PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!

edisi Ramadhan albanjari (1) - 
Awal Ramadhan gegak sekampung kerajaan dacing umum dana RM15 juta kepada rakyat. Wakil Parlimen dacing turut tersongeh-songeh bila si sembab juga umum peruntukan RM2 juta mesti dihabiskan sebelum habis tahun ini disetiap parlimen yg dikuasai dacing. 

Tak cukup itu opah ijat juga dapat tempias. Jota-jota bro ! Okaylah..pasal aku nampak dia juga ada guna itu dana bantu orang gelandangan tepi jalan. Kasi makan, bikin iftar, bikin makan sahur..itu orait ! Aku puji dan bagus..!! 

Walaupun kadang-kadang aku tengok jambul dia dah serupa maruku Buntong. Alhamdulillah. Minggu lalu, aku juga lihat ada orang dacing sibuk lalak-lalak tepi jalan agih bubur lambuk. itu pun aku puji. Satu tanda semangat pilihanraya umum makin dekat. Syiokk aku tengok minah-minah pink dengan van 'sayang' - Kami Prihatin besaq gedebaq bawa bubur lambuk bagi free pada rakyat. Lepas bagi bubur, kena sebut 1 Mesia sambil tunjuk jari telunjuk tegang-tegang tanda sokong. Yang nakal pi tunjuk jari 'hantu', Kah..kah..kah !! nasib hangpa laa..!! 

RM2 juta untuk bubur lambuk jer? 

Aku lihat kreatif sungguh bebudak dacing ni buat kerja-kerja amal di bulan puasa sekarang. Agih bubur lambuk dan macam bagai. Dah nama pun benda free, memang cepat habis. Tak cukup masak bubur lambuk, depa angkut van meggi 2 minit. Sapa yg rajin bazir duit di pasar ramadhan khususnya di daerah tertentu akan terlihat van-van warna kuning terparkir tepi pasar ramadhan. 

Ingat apa laa..! Rupanya puak-puak dacing agih mee meggi kepada orang ramai pulak dah ! Memang ho-liaww..!! Ada kaa patut galak rakyat makan meggi. Tiap seorang akan diberikan 1 beg yg mengandungi 5-6 kampit mee meggi. Kah..kah..kah !! 

Peruntukan sebanyak tu depa boleh pikir tahap tu jer..apa la punya bangang ! kalo bubur lambuk tu okay la jugak. tapi mee meggi macam tak kena langsung !! Kesian si sembab, bagi RM2 juta pada setiap bahagian dacing seluruh negara, tapi orang dacing di bahagian cuma boleh fikir bubur lambuk dan mee meggi untuk di beri kepada rakyat. Hoi..RM2 juta tu bro..bukan RM2 ratus !! 

Aku nak tanya peruntukan RM2 juta yg diberikan itu adakah dari duit kerajaan(baca rakyat) atau duit Umno? kalau dari duit umno hangpa nak bagi chikedees atau twisties pun aku apa peduli. Tapi kalau peruntukan itu dari hasil kerajaan yg dikutip dari cukai rakyat, sedih bro..! Patut ker depa bagi rakyat makan meggi jer..!! Depa makan chicken chop, rakyat makan mee meggi !! 

Kompang bukan main kuat. Bunyi dah macam serupa apek jual 'mapiaw' - jerit koat-koat tepi longkang., tapi semua kena tipu !! 

Pakatan Rakyat, jaga hangpa esok. Esok aku nak bongkar pulak isu beras untuk orang miskin. Peruntukan puluh-puluh ribu dapat kutip tapi beli beras hancur bagi makan orang miskin dan fakir per ker jadah tu bro? 

Apa salahnya bagi beras bergred terbaik untuk diberi pada mereka, setahun sekali depa nak merasa..tapi beras hancur hangpa bagi ! Nasib hangpa la orang miskin, tahap beras hancur ajer lahh...! Tapi undi mesti kena bagi pada Pakatan Rakyat. Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!

 

2 comments:

  1. ibnmustaffa said...

    Biar betoi wak, beri beras hancur. Mana ada wak..... Sini beri beras terbaik punya. Tapi kampit 5kg je le..

  2. Anonymous said...

    Ini boleh berlaku atas beberapa sebab.
    1. Beras itu memang telah disumbangkan terus olih pihak penyumbang dalam bentuk kampit.
    2. Pihak yang menerimanya ialah pihak fakir miskin. Kalau ada pihak yang menerima membuat komplem maka saya rasa orang itu memang tidak layak menerima sumbangan tersebut kerana mereka memang hanya mampu makan beras jenis itu.
    3. Harga beras jenis itu adalah jauh lebih murah. Jika sesuatu peruntukan untuk beras sudah ditentukan maka tentunya lebih banyak kampit yang boleh disumbangkan. Oleh itu lebih banyak bilangan penerimanya.
    4. Kita percaya bahawa disamping beras ada juga barangan lain yang disumbangkan. Jadinya ia tidak menjadi isu besar.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |