PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British, Umno itu pengecut !

"Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun. 


Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor. 

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid. 

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu. Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. "Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. 

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. "Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. 

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris. DS Nizar turut menziarahi Pak Majid.  Sebelum daripada ini, DS Nizar telah sempat menziarahi Pak Majid dirumah anaknya. DS Nizar yang baru sahaja pulang daripada Mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur, telah sudi meluangkan masa untuk menziarahi pejuang kemerdekaan ini yang semakin uzur dilewat usianya. 

Sungguhpun kelihatannya lemah, namun tidak pada semangatnya. Pak Majid dengan suara yang kedengarannya tenggelam timbul, nyata masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai zaman perjuangannya menentang penjajah. Sebaik sahaja topik tersebut diutarakan, Pak Majid akan mengimbau kembali saat-saat itu dengan sepenuh tenaga dan semangat. Masih banyak peristiwa-peristiwa dan juga nama-nama yang melekat kuat diingatannya. 

Satu persatu akan dihuraikan dengan baik. Pak Majid juga telah menghasilkan banyak buku-buku sejarah perjuangan kemerdekaan. Semoga jasa memperjuangkan kemerdekaan negara oleh Pak Majid dan juga rakan-rakannya yang lain tidak dilupakan begitu sahaja. Lebih malang lagi, jasa-jasa mereka ini telah ditutup dengan sejarah negara yang direka-reka untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja. (sumber - ajijoi)

PANAS BERAPI - Salahkah gereja bagi bantuan bila Pusat Zakat tak bagi ?

KL, 25 Ogos 11: Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis. 

Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri. “Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. “Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini. 

Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan. Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu. 

Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit. “Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. “Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. 

Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya. Zakat & Gereja Kembali kepada pengurusan umat Islam mengenai zakat, Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. “Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. 

Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. “Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi. Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.” 

Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar. “Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. “Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi. (IH) 

*depa kata :.... pusat zakat bukan tak bagi langsung...tapi tak cukup.... untuk fakir miskin RM 250.00- RM 400.00 jer, tapi Pusat Zakat Selangor boleh pulak beli bangunan baru...beli kenderaan baru dan sebagainya.sampai ade yang kata...mana pi duit zakat...masa minta bukan main lagi...bila kita pi minta bantuan...depa kata kena ikut prosidur lah...kena itu dan ini lah.... tak layak lah.... dah jadi isu macam ni...mula nak cari alasan. aku kata: bukan setakat bagi kat fakir miskin jumlah yang tak munasabah, peruntukan untuk amil miskin pun depa kurangkan dengan alasan nak tampung kos cetak kupon zakat fitrah le...pengurusan ler. 

Pastu bagi bantuan kepada kepada yang bukan asnaf yang wajib...bagi kot dan...bukan salah tapi tak boleh la sewenang-wenangnya nak guna duit zakat kat perkara lain...soal bencana alam atau sebagainya ...tu tanggungjawab kerajaan negeri lah yang bantu.... beli banungan yang besar tu guna asanaf mane?.... apakah zakat harta dan zakat-zakat lain dari rakyat depa boleh buat macam harta mak-bapak depa?.... dengan bangga mereka umukan kutipan zakat berjuta-juta ringgit...tapi mana dia laporan pengurusan dan agihan zakat yang mereka umukan?.... kalau mereka telus...kita cabar lembaga zakat selangor perincikan agihan zakat tu kat media dengan penyatanya sekali..... buatlah kalau mereka benar-benar telus........ manalah akal dan kewarasan sang penguasa di lembaga zakat ni?.... kisah selanjutnya bila pihak berwajib tak tunai tanggungjawab.



Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’ 
Oleh G. Manimaran 

August 25, 2011 KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad. Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.” Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti. Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. 

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad. “Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini. Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.” Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.” Dia mempunyai tiga orang anak. “Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih. “Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. 

Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi. Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan. Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.” 

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. “Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini. 

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. “Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. “Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. “Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi. 

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. “Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. “Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. “Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya. 

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. “Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. “Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi. 

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya. “Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. “Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. “Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.” 

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”. “Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi. - TMI

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |