Sosilawati - Azab sungguh..tapi mulut Sharizat ?
Daripada bacaan akhbar utama pagi ini, dapat disimpulkan bahawa mangsa bunuh di Ladang Ayam Banting itu sememangnya sadis, dan cukup kejam. Pembaca dibuai rasa yang berbagai-bagai bila semua mangsa diperlakukan sekejam itu. Lebih-lebih lagi ketika Ramadhan, tentu semua mangsa yang dibunuh tidak punya daya dan upaya untuk melawan sekumpulan pembunuh keji yang kenyang perut dan mabuk darah.
Menjengah laporan berita Sinar Harian cetak pagi ini : Mangsa dibunuh selepas berlaku pertengkaran dan pergaduhan. Mangsa(Sosilawati) berkeras mahukan wangnya RM4 juta dikembalikan. Mungkin ketika masing2 dalam keadaan marah dan ditipu, pergaduhan mulut melarat kepada gaduh fizikal. Dari laporan mangsa dihayun dengan kayu besbol untuk melemahkan semua mangsa, lalu diikat sebelum dibunuh dan dibakar.
Pernah rasa kena hentak dengan kayu kriket kat kepala? Tak payah kat kepala kat belakang pun dah cukup siksa sakitnya. Kalo kena kat kepala barai beb! Boleh retak tengkorak dibuatnya..Kena kat muka pecah lengai hidung dan mata, bersembur darah keluar dari mulut. Azab hanya Tuhan yang tahu.
Imam tanya wak, enta pernah kena bantai ker dengan kayu tu? Wak cakap, " tak pernah, tapi pernah ler hayun kayu kriket tu kat sebiji kelapa yang belum diparut, pecah barai kelapa tu, bersembur air kelapa tu beb! " Gila !!
Metro cetak pada pagi ini pula berkisah bagaimana semua mangsa dipukul dengan kayu tersebut dan diikat dengan dawai. Setelah diikat, seorang-seorang mangsa dibunuh oleh salah seorang suspek yang berhati paling kering. Seorang-seorang beb ! Memang sangat kejam pembunuh2 itu.
Bila Metro sebut begitu, terbayang macamana rakan lain melihat rakan yang dibelasah sampai mati itu didepan mata dan azabnya mangsa yang dibunuh menemui ajalnya sebelum giliran rakan lain pula dibelasah sampai mati. Depan mata beb ! Diharap semua mangsa bunuh ketika itu tidak putus membaca ayat-ayat suci dan menyebut Allah SWT. Semoga semua mangsa bunuh mendapat rahmat dan sejahtera rohnya di sisi Allah SWT. Allahu Akbar !
Mungkin kerana itu, mungkin juga kerana imaginasi Sharizat yang juga over, maka terpacul dimulutnya (kerana memikirkan keji dan kejamnya pembunuh-pembunuh) melanyak mangsa yang tidak berdaya sampai mati, ayat dibawah spontan tersembol diucapnya;
Neraka Pun Tak Terima Penjenayah yang bunuh Sosilawati, 3 Individu lain-Shahrizat. Oleh SALWA SHA'ARI: Shahrizat menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
Kena jujurlah, biarpun ucapan itu menimbulkan isu, kekeliruan dan persepsi yang berbeza tentang definasi Neraka, harap beliau bukan menterjemahkan ia kepada neraka Allah SWT.
Bersangka baik, mungkin ditujukan kepada neraka DUNIA mungkin. Walaupun ada yang nakal merujuk kepada neraka UMNO! Titik. Jangan politikkan katannya. Ingat tu !
Apapun jika, terniat untuk kontra tentang neraka Allah SWT, ketika pengucapan itu wajar istighfar, buat Shahrizat dan sewaktu dengannya, manakah lagi siksaan paling dahsyat selain neraka?
Nama-nama neraka menurut Islam:
1. Hawiah (Lubang yang tak berdasar) (Al-Qaariah ayat 9)
2. Huthamah (Yang menghancurkan sampai berkeping-keping) - Al-Humazah ayat 4
3. Jahannam (Bahasa Arab: جهنم) (Ali'Imran ayat 162)
4. Jahim (Asy Syu'araa ayat 91)
5. Saqar (Al Muddatstsir ayat 26)
6. Sijjin (Al Muthaffifiin ayat 7) [1]
7. Ladza
8. Sae'er
9. Wail
وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ (٥) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٦) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ (٧)
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.(7) : (Surah al-Mulk ayat 5-7)
(*) Ada siapa boleh sohihkan berita ini ? - Jangan jadi bangang 40 kali !!
JANGAN POLITIK-KAN ISU. Ingatan buat blogger gerombolan. Sekadar mengingatkan saja. Jenayah tetap jenayah. Dengar tu Gomo !
JANGAN POLITIK-KAN ISU. Ingatan buat blogger gerombolan. Sekadar mengingatkan saja. Jenayah tetap jenayah. Dengar tu Gomo !
0 comments:
Post a Comment