PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

ABOagro (Siri 5) - Pokok 'sambung nyawa', jangan sampai umngok pi curik haa..!!

Petang nanti wak nak tanam pokok 'sambung nyawa' di taman mini botani di kediaman wak. Terima kasih kepada staff Iqbal yang penuh rajin hantar 2 anak pokok terus ke pintu rumah pagi tadi. Nasib baik tak kena curik ! Boleh hang sandar pokok tu kat tepi pagar gitu aja. Huh ! Nampak dek 'umngokk..' habis pokok tu kena kebas. Kena plak umngok tengah nazak-nazak di tolak rakyat sekarang. Jangan buat lagi macam tu naa..! Sedikit catatan pokok 'sambung nyawa' dibawah. Dipetik terus dari blog wirawandesa.


Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. 

Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.


Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan.



Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah.




Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.


Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.

Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.

Namun denikian, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.


0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |