PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(Part 1) TOP Rangking Online - Dominasi unggul carta penulis-penulis neraka

Daripada pengamatan penulis, carta TOP 100 ini wajar dibahagikan kepada 2 kategori yang berasingan. Ini bagi melihat kedudukan carta yang lebih adil dan telus. Untuk ulasan TOP RANKING minggu ini, penulis hanya akan mengulas 50 blog Sosio-Politik Paling Berpengaruh muttakhir ini dari senarai carta yang diberikan kepada penulis. Oleh kerana tajuk yang dipilih untuk diulas minggu ini, lebih khusus, adalah diharap agar penulis blog kategori UMUM tidak berkecil hati.

50 Blog Sosio-Politik Paling Berpengaruh di Malaysia
(*) Sampel diambil dari turutan blog dari tangga 1-50 sahaja daripada jumlah keseluruhan blog dalam carta.

Penguasaan dan Peratus

1) Blog Pro UMNO/BN
46 % atau 23 blog dari  50 blog yang tersenarai dilihat telah didominasikan oleh penulis blog dan blogger fanatik penjilat tegar kerajaan (Pro BN)

2) Blog Pro PR/PAS :  
26.% atau 13 blog dari keseluruhan senaraian pula diungguli oleh blogger Pakatan Rakyat (Pro PR) manakala,

3) Blog Umum : 14 blog atau 28% oleh blog bukan politik.

Tangga Utama Rangking masih tidak berubah dengan blog TKO terus mengukuhkan tahta. Walau bagaimanapun dari 10 senarai terbaik masih kekal dikuasai oleh blog-blog PRO-BN yang juga dikenali dengan blog-blog penfitnah, lucah dan adu domba dimana dari perhatian penulis ia merujuk kepada blog Parpu Kari (mesin kopipes), Papa Gomo (raja fitnah yang mungkin akan menjadi ahli neraka jika dia tidak bertaubat nasuha) dan yang sejenis dengannya.

Dominasi :
Keupayaan blogger-blogger Pro BN yang bangsat mencipta berbagai kisah dan cerita fitnah menjurus kepada seks memberikan ruang terbaik mengapa aliran traffik pembaca mengunjungi blog-blog mereka. 

Apa pun hakikatnya, aliran pembaca yang meramai itu sekadar 'window shopping' saja. Baca untuk melihat bodoh dan bahlolnya tulisan mereka. Untuk percaya, tidak sekali.

Biarpun ada setengah blogger mereka angkuh mengatakan bahawa itulah hakikatnya yang berlaku, dimana blog-blog mereka yang pro kerajaan telah menguasai dunia siber yang selama ini dikuasai oleh blogger rakyat atau dikenali sebagai blogger Pakatan Rakyat., tetapi realitinya..,

kemuncak penguasaan ruang siber tetap utoh didominasikan oleh penulis-penulis dan blogger pembangkang melalui penggunaan gadget terbaru seperti facebook, twitter dan live channel yang begitu hebat ledakannya dialam maya dimana kadar pengunjung dam pembaca lebih luas dan mudah dicapai hatta di telefon bimbit. 

Moral :
Kewajarannya, melihat dari sudut pengisian moral dan etika, blog-blog mereka yang dikononkan menguasai ruang siber sekarang sebenarnya begitu 'miskin' dhoif lagi 'papa kedana' untuk khalayak pembaca mempercayainya. 

Apa yang cukup dikesalkan adalah apabila sesetengah blogger-blogger ini dilihat terlalu TAKSUB dengan sesuatu perkara yang mendasarkan perjuangan sesebuah parti politik yang didokong oleh mereka..sehingga sangat keterlaluan melakukan dosa besar melalui fitnah-fitnah yang dilemparkan khususnya kepada pemimpin pembangkang. 

Akibat terlalu taksub, blogger-blogger 'neraka' ini lebih suka menceritakan dan mencipta persepsi secara berlebihan sehingga lari daripada fakta dan realiti sebenar yang berlaku kepada landskap cerita dan politik negara amnya. Dengan  hanya bersandarkan kepada sumber-sumber yang masih boleh diragui kesahihan, meletup dan diledakkan untuk dijadikan satu persepsi penceritaan yang akhirnya menjadikan politik itu sesuatu yang cukup jijik di mata rakyat, dimana 'syak' prasangka menjadi tunjung kebenaran. Itulah kiblat dan Tuhan mereka ketika menulis, atau suka penulis katakan bahawa mereka-mereka itu merupakan diantara penulis-penulis dajjal akhir zaman.

Kepada blogger-blogger yang masih jauh rangkingnya dari carta 50 blog paling berpengaruh, suka juga penulis nyatakan disini bahawa jika anda ingin membaiki rangking dengan baik, ketika menulis blog, menulis biar dengan akal, bukan emosi, baru padat dan bernas..jangan biar emosi menguasai diri, jangan biar ego menguasai hati…InsyaAllah blog anda akan kekal diingatan pembaca selamanya.

Tidak berguna satu sen pun, jika blog yang kita tulis hebat berada didalam carta, tetapi kandungan dan isinya lebih banyak membuka cerita dan membuka aib serta lucah, mencaci, memaki-hamun, membogelkan individu hanya dengan tujuan untuk menaikkan hits ketika pelayar-pelayar alam maya sibuk mencari penjelasan dalam sesuatu isu politik.

(*) Bersambung..ke bahagian 2 malam esok lebih hangat dan berapi !

7 comments:

  1. musafirlalu said...

    Salam.... Tahniah diatas artikel ini yang pada pandang ana macam satu gegaran dari letusan gunung berapi.

  2. The most top said...

    It's so hard to get backlinks these days, honestly i need a backlink by comments on your blog / forums or guestbook to make my website appear in search engine. I am getting desperate Now! I know you'll laugh while reading this comment !!! Here is my blog: http://mosttops.blogspot.com/

    I know my comments do not relate to the topic, but PLEASE HELP ME!! APPROVING MY COMMENT! And please park my blog in your website.
    Regards: Ruby

  3. taf4 said...

    Satu ulasan yang tepat dan bernas.

  4. garagaikareng said...

    Kulaan mu gin handak join jugak mengomin, Amat bersetuju dgn apa yg dinyatakan oleh wak, sebab tu dlm komen saya yg lepas, saya ada menyuruh pemilik satu blog itu beristighfar dan bertaubat kerana fitnah, dgn menuduh org berkhalwat/ berzina tanpa bawa 4 org saksi, sedangkan itu parintah yg termaktub dlm Al-Quran, mengaku Allah itu Tuhan, tapi berani langgar perintah, sama mcm IBLIS, puak ini lebih pentingkan populariti drpd memikirkan azab yg akan diterima kelak. kesimpulannya pada saya, blog puak ini adalah SAMPAH. Oleh itu sekali lagi saya syorkan, beristighfar dan bertaubatlah , moga Allah mengampuni dan memberi hidayahnya sebelum ajal tiba.

  5. Anonymous said...

    hahaha...apa kurangnya dengan cerita juak PAKATAN ni.kencing berapi.ana rasa pejuang PAKATAN ni hanya mempopularkan list jer,isi tak ada.ana lihat blogger UMNO lagi tepat kerana cerita yang diutarakan adalah benar dan mantap...

  6. toyolkiut said...

    power ayat..
    takut TK membacanya..

  7. pen buruk ™ said...

    salam. hakikat dalam dunia blogger. yang panas dan membara itu sangat popular. tapi tidak sedar bahawa api neraka itu lagi panas.

    www.azhar.cz.cc

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |