PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Lupakan Hasan Ali, dia itu hanya sekadar bakul buruk ! Boleh..?

Kadang kadang aku pening dengan orang politik yang rasa cerdik ni. Seronok sangat layan cerita dan kisah yang tak sudah. Nampak macam cerdik tapi sesekali difikir macam langsung tak cerdik. Tak habis dengan Hasan Ali yang dah tak berhaluan tu... Kalau dah cerai bini tu sudah le...tak payah nak promosi dia lagi...kekadang nampak macam gile talak...tak pun nampak sangat macam busuk hati... Makin di layan...makan menjadi le janda tu...dia ingat kita "gile talak kat dia.

Aku ingat orang PAS tok sah layan la Hasan sorang tu... Dia nak buat roadshow ke??? talk show ke...hapa show ke...hatta kalau dia nak buat Tiger show pun kitak tok sah peduli... itu promosi free namanya... Tak perlu nak dedah kajian isu Hasan Ali tidak menjejaskan...semua orang tahu...kalau disebut dan dikaji, macam isu itu ada kesan...itu persepsinya...dah tak kesan...pedulikan....

Bergaduh mulut ni nampak seronok bila ada yang menjawab... bile kite bo layan...lama lama senyap le dia... Bior nampak dia macam orang bodoh...jangan kite pulak terjerit jerit nak layan dia bertekak.. Hari ni aku tengok Malaysiakini ada tiga berita isu Hassan Ali, terpikir aku... apa pentingnya dia ni...ke ada yang masih tak puas hati...???

Pertama Khalid Samad, semua tahu permusuhan Khalid ngan Hasan... bukan rahsia...Kalau Hasan dedahkan parasit tu...nama Khalid lah akan keluar di senarai pertama... betul atau tidak bukan persoalannya...itu bergantung kepada hujah Hasan Ali ...Terima atau tidak bergantung kepada penilaian kita... Kalau Khalid nak dilihat baik dan tak berdendam...tak payah layan la...melainkan Khalid masih mengintai orang yang didakwa sokong Hasan Ali di dalam PAS agar terseret keluar bersama Hasan Ali...Hanya Khalid yang tau.

Tak cukup dengan itu... Muslimat pun minat juga dengan Hasan Ali. Wan hasrina ni macam tertinggal bas, orang dah malas nak cakap pasal Hasan Ali yang tarak untung... dia pulak kaitkan Hasan Ali dengan kelab taat suami... Dr Rani lebih profesional...ulas kelab taat, kelab taat la...ni boleh kaitkan pulak dengan Hasan Ali... Tak pasal nama Hasan Ali popular lagi...tak cukup dengan promosi TV3 dan alat media umNO lain... tolong promosi lagi !

Aku sebenornya dah nyampah dengan isu Hasan Ali ni... tak pasal pasal kita habis masa nak urus dia.. Tapi nampaknya ada lagi dalam PAS ni " masih sayang" dengan Hasan Ali... mungkin sayang tu duduk dalam "rindu dendam" kut... Aku lebih seronok dengan pandangan jauh Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim, ini ler pemimpin jiwa besar, " Lupakan Hasan Ali, kita letakkan aje Hasan Ali sebagai bakul buruk yang tak ada nilai berita dan ulasan lagi.."

Azmin ? bo layan la mamat ni, pun suka nyibuk... banyak kerje lain boleh dibuat ! Tumpukan PRU 13 !!! Jangan layan kemuncup ! - anak sengat

1 comments:

  1. Anonymous said...

    betul tu!jangan layan ia biar ia mati kutu....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |