PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Baca !! Militer Indon bikin fitnah besar sama Najib ?

Nampaknya pihak Indonesia sudah mula menggaulkan racun dalam adunan tepung. Saya baru sahaja membaca artikel Info Dunia Militer berkenaan dengan isu di Sabah, dimana republik pisang tersebut telah berkata Najib terperangkap dalam tindakan beliau sendiri. Biar saya ulaskan bahawa mereka telah menyebarkan sebuah fitnah yang amat besar dengan kenyataan plastik bahawa Malaysia telah menghentikan bayaran tahunan.

Pertama, saya ingin membalas kepada kenyataan bahawa isu ini sepatutnya diselesaikan dengan aman dan damai. Itulah apa yang Malaysia lakukan. Saya cabar pengganas Sulu buat perkara yang sama di tanah negara NATO dan lihat tindakbalas semulajadi negara tersebut. Pada awalnya, kerajaan Malaysia mengambil risiko yang besar dengan adakan proses rundingan atas nama pendatang-pendatang tersebut juga Islam. Dan tidak lupa bahawa kerajaan Malaysia telah memanjangkan tempoh rundingan tersebut sebanyak tiga kali sebelum tercetusnya pertumpahan darah dimana pihak Sulu yang memulakannya. 

Jadi sebelum anda komen tentang saudara SeIslam, wahai Indonesia, lebih baik anda perbaiki sistem liberal di negara anda kerana saya keliru siapa Allah sebenarnya dalam negara anda.

Secara realitinya, bayaran kepada pihak Sulu untuk Sabah sepatutnya tamat kerana Kesultanan Sulu hanya bergantung pada nama dan kejayaan lampau mereka. Pada hakikatnya, bayaran bukannya punca pencerobohan tersebut bermula. Ianya bermula semasa selesaikan Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang telah ditandatangani oleh barisan MILF dan kerajaan Filipina, kerana rejim Sulu ini anggap diri mereka dipinggirkan dan dari sinilah, seorang penuntut takhta yang bernama Jamalul Kiram III membuat keputusan untuk memulakan pencerobohan. Jadi, saya tidak tahulah dari mana pihak Indonesia mendapat maklumat. Negara dah dekat, tapi maklumat boleh salah. –facepalm-

Turut pada masa yang sama anda boleh berkata cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini adalah memberi peluang untuk membina ‘Sulu Sabah’ dibawah bendera Malaysia? Kami boleh lakukan perkara sebegitu tetapi dengan syarat, seluruh Borneo jatuh dalam tangan kami. Jadi, jika anda tidak boleh bersetuju dengan tuntutan itu, langkah mayat kami dulu sebelum kami membina ‘Sulu Sabah’.

Biar saya memberitahu pihak anda yang bodoh bahawa bukannya kerajaan tidak mahu menerima gencatan senjata. Maklumlah, kami selalu lebih pandai berbanding anda yang ternyata bodoh sampai terpaksa lacurkan kedaulatan negara anda kepada Paul Wolfowitz dan IMF. Punca kami menolak gencatan senjata kerana kami sudah belajar daripada kesilapan. Rejim Sulu pernah mengibarkan bendera putih dan pasukan keselamatan kami telah berhenti tembakan hanya untuk sedar beberapa minit kemudian bahawa mereka akan dikepung dan ditahan. Jadi, kami tidak akan lagi menerima apa-apa gencatan senjata. Kami akan menghalau rejim Sulu sama ada dengan penggunaan senjata ataupun pengaruh kami dalam PBB dan OIC.

Najib tidak terperangkap dalam mana-mana keputusan beliau. Saya tahu ini kerana pihak Barat hanya sedang mainkan isu hak asasi manusia dan untuk pengetahuan anda, jika anda Islam pihak Barat mainkan isu hak asasi manusia terhadap anda, itu bermakna anda sedang berada dalam keadaan yang terbaik. Jadi, kepada admin Info Dunia Militer, sebelum anda membuat apa-apa kenyataan, lebih baik anda tengok negara anda dulu. Kami di Malaysia tiada masa untuk memberi komen atas tindakan rejim anda dalam peperangan anda dengan Timor-Leste dan masalah anda di Aceh. Berlaku tsunami sekali lagi, tengok siapa yang akan sampai dulu. Kalau betul anda bermaruahkan pancasila, jangan terima bantuan kami. -- AFDS

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

3 comments:

  1. Anonymous said...

    kalau betul bantuan diberi kerana Allah kenapa di ungkit ungkit

  2. Anonymous said...

    kita ni rumpun Melayu tapi tak bersatu, sebab rasuah dan tamak haloba.Mengapa di sabah kemiskinan amat ketara banding dengan semenanjung.Negeri kaya tapi hasil tak di nikmati rakyat hanya pemimpin yang senang.ingat lah pemimpin, senang di dunia akan di soal diakhirat.Ikut lah pimpanan agung Rasullullah, aman lah kita insya ALLAH.

  3. Anonymous said...

    Bantuan bukan nak diungkit tapi supaya bersyukur , jangan menggigit tangan yg menyuap nasi, kenangkan sikit betapa rahmat yg diterima.
    Dari Allah kita dtg kepada Allah kita kembali.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |