(3) Bencana Lombong Emas di Chile
Pelombong yang terperangkap selama 69 hari dalam lombong emas dan tembaga di gurun Atacama, utara Chile, ditarik keluar dalam tempoh 10 jam pertama pagi semalam.
Para pekerja penyelamat menggunakan kapsul logam mirip peluru berpandu diberi julukan The Phoenix yang dibina jurutera tentera laut Chile untuk menarik pelombong satu persatu ke permukaan bumi, dari lohong sedalam 625 meter di bawah tanah.
'Operasi berjalan lebih lancar daripada yang dirancang,' kata Menteri Kesihatan, Encik Jaime Manalich, kepada pemberita.'Selamat kembali,' kata Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera, kepada Encik Jorge Galleguillos, 56 tahun, yang menjadi pelombong ke-11 diselamatkan.'Terima kasih kerana percaya bahawa kami masih hidup,' jawab Encik GalleguillosNama pelombong ke-12 tidak dinyatakan pihak media.
Pelombong yang pertama keluar dalam perjalanan kapsul selama 16 minit ialah penolong formen, Encik Florencio Avalos, 31 tahun, sejurus selepas tengah malam kelmarin.Encik Avalos, yang memakai kaca mata hitam dan tersenyum lebar, memeluk isterinya, Cik Monica Araya, 33 tahun, dan anaknya, Barion, tujuh tahun, yang menangis.'Ini satu keajaiban daripada Tuhan,' kata Encik Avalos.Beliau kemudian memeluk Encik Pinera, sedang orang ramai berso- rak kegirangan 'Chile! Viva Chile!' bermaksud 'Chile! Hidup Chile!'.Pelombong kedua, Encik Mario Sepulveda Espina, 40 tahun, ditarik keluar sejam kemudian.Selepas memeluk isterinya, Cik Elvira, beliau menghadiahkan batu lombong kepada para pekerja penyelamat, yang tertawa lucu.'Tuhan telah menyelamatkan saya,' kata beliau.
Pelombong ketiga diselamatkan Encik Juan Illanes, 52 tahun, ditarik keluar sejam selepas itu.Satu-satunya pelombong rakyat Bolivia, Encik Carlos Mamani, 23 tahun, dan keempat diselamatkan, disambut anggota keluarga dan dipeluk oleh Encik Pinera.'Syukur kepada Tuhan. Terima kasih Chile!' kata beliau. Presiden Bolivia, Encik Evo Morales, dijangka ke Chile untuk bertemu beliau.
Pelombong termuda, Encik Jimmy Sanchez, 19 tahun, Encik Osman Isidro Araya, 30 tahun, dan Encik Jose Ojeda, 46 tahun, merupakan pelombong kelima, keenam dan ketujuh dibawa keluar.Pelombong tertua, Encik Mario Gomez, 63 tahun, merupakan orang kesembilan ditarik keluar sekitar 7.58 pagi semalam.Beliau, yang diberi julukan The Navigator (jurumudi) diberi peralatan khas bagi mengatasi masalah pernafasan. Pelombong kedua diselamatkan, Encik Sepulveda, semalam mengkritik pengurusan lombong dan mahu 'ada perubahan dari segi kerja'.
Presiden Chile, Encik Pinera, mengarahkan agar dirombak semula sistem keselamatan lombong selepas kecelakaan itu.'Lombong ini mempunyai sejarah kemalangan yang panjang. Ia tidak akan dibuka semula jika tidak dapat menjamin keutuhan, keselamatan dan nyawa para pelombong,' tegas beliau.Di Santiago, ibu kota Chile, pemandu kenderaan membunyikan hon tanda gembira, manakala di bandar Copiapo, datuk bandar menutup sekolah supaya ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyaksikan operasi menyelamat dari kaca televisyen.
Operasi tersebut turut disiarkan secara langsung ke Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.Orang terakhir akan dibawa keluar ialah ketua formen, Encik Luis Urzua. Operasi menyelamat dijangka selesai selepas 36 jam, yakni hari ini.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memuji kecekapan para pekerja penyelamat.'Kami berdoa semoga dengan rahmat Tuhan, semua pelombong akan keluar dengan selamat,' kata beliau. -- Agensi. | http://cyberita.asia1.com.sg | sumber dipetik dari cacamarba blog
0 comments:
Post a Comment