PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Sg. Limau(1) : UMNO-BN tak akan beri muka ini kali !

surahan#politik - macai PAS bilang, " Sg. Limau tetap kekal untuk PAS ! ". Ini lubok PAS..hatta jika cucuq udang pantai Murni yang sedap tu pon diletakkan sebagai calon untuk PAS, ia tetap menang ". Apa macam ? boleh sengugut jantan dengar macai punya konfiden bro ! Alhamdulillah, apa pun.., macai PAS yg cakap begitu turut bersama-sama penyokong yg lain berhimpun di hari 'perayaan' demokrasi hari ini. 

Jika tanya aku yang marhaen ini, aku akan cakap, " jangan takbur sangat bro..bimbang kelak bertaburan ke longkang...ini medan perang, siapa yg pandai menipu dan bersilap mata, dia yg akan menang. Sejarah umno dan BN dalam menghadapi PRK sejak dulu lagi memang kuat menipu orang. Tanpa tipu susah depa nak menang. Sg. Limau...walaupun di tempat itu bukan ada sangat pon buah limau manis yg ditanam, tapi limau tetap banyak dijajan di sana. 


Tidak ada buah limau yang kita cium..bau tak sedap...semua bau sedap. Itu sifat buah limau bro...! Tapi bila dikopek makan...jangan marahkan Tuhan jika limau manis yg kita beli rasa masam. Begitu juga hal PRK kali ini khususnya di Sg. Limau...asal tempat tu PAS menang sebelum ni...maka pakat-pakat kata BN tak berpeluang langsung akan menang. Dalam satu kuliah agama, naqib pernah berkata, " menipu( tipu helah) dalam perang itu dibenarkan...untuk mencapai kemenangan ". Malah ada satu hadith menyatakan bahawa, 
daripada Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata:” Nabi SAW bersabda: ”Peperangan itu adalah tipu muslihat.” (Bukhari dan Muslim)


Bezanya tipu muslihat yang dibawa oleh umno tak tertakluk pada hukum halal haram...! Harusss..semuanya !! Aku tak pula kata PAS tidak guna taktik itu.  Itu bohong namanya. Cukup setakat itu...jangan pula tanya aku taktik 'tipu helah' yg diguna pakai oleh PAS plak ! Itu hangpa kena tanya sendiri kat depa. 

Setelah Mukriz anak kutty dimalukan kerna mendapat 2 undi di negeri totok johor darul umno, seterusnya tersungkur kalah dalam merebut kerusi Naib Presiden Umno, akan menyerahkan terus kepada takdir Allah tanpa melawan ? Ingat...anak kutty ini bukan macam si 'lembik' tu..!! Macamana kutty macam tu lah anaknya.."bapak borek anak rintik", muslihat apa yang kutty tak gunakan untuk kekal berkuasa selama 22 tahun jadi PM. ? Dan ini kali aku melihat bahawa kutty akan turun habis-habisan bersama pawang 'seru'nya membantu calon BN untuk menang pada PRK kali ini. Untuk mengangkat semula 'muka' mukriz...helah dan tipu harus digembleng semaksima mungkin.  

Beberapa hari lagi, aku juga akan turun ke Sg. Limau...meninjau dan meneropong apa yg perlu teropong..baik ke kubu PAS mahupun ke bilik gerakan BN...! Bukan depa kenai aku !! Tunggu...!!

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

1 comments:

  1. Anonymous said...

    apa kata anda

    http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |