(1) The Arts Of War - Kita bakor jer si fasik !
Teknik perang yang ada di seluruh dunia sejak zaman silam adalah hampir sama. Perang pasti menerbitkan kegiatan zalim. Lantaran itu kehadiran Rasulullah juga membawa agenda memuslehkan (membaik pulihkan) strategi perang agar tidak terjebak ke lembah zalim dan melampau.
Negara China mempunyai sejarah yang panjang dalam hal peperangan antara kerajaannya sehingga ramai cerdik pandai yang menjadi penasihat perang atau para panglima harus bertanding strategi untuk memenangkan sebuah peperangan. Di antaranya yang paling terkenal adalah Sun Tzu , Sun Bing , Qin Shi Huang, Liu Bang, Cao-Cao, Zhuge Liang dan lain-lain. Tulisan ini hanya akan membahas 1 strategi perang China zaman dulu yang dikembangkan dan dipraktikkan di serata dunia.
Setelah sampai di daerah musuh bakar kapal dan buang persediaan makan. (Xiang Yu). Maksud dari teori ini adalah :
Ketika seorang jeneral kejam yang bernama Xiang Yu ingin memaksa anak buahnya berjuang mati-matian sampai titik darah penghabisan maka cara yang ditempuhnya adalah dengan mengancam kelangsungan hidup dari para tentaranya dengan membakar kapal untuk mereka pulang serta membuang semua bekalan makan mereka.
Hinggakan kalau mereka tetap ingin hidup, mereka perlu memenangi perang tersebut kerana jika mereka dapat memenangkan peperangan bererti mereka dapat merampas semua keperluan yang mereka perlukan dari pihak musuh yang kalah.
Strategi ini banyak digunakan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menghadapi krisis kekurangan logam untuk membuat senjata terbaru. Mereka terpaksa menggunakan logam berkualiti rendah, terkeluar dari spesifikasi yang diperlukan, besi yang tidak dirawat-haba dan sebagainya. Kualiti rendah semestinya murah dan tidak selamat.
Hal ini menyebabkan tentera berjuang hingga mati dan tidak boleh pulang lagi kerana pesawat terbang contohnya, hanya selamat untuk pergi sahaja dan tidak tahan lama untuk kembali ke markaz asal. Logam yang digunakan oleh para jurutera Jepun adalah hasil rampasan barang logam rakyat Jepun sendiri seperti peralatan pertanian, perabot dan barang kemas.
Tentera Jerman dan Jepun diarahkan perang dengan sumber makanan dan kerahan tenaga melebihi 4 bulan. Sebagai contoh ada tentera Jepun yang bertugas di Manchuri sejak tahun 1937, diarahkan pula ke Malaya sehingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan rampasan makanan penduduk yang mereka jajahi serta menghalalkan perhambaan seks yang dahsyat. Islam melarang penghantaran tentera melebihi 4 bulan adalah untuk memenuhi tuntutan manusiawi tentera Islam (contoh tindakan Saidina Umar RA).
Jepun dalam pembunuhan beramai-ramai di Nanking (1937-38), telah melakukan rogol dan bunuh beramai-ramai. Mereka yang bertangunggjawab adalah Jeneral Asaka Yasuhiko, Komender Tentera Perluasan Jepun-Shanghai, Tentera Maharaja Jepun Jeneral Iwane Matsui, Jeneral Komander di China Staff Chief Kotohito Kan'in, Menteri Perang Hajime Sugiyama dan lain-lain lagi.
Bagaimana pula Amerika menggalakkan tenteranya berperang? Gaji yang diberikan sememangnya tinggi (sekitar US $ 3000). Namun begitu tentera Amerika dihantar tanpa ada tarikh untuk penamatan operasi. Hal ini cukup merungsingkan tentera dan mereka berjuang bermatian untuk mendapat rampasan awam, rampasan wanita untuk habuan seks dan sebagainya. Jika dahulu makanan dan kapal dimusnahkan untuk menaikkan semangat, hari ini, tentera dihantar perang tanpa ada tarikh penamat.
Bagaimana pula dengan Islam? Adakah Islam membenarkan penghapusan harta musuh dan membuat kezaliman? Dalam kes pengkhianatan bani Nadhir, Rasulullah s.a.w menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan Yahudi yang tidak berani bertempur secara berdepan di medan dan mereka hanya berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka.
Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr yang bermaksud: "Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq."
Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan Yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli, begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah Bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama' mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.
Dalam hal ini penghapusan tamar bukan untuk memusnahkan kehidupan rakyat yang tidak berdosa, sebaliknya bertujuan memusnahkan 'kubu musuh'. Jika musuh berlindung di sebalik kota atau kubu batu, wajib tentera memusnahkannya untuk membunuh musuh. Dalam hal ini, Bani Nadhir menggunakan pokok-pokok sebagai kubu mereka, Nabi terus memerintahkan pemusnahan kubu pokok tersebut. Adapun makanan untuk wanita dan kanak-kanak tidak pula dimusnahkan.
Dalam kes pengawalan sumber, Rasulullah menunjukkan contoh dalam peperangan Badar iaitu pengawalan telaga Badar untuk mengurangkan kemampuan perang musuh. Rasulullah tidak meracun telaga atau membunuh ternakan untuk melemahkan musuh.
Hari ini pengawalan sumber bukan lagi yang dikejar selepas perang, sebaliknya ia adalah fokus (target) sebelum perang bermula. Sebagai contoh, dengan alasan senjata nuklear, Amerika telah melanggar (aggressor war) Iraq. Perang Iraq dianggap oleh penganalisis politik sebagai perang minyak di mana sumber minyak merupakan fokus bagi setiap kuasa besar untuk kelangsungan empayar dan hegemoni politik mereka. Dalam kes Perang Iraq, sumber bukan dimusnahkan (tidak termasuk kemusnahan teruk terhadap mangsa dan bangunan) sebaliknya sumber dirampas dan cuba diambil alih.
Seorang Profesor Undang-Undang Universiti Illinois Amerika Syarikat, Prof. Francis A. Boyle mencadangkan setiap negara menyaman Presiden AS, George Bush di atas jenayah perang yang dilakukan. Langkah itu walaupun mungkin tidak berkesan, tetapi ia sebagai satu usaha untuk menunjukkan bahawa masyarakat dunia tidak suka kepada peperangan seperti mana ditekankan di dalam kertas kerjanya bertajuk Jenayah Perang-Jenayah Menentang Keamanan, Jenayah Menentang Kemanusiaan pada Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 di Kuala Lumpur.
Jika diteliti kembali, strategi perang yang diajar oleh Xiang Yu ini adalah bertujuan memotivasi tenteranya secara aktif walaupun melampau. Sebenarnya perang yang bermotif dan bertujuan adalah satu motivasi yang cukup kuat untuk para perajurit berjuang. Dalam kes Palestin, perajuritnya bermatian mempertahankan wilayah mereka kerana mereka berada di pihak pertahanan (pre emptive war and defence) dan menjadi mangsa perang agresif Israel.
Dalam Perjanjian Perang Geneva 1949, perang agresif (aggression war) adalah diharamkan walaupun Amerika tetap mengamalkannya melalui kuasa vetonya dalam PBB. Lantaran itu Islam hanya membenarkan perang untuk pertahanan dan hanya bertujuan menjaga keselamatan dan maruah agama bangsa dan tanahair. Itulah motivasi perang yang sejati.
0 comments:
Post a Comment