PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(Siri 2) - Maafkan aku jika artikel ini macam gampang !


Blog dan Sayembara
Raden albanjari | Sept 2012
3:22pm

Blogger itu suara anak muda. Pengaruh mereka besar. Bukan suara tin kosong. Suara mereka suara MASSA untuk mendokong perubahan kepada Malaysia yang lebih baik. Bukan dipinggirkan ! Dan juga bukan seperti daun kari..! Jika ada pimpinan berani menyanggah bahawa peranan blogger itu kecil dan hanya dicelah gigi yang ronggak. Wak cabar di sini untuk dihujah buktikan. Benarkah demikian ?

Mengcungkil sejarah. Di era pemerintahan PR Perak, satu masa lalu, boleh satu exco kerajaan (tak perlu sebut nama) memperlekehkan peranan blogger PR. Dengan membawa hujah sinis, berapa kerat sangat rakyat baca internet dan buka internet. Nasib baik tak sebut depan aku, kalau tidak mau ku tampar si pukang(bekas exco PR) tu hidup-hidup.

Tak sampai 6 bulan hujah beku lagi bodoh itu dilampiaskan oleh exco dunggu itu ke muka bloggers PR Perak, Kerajaan Pakatan Perak RUNTUH. Pada masa itu, media apa yg boleh diharapkan untuk mencetus dan mengalirkan berita peristiwa yang berlaku ? Mahu diharapkan kepada Utusan dan Berita Hairan ? Hari-hari, siang malam PR digodam dan dicelapakkan oleh media mainstream dan pimpinan PR dihinakan semahu-mahunya oleh mereka. Padan muka !

Jam 1.30pm. Hari tu hari jumaat. Berlaku pada bulan februari, lewat 2 tahun yg lalu. Apabila aku menerima panggilan terus dari MSK untuk datang ke Ipoh..dan minta kumpulkan beberapa lagi sahabat blogger yang boleh ikut, aku jadi terpana ! Sehelai sepinggan aku turun ke Ipoh bersama Cenangau. Bawa kereta laju nak mampus. Nasib baik tak mampus ! 1 jam bro..!

Dan tiba di rumah rasmi Nizar ketika itu...dan terus dikerah untuk berkurung di bilik belakang rumah rasmi yg dikawal ketat oleh Unit AMAL. 5 hari tak mandi, tak tidur, tak salin baju dan seluar..! Blogger-blogger inilah yang berkerja keras siang dan malam menyampaikan maklumat terus dari pusat operasi buat tatapan seluruh rakyat Malaysia dan dunia melalui blog.

Bro..ingat syiokk ker tak mandi, tak salin baju 5 hari. Bau dah macam bau longkang.! Nasib baik Dugong Darat sudi bagi aku baju free, baju adik dia untuk aku salin dan pakai.,gedebeh..gedebeh lah..apa nak aku kesah..kalau tidak 2 minggu aku pakai baju dan seluar yg sama. Kerja gila ! Dan kisah2 yang tragis lagi hebat itu telah banyak dituliskan di blog-blog bagaimana muktahir dan pantas nya berita dan peristiwa disampaikan oleh blogger-blogger dalam menguruskan sumber pemberitaan telus lagi benar dari situasi dan tempat kejadian.

Di bilik (baca saja ia sebetulnya MARKAS BLOGGER PR) dimana semua sidang media pimpinan teritnggi parti, negeri juga turut diadakan, dan disitu jugalah berkumpulnya nama-nama blogger seperti Ciberboron, Mat Saman Kati, Wak albanjari, Cenangau daun kari, Ummi Hani, Dugong Darat, Sya Reformis(Ketua Srikandi Keadilan), ManjungMari, dan Perisik Rakyat. Memikul tanggunjawab dan amanah penuh aggresif. Cerita lama.

Hakikatnya sekarang, semua orang (baca rakyat) kini menumpukan kepada janji-janji politik, tapi semakin kurang yang memberikan tumpuan kepada pelaksanaan janji. Baik pada PRU12 mahupun di PRK yang melahun banyaknya sebelum ini, semua pihak menabur janji. Sana janji sini juga janji, tapi sedar atau tidak janji-janji yang ditabur semasa PRU 12 dulu pun masih banyak yang tertunggak. Dan kini PRU13 pula hampir menjelang tiba. Tak lama dah ! Mungkin kurang 3 bulan dari sekarang.

Ingat ?? Apabila Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak lepaskan jawatan. Cubitan kuat dari Wak albanjari. Sudah ada yang melihat dengan mata dan berfikir dengan otak bahawa ia bukan perkara yang sengaja dibuat atau ditampilkan suka-suka. Jika tidak dicubit kuat begitu, mana mungkin Harakahdaily akan keluarkan cerita betapa perlunya peranan blogger itu digembleng.

Asal Bukan Umno. ABU ! Itu maknanya revolusi. Revolusi massa untuk berubah. Merubah kerajaan oleh rakyat agar tidak terus didunggukan kerajaan yg ada sekarang. Dan perubahan itu akan pasti dilakukan oleh rakyat. Bukan sahaja rakyat yang perlu dimomokkan untuk berubah, pimpinan , bloggers juga wajar sama untuk berubah dan berani berubah.

Kepada bloggers, adakah kita akan hanya terus memblog….atau mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu? Apa yang patut dibuat? Apakah kita hanya menunggu dari ‘pemimpin’ untuk berbuat sesuatu? Adakah kita akan terus mengkritik “pemimpin” kerana tidak melakukan apa-apa? Ataupun terus mengampu ‘pemimpin’ untuk mencapai matlamat diri sendiri ? Tepuk dada tanya hati..! Hati tidak bisa untuk berbohong.

Keduanya, Apakah blogger perlu terus menjadi ‘party-centric’ atau pun ‘leader-centric’? Persoalan ini timbul kerana kebanyakan blog-blog pro-Pakatan Rakyat setiap hari bercakap tentang apa yang kerajaan BN-UMNO dan PR buat ataupun mengulas tentang apa yang pemimpin BN/PR buat. Tetapi tidak banyak yang bercakap tentang permasalahan rakyat ataupun inisiatif untuk memperkasakan rakyat. Bersambung..lagi esok.   SIRI 1 DI SINI !

1 comments:

  1. Hamdan Rukun said...

    HE!HE!HE!

    BARU NAMPAK PANAU KURAPNYA...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |