PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Mayat Ghadaffi diludah rakyat atau Amerika ?

PERINGATAN PEMBALASAN UNTUK YANG ZALIM - Terutama kepada Para PEMIMPIN....

"fa-inna lilladziina zhalamuu dzanuuban mitsla dzanuubi ash-haabihim falaa yasta'jiluun"....
[51:59] Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bagian (siksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya.

"wa-inna lilladziina zhalamuu 'adzaaban duuna dzaalika walaakinna aktsarahum laa ya'lamuun".....
[52:47] Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Ramai PEMIMPIN ISLAM yang di jatuhkan secara AIB oleh Rakyat mereka sendiri....Seperti yang berlaku di Negara-Negara Arab...Iraq, Mesir, Libya dan banyak lagi yang lain. Jangan lah diantara kamu menjejaki tingkah laku yang akan membawa kamu sebagai Pemimpin ke ambang kemusnahan di sebabkan oleh hawa nafsu sendiri yang tidak berlandaskan Ketetapan TUHAN YANG MAHA AGUNG iaitu ALLAH SWT.

Peringatan Ihklas dari DrSoul Loren.



SIRTE: Ditarik keluar dari pembentungan paip, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang cedera mengangkat tangannya dan merayu kepada Pejuang Revolusi: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Dalam tempoh sejam, beliau meninggal dunia; tetapi masih hidup ketika rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan. - AP

Walau apapun kisahnya tentang zalimnya dia ketika memerintah, namun di era pemerintahannya mengemudi Kerajaan Libya, ia lebih berganda-ganda bagus dari kerajaan UMNO pimpin negara sekarang, lihat dibawah :

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.info disini:-
http://really.tigaline.com/really-moamer-gaddafi-adalah-pemimpin-yang-kejam/


7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatihah Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |