PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

MISI BESAR IKON MUSLIMAT MUDA 1432H

FACEBOOK FAN PAGES : LIKE DI SINI
[Jangan lupa klik LIKE tanda sokongan kepada misi dakwah IKON ]
WEBSITE RASMI IKON : www.ikonmuslimatmuda.com - [boleh dilayari mulai malam ini]

albanjari | CILTV
Mereka muda. Mereka cantik. Mereka juga pintar. Cilik dan anggun. Di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fosih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk. Mereka memahami setiap patah dan ayat al-Quran yang dihafaz. 


Minta saja kepada mereka ayat-ayat tentang 'munafik' yang dijelaskan oleh Allah swt. didalam al-Quran, anda pasti akan dilayan oleh mereka dengan lebih 100 ayat berkenaan yang sedia ter'hafaz', untuk anda ditazkirahkan. Ada berani ? Jika belum bersedia, jangan jadi 'munafik' !

Kini CILTV sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia. Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CILTV mulai Mei ini.

Setiap minggu akan ditampilkan 5 IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini. Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan di pertengahan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia. Takbir !!

Daripada 50 peserta yang dipilih oleh program, 20 peserta pilihan akan dihantar dengan izin waris ke Akademik Pendakwah Muda (Ad'WA) dibawah selian dan bimbingan tenaga pensyarah daripada Ma'hadul Azhar, Institut Tahfiz dan Pengajian Islam, Pulau Pinang selama 50 hari dan diajar secara intensif melalui kaedah pendidikan Imam Shafie dengan tag, " Biar al-Quran yang mengajar permata hati kita", dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Yusuff Othman, Mudir Ma'hadul Azhar dan dibantu oleh 5 tenaga pengajar lulusan ijazah al-Azhar dan Yaman yang mahir dibidang masing-masing. Peserta yang dipilih akan ditempatkan disebuah rumah yang menjadi pusat program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.

Program separa realiti ini digerakkan sepenuhnya oleh sebuah NGO Perak, Idham Care. Misi program ini merupakan misi dakwah yang menggunakan tag ISLAM FOR WORLD. Lokasi dakwah pertama dipilih oleh program IKON musim pertama adalah di pendalaman negeri Sarawak.

10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama 15 hari di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program. Saham akhirat yang kekal pahalanya untuk kerja-kerja dakwah. Biarkan IKON muda ini turun berdakwah kepada golongan muda sepertinya. ISLAM pasti gemilang dan cemerlang.




2 comments:

  1. Bomosiam said...

    Hah ! IKON MUSLIMAT ! MUDA !!
    Bior teman jadik juri..! Teman nak jadi juri ! Teman nak jadi juri...!

    Wak ! Kabor je kat mana? Bila? Free of charge !

    Aikkk!! IdhamCare ?!!
    Sorry Wak...! Cancell..! Tak jadik !!

  2. pokku(putrajaya) said...

    guano nyer cancell pulok cik bomosiam???cer citer kat teman ni....tak yeh jadi juru lah kan terbakar jin tu dibaca ayat oleh muslimat2 yg cantik ni...terbakar hati kan parah....kahkahkah!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |