London riots in pictures - Part 1
"Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan,"
Polis London melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun.
Sementara itu, keganasan berpunca daripada kematian seorang lelaki tempatan dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis terus merebak awal hari ini.
Beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis, lapor wartawan AFP.
Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.
Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.
Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.
"Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan," kata Komander Scotland Yard, Christine Jones.
Dalam kejadian malam semalam, rumah-rumah, dua kereta polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar dan kedai-kedai dipecah masuk di Tottenham.
Keganasan itu mengingatkan penduduk terhadap rusuhan di kawasan sama pada 1985 dan menimbulkan suasana suram di bandar raya ini, yang bakal menganjurkan Sukan Olimpik dalam tempoh setahun.
Polis metropolitan berkata, para pegawai yang terlibat dalam siasatan Operasi Withern akan menyoal saksi dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti perusuh.
Keganasan itu menyusuli protes berhubung kematian Mark Duggan, 29, pada Khamis lalu, dipercayai dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis.
Komander polis, Adrian Hanstock menyifatkan kematian Duggan itu sebagai 'sangat dikesali' dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. - AFP
August 10, 2011 at 12:08 PM
yg ni bn kate perhimpunan aman la :P
1.3 Lagi Planet Kerdil Ditemui Di Sistem Solar
2.Apple Memohon Untuk Tidak Membenarkan Penjualan Samsung Galaxy Tab Di Eropah
3.Rupa Angry Birds Versi Superhero