, memang jelas bahawa kaum Tionghua menolak BN dengan gelombang besar. Oleh itu DAP menang bergaya. Namun begitu undi lain-lain kaum pun sudah mula beralih daripada BN kepada bukan BN iaitu kepada PKR dan PAS disamping SNAP dan calon bebas. Jumlah keseluruhan undi BN merosot kepada 55% berbanding 63% pada pilihanraya 2006. Ini bermakna undi keseluruhan Pakatan Rakyat bersama SNAP dan calon bebas meningkat kepada 45% berbanding 37% (2006).

Peningkatan undi keseluruhan calon ‘bukan’ BN ialah 8%. Hanya satu per empat daripada peningkatan itu datang daripada pengundi kaum Tionghua kerana jumlah undi mereka kepada DAP telah sedia ‘tinggi’ sejak pilihanraya sebelum ini. Sedikit lonjakan penambahan daripada mereka sudah cukup memberikan tambahan kemenangan kepada DAP di kawasan baru. Selain itu kejayaan DAP turut dipengaruhi oleh faktor terkumpulnya pengundi Tionghua hanya di satu perlima daripada jumlah keseluruhan kawasan DUN yang ada di Sarawak.

Tiga per empat lagi daripada peningkatan undi kepada bukan BN itu disumbangkan oleh pengundi Dayak, Iban, Orang Ulu, Bidayuh, Melayu, Melanau dan lain-lain kaum.

Pemilih berdaftar di Sarawak pada pilihanraya 2011 berjumlah 980 ribu. Hampir 700 ribu pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 16 April. Sekitar 385 ribu pengundi memilih BN (55%) manakala 315 ribu (45%) memilih bukan BN.

Ketika pilihanraya 2006 pengundi Sarawak berjumlah lebih sedikit daripada 890 ribu. Kira-kira 600 ribu pemilih keluar mengundi. Sekitar 378 ribu (63%) pengundi memilih BN manakala 222 ribu (37%) memilih bukan BN.

Ini bermakna pada pilihanraya kali ini BN dapat tambahan 7 ribu undi berbanding tahun 2006 manakala bukan BN iaitu PR, SNAP dan Bebas dapat tambahan 93 ribu undi. Penelitian lanjut perlu dibuat untuk menentukan dengan tepat sama ada tambahan undi bukan BN itu datang daripada 90 ribu pemilih yang baru berdaftar selepas pilihanraya 2006 atau bercampur-campur di antara sumbangan pengundi baru dan peralihan pengundi asal.

Ada 10 rumusan awal yang boleh dinyatakan berdasarkan angka di atas:
  • Ada tambahan sekitar 90 ribu pemilih baru berbanding jumlah pemilih pada tahun 2006.
  • Jumlah undi sebenar BN tidak merosot berbanding yang diperolehi pada pilihanraya 2006.
  • Jumlah undi BN meningkat kira-kira 7 ribu daripada 378 ribu (2006) kepada 385 ribu(2011).
  • Jumlah undi PR dan calon bukan BN meningkat kira-kira 93 ribu daripada 222 ribu kepada 315 ribu.
  • Peratus jumlah undi BN dinisbahkan kepada jumlah undi keseluruhan ialah 55%.
  • Peratus jumlah undi bukan BN dinisbahkan kepada jumlah undi keseluruhan ialah 45%.
  • Jumlah undi BN merosot 8% berbanding pilihanraya 2006 daripada 63% kepada 55%.
  • Jumlah undi bukan BN meningkat 8% daripada 37% kepada 45%.
  • Peningkatan undi kaum Tionghua berjumlah hampir 24 ribu (1/4 daripada 93 ribu).
  • Peningkatan undi Dayak + Iban + Bidayuh + Orang Ulu + Melayu Melanau + lain-lain kaum berjumlah hampir 70 ribu (3/4 daripada 93 ribu)


Berdasarkan fakta di atas, tidak timbul isu perkauman Cina seperti yang cuba dimomokkan oleh Dr. Mahathir tentang DAP. Undi kaum Tionghua memang meningkat. Boleh juga dikatakan tinggi berbanding peningkatan undi kaum lain. Tetapi undi kaum lain juga meningkat secara keseluruhannya. Jika merujuk kepada setiap satu kaum, memang kadarnya berbeza di antara Dayak, Iban, Melayu dan lain-lain. Namun hakikatnya kaum bukan Tionghua pun turut beralih meninggalkan BN.

Oleh itu perkembangan pola pengundian pilihanraya Sarawak 2011 bukanlah berfaktorkan sikap pengundi kaum Tionghua sahaja. Bukan juga berfaktorkan helah atau muslihat DAP semata-mata. Ia turut melibatkan kaum lain dan parti lain pada kadar yang berbeza-beza.

Mainan propaganda Dr. Mahathir dan UMNO itu hanyalah kaedah biasa yang telah jadi budaya mereka
dalam sepak terajang politik Malaysia. Malah sentimen perkauman merupakan modal politik yang telah menghasilkan keuntungan besar kepada mereka sejak sekian lama.

Di sebalik semua ini, wujud juga persoalan tentang kaum bukan Tionghua yang agak menarik untuk diperhatikan. Kenapa kadar peralihan kecenderungan kaum selain Tionghua kurang sedikit? Kenapa bangsa Melayu dan Melanau paling rendah kadar peralihannya? Kenapa bangsa Dayak / Iban lebih ke depan berbanding Melayu?

Setakat ini tidak dapat dinafikan bahawa majoriti orang Melayu masih setia menyokong BN atau menyokong UMNO (di negeri-negeri selain Sarawak)? Mungkin boleh dikecualikan orang Melayu Kelantan sahaja. Kemenangan PR di negeri Melayu Selangor, Kedah dan Perak masih bergantung kepada sumbangan undi bukan Melayu. Begitulah juga faktor kemenangan calon-calon PR di lain-lain negeri.

Apa yang tak kena dengan pemikiran orang Melayu? Kalau isunya ialah soal akses kepada maklumat, bagaimana kaum Dayak dan lain-lain peribumi Sarawak yang tinggal jauh di pendalaman boleh pula berubah?
Nampaknya kebolehcapaian maklumat adalah satu isu manakala keupayaan menilai maklumat adalah satu lagi isu. Ramai juga orang Melayu yang dapat segala maklumat yang dihebahkan oleh PR tetapi mereka tidak menerima pakai maklumat itu sebagai benar atau betul. Mereka lebih percaya kepada penjelasan UMNO/BN berhubung apa jua isu yang berbangkit walau pun hujah UMNO/BN itu tak berfakta dan tanpa bukti.

Realitinya ialah orang Melayu telah sebati dengan maklumat di TV dan akhbar yang sememangnya tak mungkin memberikan kredit kepada bukan BN. Malah media cetak dan elektronik kawalan BN itusememangnya diprojekkan untuk memburukkan semua pihak yang tak bersetuju dengan BN. Mereka amat berjaya memanipulasi dan mengeksploit semua media utama persis cara zionis menguasai dunia dengan protokol mereka berkaitan penggunaan media.

Selain soal maklumat dan media, orang Melayu juga telah terbudaya dengan ‘pemberian’ sama ada berbentuk bantuan atau pinjaman mudah atau hadiah atau rasuah tak langsung. Terimaan itu membenihkan rasa terhutang budi. Orang Melayu masih kuat jiwa sentimental apabila terhutang budi. Ia membawa kepada rasa tanggungjawab untuk balas jasa.

BN/UMNO bijak bermain dengan strategi kotor ini. Yang memberi ialah kerajaan BN atau kerajaan UMNO. Yang memberi ialah menteri BN atau wakil rakyat BN. Yang memberi ialah Bahagian atau Cawangan UMNO. Maka perlulah dibalas jasa itu dengan menyokong dan membantu kerajaan BN/UMNO. Mesti sokong menteri BN. Mesti sokong UMNO dan sokong lain-lain parti komponen BN.

Tak sokong UMNO bererti tak mengenang jasa. Orang yang tak kenang jasa amat buruk gambarannya. Tuhan pun marah. Dimainkan pula seolah-olah tak halal apa yang dah diterima kalau si penerima tak kenang jasa @ tak sokong UMNO/BN.

Strategi ‘sebab akibat’ dan ‘hukum matematik politik’ ini memang kelihatan bodoh dan lucu. Cara ini hanya kaedah berpolitik orang dewasa dalam urusan kehidupan seharian melibatkan anak kecil. Dan itu pun hanya untuk urusan dengan kanak-kanak yang belum cerdik. Tetapi inilah senjata ampuh yang masih berkesan dalam dunia politik bangsa Melayu acuan UMNO. Mereka masih mempraktikkannya kerana ia sangat berjaya dan masih sangat berkesan.

Jika begitu, persoalannya ialah apakah bangsa Melayu terlalu naif sehingga pemikiran mereka masih di tahap kanak-kanak yang belum cerdik walau pun sudah akil baligh besar panjang dan dah tua?

Persoalan seterusnya ialah jiwa takut atau sifat pengecut yang menguasai bangsa Melayu. Masih ramai orang Melayu takut tentang nasib diri, nasib keluarga dan nasib bangsa dengan sebab yang tak pasti dari sudut fakta. Propaganda UMNO tentang survival masa depan bangsa Melayu memang berhasil mengukuhkan rasa bimbang dan membina jiwa pengecut orang Melayu.

Mainan kebimbangan ini diadun dengan laungan satu-satunya harapan yang ada ialah mengekalkan BN sebagai pemegang kuasa politik negara ini. Selagi BN berkuasa maka bangsa Melayu pasti selamat kerana BN diketuai oleh parti Melayu UMNO. Kalau BN jatuh, hilanglah kuasa Melayu. Jahanamlah nasib Melayu. Tamatlah riwayat raja-raja dan kesultanan Melayu. Hilanglah hak istimewa orang Melayu. Merempatlah kita di tanah air sendiri atau mungkin diusir dari tanah tumpah darah tercinta ini! Demikian mitos yang diindoktrinkan ke dalam jiwa dan pemikiran bangsa Melayu.

Strategi perkauman ini merupakan agenda resmi UMNO/BN dalam pendekatan politik mereka yang diprojekkan melalui pelbagai medium termasuk melalui jabatan kerajaan seperti pencernaan busuk dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).

Roh perkauman inilah yang membawa kepada mainan isu milikan tanah 999 tahun yang diura-urakan di Perak era PR. Taktik inilah juga yang melatarbelakangi isu Nizar boneka Cina, Guan Eng pinggirkan Melayu, muzakarah muqabalah UMNO-PAS, lahirnya PERKASA dan seribu satu isu lagi sejak PRU 12.
Segala macam dusta dan putar belit dijalin dengan penuh seni demi mencapai matlamat politik UMNO/BN. Keunikan langkah perkauman ini semakin rancak selepas kemunculan APCO sebagai perunding/penasihat imej kerajaan @ imej Najib @ imej BN @ imej UMNO. Memang berbaloi bayaran sehingga lebih daripada RM 70 juta setahun kepada syarikat Zionis itu.

Orang Melayu mabuk sungguh dengan jiwa ‘tuan’ bagi negara ini. Orang Melayu juga mabuk dengan rasa bangga bahawa bangsa ini punyai kelebihan mengatasi bangsa lain. Lebih-lebih lagi apabila merujuk kepada perbezaan Islam dengan kafir. Orang Islam itu mulia dan si kafir itu hina. Walhal Melayu yang rasa mulia kerana Islam itu hidup bergelumang dengan dosa malah memperlecehkan keupayaan sistem Islam. Dengan perkataan lain, mereka sebenarnya anti Islam.

Dalam keadaan ‘perasan’ mulia dan hebat, Melayu itu jugalah yang ketinggalan dalam serba serbi. Melayu itu jugalah yang sangat bergantung kepada jaminan hak istimewa. Melayu itu jugalah yang tak boleh hidup tanpa geran peruntukan dan bantuan kerajaan. Melayu itu jugalah yang tak berani bersaing di gelanggang terbuka. Melayu itu jugalah yang tak yakin tentang nasib masa depannya dalam kehidupan bersama bangsa lain.
Maka sebenarnya Melayu jenis ini hidup dalam fatamorgana tipu diri. Perasan mulia tapi hina. Perasan hebat tapi pengecut. Perasan tuan tapi kuli. Perasan pandai tapi bodoh.

Hakikatnya Melayu jenis khayal inilah yang menjadi makanan UMNO/BN. Melayu fikiran kurang upaya inilah yang menjadi mangsa ugutan UMNO/BN. Melayu jenis sentiasa nak disuap inilah yang dapat digula-gulakan oleh UMNO/BN bila-bila saja.

Kesimpulannya, semua pihak yang berhasrat melihat perubahan politik Malaysia perlu mengambil perhatian yang serius tentang corak pemikiran Melayu yang majoriti ini. Barah fikiran ini mesti dirawat sehingga sembuh. Selagi kaca disangka permata oleh Melayu yang majoriti ini, selagi itulah UMNO/BN boleh merompak harta rakyat dan negara.

PANAS BERAPI - Hoi RBF, lu tunjuk sama aku surat jemputan rasmi !

Kalo nak memfitnah pun ,biar otak letak kat kepala, jangan letak kat kepala 'kote'. Sedap mulut lu bilang pemimpin DAP, PKR dan PAS boikot majlis sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke 83 yang sedang berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.

Surat jemputan ada hantar kaa? So boleh lu tunjuk sama aku surat jemputan rasmi undangan untuk ADUN-ADUN PR ke majlis itu ? Kalau tak dak, elok sangat lu diterajang ke dinding, sudah la pendek bodoh piang pulak..!!




Berita Ringkas - RBF (macai UMNO)

Tidak ada seorang pun adun-adun DAP, PKR dan PAS Perak menghadiri majlis sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke 83 yang sedang berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar sekarang. [9.58am]



Artikel itu telah beliau buang dari blog beliau. 
(*) Untuk pengetahuan pembaca, tiada lagi surat-surat jemputan untuk Adun PR untuk hadir ke majlis sultan sejak Ramadhan tahun 2009. Nasib baik aku bukan Iban Balau, kalo tak, sah aku sumpit kote dia tu..biar lagi pendek mcm orangnya. Ptuihh...!

Real-Politik@Sarawak - Perpaduan PR adalah isu utama perlu diselesaikan

Shaharul Shafie | ANALISA@Sarawak
Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13.



Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).

Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah.

Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan ‘lebih panas’ dari biasa.



Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Real-Politik@Sarawak - Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya PRN kali ini

Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman

Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. 

Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.

Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. 

Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.

PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be’kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be’kalalan. 

Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be’kalalan sendiri.

Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang ‘bergaya’ atau menang ‘motivasi’ meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini ‘Jika PR kalah pun, biarlah bergaya’. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.



Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang
Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. 

Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.

Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.

BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti. 
BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana ‘menang’ moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. 

Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).

Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi ‘gergasi’ yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.

Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.

Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN kali ini
Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. 

Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.

NEXT : Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan

Real-Politik@Sarawak - Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika..?

Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?
Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu.



Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud.

Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian. Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006.

Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang. Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak.

Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.



Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja
Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.

Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan ‘kelabu’ bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam.

Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.

PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan
Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.

Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini.

Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.

NEXT : Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN !

Real-Politik@Sarawak - PR mampu tambah kerusi Parlimen !

Shaharul Shafie | ANALISA@Sarawak
Berakhirnya musim ‘panas’ di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim ‘panas’ seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini.



Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.

Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor ‘kemenangan’ di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.

Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN. Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku.

Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). 

Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.

Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia.

Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.



Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak
Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘deposit tetap’ BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi.

Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis.

Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

NEXT : Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?

BERAPI - Asmuni Awi berang, petugas culas kerja ?





PETUGAS PAS CULAS ?
Kita diberitahu petugas kita yang bertugas di Dun Muara Tuang, terdapat petugas PAS dari Perak yang tidak melaksanakan amanah dengan baik. Terdapat mereka yang suka pusing-pusing Sarawak dan makan angin. Mereka amat kedekut tenaga untuk bertugas semaksima yang boleh.

Kita diberitahu teman-teman, Hj Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya Perak, amat marah kerana petugas yang sepatutnya mengedar,topi, banner dan poster tidak berbuat seperti yang diarah. Topi dan banner misalnya masih berlonggok banyak tidak diedar.

Malang sekali petugas tadi tidak menjawab panggilan telefon dan SMS, Pengarah JPN Hj Asmuni Awi itu, di saat kita bertempur dengan musuh BN.

Jika betullah seperti apa yang berlaku,mereka ini dilain kali jangan dihantar oleh kawasan atau negeri ke mana-mana pilihanraya pun. Kita juga diberitahu mereka yang culas tenaga itu menghantar SMS mohon derma daripada sahabat-sahabat tanpa melalui organisasi yang betul.

Mungkin ini sebab-sebab di Dun Muara Tuang, Allah s.w.t belum memberi kita kemenangan kerana terdapat segelintir petugas kita yang tidak berjuang bersungguh-sungguh. (sumber-sisibukit) | Foto - Paeh

Real-Politik@Sarawak - PAS dan prediksi - Ancaman atau Kebetulan ?

Kegagalan PAS :
Dalam Jejak Sarawak #2, aku menulis peluang keemasan hanya boleh diperolehi di Beting Maro dan Sadong Jaya.”

Sebenarnya, tumpuan Pas ialah Sebuyau. Sebuyau adalah kawasan Pas yang paling aktif. 11 cawangan dapat diwujudkan dan sejak dua tahun lepas, Abang Eddy telah diwar-warkan sebagai Calon. Dalam setiap program, Abang Eddy ditonjolkan, tetapi disaat akhir, Pesuruhjaya Pas Sarawak mengambil alih tempatnya. Mungkin kerana merasakan Pas boleh menang di Sebuyau.

Abang Eddy dihantar ke Sadong Jaya. Dan seperti yang aku katakan, kalau mengharapkan pengundi berubah dalam masa 10 hari berkempen, itu kerja bodoh. Akhirnya Pas kecundang dikedua-dua tempat, bukan kerana politik, tetapi kerana politiking dalam parti. Jangan salahkan pengundi. Beting Maro mempunyai peluang yang cukup baik…tetapi masih belum cukup untuk menang.


Klik pada gambar untuk pembesaran :
Penyertaan Pas di Tanjung Datu dan Muara Tuang hanyalah untuk hiburan. Seronok dengar cerita hantu dari Muara Tuang tetapi untuk menang, memerlukan keajaiban. Dan keajaiban tidak datang ke Muara Tuang dan Tanjung Datu. - sumber dipetik dari MalaysiaTimes



PANAS BERAPI - RM55 juta pujuk KIMMA sokong pembangkang ?

albanjari | HOT BERAPI -
Yeedadeyy..! Amma..putu mayam lu kimmak ! Agak-agak la pun nak kasi 'parpu' sama orang. Lu punya cerita, betul-betul sudah kasi 'kas-kas' sama aku punya hati bro ! RM55 juta ? Sumber karapoley bilang Presiden kimmak meracau racau selepas pembangkang menolak mereka tempohari, kebodohan dan kebangangan Presiden kimma kembali menjelma selepas keputusan PRN Sarawak. 

Jika pembangkang mempunyai duit sebanyak itu, baik digunakan untuk menawan Sarawak, 1 juta untuk setiap DUN, sudah cukup berbaloi bikin type memut cirit parpu tepi longkang. 



Kalo lu mau 'jekkk..' sama BN pun jangan la lu nak berak orang lain pulak, lu punya berak busuk wooo ! Hang ada tau kaa ? Tapi kenyataan kimmak mengatakan pembangkang menawarkan RM 55 juta tu amat lawak kerana pembangkang sendiri kekurangan dana dalam PRN Sarawak. 

Ada Presiden, otak taraf kacang parpu, dey tambey ..lagi baik lu suruh kuli lu uli sekali lu punya kepala dalam tepong bikin roti, boleh gak aku makan...! Kasihan orang muslim india dapat presiden bodoh macam inik. 

"Anney..roti canai satu kuah parpu, teh tarik kimmak gelas big..satuu! "
"siapp......!"
"Mana..? "
Hehehe..! " say sorry arr...! lain punya orang siap juga !! ..lu punya on the way.."
" Pukimmak lu..! " - main-main sama gue !
"bukan main, machaa...! Tapi itu Presiden sudah kasi ajar ini macam..!"
"sapa lu punya presiden ? "
"KIMMAK laa..."
Cehhh....! 



Real-Politik@Sarawak - Prediksi dan ayam bertelor riuh sekampung ! (Pt.2)

albanjari | Real-Politik
Surahan politik antara kami semakin melarut apabila isu Baru Bian mula diangkat oleh Anwar menjadi Ketua Menteri untuk Sarawak Baru. Hakikatnya bagi orang Pakatan Rakyat, hal ini tidak menjadi isu malah Pulau Pinang juga berketua menterikan bukan melayu sejak dahulu, apa masalahnya ?



Benar telahan kami di pankinan, pandiran semakin leluasa apabila khabar sohih diterima bahawa BN sudah edar poster Baru Pian yang tertulis ‘bakal Ketua Menteri’ mula disebarkan. MSK bilang ini petanda buruk.  Anwar sepatutnya tidak "riuh sekampung" dahulu dalam hal ini. Diam-diam sudahlah. Kebimbangan ia akan dipolitikkan 'musuh' benar-benar berlaku. BN Sarawak handal mencium peluang.

Aku bilang penyebaran yang leluasa itu memang untuk menakut-nakutkan orang Melayu Melanau dan Bidayuh. Baru Bian seorang Kristian. Sentimen agama mula dipalu. Sungguh.., poster ini adalah idea UMNO yang terbawa-bawa gilanya dengan ketuanan Melayu yang tak habis-habis. 


Maka UMNO yang diharamkan masuk ke Sarawak, meracun pengundi yang berpotensi bagi menghalang kemaraan PR yang dilihat BN Sarawak semakin kuat pengaruhnya. Akhirnya benarlah apa yang disurahkan pada lewat malam 10 April, PKR sekadar menang 3 kerusi sahaja daripada 49 kerusi yang ditandingi.

Dasar ayam, 'bertelur sebiji, riuh sekampung' akhirnya kampung tergadai ! Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, seperti yang aku nyatakan didalam artikel aku sebelum ini di :

Siri : Real-Politik@Sarawak


Dan prediksinya surahan kami ketika itu,
" Pengumuman calon ketua menteri Pakatan Baru Bian, seorang Dayak dari suku minoriti Orang Ulu juga dilihat mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dan Islam. Ia merencatkan kepercayaan pola pengundi rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang cuba merubah perlantikan seorang Ketua Menteri dari kalangan Melayu kepada bukan Melayu. Ia baik bagi DAP, dan mungkin PKR.. tetapi tidak elok untuk PAS ! "
Di situ aku bersetuju dan sependapat dengan apa yang disuarakan oleh Hj. Anuar ketika itu. Kerana dia berkata dengan jujur !


Akan diterbitkan pada jam 10.15 am  :
NEXT : Real-Politik@Sarawak - PAS dan Prediksi ! Ancaman atau Kebetulan ?

Real-Politik@Sarawak - Pandiran nombor dan prediksi peluang PR (Part 1)

albanjari | RealPolitik
Selama aku bermukim di Sarawak, aku cuba seupayanya memahami cara orang Sarawak berpolitik. Kadang ingin saja aku jadi orang Sarawak. Tapi mana mungkin hal itu akan berlaku. Itu sangat mustahil. Kecuali jika ada yang suka sama aku, untuk dicalon buat menantu. Itu baru 'bisa' ! Ini kerana, apa yang aku lihat suasana pilihanraya di Sarawak sangat jauh berbeza dengan suasana pilihanraya di Semenanjung. Orang Sarawak dilihat sangat ‘cool’. Mereka tak ghairah, atau melampau-lampau macam orang Semenanjung berpilihanraya. Poster ala kadarnya sahaja.

Setiap malam sebelum memangkinkan diri untuk tidur, banyak perkara kami pandirkan bersama. Pandiran melihat peluang dan ruang bagaimana mahu memanipulasikan isu dan menggunakan upaya fakta yang ada agar ia menjadi undi untuk 'Sarawak Baru'. Adakalanya pandiran ini jadi buntu dan tanpa jawapan. Siang berganti malam, dan malam berganti siang.

Kadang kala jua kami berbantah-bantah sesama sendiri. Team blogger yang aku bawa, mempunyai ragam warna politik dan terasnya yang tersendiri. Ramai yang bingung bila aku bawa bersama blogger Mat Saman Kati(MSK), malah ada jua yang tekejut  bila didalam team ini tersusuk wajah blogger Ciberboron yang banyak mencipta kontroversi. 

Tulusnya, aku bukan mahu dilihat team ini  satu team 'kontroversi' di Sarawak. Tidak ! Tetapi aku suka melihat hujah dan fakta disetiap tulisan mereka. Setiap cetusan fikiran mereka yang diolah baik kepada penulisan serius sangat berdiri sendiri. Tulisan yang tidak dipengaruhi sesiapa. Dan itulah rupa dan bentuk pembaca mahu dari misi kami ke Sarawak. Kepelbagaian view serta tulisan sangat dibutuhkan pembaca di ruang maya, senilai dengan harga dana yang mereka infaqkan untuk team ini. Maaf, kami tidak menghidangkan kisah2 hebat rapat-rapat umum yang dihadiri ratusan ribu orang dan gegak hebatnya gempita sokongan manusia disetiap ceramah yang diadakan. Jika itu yang dicari, kami tidak berupaya menyajikannya, jika pun ada ia sangat sedikit. Dan akhirnya maka benar apa yang dipandir bersama, banyak diantara tulisan yang lahir dari bumi Sarawak dari team ini begitu menyonsang arah dan hasrat. 

Aku kagum bila dimajlis makan malam lewat jam 12 malam bersama DS Nizar, seorang sahabat begitu berapi-api menyatakan bahawa PKR bakal menang mudah sekurang-kurangnya 20 kerusi di sini. Sedangkan dari pandiran kami di sarang pangkin, tidak mudah untuk mengumpul sebanyak itu bah ! Aku juga jadi terkesan apabila pulang daripada dinner itu, kami masing-masing mengeleng kepala disisi jendela. Sedangkan sehari sebelum itu telah terbit satu ulasan dari portal kami menyatakan yang sebaliknya. 

[..] Seawal bulan Februari, aku sudah menulis tentang kemungkinan ini. “Aku tak fikir SNAP akan tunduk kepada Azmin, sebaliknya akan meletakkan calon disetiap kawasan PKR bertanding. Mark my words.”

Pelbagai alasan diberikan oleh kedua belah pihak untuk mewajarkan mengapa harus bertanding diantara satu sama lain. Anwar mengatakan SNAP ditaja oleh Umno, manakala SNAP pula mengatakan PKR tidak menghormati mereka. Apa jua alasannya, tindakan kedua-dua pihak akan hanya menguntungkan BN.

Dari sejumlah 49 kerusi yang ditandingi oleh PKR, aku mempunyai keyakinan PKR mampu memenangi 5 kerusi sahaja. Saribas, Ba Kelalan, Batang Air dan Batu Lintang. Tamin boleh dimenangi sekiranya protes Iban dapat dimanafaatkan. Sekiranya protes terhadap calon diterjemahkan kepada undi, mungkin Lambir boleh dimenangi., " [..] - MSK April 9, MalaysiaTimes

Nah..! Akhirnya dari keputusan PRN Sarawak, PKR berjaya mendakap kemenangan di DUN Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang. Ketiga-tiga DUN itu termaktub didalam caturan akan kemenangan yang mungkin memberi kerusi kepada PKR. Tidak langsung tersasar. Bukan mahu mendabik dada, tetapi pandiran-pandiran yang kami gegerkan di pangkinan itu sangat 'bujur' dan jujur.


Warna coklat itulah prediksi yang kami sering berbalah-balah pandirkan di pangkin motel. Aku jadi mengerti, bahwa orang Sarawak sejujurnya tidak berminat dengan isu dan kempen tuduh menuduh dan fitnah memfitnah hal peribadi calon-calon yang bertanding. Mereka hanya nak dengar cerita tentang harapan dan janji. Mereka nak dengar cerita tentang nasib hidup mereka dan anak cucu. Mereka nak tau hak mereka dalam hal tanah dan kemudahan asas. Dan itulah yang aku pelajari dari misi besar kami di Sarawak. (bersambung)



Akan diterbitkan pada jam 9.15 pm ini :
NEXT : Real-Politik@Sarawak - Prediksi dan ayam bertelor riuh sekampung ! Pandiran nombor dan prediksi peluang PR (Part 2) 

Real-Politik@Sarawak - Mengapa Taib segera menabal diri sebagai KM ?

albanjari | Real-Politik
Pagi ini bila aku baca Borneo Post, hati jadi musykhil seribu tanya ! Laju sungguh Pehin angkat sumpah dan terima watikah lantikan jadi Ketua Menteri. Lewat jam 10 malam, rasmi sudaa.. Pehin jadi Ketua Menteri Sarawak. Melopong lagi Najib !

Keanehan yang berlaku ini hanya terjadi sekarang. Tidak kepada siri-siri kemenangan BN yang lalu. Jika dikira, saat lalu..Pehin agak relax orangnya. Tidak terlalu tergesa-gesa. Namun majlis angkat sumpahnya malam tadi dilihat dibuat dengan tergesa-gesa. Mengapa yaa?

Maka, tercatatlah dalam buku Guinness Book of Malaysian Record, Taib adalah Ketua Menteri terlama dalam sejarah negara. Jua tercatat (dengan anehnya) Taib melantik dirinya dengan pantas sebagai Ketua Menteri iaitu hanya 45 minit selepas Barisan Nasional (BN) diisyitiharkan sebagai parti yang memenangi pilihanraya negeri ke-10 itu. Hanya 45 minit selepas BN Sarawak diumumkan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN (pada kira-kira 9.45 malam), Taib terus mengatur majlis mengangkat sumpah. Laju sunguh Taib kali ini !
.
Taib, 75, menyandang jawatan itu sejak 1981 dan genap 30 tahun 26 Mac lepas. Dari laporan Borneo Posat, beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Majlis angkat sumpah dengan pantas ini mengejutkan ramai, kerana kedudukan Taib sebagai Ketua Menteri telah menjadi isu besar pada pilihanraya ini. Selain itu juga PM DS Najib Razak juga kerapkali menyebut mengenai isu peralihan kuasa Ketua Menteri daripada Taib.

Lantaran itulah, DS Anwar Ibrahim telah menggesa agar diumumkan tarikh pengunduran Taib dan nama pengantinya. Namun hal itu didiamkan oleh Najib. Malah pada Ahad lepas, Najib telah mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilakukan dengan segera selepas pilihan raya negeri, bagaimanapun, keesokannya, Taib berkata peralihan kuasa akan diadakan dalam beberapa “tahun lagi.”

Kontras ! Siapa 'main' siapa !!

Tetapi yang jelas, Najib telah kena 'main' sama Taib dengan mengangkat sumpah lebih awal sebelum Najib mengumumkannya. Kesian najib, jadi Pengerusi BN dan PM Malaysia, tapi percuma saja kena 'main' sama Taib. Hebat Taib, melopong Najib. (sumber asal - Perakite)



:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |