PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Saatnya kereta kebal ATM mula menganyang kubu Sulu ?

Jangan diberi muka kepada penceroboh yang datang mengaku tanah Sabah ni milik mereka, doa kami - agar perjuangan kalian sentiasa dilindungi...di kurniakan kesihatan yang baik.., akal yang tajam.., minda yang cerdas dan hati yg cekal. 

Tentanglah habis habisan...tuntutlah kembali darah teman juang kalian..., doa kami sentiasa bersama perjuangan kalian. ALLAHU AKBAR !


' kiram kata nak lancarkan perang gerilla...deii kiram tamby..porraaahhh..ko ingat malaysia ni ape? kami percaya kekuatan ATM, PDRM dan PGA kami...mereka adalah wira kami, sekiranye mereka kekurangan anggota, kami sebagai rakyat akan tampi ljadi sukarelawan benteras bangsat macam koranng....all 4 one,  ,  one 4 all...malaysia sebuah negara berdaulat...bukan cam korang jadi ulatttt nak serang sabah...pundeeekkk punye kiram..lu langsi lu matiiiii...! "
PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU

Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.

"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.

"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.

"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

1 comments:

  1. alfaris said...

    Mereka ini satu bangsa yg tidak mengenang budi..mana Kiram dan ketua2 dia ketika mana seramai 1776 kanak2, perempuam lelaki tua dan muda bangsamoro islam di bunuh di dalam masjid di Malisbong (satu kg di selatan Mindanao)pada 1976 oleh Battalion 15 askar Filipina?? Mana kamu ketika itu Kiram!!!!????? Kamu lemah ketika itu tapi siapa yg bantu kamu???Malaysia negara yg berdaulat ini yg bantu kamu..melatih bangsamoro termasuk Sulu utk pandai perang gerila dan mempertahankan bangsa kamu!! Skrg kamu nak gigit tangan yg membantu kamu??!! Kurang ajar!!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |