PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Salahkah gereja bagi bantuan bila Pusat Zakat tak bagi ?

KL, 25 Ogos 11: Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis. 

Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri. “Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. “Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini. 

Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan. Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu. 

Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit. “Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. “Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. 

Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya. Zakat & Gereja Kembali kepada pengurusan umat Islam mengenai zakat, Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. “Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. 

Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. “Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi. Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.” 

Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar. “Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. “Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi. (IH) 

*depa kata :.... pusat zakat bukan tak bagi langsung...tapi tak cukup.... untuk fakir miskin RM 250.00- RM 400.00 jer, tapi Pusat Zakat Selangor boleh pulak beli bangunan baru...beli kenderaan baru dan sebagainya.sampai ade yang kata...mana pi duit zakat...masa minta bukan main lagi...bila kita pi minta bantuan...depa kata kena ikut prosidur lah...kena itu dan ini lah.... tak layak lah.... dah jadi isu macam ni...mula nak cari alasan. aku kata: bukan setakat bagi kat fakir miskin jumlah yang tak munasabah, peruntukan untuk amil miskin pun depa kurangkan dengan alasan nak tampung kos cetak kupon zakat fitrah le...pengurusan ler. 

Pastu bagi bantuan kepada kepada yang bukan asnaf yang wajib...bagi kot dan...bukan salah tapi tak boleh la sewenang-wenangnya nak guna duit zakat kat perkara lain...soal bencana alam atau sebagainya ...tu tanggungjawab kerajaan negeri lah yang bantu.... beli banungan yang besar tu guna asanaf mane?.... apakah zakat harta dan zakat-zakat lain dari rakyat depa boleh buat macam harta mak-bapak depa?.... dengan bangga mereka umukan kutipan zakat berjuta-juta ringgit...tapi mana dia laporan pengurusan dan agihan zakat yang mereka umukan?.... kalau mereka telus...kita cabar lembaga zakat selangor perincikan agihan zakat tu kat media dengan penyatanya sekali..... buatlah kalau mereka benar-benar telus........ manalah akal dan kewarasan sang penguasa di lembaga zakat ni?.... kisah selanjutnya bila pihak berwajib tak tunai tanggungjawab.



Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’ 
Oleh G. Manimaran 

August 25, 2011 KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad. Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.” Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti. Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. 

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad. “Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini. Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.” Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.” Dia mempunyai tiga orang anak. “Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih. “Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. 

Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi. Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan. Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.” 

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. “Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini. 

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. “Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. “Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. “Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi. 

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. “Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. “Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. “Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya. 

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. “Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. “Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi. 

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya. “Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. “Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. “Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.” 

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”. “Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi. - TMI

4 comments:

  1. Anonymous said...

    Apakah Islam membenarkan wang zakat salah sebuah kerajaan negeri digunakan bagi membantu menjatuhkan sebuah parti lawan (PBS - Pairin) suatu ketika dahulu? asnaf yang keberapa?

  2. Anonymous said...

    cerita mengenai org gereja yg membantu orang islam ni dah lama saya ikuti sejak umur 13 tahun lagi. Sekarang umur saya sudah mencapai 30 tahun.Saya pun tak pasti fungsi pihak zakat ni sebenarnya pada org islam yang miskin dan kesempitan hidup.Harap pihak zakat dapat membantu orang yang sedang dalam kesempitan hidup atau miskin.Jangan terlalu mengikut prosuder2 atau peraturan penerima asnaf.berilah bantuan seikhlas mungkin.

  3. Murad said...

    Kita tidak boleh menjadikan islam sebagai tebusan bagi folongan ini sebagai tukaran dengan bantuan zakat. Jika begitu akan menggalakkannorang miskin cuma bergantung dengan wang bantuan dan zakat. Saya nampak nada golongan politik islam dah berubah kalau era 90an dulu anti murtad cukup hebat-orang yang murtad mesti hukumnya bunuh. Tapi sekarang ni pihak yang nak menghalang murtad pulak disalahkan serta pihak zakat juga disalahkan. Orang yang cuba memurtadkan dibiarkan dengan alasan memang tugas mereka. Betulkah hujah macam tu.

  4. Anonymous said...

    Saya ingat nak pi try minta wang zakat dulu kat Pejabat Zakat Selangor. Nak try buat muka kesian dan susah. Nak tgk apa yang susah sgt nak minta zakat. Kemudian bila dia kata tak layak, saya akan kata betullah kata orang gereja lagi mudah minta duit.

    Kemudian kalau dia berdegil juga taknak kasi zakat, barulah saya keluarkan dompet..

    Saya nak bayar zakat sebenarnya.

    Nusantarian

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |