PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Siri Tangkap Jin - " itu bukan sawa, itu 'jin' hitam si rukiah memmey "

" Hanga kata jin tu dah mampuih, tapi yang dok melekat pelok pokok kekabu kat ataih tu apa dia? " Huh ?? Betoi, tadi aku dah tikam 'malaon' tu dengan duri landak..menjerit sakan 'dia' tunggu mampuih, balas Bang Samat sambil tuding-tuding tempat 'pembunuhan' yg masih berasap-asap tanpa ada api pun di situ. 

Suram subuh jam 7 pagi betul-betul meremangkan bulu roma. Bang Samat tengok muka aku, aku jegil muka Bang Samat. " Tuu.." sambil telunjuk aku tuding atas pokok kekabu perh..punya tinggi. " Laa..aku ingat sekoq jaa 'malaon' ni dok sini, rupanya ada 'bini' dia ikut sekali naa..! " Habih macamana ? 

" Tak habih lagi pon, kalau ada 'anak-anak' malaon yg mampuih tu dia tak boleh jejak tanah, tu pasal 'depa' kena panjat pokok ! " sambung Bang Samat. 

Memang betul, pasal Bang Samat sejak lepas solat subuh tadi, dah siap redah disetiap inci tanah kampung yg dah 30 tahun tak berpenghuni. Dia redah sambil galas guni pasir berisi lada. dia tabur keliling kampung, hingga tidak ada ruang yg tak kena dengan 'pasir dan lada' Bang Samat. Tanah kampung tiba-tiba jadi 'bara api' kepada 'penunggu' kampung. Panas ! 


" Bang Samat, tu diaaa..ada sekoq lagi dok atas pokok kelapa ! " Aku jerit sambil tuding jari ke arah pokok kelapa yg tingginya lebih 40 kaki mencucuk awan.

" Mak oi..ni bukan lagi 'laki- bini' siap bawak mak, pak menakan mai 'duduk' sini dahh nii..! ", " Hang pi ambik kemenyan, lada, beras sikit dan duri 'landak' yang siap aku asah tu..! ", " bawak mai sini..!! Aku nak 'panah' depa ..kita tengok depa nak pi mana pulak ! " Geram sungguh Bang Samat tengok 'kelaku' jin-jin penunggu kampung yang tak 'bertuan'. 

Tiba-tiba aku jerit kuat-kuat dari balik parit lebih kurang 20 kaki dari Bang Samat dok berdiri sambil mulut kumat-kamit, " Bang Samat, ada 'ulaq' sawa besaq dok belakang bang Samat tuu..! " 3-4 kali aku jerit tapi 'aneh' Bang Samat tetap 'keras' terpacak berdiri tak menguit seinci pun, macam langsung tak takut akan 'bahaya' besar dibelakangnya. Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku lihat 'sawa' boleh berdiri macam 'senduk' ! 

Tapi pasal apa 'ular sawa' yang punya panjang dan hitam warnanya itu semacam tak boleh nak bergerak ? Ikut logik dengan jarak macam tu, dah lama Bang Samat jadi 'lauk' dibelit sawa ? Mata aku tak berkedip. Aku pulak yang basah badan dengan peluh. Tangkap 'toyol' pun tak cemas macam ni. Getusku dalam hati.

Bersambung petang ni..! Sori bro..wak nak pi Alor Setaq ada hal pagi ni..!! Sabaq naa..!!

* Misteri 'sawa' hitam, pokok kekabu 40 tahun hidup tanpa mahu berbuah, dan jin penunggu kampung mengamuk dalam guni, semuanya terjawab pada sambungannya nanti. Kisah Karut siri 'Tangkap Jin' yang berlaku minggu lalu, di tapak Kompleks Pendidikan Darul Anwar, Titi Serong. 

 

2 comments:

  1. mountdweller said...

    Salam Wak

    Sambunglah cepat. Terangsang nak tahu nii apa sudahnya!

  2. Anonymous said...

    mak ooi....

    siri bercakap dgn jin asyik sambung jaa...

    bila nak abis???

    buat la panjang2 sikit siri dia...

    favourite i tau....

    nie i terjumpa satu site baru yg canggih jugak kepala dia...
    saja nak share info...
    bersatu kempen tumbangkan umno..

    ni add dia.. gerai3abdul.blogspot.com

    p/s jgn lupa sambung cerita jin tu yea...

    (lina)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |