Umno bagus dimata 'makcik' orang kampung !
Oleh : radens albanjari | 11 Dis
Sedih aku tengok makcik tua di kedai runcit pagi tadi. Mengomel toya wajah dia marahkan si apek kedai runcit pasal dia beli gula dah mahal. Makcik tu kata baru jer minggu lepas dia beli gula, tapi pasal apa dia beli hari ni dah naik 2 kupang sekilo. Dari raut wajah dan pakaiannya, aku tahu makcik ni orang kampung. Lagi sedih bila aku tengok, terkulat-kulat makcik tu kena sindir dengan si 'Apek' - "jangan marah saya, tanya itu kerajaan, dia yg kasi naik..apa nak marah waa..! Wa jual gula saja..! lagi kalau macikkk tak puas hati..undi punya jam..angkat lain cap, jangan pangkah itu kati punya cap..! "
Makcik tu tak puashati, dia tetap cakap, kerajaan manyak bagus sama dia..! Itu Umno pun bagus..banyak bantu sama dia..! Makcik tak percaya..! itulah hakikatnya yg Apek cina kena terima, tahan ler telinga kena maki..pasai harga gula dah naik..! Naik kerana kerajaan BN sangat bagus di mata 'makcik' orang kampung.
Cilaka punya Umno - BN. Pasal kebaikan kamu menaikkan baranglah, 'makcik' akan pangkah lagi 'kati' sampai makcik mamposs !! Betoi kaa ?? Umno terus bagus dimata orang kampung..tunggu PRU13..!
Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.
Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus. Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.
Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
December 12, 2010 at 2:11 PM
memeranjatkan dalam star online hari ni
Sunday December 12, 2010
Rela membership passes the two million mark
PETALING JAYA: The membership of the People’s Volunteer Corps (Rela) has swelled within the past 18 months, hitting the two million mark as of Oct 31.
The group only had 556,286 members in April last year.
But the number has since gone up to 2,042,215.
Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said movements such as Rela could play a significant role in helping the Government keep peace and safety of the nation.
“Rela members who worked in ‘hot spot’ areas would have had the experience to curb crime rates in non-hot spot areas,” he said in a statement yesterday.
Hishammuddin said volunteer groups such as Rela were the foundation for the launch of a programme known as “1Platun, 1Kampung, 1Taman.”
The programme will ensure every village and housing area had a team that was trained to ensure the safety of the place.
To keep Rela relevant to the society, Hishammuddin said its programmes and image would be given a re-branding.
Hishammuddin also said that Rela Orang Asli had been upgraded to the Orang Asli Brigade with 6,928 members nationwide.
“We have appointed Senator Tuan Haji Muhammad Olian Abdullah the commander of the brigade.
“We also promoted him to Brigadier-General (honorary) of Rela,” said Hishammuddin.
Meanwhile, Bernama has clarified its report on “RM5mil for DBKL housing” which appeared in The Star yesterday.
“We would like to clarify that the RM5mil is meant entirely to help in the monthly maintenance payment for the 11,879 tenants who have agreed to accept the offer to purchase the People’s Housing Project and DBKL Public Housing.
isunya rela dalam tempoh i8 bulan cecah 2 juta lebih daripada 500 ribu lebih.macamana jika rela diserapkan dalam polis dan jadi pengundi pos?menang besarlah bn dalam pru13.nak ke kita beri bn menang percuma?
December 12, 2010 at 4:27 PM
Penentu kemenangan hanya Allah S.W.T. Mereka merancang, Allah juga merancang, malah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Jadi marilah berusaha dengan fizikal dan mental kita kearah kemenangan, dan perbanyakkan bersujud kepadaNya, mohon kepadanya diberikan kemenangan yang mutlak. Adakalanya, hanya kerana doa seorang mampu menyebabkan Allah mengabulkan pemintaan seluruh masyarakat.
December 13, 2010 at 3:47 PM
apa pun kita mesti berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat perjuangan kita ingat...doa adalah senjata kita maka berdoalah memohon kemenangan dari allah
December 14, 2010 at 7:14 AM
insyAllah undi untuk umno-bn dari saluran satu akan berkurangan selepas harga barang kegunaan harian meningkat!
December 14, 2010 at 10:07 AM
Puak2 makcik ni marah bila 'barang' laki dia tak naik wak...yang PASti kita mesti kuburkan be-End...Takbirrr!
December 14, 2010 at 4:51 PM
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!