PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Musang Bela Ayam ?


"..Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (Umno) ini.." - shahidan kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.

albanjari - Jiwa gelora. Ikut hati, macam mahu esok saja jumaat. Tempoh 4 hari minggu ini rasanya sungguh bosan. Lebih-lebih lagi bila tahu ada 100 ulamak mahu join Umno. Wow ! Bunyi ayat angkuh dan takbur.

Bukan sedikit, 100 beb ! Utusan meloya terpaksa tambah inci koran buruk edisi sabtu. Jika 100 nama ulamak mahu disenarai tulis, mahu 3 jengkal tangan Shahidan baru cukup. Makin tak sabar rasanya nak lihat senarai 100 ulama yang akan menyertai UMNO nanti.

Gempita pencacai, hebat mewar-warkan antara ulama yang akan masuk UMNO itu adalah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, walaupun beliau sendiri tidak memutuskan lagi perkara itu. Nampak gelojoh benar Umno bila digempakkan dengan geng-geng ulamak nak masuk Umno ini. Tak menyabor kata orang Parit.

Bila meninjau seinci jauh ke depan, mungkin ada baiknya golongan ulamak join Umno. Latarnya, pasal jika diimbau zaman Umno era Tunku Abdul Rahman, ramai ulamak duduk dalam Umno sebenarnya.

Tetapi itu zaman dulu beb ! Zaman era Tunku. Tetapi sejarah juga melihat betapa lintang pukangnya golongan ulamak meninggalkan Umno bila Umno sekongkol halalkan loteri(judi). Kecuali ulamak 'gila' saja yang buta mata, dan pekak telinga mengharuskan 'loteri' Umno ketika itu. Yang celik dan takut neraka, cabut siang-siang menjauhi Umno.

Namun kini, timbul persoalannya apakah penglibatan 100 ulamak ke dalam UMNO ini sekadar untuk menyakinkan orang Melayu terhadap UMNO ataupun kononnya mahu mengerunkan parti lawan seperti PAS bahawa UMNO juga mempunyai golongan ilmuan agama?

Sejauhmanakah pula nanti bidang tugas ulama di dalam UMNO ini nanti? Adakah sebagai rujukan bagi segala tindakan pemimpin yang melaksanakan sesuatu dasar? Ataupun adakah kewujudan mereka adalah sebagai 'alat' bagi meng'halal'kan segala dasar yang di putuskan kerajaan yang dipimpin Umno?

Harapnya pemimpin UMNO lebih ikhlas menerima golongan ulamak ini, cadangan menarik golongan ulama ke dalam UMNO sebenarnya bukan lah suatu perkara yang baru. Ramai penganalisis politik, pemimpin parti termasuk parti lawannya dan orang awam sendiri telah menyatakan cadangan supaya UMNO membawa masuk golongan ulamak sebagai penasihat, penegur dan rujukan buat pemimpin mereka, memandangkan sudah terlalu banyak tindakan kerajaan dan pemimpin UMNO yang menyalahi agama dan moral, contohnya isu judi akhir-akhir ini.

Namun, janganlah pula nanti penglibatan ulamak di dalam UMNO sekadar mahu menjaga kepentingan peribadi atau dasar parti semata-mata walaupun ianya bertentangan dengan prinsip agama. Maka jadilah mereka ulamak bangang sebangang-bangangnya.

Ibaratnya, Umno itu 'musang' dan ulamak itu pula 'ayam'. Bolehkah musang dan ayam tidur se'reban' ? Bimbangnya, musang tak beranak, ayam habis dibaham musang. Ulamak mana, sampai 100 orang itu yang nak tidur dengan si'musang' yer, kena tunggu jumaat ini.

(*) sumber adaptasi/ubahsuai dari artikel asal oleh PAS Bukit Katil

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |