PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Sketsa PRU13 - GEMPAR ! "azhar sulaiman" maut disambar petir ?

Ramai yang marah. Memang patut pun marah ! Apapun bersama berdoa agar terbuka hatinya untuk bertaubat kepada Allah swt, atas celupar mulutnya yang busuk itu. Azhar Sulaiman, apa nak jadi dengan kau ! Masa belajaq di ITM dulu, hang baik-baik saja..tapi sekarang siap mintak Tuhan hantar petir, untuk bakar hang..bukan sekadar mintak, tu dah kira cabar ! Gila gaban laa lu...! Nah hambekk..lu ! Sekarang masak lu kena belasah..nak sangat....!!
 


 

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman !
MARANG, Rabu : – Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Tuan Ahmad Salihin Tuan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.

Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.

Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.

Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar atau lebih dikenali dikalangan ahli keluarga dengan panggilan "Tuan azhar sulaiman", memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tuan Ibrahim Tuan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.

"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu "Tuan azhar sulaiman", Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.

"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Pilihan Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri. Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – BERNAMA


(*) Kebetulan nama panggilan arwah sama dengan nama artis yang mintak doa disambar petir baru-baru ini - Sekadar Satu Kebetulan ! 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

2 comments:

  1. bik mama said...

    Satu kebetulan yang sgt2 memberi pengajaran..kanak2 yg kene sambar petir ni sekurang2 syurga menantinya..

  2. ThunderCat said...

    gelaran baru azhar sulaiman ialah :

    AZHAR SULAIMAN DIPANAH PETIR

    ada nilai komerSIAL yang tinggi tu.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |