Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka !
Petikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Akram tadi, disampaikan oleh Imam Abdul Halim.
Beliau menceritakan peristiwa ketika Khalifah Hisyam datang untuk menunaikan haji.
Sebaik memasuki Tanah Haram, dia berkata kepada pemimpin di Makkah: "Carikan aku seorang sahabat Rasulullah SAW." Mereka berkata, "Wahai Amirul Mukminin, para sahabat telah wafat satu demi satu hingga tak satupun tersisa." Hisyam berkata, "Jika demikian, carikan di antara ulama tabi’in!"
Sebaik memasuki Tanah Haram, dia berkata kepada pemimpin di Makkah: "Carikan aku seorang sahabat Rasulullah SAW." Mereka berkata, "Wahai Amirul Mukminin, para sahabat telah wafat satu demi satu hingga tak satupun tersisa." Hisyam berkata, "Jika demikian, carikan di antara ulama tabi’in!"
Maka dipanggillah Thawus bin Kaisan.
Thawus bin Kaisan datang menghadap, beliau membuka sepatunya di tepi permadani, lalu memberi salam. "Assalamualaikum wahai Hisyam.", tanpa menyebut "Amirul Mukminin".
Kemudian beliau terus duduk sebelum khalifah memberi izin dan mempersilakannya.
Rupanya Hisyam tersinggung dengan perlakuan tersebut, sehingga tampak merah muka dan matanya. Dia menganggap hal itu kurang sopan dan tidak menghormatinya, terlebih lagi di hadapan para pegawai dan pengawalnya.
Hanya kerana dia sedar bahawa di saat itu dia sedang berada di Tanah Haram, maka dia menahan kemarahannya lalu berkata,
Hisyam bertanya, "Mengapa kamu berbuat begitu wahai Thawus?"
"Apa yang telah saya lakukan?" Tanya Thawus kembali.
"Kamu membuka dan meletakkan sepatu di tepi permadaniku, juga kamu tidak memberi salam kehormatan dan kamu hanya memanggil namaku tanpa gelaran lalu duduk sebelum dipersilakan."
Maka jawab Thawus dengan tenang:
"Adapun tentang membuka sepatu, saya membukanya lima kali sehari di hadapan Allah Yang Maha Esa, maka hendaknya anda tidak marah atau gusar.
Adapun masalah saya tidak memberi salam tanpa menyebutkan gelaran amirul mukminin, itu kerana tidak seluruh muslimin membai’at anda. Oleh kerana itu, saya takut dikatakan sebagai pembohong apabila memanggil anda dengan amirul mukminin.
Anda tidak rela saya menyebut nama anda tanpa gelaran kebesaran, padahal Allah SWT memanggil nabi-nabi-Nya dengan nama-nama mereka, "Wahai Daud, wahai Yahya, wahai Musa, wahai Isa. Sebaliknya menyebut musuh-Nya dengan menyertakan gelaran, seperti Abu Lahab. (“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”).
Adapun mengapa saya duduk sebelum dipersilakan, ini kerana saya mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, "Bila engkau hendak melihat seorang ahli neraka, maka lihatlah pada seorang yang duduk sedangkan orang-orang di sekelilingnya berdiri."
"Saya tidak suka anda menjadi ahli neraka.
Khalifah Hisyam mendengar penjelasan itu dengan serius, lalu berkata, "Wahai Abu Abdurrahman, berilah saya nasihat!"
Lantas Thawus menyampaikan nasihatnya, "Aku pernah mendengar Ali bin Abi Thalib berkata, "Di dalam jahannam terdapat ular-ular sebesar tiang dan kala jengking sebesar kuda. Mereka mengigit dan menyengat setiap penguasa yang tidak adil terhadap rakyatnya.”
Setelah itu beliau bangkit dari tempat duduknya lalu pergi.
0 comments:
Post a Comment