Bezakah Hj. Tempirai dan Hassan Ali ?
Kata orang UMNO di Ampang - Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.
Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecuali KEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas! Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.
Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI? Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?
Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya. Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampangmemperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.
Tengok saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.
Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi dengan MENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORM untuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.
Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya. Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA! Jadi persoalan nya...APA KE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..??? - sumber lagi-pasal-jelajah-hassan-ali-di-ampang.
Kata Wak - Macam dah jadi 'parasit' plak dah dia ni. Burukkan PAS di pentas umno? Tu pasal aku rasa setuju saja apabila Dato' Tuan Ibrahim gesa DHA kosongkan kerusi Adun yang dimenanginya diatas tiket PAS 4 tahun lalu. Tetapi beranikah Hasan terima cabaran ini ?
Jawap WAK plak - Dia tak akan berani kosongkan kerusi itu. Sama macam kes kerusi Kulim-Bandar Baharu, Hj. Tempirai Bagan Serai, Pasir Mas dan sewaktu dengannya. EGO orang politik memang macam tu, MALU? Jangan mimpi laa jika sifat 'malu' itu ada pada pemimpin mcm ini. Akhir kalam..ambik nih..Puihhh !!
Pas desak Hasan letak jawatan Adun
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.
Ketua Penerangan Pas, Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri. By: Ayid Hassim
0 comments:
Post a Comment