PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

ayam


Kisah Pandiran Semasa
(Part 262) - ayam jantan.. !

Sudah hampir 4 minggu tok tidak lagi mengopey pagi pagi di kedai Siah. Tok bukan merajuk, tapi tok mengambil langkah 'kajang' yang lebih holistik.

Kajang pak malau kajang berlipat,
kajang tok mengkuang hulu,
Dagang pak malau dagang merempat,
Dagang tok tumpang berlalu

Pagi ini group tok , group subuhiya' al ehya ulumuddin memulakan perkampungan mengeteh di tempat yang baru. Lebih segar lebih sedap mata memandang. Sambil menikmati kicauan burung burung hidup dalam menanti sinar pagi yang ada kabus kabus dingin menyeliputi dada langit.

Elok sampai kami pun terus disapa manja oleh seorang gadis.

Gadis : Hai.. abang abang hensem semua.. selamat pagi ! nak minum apa yer ? (ucap gadis mungil yang siap berapron melindung dadanya yang ada perbukitan indah di dalamnya). Nama dia tok tak tau lagi. Sat lagi tok tanya. Sabaq sat naa..!

Dengaq kena panggei 'abang' semua jadi cargas... perangai gelojoh mula timbui satu satu. hareyy betui laa.

Pagi ni tok mai dengan Sood, Tok Imam, Mael dan satu budak baru join group nama Buang. Baru tak laa baru, umoq dia pun dah 40an tahun. Baru pindah kampung. Bini lawa lagi. Cuma belum ada rezeki untuk timang anak. Nampak alim. Bekas tentera udara. Pangkat last katanya RSM. Leftenan pun tunduk hurmat dgn Buang. Kalo Buang lalu, jet fighter Sukhoi-30M pun tunduk. Dengan Buang jangan buat hal, nak kena 'kutip' buat laa hal. Walopun namanya 'Buang', tapi dia jarang buang orang.. yang tahu dia banyak 'kutip' orang. Eh..panjang pulak tok berkisah tentang Buang.

Tok Imam : Saya nak tanya kat hangpa, macamana ayam betina boleh berteloq. Selalu hat jantan jaa ada teloq. Sapa jawab betui.. tok Aki dah kata makan pagi ni dia nak bayaq semua !!

Tok : ( bila masa pulak tok janji lagu tu.. tapi hat selalu memang tok laa yang kena bayaq ! ) kata tok dalam hati laa.

Mael : Payah nak jawab soklan Imam pagi ni. Hat semalam soklan senang sikit..

Sood : Apa kata sebelum kita jawab soklan susah tok Imam ni, kita try soklan yang senang sikit..

Mael : apa dia ??

Sood : Sat.. ! ( sambil gamit gadis ambik order tadi mai ke meja kami ) Dengaq jaa kena panggei, teruih gadis tu mai. Laju dan cargas.

Gadis : err.. panggei saya ni nak tambah order kaa..? (penuh senyuman menawan)

Sood : dokkk aihh.. Saya panggei ni nak tanya soklan.. soklan senang jaa.. tapi tulung jawab ikhlas hati tau !!

Gadis : apa dia ??

Sood : adik lawa ni nama apa ? Tok Imam suruh tanya.. (sambil senyum gatai)

Gadis : Ohhh.. tanya nama kaa ? nama betui Kamsiah. Nama penuh Kamsiah binti Ali. Panggil pendek, Siah.

Tok : gulpppp...( awat jadi lagu ni pulak ! Lain maciam )

Sood : sedap nama tu.. tapi rasa 'pahit' kat Tok Aki. Betui dak Mael.. depa laa kata.

Mael : hahahaha.. betui sangat. Dalam pahit ada maneh. Dalam maneh ada rasa. Dalam rasa timbui cinta. Dalam cinta ada Siah...kih kih..kih..!

Harrey sungguh depa pagi ni..dok bahan tok pulak. Tapi tok tengok budak kamsiah ni body kurang lebih jaa dengan bakal bini Shuib hat nama Wati tu. memang aumm sungguh..! Tok takmo laa banding dgn Siah 'lama' , hat ni lagi everest. Bukan level gunung korbu dah bang !

Imam : oitttt.. soklan aku tadi bila nak jawab..?

Mael : esok laa kami jawab .. pagi ni layan Kamsiah lagi surrr dari jawab soklan Imam ! Pemandangan pun indah.

Sood : Ceh.. ! (sambil ushar dengan hujung mata ke arah Mael )

Kesian Imam, soklan dia pagi ni langsung tak mendapat sambutan. Ada kaa tanya soklan pasaipa ayam betina berteloq. Tanya laa soklan yang mencabar sikit. Hangpa tau ? Tok pun tak tau.. jarang tok tengok ayam betina ada hubungan intim dgn ayam jantan, yang selalu ... subuh subuh tok tau ayam jantan memang kuat berkokok .. lagi koat dia berkokok.. lgi koat teloq jatuh dari muntut ayam betina.. kikiki !!







" Jika kita kejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, biarlah nampak miskin tapi berharta daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang " - karya aki

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |