PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Mengapa PAS tewas di Galas - Bahagian 2 ( Wajib Baca)

Setelah PRK Galas berakhir, banyak ulasan yang telah dibuat, kenapa PAS kalah dan kenapa UMNO menang. Namun ulasan dan faktor kekalahan PAS kebanyakan tidak berpijak di bumi nyata. Sejarah pilihanraya di Kelantan membuktikan Galas atau G.Musang merupakan kubu teguh UMNO. PRU 2004 BN menang dengan majoriti +-1700 undi. Namun sesuatu yang ajaib dan mengejutkan PAS sendiri berlaku dalam PRU12, PAS menang dengan majoriti 665.

Ketika menerima berita kekalahan PAS di Galas, aku tersenyum kerana ramalan aku meleset. Dimana aku meramalkan PAS akan kalah melebihi 2000 undi. Namun PAS hanya kalah +- 1100 undi. Satu pujian dan tahniah yg patut diberikan oleh petugas dan penyokong PAS.

Sesuatu yg jarang disentuh oleh pengulas politik PRK Galas adalah tompokan dan pecahan pengundi di DUN Galas. Atas faktor inilah, aku sering menjawab bila di tanya mengenai PRK Galas, " aku tidak hairan PAS kalah di Galas, tapi aku hairan macam mana PAS boleh menang di DUN Galas dlm PRU12 lepas".

DUN Galas mempunyai keunikan tersendiri di Kelantan, dimana gabungan pengundi cina dan orang asal melebihi 40% pengundi. Ini bermakna mana-mana parti politik yang tidak disokong oleh pengundi cina dan orang asal, tipis untuk memenangi kerusi DUN Galas.Ini bermakna PAS mengharapkan tuah untuk memenangi DUN Galas dalam setiap pilihanraya.

Sebelum PRK Galas dijalankan, BN telah menang dgn majoriti 3000 undi. 2000 undi daripada gabungan pengundi orang asal, India dan undi POS. Sementara 1000 undi lagi daripada pengundi cina. Untuk menutup luang yang besar ternganga ini, PAS terpaksa mengharap tuah datang mengolek.

PAS mengharapkan 85% org cina memberikan undi simpati kepada PAS. Namun undi cina ini bukan merupakan sebab untuk PAS menang, namun hanya cukup untuk memberi saingan kpd BN/UMNO. Apabila PAS tidak mendapat undi daripada pengundi cina sebagaimana yg diharapkan, maka PAS terpaksa akur kepada BN. Itu realitinya.

Sementara undi dari orang asal adalah sesuatu yang diluar target PAS. Orang asal tidak mudah untuk menolak sesuatu yang boleh mengeyangkan perut mereka. Dari keputusan PRK Galas, PAS sepatutnya bersyukur kerana orang Melayu Kelantan masih teguh bersama PAS, bahkan bersedia untuk mengundi PAS dalam PRU13 nanti. 4000 pengundi tegar PAS terus bersama PAS. (Allahuakbar!).

Segala kempen UMNO, tidak sedikit pun mengubah pendirian pengundi PAS di G. Musang. Kempen UMNO kononnya bahawa PAS telah dikencing DAP, rampasan tanah, ladang rakyat dan wakil rakyat gemuk tidak mengugat mereka. Bahkan kempen pembangunan dan rumah murah bersabsidi juga tidak dapat mempengaruhi pengundi PAS. Ini bermakna wang yang UMNO habiskan untuk PRK Galas hanya berpusing di kalangan pengundi tegar UMNO.

Dah jelas ker sebahagian sebab musababnyer ? Kalo tak jelas..baik jadi kuli kepada Ku Li sampai mati..! Terima kasih 'otak besi' - hujah yang kukuh dan berpijak dibumi bukan khayal-khayalan.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |