Pra-Pru13 - Surahan Malam : Kerana DAP guna lambang PAS, tokwan hilang, makwan sawan !
Sunway Hotel, Seberang Jaya -
Sketsa malam Sabtu - Entah apa yang tidak kena, makwan hang jadi gelisah. Sejak pagi..tokwan hang masih keras duduk dibawah pokok berlapik pangkin papan. Bercakap sensorang...entah apa yang dibutir surahkan. Makwan tengok tokwan hang dah buat kelaku pelik..ubat tak mau makan, nasik pon dia tak mau jamah..jenuh makwan nak suap...dia tak mau jugak, tak tau pasai apa..dok menung lagu tu sejak pagi tadi...hangpa tak risau kaa ? makwan tanya dia tak mau habaq mai pasai apa...tapi dia ada sebut macam kat bawah tu, mak wan tak faham sangat...!
Lepas maghrib tadi, bergelap tokwan hang keras duduk disitu. Jenuh makwan menjerit suruh masuk, haram dia mau dengar.
Tadi makwan telpon, dia kata tokwan hang tak dak di pangkin ! Dia pi mana pulak haa..? Ni..kampung, bukan bandaq..gelap gulita hitam pekat...! Makwan pulak sawan.
Mungkin ini kisahnya, tokwan hangpa hilang. Baca tenang-tenang okay !
Konfrontasi kaum jika Kit Siang menang Gelang Patah – kata Dr M. Pada 10 April lalu, Tun dalam ucapannya telah menegaskan bahawa,
" Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur, " - ibid, TMI
Hebat ramalan Dr. M dalam usaha menghentam pemimpin pembangkang menjelang PRU13 yang semakin hampir. Apakah kerana beliau terlalu banyak masa senggang hingga mampu berfatamorgana siang dan malan maka Dr. M bisa terus menggambarkan kemenangan Lim Kit Siang akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.
Kata Tun lagi, “Lim Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya di chedet.cc.
Apa jenis jin yang Tun pakai, memang salute bro ! Ini hal bukan ramalan biasa. Ini peramal hebat. Malah peramal ini yang kini berusia 87 tahun bukan calang-calang peramal, beliau turut dilihat sebagai ketua utama kempen de facto Barisan Nasional, selain kuat meramal Tun juga sangat bersemangat menanamkan kebencian melayu kepada cina berbanding mereka yang lebih muda di dalam BN sekaligus menunjukkan bahawa cabaran kali ini daripada lawan khususnya di Gelang Patah adalah yang paling sengit. Kalah BN di situ, bermakna..berkuburlah hayat BN.
Lim Kit Siang, anak kelahiran Johor, menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung secara 'anak jantan', di negeri kelahirannya sendiri – yang juga tempat lahir parti Umno.
Malah khalayak melihat bahawa Dr Mahathir tidak akan berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai sebuah parti yang tidak mampu berkongsi kuasa dengan rakan politiknya, sama ada dari PAS mahupun PKR. Sayangnya pada hari ini, ramalan Dr. M meleset sama sekali, dimana DAP secara rasminya akan mengunakan lambang PAS kepada semua calon yang bertanding di seluruh negeri di Semenanjung. Satu pukulan knockdown untuk Tun biarpun gelanggang pencak belum dibuka sepenuhnya.
Kata Tun lagi, slogan “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan oleh DAP sekarang lebih memperjuangkan meritrokasi kaum, sambil mendakwa ia ditiru daripada parti PAP di Singapura, yang kini merupakan parti pemerintah republik itu. dimana taktik itu secara halus akan melemahkan pengaruh kuasa masyarakat Melayu khususnya dalam kuasa berkaitan politik bangsa.
Kebimbangan kepada kehilangan kuasa melayu, dan pemuafakatan melayu-cina di Johor akan berakhir sekiranya BN menerima padah apabila kalah kelak dipalu sehebat-hebatnya oleh Tun dimana beliau menulis, bahawa “Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang kerusi Gelang Patah.”.
Kepada yang belum tahu, Lim Kit Siang ini merupakan musuh utama Tun di Parlimen sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan perdana menteri malaysia. Diakhir tulisan beliau turut meluah rasa bahawa walaupun keganasan tidak berlaku, tetapi “konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama” akan menyebabkan pembangunan negara terganggu. Tun, ubat dah makan ker ? Jauh sangat Tun meroyan tu.
Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang dalam kontinasi paling mantap dan tersusun.
0 comments:
Post a Comment