Gelap itu duniaku !
Tanpa jenama, nike itu apa ? Adidas, handphone juga xda. Elektrik juga disekat. Sekolah yang x seperti kita, penuh selesa berhawa dingin, buku2 yang baru, alat tulis silih berganti, lengkap segala. Mereka belajar di dalam khemah, sekolah dan hospital semua telah dihancurkan oleh rejim kejam Israel. Tetapi..
10 000 hafiz setiap tahun ! SubhanaLLAH..Anak-anak mereka masih disekolahkan walaupun dengan keaadan yang serba kedhaifan. Semangat mereka sentiasa kental dan penuh impian berjuang di jalan Allah. Kesempitan hidup mengajar mereka erti sebenar kehidupan.
Kita bagaimana kawan-kawan ?
Movie..Lagu2....Game... Facebook....Twitter..
Apa agaknya yang dibualkan mereka di sana ? Apa pula yang dibualkan kita di sini ?
Sheikh Ahmad Yassin pernah berpesan,
" Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar"
Dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka mampu melakukan yang terbaik..
Dalam kedaan kita hidup penuh keselesaan, mengapa kita tidak seperti mereka ?
Adakah hidup kita terlalu disibukkan dengan perkara2 kecil ?
Bila laman sosial seperti facebook, twitter, dan macam2 lagi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...adakah hidup kita juga makin hari dipenuhi dengan perkara2 yang kurang penting ? Banyak agenda hidup jadi perkongsian umum...
Hari ini makan mihun kari...semalam saya bersedih...esok mahu pergi shopping...
Hari ini sungguh gembira, beli handphone baru....rasa amat marah dengan sesuatu, rasa geram dengan sesuatu..
Foto-foto....farmville...poke poke..
Hidup kita berlegar-legar banyaknya pada aktiviti dan perasaan hidup manusia disekeliling...
Terasa sesal dengan diri...mungkin kerana banyaknya masa dihabiskan dengan perkara-perakara KECIL ini, banyak lagi perkara-perkara BESAR dalam hidup yang belum dicapai dengan baik dan sepenuhnya...
Kata-kata Sheikh Ahmad Yasin sungguh menyentuh hati...
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Kawan-kawan..
Hidup kita sibuk dengan apa?
0 comments:
Post a Comment