PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

60 tahun. Terima Kasih KWSP !!

60 tahun ? Arghhh....90 tahun pon tak paa ! Rakyat Malaysia kan ker kaya-kaya belaka (BACA SINI) Apa nak layan duit kwsp ! Hangpa nak pakai ?..pi pakai...pakai sampai licin !!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli yang berumur sehingga 60 tahun dan masih bekerja akan terus menerima caruman penuh sebanyak 12 peratus daripada majikan dengan caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Bagaimana pun, mereka yang bergaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan menerima 13 peratus caruman daripada majikan. 

 Peraturan berkenaan berkuat kuasa bulan Ogos ini. Pekerja berumur antara 60 dan 75 perlu mencarum separuh daripada kadar berkenaan iaitu 5.5 peratus dan majikan pula menyumbang pada kadar enam peratus atau 6.5 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan kurang RM5,000.

 “Walaupun ada perubahan terhadap umur persaraan dan kadar caruman, Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Umur 50 Tahun kekal. “Ahli diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun,” kata KWSP dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur, semalam. 

Bagaimanapun, ahli dinasihatkan tidak mengeluarkan semua simpanan sekali gus pada umur 55 tahun tetapi melanjutkan simpanan untuk tempoh yang lebih lama dengan memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun, di mana ahli boleh memilih mengeluarkan simpanan secara bulanan atau sebahagian. 

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |