PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Macam Gempak ! Tapi Najib akan dapat nama hapus ISA !

Adakah semua tahanan ISA akan di bebaskan serta merta mulai 16 September 2011? Itu persoalannya sekarang ! Dan adakah Kerajaan akan meminta maaf serta membayar ganti rugi terhadap semua tahanan dan bekas tahanan yg telah di ISAkan?

Macam Gempak ! Jujur sangatkah kerajaan yang ada sekarang ? Atau Najib sekadar bikin Rebranding balik Akta Zalim tu. Sekadar tukar nama ! dari ISA - kepada ? Mungkin atas nasihat APCO sebagai 'gula' pilihanraya ! Kalau berani bubarkan AUKU akta yg kecil itu dulu. Selepas pengumuman ini nampaknya Najib masih punya 3 bulan untuk BUBAR Parlimen untuk beri laluan PRU13.

Kalau tidak, jelas dia kelihatan menipu..dan akan datang, si dujal ini akan bikin gimik berkaitan bajet pula pada bulan Oktober depan dengan pelbagai janji bagi mewujudkan feel good factor. Dan InsyaAllah, Najib akan BUBARkan Parlimen pada bulan 11(November) ini ! Andai PR menang, Najib akan dapat nama kerana menghapuskan ISA. Jika BN pula menang gemilang, dia akan mengekalkan undang2 ISA dengan nama yang lain, yg mungkin lebih ganas ! Ketika itu mungkin Najib berjaya tipu ramai orang.



Mengejutkan sekali pengumuman Najib malam ini. Kalau semuanya dilaksanakan dengan baik ia bakal membawa negara kita masuk dalam kategori negara bebas sepenuhnya dan bukan lagi separa bebas. Cuma dalam kes akta cetak itu ia akan lebih bebas jika media perdana tidak dimiliki oleh mana-mana parti samada pemerintah atau pembangkang. 

Jika itu boleh dilaksanakan maka kita akan benar-benar ada kebebasan media dan media mampu menjadi wadah sebagai 'check & balance' kepada penguasa dan juga pemimpin. Lagipun akta cetak sebenarnya ketinggalan zaman setelah berita alternatif dari internet tidak tertakluk kepada akta tersebut. Ia memberikan kesan negatif kepada mereka yang masih menumpukan pada aktiviti percetakan dan menekan para wartawan dari melapurkan berita yang sebenarnya. 

Apapun kita tunggu rangka lengkap bagaimana ia akan gubal semuala dan dilaksanakan nanti sebelum benar-benar melaungkan merdeka, merdeka, merdeka. (Warta Shubhi)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |