PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Blogger Umno blogger pelawokk deh..!!

Minta maaf, orang-orang di-Galas tak baca internet. Jadi kalau blogger-blogger yang pro BN/umno rasa kempen-kempen mereka melalui media elektronik atau melalui blog-blog politik boleh meng'saiko'kan kepala otak pengundi-pengundi Galas untuk memancing undi, mereka silap banyak. Jadi, blogger-blogger yang pro BN/umno boleh tulis apa pun, boleh cakap apa juga benda yang tak baik tentang Pakatan Rakyat/PAS, pengundi-pengundi Galas tak akan tahu pun.

Kalau kem BN/umno di Galas rasa media-media cetak kepunyaan mereka mampu mereka-reka cipta benda-benda tak betul untuk tatapan pengundi-pengundi Galas, juga mereka silap sebab orang-orang di Galas tidak mesra akhbar-akhbar harian yang ada. Mereka 'fobia' dengan cerita-cerita yang dibuat-buat didalam akhbar-akhbar harian yang pro BN/umno ini. Senang cakap, orang-orang di Galas tak baca paper.

Blog dan internet mereka tak baca, paper juga mereka tak baca, jadi sumber dari mana mereka dapat berkenaan dengan isu-isu semasa politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya??

Orang-orang di-Galas hanya dapat maklumat melalui kempen ceramah-ceramah yang telah diatur oleh Pakatan Rakyat, dan dalam ketika mendengar ceramah-ceramah itu lah risalah-risalah seperti Galas Kito, Buletin Darulnaim serta Harakah yang memuatkan cerita-cerita benar berhubung dengan isu royalti minyak, kepincangan pentadbiran kerajaan persekutuan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, pengundi hantu, Tengku Li hilang masa hari penamaan calun dan macam-macam lagi isu-isu yang besar dan kotor dalam BN/umno menjadi pengganti kepada paper dan internet untuk diedar kepada pengundi-pengundi di-Galas dan mereka begitu gembira untuk membacanya dengan senang hati.

Di khabarkan juga oleh gurkah-gurkah politik di'port' yang akhbar Berita Hairan dalam usaha mereka untuk membantu BN/umno berkempen dan untuk 'counter-atack' risalah-risalah dri PAS/Pakatan Rakyat itu, juga telah mengeluarkan risalah-risalah tentang salah tadbir kerajaan PAS Kelantan TG Nik Aziz, tapi oleh kerana orang-orang Galas tak baca paper, maka risalah dari Berita Hairan itu banyak tak terusik, dan hanya diedar kepada kalangan penyokong-penyokong dan petugas-petugas pilihanraya BN/umno dari luar sahaja. Ini menunjukan yang orang-orang di-Galas tak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari kem BN/umno itu dan tak termampu mereka untuk cuci kepala otak pengundi-pengundi DUN Galas.

"Demo buat lawok dehhh..!!" itu yang orang-orang dan pengundi-pengundi di-Galas kata bila menatap risalah-risalah yang telah di keluarkan oleh Berita Hairan untuk BN/umno.

"Kito mesti ikut amanat Tok Guru wehh..!!" kata yang lain selepas 'meng-keronyok' risalah-risalah dari Berita Hairan yang diedarkan kepada mereka.
Cina-cina di Galas pula kata "PAS/Pakatan Rakyat perlukan undi orang-orang cina jika mahukan Putrajaya, jadi kita akan bagi laluan kepada Dr.Zulkefli".

dollah yankee - Yang nak pangkah pada PRK ini adalah orang-orang Galas, bukan BigDog.com, bukan Rocky Bru, bukan Tukar Tiub, bukan Kuda Kepang, bukan Parpu Kari, bukan Gomo dan bukan juga dollah yankee...Kah..Kah..Kah..!

[..] sumber dipetik dari blog dollah yankee

(*) Wak - Cool kerana undi dan sokong PAS makin bertambah setiap hari - Tahniah buat semua pejuang2 fi sabilillah PAS yang sedang berjuang di bumi Galas..Takbir !! Allahu Akbar..!

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |