Monday, December 30, 2024

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Menteri muka 'sepol' nak sumpah jugak ?

Tak ada sapa suruh sumpah pun ! Tapi dia 'hangin' satu badan. Nasib baik dia ajer, kalau bini dia pun sama 'hangin', mau dia nekad bikin sumpah di 44 masjid dan surau, lagi 'lahabau' !! Hancauu...punya umngok !!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di ibunegara. 

Beliau berkata wang yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai 'politik terdesak'. 

"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah. "Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah," katanya kepada pemberita hari ini. Jamil Khir berkata pinjaman perumahan bagi rumah yang didiami sejak 17 tahun itu, masih lagi berbaki malah lebih 10 anggota keluarga tinggal sebumbung, termasuk kedua orang tuanya. 

"Rumah, hutang kerajaan, itupun tak habis lagi, hutang sejak dari 1994, (anda) boleh rujuk, dan bukan hutang masa saya jadi menteri ni," katanya. Jamil Khir sanggup bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya. (sumber - MKini)

2 comments:

  1. Awan Network said...

    sumpah bukan boleh dibuat main2..kalau dunia boleh la lepas..kalau akhirat?

    Entri Terhangat!! :
    HOT!! - Rakan Ajak Onani?
    HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

  2. garagaikareng said...

    Oooooo....baru aku tau, rupanya ni la tok guru sumpah, patut la masa Anwar failkan hukum qazaf (kes liwat)tempoh hari dia tak bagi, mungkin selama BN(UMNO) memerintah, m'sia takdak mahkamah syariah, semuanya perlu bersumpah je, ataupun sisepol tu jadi tok guru dia. cayalah jamiiillllll. macam budak-budak bila bergaduh.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.