PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Ada sapa nampak, aku punya 'telor' haa ?

Nak jadi seorang ketua kena ada 'guts' atau kena ada telor. Tapi tidak bagi Najib yang gurkah-gurkah politik di'port' telah melabelkan dia memang seorang ketua, tetapi ketua yang tak ada telor, sebabnya sampai sekarang dia masih tidak berani mahu bubarkan parlimen dan adakan PRU-13. Setelah di riki-riki, memang sah dia tak ada telor sebab sejak awal tahun 2011 sampai lah hari ni dah pun masuk awal tahun 2012, PRU-13 yang kita semua tak sabar menunggu tak nampak bayang pun.

Jika beliau adakan PRU-13 sebelum bulan Julai tahun 2011 yang lalu terutamanya pada bulan Mac, pasti beliau akan menang besar sebab pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) sedang kucar-kacir dan belum dapat berdiri di atas tapak yang kukuh lagi. Masa itu Bersih 2.0 belum pun memaparkan tuntutannya kepada kerajaan.

Namun demikian, kesilapan Najib melengah-lengahkan sampai sekarang ini bukanlah satu langkah yang bijak sebab selepas pemilihan parti yang diadakan oleh PAS, PAS telah bertambah kuat sementara PKR dan DAP masing-masing telah pun mengorak langkah untuk memperbaiki kedudukan mereka. Kini ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini sekarang telah berada diatas 'terra firma' atau permukaan bumi yang kukuh, orang putih kata berada 'on solid ground'.

Punca nya adalah disebabkan oleh Najib sendiri yang tidak ada telor atau tak berani nak menebang pokok, mengikut kata peribahasa Cina. Apabila seseorang hendak menebang pokok, kapak yang dihayunkannya mesti sampai tepat untuk memukul sasaran tetapi Najib hanya berani menghayun kapak 'halfway' dan selepas itu menarik balik pergerakannya semula. Ini bererti beliau tidak berani 'go for it', seperti setengah orang yang suka cakap-cakap dan bermegah-megah tetapi pada masa yang ditetapkan untuk beraksi, orang itu pergi berkelah di tepi pantai ataupun duduk dalam rumah sahaja.

Najib sekarang cuba membuat sesuatu untuk mengawal kenaikan harga barang yang masalahnya semakin bertambah teruk. Tetapi kenyataan dari kerajaan menunjukkan bahawa tiada satu orang pun mempunyai rangka pelan yang jelas. Semuanya samar-samar, kabur dan tidak mempunyai halatuju. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan langsung tiada idea bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

Oleh kerana masalah harga barang naik, Najib tidak berani mengadakan PRU-13. Ini memang akan memberikannya imej sebagai seorang pemimpin yang kurang keberkeyakinan. Berbanding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun dengan caranya yang tersendiri dan tunggang-langgang serta caca-merba, Badawi bagaimanapun telah berjaya menetapkan tarikh pilihanraya umum.

Dengan pendirian sebegini, ramai rakyat Malaysia terutamanya dari golongan yang miskin dan berpendapatan rendah hanya boleh tunggu, lihat, harap dan berdoa. Ramai daripada mereka pun telah menggelengkan kepala tanda rasa kecewa, fedup dan bengang dengan Kerajaan BN/umno.

sumber dipetik dari blog dollah yankee

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |