PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) The Arts Of War - Kita bakor jer si fasik !

Teknik perang yang ada di seluruh dunia sejak zaman silam adalah hampir sama. Perang pasti menerbitkan kegiatan zalim. Lantaran itu kehadiran Rasulullah juga membawa agenda memuslehkan (membaik pulihkan) strategi perang agar tidak terjebak ke lembah zalim dan melampau.

Negara China mempunyai sejarah yang panjang dalam hal peperangan antara kerajaannya sehingga ramai cerdik pandai yang menjadi penasihat perang atau para panglima harus bertanding strategi untuk memenangkan sebuah peperangan. Di antaranya yang paling terkenal adalah Sun Tzu , Sun Bing , Qin Shi Huang, Liu Bang, Cao-Cao, Zhuge Liang dan lain-lain. Tulisan ini hanya akan membahas 1 strategi perang China zaman dulu yang dikembangkan dan dipraktikkan di serata dunia.

Setelah sampai di daerah musuh bakar kapal dan buang persediaan makan. (Xiang Yu). Maksud dari teori ini adalah :

Ketika seorang jeneral kejam yang bernama Xiang Yu ingin memaksa anak buahnya berjuang mati-matian sampai titik darah penghabisan maka cara yang ditempuhnya adalah dengan mengancam kelangsungan hidup dari para tentaranya dengan membakar kapal untuk mereka pulang serta membuang semua bekalan makan mereka. 

Hinggakan kalau mereka tetap ingin hidup, mereka perlu memenangi perang tersebut kerana jika mereka dapat memenangkan peperangan bererti mereka dapat merampas semua keperluan yang mereka perlukan dari pihak musuh yang kalah.

Strategi ini banyak digunakan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menghadapi krisis kekurangan logam untuk membuat senjata terbaru. Mereka terpaksa menggunakan logam berkualiti rendah, terkeluar dari spesifikasi yang diperlukan, besi yang tidak dirawat-haba dan sebagainya. Kualiti rendah semestinya murah dan tidak selamat. 

Hal ini menyebabkan tentera berjuang hingga mati dan tidak boleh pulang lagi kerana pesawat terbang contohnya, hanya selamat untuk pergi sahaja dan tidak tahan lama untuk kembali ke markaz asal. Logam yang digunakan oleh para jurutera Jepun adalah hasil rampasan barang logam rakyat Jepun sendiri seperti peralatan pertanian, perabot dan barang kemas.

Tentera Jerman dan Jepun diarahkan perang dengan sumber makanan dan kerahan tenaga melebihi 4 bulan. Sebagai contoh ada tentera Jepun yang bertugas di Manchuri sejak tahun 1937, diarahkan pula ke Malaya sehingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan rampasan makanan penduduk yang mereka jajahi serta menghalalkan perhambaan seks yang dahsyat. Islam melarang penghantaran tentera melebihi 4 bulan adalah untuk memenuhi tuntutan manusiawi tentera Islam (contoh tindakan Saidina Umar RA).

Jepun dalam pembunuhan beramai-ramai di Nanking (1937-38), telah melakukan rogol dan bunuh beramai-ramai. Mereka yang bertangunggjawab adalah Jeneral Asaka Yasuhiko, Komender Tentera Perluasan Jepun-Shanghai, Tentera Maharaja Jepun Jeneral Iwane Matsui, Jeneral Komander di China Staff Chief Kotohito Kan'in, Menteri Perang Hajime Sugiyama dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula Amerika menggalakkan tenteranya berperang? Gaji yang diberikan sememangnya tinggi (sekitar US $ 3000). Namun begitu tentera Amerika dihantar tanpa ada tarikh untuk penamatan operasi. Hal ini cukup merungsingkan tentera dan mereka berjuang bermatian untuk mendapat rampasan awam, rampasan wanita untuk habuan seks dan sebagainya. Jika dahulu makanan dan kapal dimusnahkan untuk menaikkan semangat, hari ini, tentera dihantar perang tanpa ada tarikh penamat.

Bagaimana pula dengan Islam? Adakah Islam membenarkan penghapusan harta musuh dan membuat kezaliman? Dalam kes pengkhianatan bani Nadhir, Rasulullah s.a.w menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan Yahudi yang tidak berani bertempur secara berdepan di medan dan mereka hanya berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka. 

Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr yang bermaksud: "Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq."

Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan Yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli, begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah Bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama' mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.

Dalam hal ini penghapusan tamar bukan untuk memusnahkan kehidupan rakyat yang tidak berdosa, sebaliknya bertujuan memusnahkan 'kubu musuh'. Jika musuh berlindung di sebalik kota atau kubu batu, wajib tentera memusnahkannya untuk membunuh musuh. Dalam hal ini, Bani Nadhir menggunakan pokok-pokok sebagai kubu mereka, Nabi terus memerintahkan pemusnahan kubu pokok tersebut. Adapun makanan untuk wanita dan kanak-kanak tidak pula dimusnahkan.

Dalam kes pengawalan sumber, Rasulullah menunjukkan contoh dalam peperangan Badar iaitu pengawalan telaga Badar untuk mengurangkan kemampuan perang musuh. Rasulullah tidak meracun telaga atau membunuh ternakan untuk melemahkan musuh.

Hari ini pengawalan sumber bukan lagi yang dikejar selepas perang, sebaliknya ia adalah fokus (target) sebelum perang bermula. Sebagai contoh, dengan alasan senjata nuklear, Amerika telah melanggar (aggressor war) Iraq. Perang Iraq dianggap oleh penganalisis politik sebagai perang minyak di mana sumber minyak merupakan fokus bagi setiap kuasa besar untuk kelangsungan empayar dan hegemoni politik mereka. Dalam kes Perang Iraq, sumber bukan dimusnahkan (tidak termasuk kemusnahan teruk terhadap mangsa dan bangunan) sebaliknya sumber dirampas dan cuba diambil alih.

Seorang Profesor Undang-Undang Universiti Illinois Amerika Syarikat, Prof. Francis A. Boyle mencadangkan setiap negara menyaman Presiden AS, George Bush di atas jenayah perang yang dilakukan. Langkah itu walaupun mungkin tidak berkesan, tetapi ia sebagai satu usaha untuk menunjukkan bahawa masyarakat dunia tidak suka kepada peperangan seperti mana ditekankan di dalam kertas kerjanya bertajuk Jenayah Perang-Jenayah Menentang Keamanan, Jenayah Menentang Kemanusiaan pada Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 di Kuala Lumpur.

Jika diteliti kembali, strategi perang yang diajar oleh Xiang Yu ini adalah bertujuan memotivasi tenteranya secara aktif walaupun melampau. Sebenarnya perang yang bermotif dan bertujuan adalah satu motivasi yang cukup kuat untuk para perajurit berjuang. Dalam kes Palestin, perajuritnya bermatian mempertahankan wilayah mereka kerana mereka berada di pihak pertahanan (pre emptive war and defence) dan menjadi mangsa perang agresif Israel. 

Dalam Perjanjian Perang Geneva 1949, perang agresif (aggression war) adalah diharamkan walaupun Amerika tetap mengamalkannya melalui kuasa vetonya dalam PBB. Lantaran itu Islam hanya membenarkan perang untuk pertahanan dan hanya bertujuan menjaga keselamatan dan maruah agama bangsa dan tanahair. Itulah motivasi perang yang sejati.

"Amanat Haji Hadi" - isu facelift jajaan UMNO baru !

'Amanat Haji Hadi' (AHH) dari mana terbitnya ? Hmm..! 

Boleh aku kata, bahawa AHH itu adalah sebahagian dari bahan sejarah ? Isu kafir-mengkafir yang panas ditimbulkan di awal tahun 1980an bukanlah waktu yg tepat bermulanya AHH dipraktiskan. Dari sumber yang diyakini, AHH itu hanyalah sebahagian dari petikan ucapan ceramah yg pernah disampaikan oleh TGHH di Banggol, Peradong, pada tahun 1981. Isi kandungan ceramah itu telah dirakam, di cetak dlm bentuk kaset dan dijual dimerata tempat di sleuruh negara. Dan pada tahun berikutnya keluar pula versi cetak dalam bentuk poster yang mengambil sedut ucapan TGHH dgn meletakkan kepala tajuk dgn nama Amanat Haji Hadi. Dan ia jadi sangat popular. 

Boleh dikatakan ramai orang-orang PAS ketika itu memilikinya dimana poster cetak itu dijual dgn harga RM3 ringgit sekeping ketika itu. Lumrah, jika bertandang ke rumah-rumah penyokong/orang-orang PAS akan nampak tampalan poster 'Amanat Haji hadi' didinding-dinding rumah mereka. Malah di rumah mertua aku sendiri pun tidak terkecuali. 

Masih ingat isu solat 2 imam? Isu kafir mengkafir hingga sembelihan umno juga haram dimakan oleh orang islam? Isu kafir mengkafir bermula dari pendekatan PAS yang mahu membetulkan akidah umat islam dengan penjelasan tentang batas-batas iman dan kufur. Ia merupakan sebahagian daripada catatan ilmu islam dan bukan persoalan politik.  Antara penekanannya ialah perkara yang boleh membawa kekufuran ialah apabila mengungkapkan perkataan-perkataan yang memperlekehkan syariat Allah, dan kebetulan dari itu dan ketika itu sebilangan pemimpin2 UMNO khususnya begitu celupar khususnya mengenai hukum hudud. 

Apabila hati sudah hitam, dan kebebalan otak yang tidak dipandu dengan fitrah islam, anehnya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan syariat islam ketika itu, berkaitan hudud..langsung tidak bertaubat, malah mencipta pula isu lain dengan mendakwa  "PAS tuduh UMNO kafir". Dan isu itu menjadi besar bila media UMNO mengambil alih untuk memburukkan PAS. 

(Klik imej untuk paparan lebih besar) Debat UMNO lawan PAS diusulkan. Namun dibatalkan atas sebab keselamatan dan ketenteraman oleh bapak menteri ketika itu. Sedangkan rakyat tahu, UMNO tidak mampu berhujah dan dari stimulasi debat tipu-tipuan yang dibuat oleh UMNO sendiri, UMNO sendiri tewas. Oleh kerana isu yg dicipta oleh UMNO itu sudah membarah menjadi besar hasil sokongan dari media-media kerajaan seperti RTM dan media cetak,   maka imej PAS menjadi sangat teruk. Lebih-lebih lagi wujud pula segelintir pemimpin dan penyokong2 PAS terlebih laju dari kitab, terus menghukum UMNO itu kafir. Itu adalah betul...kerana hal ini berlaku di kampung Titi Gantung, yang ketika itu saya bermastautin disana bilamana kenduri-kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang-orang PAS, begitu juga kenduri orang PAS tidak dipedulikan oleh orang UMNO...malah solat berjemaah jika imamnya orang UMNO maka tidak akan ada makmumnya dari kalangan ahli PAS..gara-gara isu kafir mengkafir. 

Dalam konteks yang lebih besar, wujud pula golongan-golongan yang berjuang berlandaskan nafsu amarah terhadap UMNO, kemarahan yang membuak-buak hingga wujud kuliah-kuliah yang mengalakkan agar memotong kaki orang UMNO dengan pisau tebas, jika ada orang UMNO mati dan dikuburkan di kuburan orang islam maka mayat itu akan merangkak dalam tanah ke jirat cina. Ucapan-ucapan dan ceramah2 mereka yang berapi-rapi itu yang didorong oleh nafsu amarah telah ditegur oleh pucuk pimpinan yang lebih atas namun tidak dihiraukan.

Dengan takdir Allah, golongan yang merapu meraban ini di dalam PAS akhirnya menyertai UMNO atau berada di pentas UMNO untuk membelasah PAS. Diguna semaksimanya oleh pemerintah ketika itu didalam ceramah tertutup Biro Tata Negara untuk mendedahkan 'kesesatan' PAS. Siapa yang tidak kenal CN Al-Afghani. Tokoh terhebat bikinan UMNO kerana berjaya menjulang 'kesesatan' PAS' sedangkan satu masa dahulu ketika didalam PAS, beliaulah yang lantang mengkafirkan orang UMNO dan saudara-maranya. 

Isu kafir-mengkafir (isu kecil yang diperbesarkan) sekitar tahun 80an sebenarnya telah terhapus apabila Presiden PAS ketika itu, Almarhum Dato' Fadzil Noor memperkenalkan program " memasyarakatkan PAS" dan ia menemui kejayaan dimana selepas itu tiada lagi pulau-memulau, solat 2 imam dan sebagainya. 

Hebatnya ketika itu..bila pimpinan PAS memberi pandangan untuk mengutamakan kenduri orang UMNO, jika berlaku pertembungan dalam sebuah kampung itu adanya kenduri orang UMNO dan PAS pada hari yang sama, maka wajar keutamaan hadir ke kenduri UMNO itu, kemudian ke kenduri orang PAS. Ini sebagai strategi untuk menarik orang UMNO untuk memahami PAS. Penyokong UMNO wajar ditarik dan ditarbiyahkan. 

Usaha-usaha yang beterusan itu yang dicetuskan oleh Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor benar-benar berkembang sehingga sekarang, dan jika dilihat sekarang UMNO semakin tenat dan nazak..? Maka dengan itu UMNO melihat pentingnya "Amanat Haji Hadi' itu dibuka semula untuk dijadikan isu, isu yang difaceliftkan bagi memecahbelahkan umat islam khususnya di negara ini. 

Perlu disedari bahawa UMNO kini sedang meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa, apabila isu hudud tidak boleh makan, dibongkarkan semula isu AHH ini untuk mencuri undi orang islam. Kesian JAKIM, baru sekarang nak panggil Tuan Guru Haji Hadi berkaitan isu AHH, sedangkan isu itu telah hampir 30 tahun wujud. Agaknya JAKIM juga tidak terkecuali di faceliftkan semula...kerana JAKIM sebelum ini JAKIM yang hanya tahu tidur dan makan. 

(*) sumber diolah semula dari rujukan tulisan oleh Saudara Zulkifli Yahya.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |