PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pra-PRU13 - Surahan Petang ! 18SX : HOT !! Satu negara sudah 'geger' !

radens albanjari | 18.4.13
Pearl View, Seberang Jaya - 

Siang yang terang. Tiada langsung mendung di pagi khamis yang damai ini. Namun telinga tidak dapat melayan bingit dan bosan dari kicauan burung ciak yang kelaparan. Mahu dibilang kurang makan...segengam huma telah aku berikan. Nak dikata ada kematian, aku kira bilangan ciak yang turun cukup dan tidak kurang biarpun seekor.


Hey..burung-burung ciak, gerangan apa yang bikin kamu 'geger' pagi-pagi ini haa ? Riuh sekampung..riuh men'ciak', Alam jadi bingit ! Apakah 'geger'an kamu itu beri petanda kamu juga menjadi sang 'protes' pada apa yang berlaku kini ?

Aku kira benar saja. Bukan saja makhluk Umno, malah burung ciak yang menyokong Umno juga bisa bikin 'mulut'nya jadi 'kemam', kelu mahu berkata-kata, yang terpacul cuma hanya 'geger'an protes yang koat kedengaran.

Protes maha dahsyat, kerna khabaran buruk itu menjadi sangat nyata. Gila ! Sangat sukar untuk makhluk-makhluk Umno itu untuk percaya, jauh sekali berupaya menghadamnya terus ke perot tentang apa yang terjadi kepada parti keramat bangsa(t) itu apabila;

(1) Ketua Pemudanya  sendiri tidak langsung ditandingkan dimana-mana kerusi baik DUN mahupun Parlimen. Hey...ini benar-benar lekeh ! Ini juga satu penghinaan. Penghinaan kepada seorang model majalah maskulin. Penghinaan itu sangat trajis. Pukulan 'knockdown' terus oleh Najib untuk Khairy Jamaluddin. Apa sudah jadi ? 

Apakah dosanya kerna menjadi model majalah, Ketua Pemuda Umno yang pernah menjadi 'beruk' di jalanan ketika Bersih 2.0 lalu, langsung di'cap'kan sebagai 'Un-Winnable Candidate" untuk BN ini kali. Hohoho..! Hoo..jang lu ! Jangan macam tu...hal ini hal besar bro..!

Andai taraf pelajaran mahu jadi ukuran, KJ ini bukan graduan dari University 'chow kid road', yang boleh dibeli dengan harga 5 kupang. Ini graduan Oxford,  dan punya Ph.D dari London ! Malang sungguh kamu ! Bila Najib letak kamu sebaris sama makhluk macam rais yatim, bung mokhtar, rosnah shirlin, dan ramai lagi yang jika ditandingkan dengan 'baldi' pun akan kalah. Najib memang tak patut !

*Ralat (*) - KJ disahkan bertanding semula.

(2) Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga bekas ahli parlimen Papar, turut ter'geng' bersama "geng unwinable candidate Umno/BN 2013". Jika kata bos puteri Umno ini tak buat kerja parti, aku lihat  rosnah ni cemerlang orangnya. Mustahil jika dikata, rosnah ini telah di'pancung' oleh rosmah laki Najib. 

Mentang-mentang nama rosmah dan rosnah itu sebutannya jika tersilap boleh jadi terus bini Najib..sangat tak mungkin, lagi pula saiz mereka kurang lebih saja. Maaf..agak keterlaluan, aku bicara bukan soal 'taste' ! Tetapi soal memuaskan hati. Agaknya kerana bimbang 'tertukar' tempat, buat rosmah jadi bimbang.  Demi Najib, sori untuk rosnah. Biarpun di Papar, burung ciak terus menjerit mahukan rosnah bertanding juga. Jangan persoalkan saiz tubuh untuk menjadi 'winnable candidate, adil la sikit. Apa kurangnya Aishah Jempol ? Please, dont judge my size okay..!  Dan ini hanya sekadar telahan aku saja. Jangan emosi. kerna diluar sana lebih emosi berkaitan pilihan najib muktahir ini.

Tapi sumpah, jika ada puteri Umno mahu jadi bini aku, aku reda saja..tapi pastikan puteri Umno itu 'winnable candidate', jika tak, lebih baik aku kahwin dengan 'baldi' saja. 

Matahari diluar semakin panas. Dan hari ini tentu menjanjikan banyak kisah panas dan berbahang. Esok pula hari jumaat.Kepada calon yang 'winnable candidate, atau lebih geger disebut orang sebagai calon 'cable candidate', elok la buka baju luas-luas, biar sedikit dingin...tapi awas jangan sampai 'beku' pulak.

Sekian untuk kali ini. INI KALI..LAH, Asal Bukan ABU !-

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

3 comments:

  1. FZT said...

    kerry judin ada bertanding boss di rembau macam biasa.

  2. FZT said...

    kerry judin ada bertanding di Parlimen rembau, selepas kerry menangis teresak esak.

  3. radens albanjari said...

    FZT - terima kasih atas makluman tuan,

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |